Nikmati makanan tinggi kalori setiap hari, untungnya wanita ini masih kurus & sihat! Tak semua wanita bernasib baik seperti wanita ini, jarang-jarang berlaku.
Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari
Seorang wanita dari Britain menjadi sensasi internet kerana menikmati pelbagai makanan yang mengandungi sehingga 5,000 kcal kalori sehari namun dalam masa sama, masih mengekalkan saiz badan yang kurus, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sabrina Moore, sering berkongsi di TikTok tentang bagaimana dia membelanjakan hampir £900 (RM5,107) sebulan untuk menikmati pelbagai makanan berkalori tinggi.
Tabiatnya itu bagaimanapun seolah-olah tidak memberi kesan kepada kesihatannya kerana dia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 21 dengan ketinggian 180.3 sentimeter.
Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!
“Saya seorang yang kuat makan. Saya sering cuba untuk makan dalam kuantiti banyak seperti bapa kerana dia ialah idola saya. Keluarga kami merupakan penggemar makanan.
“Saya sering membungkus makanan atau keluar makan setiap hari pada waktu minum petang. Saya juga banyak memakan snek selain menikmati beberapa bar coklat selepas bersarapan,” katanya.
Ads
Selain itu, Moore berkata, dia sememangnya seorang yang kurus secara semula jadi.
“Saya memang kurus secara semula jadi dan tidak perlu pergi ke gimnasium,” ujarnya.
Disebabkan tabiat pemakanannya itu, Moore mengumpul lebih 341,000 pengikut di TikTok yang kagum dengan penampilannya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kurus bukan keutamaan, yang penting sihat. Paling penting dalam pengambilan makanan, jangan berlebihan bimbang kesihatan terjejas jika tidak dikawal dalam masa jangka panjang.
Terhibur admin melihat keletah Nur Fatima Aisya menemani kedua ibu bapanya, Fattah Amin dan Nur Fazura di majlis pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan sabtu lalu.
Mana tidaknya, pada usia tiga tahun, Fatima jelas mewarisi bakat seni yang mengalir dalam dirinya apabila tular video Fatima berjalan di pentas peragaan dan bergaya comel di pentas runway memperkenalkan lebih 30 koleksi Raya milik ibunya, Fazura.
Menurut Fazura yang ditemui selepas pertunjukkan fesyen berkenaan berkata sebagai ibu, dia menyokong minat anak tunggalnya itu sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti.
Sedia Beri Bimbingan
Walau bagaimanapun, sebagai ibu Fazura melahirkan kebimbangan sekiranya Fatima dilanda kontroversi sebagai rencah dalam industri hiburan. Tambah Fazura lagi, bidang seni sememangnya mempunyai cabaran tersendiri dan pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi.
“Alhamdulillah saya dapat lihat personaliti Fatima seorang yang kuat dan boleh menghadapi apa jua cabaran. Sebagai ibu, saya terbuka dan menyokong apa jua minatnya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Darah seni yang mengalir dalam tubuh Fatima sememangnya membuktikan bahawa si kecil berusia 3 tahun ini juga mampu menyerlah dalam bidang seni apatah lagi Fatima sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, kan!
Namun begitu, baik Fattah mahupun Fazura akan memberi sokongan dan bimbingan sebaiknya untuk anak kesayangan mereka menceburkan diri dalam apa jua bidang yang digemarinya kelak.
Sibuk mengusahakan perniagaannya, Fazura berkata koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengetengahkan koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa, Kesuma Warna yang berinspirasikan flora. Manakala rekaan Rona Peterana pula menggabungkan corak abstrak dan geometri moden.
Menyentuh mengenai koleksi ini, Fazura selesa mengetengahkan konsep pakaian yang selesa digayakan di Aidilfitri bersesuaian dengan permintaan peminat yang menggemari rekaan yang ringkas dan selesa di musim perayaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kemungkinan anak bulan syawal kelihatan pada Jumaat sangat tips & tidak mencukupi kriteria diputuskan – Mufti Kedah. Ramai yang berteka-teki tentang hari apa kita akan berhari raya. Jumaat atau Sabtu?
