Seorang bapa tidak menyangka anaknya yang kerap memuatnaik status tentang akhirat di Whatapps kebelangan ini adalah petanda. Apabila remaja ini meninggal dunia dalam kejadian lemas setelah menyelamatkan orang lain.
Kehilangan remaja ini amat dirasai bapanya kerana sejak kecil lagi mereka amat rapat dan kerap ke mana sahaja berdua. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan remaja ini di kalangan para solihin.
Muat Naik Tentang Akhirat
Di Kuala Berang, seorang bapa tidak menyangka tindakan anaknya yang sering memuat naik status berkenaan ‘akhirat’ di aplikasi WhatsApp sejak minggu lepas, merupakan petanda,
Bahawa anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya akibat kejadian lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di sini petang semalam.
Menurut bapanya, Mohd Radhi Kamarudin, 41, anaknya, Faris Iskandar, 19, yang merupakan pelajar di Kolej Penerbangan Admal itu menunjukkan perubahan sikap dari seorang yang pendiam menjadi banyak bercakap dan bercerita.
Ads
“Apabila saya baca status yang dimuat naik arwah sebelum ini, saya merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku, namun saya tidak ambil pusing sangat hal berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang dilakukan oleh remaja seusianya.
“Arwah juga seorang yang pendiam, tetapi akhir-akhir ini dia banyak bercerita, memberi nasihat serta mengingatkan teman-temannya akan kehidupan di dunia yang singkat. Dia seolah-olah tahu ajalnya bakal tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu lewat malam tadi.
Dalam pada itu jelas Mohd Radhi, anaknya juga dilihat keberatan untuk pergi ke Sungai Kelemin semalam, namun tetap menyertai aktiviti perkelahan bersama keluarganya itu.
“Sejak kecil lagi Faris Iskandar selalu mengikuti ke mana sahaja ‘trip’ saya pergi dan sentiasa menjadi peneman ketika saya memandu, tidak sangka perkelahan kali ini merupakan ‘perjalanan’ terakhir saya bersama arwah.
“Walaupun sedih dan terkilan dengan kehilangannya, tetapi saya reda. Sewaktu saya melihat jenazah arwah tadi, arwah seolah-olah sedang tidur seperti kebiasaanya di rumah,” katanya dalam keadaan sebak.
Ads
Meninggal Setelah Menyelamatkan Orang Lain
Mohd Radhi berkata, anaknya lemas selepas berjaya membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun yang hampir lemas ketika mandi di sungai yang sama.
Sementara itu Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kes lemas itu pada jam 6.10 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba dan orang awam.
“Mayat mangsa ditemui pada jam 7.33 malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.- BERNAMA.
MW: Semoga keluarga arwah tabah menerima ujian ini. Perginya dalam usaha menyelamatnya orang lain, tindakannya amat mulia dan terpuji. Al-Fatihah.
Mak-mak mana yang akan sangka bayi yang dikandung akan lahir sebagai anak yang ada ekzema. Namun ini bukan masalah besar pun sebab sampai satu peringkat, ekzema akan hilang perlahan-lahan.
Ya, kalau tak jaga memang keadaan anak ekzema akan menjadi merah, kering, dan kering tetapi mak-mak kena tahu yang ekzema bukan satu penyakit berjangkit.
Nak tahu lagi apa masalah normal yang anak-anak ekzema lalui, ikuti perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman…
Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, ada beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
EMOSI TAK STABIL
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
SIMPTOM LAIN
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali, insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya 🙂
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zulin Aziz yang juga salah seorang pelakon yang menjalani penggambaran bersama Alif Satar menerusi entri terbarunya di laman Instagram menerangkan dia juga kena menjalani kuarantin dan lakukan ujian saringan Covid-19.
Akui pelakon dan pelawak itu dia merupakan kontak rapat Alif Satar yang disahkan positif Covid-19.
Zulin Aziz Kuarantin Kendiri Selama 14 Hari
Difahamkan, Zulin Aziz dan Alif Satar terbabit dalam penggambaran drama Penjara Janji terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Jinggo di Melaka. Malah penggambaran drama tersebut juga sudah dihentikan.
Antara mereka yang terlibat dalam drama Penjara Janji.
Seperti mana yang dikongsi oleh pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz, 31 tahun ini;
“Assalammualaikum, “Saya kena menjalani quarantine 14 hari dan swab test , di mana saya merupakan salah satu contact rapat Alif di set pengambaran. “Dengan ini saya mohon maaf kepada producer dan pihak-pihak lain yang sepatutnya saya perlu bekerjasama dalam kerja-kerja, telemovie dan talk show. saya terpaksa cancel kerana dalam tempoh itu,saya perlu menjalani 14 hari quarantine di rumah. “Saya mohon doa kalian agar kami semua dilindungi dari wabak covid ini dan semoga @alifsatar diberi kesembuhan. Doakan kami yaa? “Jaga sop, jangan keluar jika tidak ada keperluan, jangan lupa mask dan sanitizer, #kitajagakita” tulis Zulin.
Zulin Aziz Mohon Doakan Keputusan Ujian Saringan Negatif
“Terima kasih semua. Doakan result kami semua negative dan doakan alif sihat ,diberi kekuatan dan kesembuhan melawan wabak ini yaa?mudah mudahan semuanya baik-baik saja, amin ya rab. Allahuakhbar,” luahnya lagi.
Penantian lebih 3 tahun Raja Ilya berbaloi. Tahniah diucapkan buat pelakon jelita Raja Ilya yang berkongsi berita gembira dirinya hamil lima bulan.
Pelakon itu yang kini menetap di Perth, Australia bersama suaminya seorang rakyat Australia, Trent Garret ini berasa sangat bersyukur akhirnya rezeki untuk hamil hadir.
Penantian Lebih 3 Tahun Raja Ilya Berbaloi
Akui bukannya satu fasa mudah untuk menunggu kehadiran cahaya mata, Raja Ilya yang belum berpeluang kembali ke Malaysia sejak penularan pandemik COVID-19 akibat sekatan perjalanan dua tahun lalu, bagaikan tidak percaya diberikan rezeki indah ini.
“Sebelum ini, saya pernah beri tempoh setahun untuk mendapatkan anak selepas berkahwin pada 23 Disember 2018. Tetapi, hasrat itu tidak datang dengan mudah. Saya kena tunggu lebih tiga tahun untuk detik ini.
“Pada fasa pandemik menuju endemik ini, akhirnya rezeki hamil datang. Macam tidak percaya nikmat itu datang akhirnya. Suami gembira bukan kepalang.
“Sebenarnya, tidak sabar berkongsi berita gembira ini. Akhirnya saya dan suami putuskan untuk beritahu semua,” ungkap Raja Ilya.
Hati Rindu Nak Balik Malaysia
Pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu juga akui berasa sangat bersyukur dn mendoakan segalanya berjalan lancar
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.