Pelakon terkenal Noorkhiriah ini cukup dekat dengan kerja-kerja amal. Sebelumnya, Noorkhiriah pernah mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV), jenama Hyundai miliknya sebagai van jenazah. Terbaru, dia berniat pula mahu bantu suami mencari sumbangan untuk membaik pulih tandas wanita.
Menerusi instagramnya Noorkhiriah berkongsi gambar tandas wanita di surau Al Ikhlas Palm Spring yang dah uzur keadaannya. Sebak dengan keadaan itu, dia memohon sumbangan ikhlas followernya untuk sama-sama membantu menyiapkan surau wanita yang masih memerlukan kos sekitar RM10,000.
Katanya, surau Al Ikhlas Palm Spring ini baru saja menyudahkan kerja-kerja membaik pulih tandas lelaki. Namun, kosnya masih belum mencukupi untuk membuat tandas wanita.
Kongsi Noorkhiriah yang juga isteri, Azfaizul Ahtan ini,
“Mohon maaf kalau gambar-gambar ni agak mengelikan, cuma akak nak bantu Cik Suami cari sumbangan tuk membaik pulih tandas wanita di @suraualikhlaspalmspring area umah akak.. jika ada yang sudi menyumbang seikhlas hati boleh DM akak yer.. takde paksaan taw.. cuma anggaran dalam 10k.. sebab tandas lelaki dah siap atas sumbangan orang ramai juga.. semoga Allah Membalas Kebaikan Kalian, aammen yra..”
Ads
Noorkhiriah Terkedu Kebaikan Penyumbang
Ternyata perkongsian Noorkhiriah itu mendapat maklumbalas yang baik dari kalangan followernya. Terkini, dia memuat naik berkongsi yang sumbangan yang diperlukan itu sudah hampir mencukupi.
“Sampai jammed akaun dik. MasyaAllah.. semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.” Tulisnya di instagramnya.
Ads
Sampai terkedu Noorkhiriah dengan kebaikan para penyumbang. Malah, pesannya lagi, jika sumbangan sudah mencukupi dia memohon agar orang ramai tak lagi memberikan sumbangan padanya.
Begitulah.. jika hati bulat diniatkan keranaNya, tentu saja Allah memudahkan lorong kebaikan itu. Semoga tuhan juga membalas kebaikan dan budi baik ibu anak tiga ini.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil zuriat ketiga.
Tya Arifin dan suaminya, Asyraf Khalid mengumumkan berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Hantaran tersebut memperlihatkan pasangan suami isteri itu sedang duduk santai sambil membaca surat khabar.
Video berkenaan memperlihatkan Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita “Selamat Datang Anak Kecil”.
Manakala Asyraf turut memegang surat khabar dengan berita ‘baby is on the way’.
Melalui hantaran sama, Tya meminta para pengikut laman Instagram miliknya untuk meneka pengumuman yang ingin disampaikan olehnya. Ramai pengikut dapat meneka perkongsian berita gembira tersebut dan mengucapkan tahniah kepada anak dan menantu Dato Sri Siti Nurhaliza ini.
Khabar angin mengenai Tya berbadan dua mula dihidu ketika Tya memuat naik beberapa keping gambar ketika dia dan keluarga menghadiri konsert Love Is In The Sky pada 10 Ogos lalu.
Malah ramai pengikut di laman Instagram miliknya meneka Tya sedang hamil namun usahawan itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Malah ada di kalangan pengikut Tya di laman Instagram miliknya dapat menghidu kehamilan Tya apabila Dato Sri Siti Nurhaliza turut menyatakan dirinya bakal mendapat seorang lagi cucu.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7 tahun dan Azzahra Jiwa 5.
Sayu kisah bapa kematian bayi yang lahir tak cukup bulan ini. Dia diuji tuhan dengan ketidakcukupan wang untuk menguruskan jenazah anak lelakinya yang baru meninggal itu.
Ketika dia membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan, pengurusan jenazah surau di tempatnya memintanya pulang. Kerana dia tidak ada RM300 untuk membayar kos pengebumian yang dikenakan.
