Mudah je rupanya untuk buat tempe sendiri dirumah hanya guna dua bahan utama iaitu kacang soya dan ragi tempe. Tempe mengandungi protein yang tinggi, boleh membantu mengurangkan kolestrol serta menurunkan tekanan darah tinggi. Malah bagi wanita ia mampu mengurangkan gejala monopous awal dan mencerahkan kulit wajah!
Jika selalu kita beli je tempe ni, apa kata mak-mak buat sendiri dirumah. Lebih jimat, terjamin kebersihannya malah lebih puas hati dengan hasilnya nanti.
Berikut merupakan perkongsian cara buat tempe yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh sebagai panduan.
Bahan-Bahan:
1/2 kilo Kacang Soya
1/2 sudu teh Ragi Tempe
Plastik
Cara Membuat:
1.Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.
2.Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah.
3.Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.
Ads
4.Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.
5.Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih.
Ads
Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.
Perlu Tahu
Ragi tempe dengan ragi Tapai berbeza ya. Bukan boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Ragi tempe sifatnya macam spora cendawan halus dan tak boleh basah, ia akan mereput dan busuk.
Kalau tak ada ragi,kita boleh buat sendiri.
Ads
Cara Buat Sendiri Ragi Tempe:
1.Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.
2. Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.
3.Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.
4.Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.
5.Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.
6.Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.
Banyak versi dan cara buat tauhu berlauk. Apa kata kali ini cuba buat tauhu berlauk ayam yang ditambah udang sebagai penyedap. Selepas digoreng makan masa panas boleh. Kalau nak frozen dahulu dan makan keesokan hari pun boleh.
Tauhu berlauk ayam tambah udang ini kalau nak lebih sedap bolehlah dicicah dengan sambal kicap. Berikut adalah resipi dan cara buat tauhu berlauk ayam tambah udang beserta sambal kicap.
Boleh Cuba Buat Tauhu Berlauk Udang Perkongsian Zahra Khalid Ini.
“Buat harini untuk frozen kan. Esok pagi baru goreng. Penat mengukus pun belum hilang. Tak daya dah nak menggoreng. Tauhu berlauk udang. Resipi di setiap gambar ya.”
Bahan-Bahan
2 ketul dada ayam*
4 biji telur*
4 ketul tauhu lembut*
4 ketul tauhu telur*
Daun sup
Lobak merah
1 biji bawang Holland
Garam secukup rasa
Kiub Ayam
Serbuk lada hitam
Blend semua bahan (bertanda *) sampai halus. Saya blend 2 kali sebab tak muat. Lepas itu tuang dalam mangkuk besar.Masukkan hirisan daun sup, lobak yang dipotong halus, 1 biji Bawang holand yang dicincang halus, Garam, Kiub ayam dan Serbuk lada hitam. Gaul rata semuanya.
Taraaaa… kejadiannya lepas digaul. Masukkan dalam bekas kecik-kecik gini. Udang tu saja tambah. Sebab kami suka udang. Tak nak letak pun takpa.
Kukus dalam 7-8 minit. Taraaaa.. kejadian selepas pengukusan. Keluarkan dari bekas.. biarkan sejuk. Dah boleh frozenkan.
Kalau nak terus goreng, celup dulu dalam telur.. dan goreng. Enak dihidang bersama sambal kicap.
Resipi sambal kicap
Bahan-bahan
Kicap kipas udang
Cili padi
Bwang putih
Gula
Perah air limau
Cara Buat Sambal Kicap
Blend dan siap dihidang bersama tauhu berlauk.
“Lanje la kalau dah baca habes. Penat kita taip. Ni saya punya style versi pemalas…letak dalam bekas besar, kukus. nanti tinggal potong-potong ja. Rupa beliau selepas berendam minyak panas.. Pastikan celup dalam telur dulu sebelum digoreng ya..”
Selamat mencuba..
MW: Bolehlah cuba buat tauhu berlauk tambah udang ini. Nak kukus guna bekas kecil atau nak kukus dalam bekas besar pun boleh. Ikut citarasa kita.
Memang menarik resipi Mee Kuning ‘Home-made’ yang dikongsikan ini. Untuk satu adunan boleh dapat sekilo lebih mee kuning. Memang jimat, malah pastinya lebih bersih dan terjamin halalnya.Paling penting tanpa pewarna tiruan dan bahan pengawet. Nak buat mee goreng terus pun mudah.
Boleh cuba resipi Mee Kuning Home-made seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummu Ashraf ini.
Buat mee goreng daging dari mee kuning home-made untuk salah satu item menu open house, Alhamdulillah. Saya tak beli mesin pasta siap uli tu. Masih guna mesin pasta penggelek “Old School”. Untuk jamuan ni, saya buat 3 adunan atau 1.5kg tepung.
Resepi mee kuning:
Bahan-Bahan:
500 gm tepung high protein
1 sudu teh garam
Campurkan 1 biji telur + 1 lagi putih telur dan air untuk dapatkan 220 ml cecair.
Cara Membuat:
1.Uli semua hingga rasa macam baldu adunan tu dan tak melekat di tangan. Rehat kan 1 jam.
2.Canai.
3.Potong.
4.Rebus dalam air mendidih dengan garam dan sedikit minyak.
5.Bila timbul, angkat dan masukkan dalam air berais. Toskan.
6.Gaul dengan sedikit minyak agar tidak melekat.
Info Ekstra!
** Biasanya, 500 gm tepung dapat hasilkan sekilo lebih sikit mee kuning.
** mee kuning ni kalau letak dalam bekas bersih dan kedap udara dalam fridge, boleh tahan 4 atau 5 hari.
** kenipisan mee tu saya gelek hingga nombor 4 pada mesin pasta saya.
Mingguan Wanita:Menariknya, boleh buat mee kuning home-made di rumah. Memang menjimatkan, satu adunan boleh dapat sekilo lebih malah lebih yakin halal dan bersih pembuatannya.
Kalau nak cerita pasal resepi cekodok pisang tu, macam ramai yang dah tahu apa bahan dan macam mana nak buat.
Tetapi anda berjaya tak hasilkan bentuk cekodok pisang tu bulat-bulat comel macam ini?
Haaa… inilah rahsianya, Puan Norlela Abdul Lahak sudi kongsikan dengan pembaca lain untuk anda cuba buat sendiri di rumah.
Nah, jemput godek!
Bahan-bahan Buat Cekodok Pisang:
1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum*
3 cawan gula*(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam*
Air secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.
Blend bahan yang bertanda bintang.
Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung, gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.
Jangan terlalu cair. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.