Penyanyi jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami baharunya, Shaik Rizal Shaik Sulaiman pada 13 Oktober lalu akui dia tidak pernah merahsiakan usia sebenar.
Pada November lalu, Noryn Aziz telah menginjak usia usia 44 tahun. Seperti yang kita sedia maklum memasuki alam 40an antara perkara paling digeruni bagi sesetengah wanita. Namun begitu, Noryn pula sebaliknya.
Penyanyi yang juga ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak pernah berniat merahsiakan usia sebenar, malah masih ligat beraksi di atas pentas dan aktif melakukan pelbagai senaman kecerdasan.
Usia 40an, Noryn Aziz Pilih Kekal Cergas & Bertenaga
Seperti mana yang dikongsikan rutin pilihan untuk kekal cergas dan bertenaga tatkala meniti usia 40 tahun, Noryn tidak pernah malu dengan peningkatan usia. Malah dia sentiasa menghadapi fasa tersebut dengan tenang dan positif.
“Berbicara mengenai soal ini, saya mengakui kehidupan pada umur 40-an lebih gembira, produktif dan ‘sempurna’ meliputi pelbagai aspek.
“Apabila mencapai umur sebegini, banyak perkara yang saya pelajari tentang diri sendiri. Pendek kata, kini bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa.
“Tiga elemen ini sangat penting kerana bertitik tolak daripada itu, saya juga belajar keperluan untuk mengutamakan diri sendiri sebelum mendahulukan orang lain.
‘’Pada zaman muda misalnya, dari segi kesihatan mental, saya sentiasa berusaha melebihkan dan menyenangkan hati insan sekeliling kerana mahukan mereka menyayangi diri ini,” kongsinya.
Wanita ini juga menyifatkan memasuki usia 40 tahun dirinya mula bertatih menyayangi diri, menjaga minda, tubuh dan jiwa. Setiap elemen perlu seimbang.
“Namun begitu, apabila berada pada peringkat umur hari ini, situasi berbeza kerana saya menyedari dalam kehidupan, kita wajar memupuk keseimbangan dari pelbagai segi.
“Selain emosi dan mental, sebelum mencapai usia 40 tahun, saya juga sering bersikap sambil lewa terhadap rejim kecantikan kulit wajah, senaman dan pengambilan makanan tambahan (suplemen) seperti multivitamin dan vitamin C. Akibatnya, tubuh badan mudah letih dan kondisi kulit wajah pula kurang sihat.
Ads
“Jika situasi itu tidak diatasi segera, bimbang ia memudaratkan kesihatan saya kelak. Justeru, menginjak usia 40 tahun, saya mengambil inisiatif mengubah corak kehidupan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Aktif Menari, Berzumba, Yoga
“Selain mengeluarkan peluh dengan senaman ringan pada setiap hari, saya juga aktif menari, berzumba, yoga dan melakukan aktiviti kardio sama ada secara solo atau bersama kawan-kawan.
“Apabila tubuh badan sentiasa bergerak secara konsisten, maka secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah lesu, cepat penat dan hilang fokus ketika saya melakukan aktiviti memerlukan tenaga yang banyak,” sambung Noryn.
Tidak Amal Diet Ketat
Noryn juga menerangkan dia tidak mengamalkan diet yang ketat.
“Saya juga menitikberatkan aspek pemakanan, tetapi tidak mengamalkan diet ketat yang boleh memberikan tekanan pada emosi dan fizikal.
“Paling utama, biarlah pilihan makanan itu seimbang dan dinikmati secara sederhana. Bagaimanapun, dari dulu hingga kini hari saya tidak lengkap tanpa secawan kopi. Tidak mengapa, kerana kopi membuatkan saya gembira.
Ads
“Dalam pada itu, kepada para wanita yang memasuki usia 40 tahun saranan saya berjumpa doktor untuk melakukan ujian hormon.
“Langkah ini penting memandangkan pada umur seumpama ini paras kolagen semakin menurun dan konsultasi bersama doktor membantu kita berdepan pramonapaus dengan minda positif,” akhirnya.
Bersama suami yang cukup penyayang.Bersama putera kesayangan.
Sumber: SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Jasmin Hamid & Instagram Hairul Ejay
Setelah semua urusan selesai, ahli keluarga sepakat untuk kebumikan jenazah tujuh sekeluarga dalam satu liang lahad. Keputusan ini diambil setelah keluarga mengadakan perbincangan.
Jenazah tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai berhampiran Simpang Lubuk Timah semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah.
Mereka yang maut adalah Mohd Zairul Mat Isa, 34; isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.
Turut terkorban ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, dan supupu, Zulkifli Shuib, 49, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 serta anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3.
Abang Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, berkata, persiapan sedang dilakukan di tanah perkuburan kampung itu dengan bantuan ahli jawatankuasa masjid.
“Sebaik selesai urusan bedah siasat dan ujian Covid-19 (koronavirus), semua jenazah akan dibawa pulang ke kampung.
“Saya, abang dan saudara mara lain dah sepakat untuk kebumikan mereka dalam satu liang lahad,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Akan Dikebumikan Dalam Satu Liang
Nahas sekitar jam 5.30 petang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dengan treler itu turut menyebabkan tiga penumpang MPV yang lain cedera.
Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, mengalami patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.
Ketika kejadian, MPV yang membawa dua keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah selepas bercuti di Pulau Pangkor dan Cameron Highlands sejak Ahad lalu.