Kisah sadis ini dikongsikan oleh Mohd Zulhairi Zainol, 34 atau lebih dikenali sebagai Hery yang dibukakan hati oleh Allah untuk membantu memudahkan urusan bapa ini.
“Baby kecik macam ni pun nak caj RM300. Modal Hery tadi hanya RM20 je.”
“Disebabkan dikenakan caj RM300, si ayah ini tak mampu, dah orang tu tak nak uruskan.”
Bapanya Cuma Ada RM150 Saja
Akhirnya anak kecilnya itu dibawa semula ke hospital. Lalu pihak forensik hospital memaklumkan pada Hery yang merupakan aktivis Amal Team.
“Terus Hery datang bantu dan uruskan. Mandi dan kafan serta kebumikan.”
Maklum Hery, bapa itu cuma bekerja sebagai pembantu gerai makan. Di saat dia membawa anaknya untuk dikebumikan, dia cuma ada RM150 saja.
“Hery cakap simpan saja duit tu.” Terus bapa tadi menangis lalu memeluk Hery, ditangannya masih didakap erat jenazah anaknya.
Semalam, jenazah bayi lelaki itu sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi. Biarpun urusan tersebut telah selesai, jauh di sudut hati Hery tersimpan perasaan sedih.
“Kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku.”
Doakan Van Jenazah Ketiga Berjaya Dikeluarkan
“Dan terima kasih pada kalian semua. Inilah di antara sumbangan kalian Hery salurkan.” Maklumnya dengan bantuan sumbangan rakan-rakan facebook itulah memudahkan Hery menguruskan jenazah bayi lelaki itu.
Kongsinya lagi daripada sumbangan orang ramai juga pihaknya dapat menyediakan dua van jenazah jenis mpv untuk kegunaan ke hospital dan kegiatan amal yang lain.
“Doakan van jenazah ketiga akan berjaya dikeluarkan.”
“Untuk siapa semua ini, untuk mereka yang memerlukan bila ada kematian.” Dan rakan-rakan kita ramai boleh mandikan jenazah secara percuma.
Maklumnya lagi, semua itu adalah seratus peratus hasil sumbangan daripada rakan-rakan facebooknya.
Pemberian nafkah anak bagi pasangan yang suami isteri yang berpisah memang menjadi isu di seluruh dunia. Tak kiralah di negara mana sekalipun, tanggungjawab menunaikan nafkah anak ini memang menjadi konflik yang tidak berkesudahan.
Longgok Duit Syiling 1 Sen
Atas dasar bertindak dengan penuh emosi, seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai bayaran nafkah penjagaan anaknya, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Tindakan melulu lelaki itu bagaimanapun dibalas dengan kebaikan apabila bekas isteri dan anaknya mendermakan wang itu kepada pusat bantuan keganasan rumah tangga.
Anaknya, Avery Sanford berkata, ketika kejadian, bapanya tiba di hadapan rumah dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV).
“Dia berhenti dan memusingkan SUV itu ke arah belakang dan melonggokkan duit syiling di atas jalan.
“Ibu saya menyaksikan kejadian tersebut dan bertanyakan kepada bapa saya tentang tindakannya.
“Dia kemudian memberitahu bahawa wang itu adalah untuk nafkah perbelanjaan kami yang terakhir,” ujar Avery.
Kumpul Guna Penyodok
Dia berkata, ibunya kemudiannya mengumpulkan duit syiling tersebut menggunakan sebatang penyodok.
“Dia bukan sahaja memalukan ibu, malah saya dan kakak saya. Amat menyedihkan kerana dia tidak berfikir dahulu sebelum bertindak ,” kata Avery.
Dalam pada itu, lelaki tersebut dalam satu temu bual bersama stesen televisyen WTVR berkata, dia mengaku melakukan perbuatan itu kerana didorong oleh kekecewaannya selama 18 tahun.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bermaksud untuk merosakkan hubungan dengan anaknya meskipun dipengaruhi dengan emosi ketika melakukan perbuatan itu.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. isu pemberian nafkah anak ni memang universal. Seluruh dunia, hadapi masalah ni. Tak sangka sebab emosi, sanggup bertindak begini, longgokkan duit syiling berpuluh ribu depan rumah isteri untuk bayar nafkah anak. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...