Ini kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas di mana raya mengejut, jadi ramai yang mahu membuat persiapan awal kali ini agar tidak kalut.
Kemungkinan Anak Bulan Syawal Kelihatan Pada Jumaat Sangat Tipis
Penyebaran tarikh raya sama ada Jumaat 21 hb atau Sabtu 22 hb menambah teka-teki ramai apabila pengumuman dari Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April. Teka-teki makin menarik bila tarikh melihat anak bulan Syawal diputuskan pada 20 hb ini.
Namun bagi yang bertanya, bila tarikh hari raya, ini pandangan dari Mufti Kedah mengenai isu ini.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan umat Islam agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti termasuk menyebarkan khabar yang belum sahih tersebut, selain menjadikan pihak tertentu sebagai sumber maklumat.
Tidak mencukupi kriteria diputuskan – Mufti Kedah
“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat. Kita mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan di seluruh Malaysia yang akan menentukan perkara ini.
Malaysia mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan di seluruh negara yang akan menentukan sama ada anak bulan Syawal kelihatan atau tidak.
“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.
“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena, di sini semalam.
Beliau mengulas tentang pengumuman Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangka 1 Syawal pada Jumaat, 21 April.
Mengulas lanjut kata Syeikh Fadzil, umat Islam perlu fokus beramal ibadat ketika ini terutama apabila Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatul Qadar.
“Sepuluh malam Ramadan ini yang dinanti-nantikan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, Carilah nanti kedatangan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Malah baginda mempersingkatkan tempoh itu pada malam-malam ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
“Apabila datang masa yang disifatkan kemuncak Ramadan itu, kita sepatutnya melipat gandakan amal ibadat kita namun tiba-tiba kita lalai dan semakin menjauhkan diri daripada masjid.
“Mungkin kerana sibuk dengan persiapan hari raya atau sudah keletihan? Namun kita perlu meniru amalan Nabi Muhammad SAW yang melipat gandakan amalan sepanjang tempoh tersebut,” katanya.
Sementara itu, seramai 3,333 keluarga asnaf, fakir dan miskin di lima daerah iaitu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda dan Yan menerima agihan infaq ayam segar bermula hari ini.
Menurut Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Norizan Khazali yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, sebanyak RM99,000 diperuntukkan untuk program itu dengan masing-masing menerima dua ekor ayam segar bersaiz anggaran 1.5 hingga 1.7 kilogram.
“Harapan LZNK, program Infaq Ayam Segar ini akan dapat membantu semua dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih sempurna,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, LZNK turut menyasarkan jumlah kutipan zakat fitrah di Kedah pada tahun ini sebanyak RM12.4 juta.
Pesakit wanita cabut lari insurans tak ‘cover’ bil rawatan hospital. Gara-gara insurans diambil tidak melindungi penyakitnya, seorang pesakit wanita melarikan diri dari wad sebuah hospital swasta semalam tanpa membuat pembayaran.
Berikutan itu, jururawat hospital berkenaan membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pesakit berkenaan yang berusia 32 tahun pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit jam 6.40 petang kelmarin sebelum dimasukkan ke wad.
“Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.
“Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi,” katanya ketika dihubungi.
Tidak Buat Pembayaran
Menurutnya, pada 10.40 malam pesakit berkenaan didapati tiada dalam wad dan dikesan tidak membuat pembayaran serta mendaftar keluar dari hospital.
“Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.
“Susulan itu, polis menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci,” katanya.
Alami Sakit Perut
Katanya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan ke hospital swasta itu kerana mengalami sakit perut dan memberitahu dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk wad.
“Pemeriksaan mendapati pesakit mengalami gastrik namun syarikat insurans yang diambilnya mendakwa mereka tidak melindungi penyakit dihidapi wanita itu membuatkan dia keluar wad.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut serta sedang mengesan pesakit berkenaan,” katanya.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal. Pesanan bagi yang mengambil sebarang polisi insurans, pastikan ambil tahu dulu jenis-jenis penyakit yang pihak insurans lindungi, bagi mengelakkan perkara sebegini. Jika ingin mudah hubungi sahaja agen yang kita berurusan untuk pengesahan lanjut.
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.