MW: Inilah pengakhiran buat mereka, Al-fatihah buat semua dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Amin.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila berdepan dengan perkahwinan seperti yang tidak diharapkan, jika ianya mengundang bahaya dan mudarat pada diri sendiri, cubalah usahakan untuk dapatkan bantuan pihak yang sepatutnya.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Peguam Syarie ini, Roslina Sabiyah & Co.mengenai beberapa pemerhatian kes yang dihadapinya, beliau menitipkan pesanan. Apa yang sepatutnya dilakukan, agar jalan penyelesaian terbaik untuk kedua pihak dapat diperoleh.
Kongsinya,
Dah lama saya nak share pasal isu ni.. tapi tak ada kesempatan. Ini secara ringkas melalui pemerhatian kes-kes saya sahaja ye.
Sebenarnya ramai manusia yang psiko di luar sana.. ada gangguan emosi dan personaliti yang membawa kepada gangguan mental. Luarannya mungkin nampak normal. Berkerjaya, ada pangkat tinggi, dihormati di sisi masyarakat, kebanyakannya memang golongan terpelajar.. tapi hakikatnya mereka ada masalah jiwa.. mereka juga perlu dibantu kerana mereka sendiri tak sedar mereka ada masalah yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri apatah lagi boleh mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling mereka juga!
Mereka tidak tahan dengan tekanan atau provokasi. Mereka hanya akan normal sekiranya semua perkara berjalan seperti apa yang dirancang dan mengikut kehendak mereka.. tapi jika sesuatu berlaku di luar apa yang dia harapkan..dan ada yang menghalang dia melaksanakan hasratnya.. dia akan sanggup buat apa sahaja sehingga sanggup memutuskan hubungan saudara, mencipta cerita yang tak wujud, mencederakan diri sendiri ataupun sehingga ke tahap membunuh!
Yang paling menakutkan.. ia bukan terhad kepada kes cerai-berai atau rumahtangga sahaja. Tapi merangkumi semua kes.. kes perebutan hak jagaan anak, kes perebutan harta pusaka, kes perebutan harta sepencarian.. hatta hinggalah kepada kes berebut parking kereta.
Penyakit ini kadang-kadang tak dapat didiagnos secara formal. Tapi simptomnya dapat dilihat dalam kebanyakan kes di mana pelakunya tak dapat lagi mengawal emosi dan tidak lagi rasional dalam apa jua tindakan yang dibuat. Hilang kawalan terhadap diri sendiri.
Dan Apa Kita Perlu Buat?
√ Jaga Percakapan Dan Perlakuan Kita
Kena berhati-hati selalu. Jaga percakapan dan perlakuan kita sentiasa. Jangan provok atau sengaja mendatangkan kemarahan sesiapa sahaja. Kita tak tahu tahap penyakit atau sejarah lampau orang yang di sekeliling kita.
√ Dapatkan Bantuan Segera
Jika ada keraguan, dapatkan bantuan segera. Sentiasa waspada. Jangan bertindak sendirian. Bahaya penyakit ini sama macam virus covid juga. Tak nampak dengan mata kasar tapi ia memang wujud di sekeliling kita. Mungkin tanpa disangka orang yang paling hampir dengan kita..
Banyakkan berdoa semoga dijauhkan dengan penyakit akhir zaman yang semakin pelik-pelik ini.
Al-fatihah untuk mereka yang telah menjadi mangsa. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kita semua dan tiadalah tujuan akhir hidup kita melainkan mengharapkan keampunan dan syurga Allah jua.
Sumber/Foto : Roslina Sabiyah & Co.*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sungguh bersikap terpuji, apabila sanggup menggadai diri tanpa berfikir panjang demi menyelamatkan individu lain yang sedang berada di dalam kesusahan.
Seorang lelaki sanggup menggadai nyawa menyelamatkan tiga individu hampir lemas selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik dekat Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, di sini, tengah hari tadi.
Penolong Penyelia Kilang, Suzaini Mohd Sadali, 43, bertindak demikian selepas menyedari nahas berkenaan ketika dia sedang memandu kereta berhampiran tasik terbabit.
“Saya sedang memandu kereta melalui kawasan sebelah tasik dan ternampak kereta terbabas ke dalam tasik lalu terus berhenti sebelum ternampak dua mangsa perempuan di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang berpaut pada badan kereta sambil menangis.
“Pemandu kereta, seorang lelaki pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa fikir apa-apa, tak fikir panjang kerana kasihan melihat mereka terkapai-kapai dan menjerit minta tolong,” katanya.
Berjaya Selamatkan Semua Mangsa
Katanya, dia berjaya membawa mangsa lelaki ke tepian tasik sebelum dua lelaki lain membantu menyelamatkan dua wanita berkenaan dengan menarik kedua-dua mangsa ke tebing.
“Alhamdulillah, semua berjaya kami selamatkan. Memang ini pengalaman tak boleh dilupakan, baru saya tahu, tasik ini memang dalam,” katanya.
Memang Tahu Berenang
Suzaini berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraf, 12, dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Yaani selepas anaknya mendapatkan pemeriksaan mata di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di pusat bandar.
“Saya memang tahu berenang dan tasik ini juga sering jadi lokasi saya memancing. Selepas menyelamatkan lelaki itu, baru saya tahu penat bukan kepalang dan saya memang sudah tak larat lagi untuk selamatkan dua yang lain.
“Mujur ada dua lelaki datang membantu hingga kami berjaya menarik semua mangsa ke tebing dengan menghulurkan kayu yang ada di kawasan itu,” katanya.
Kejadian terbabit tular di media sosial dengan komen-komen memuji tindakan Suziani dan mereka yang membantu menyelamatkan tiga mangsa berkenaan.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah. Semua mangsa berjaya diselamatkan. Tahniah buat lelaki ini, sungguh bersikap terpuji sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan insan lain yang memerlukan pertolongan.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!