Bila dah berkahwin, maka bertambahlah ahli keluarga seseorang itu terutamanya yang bergelar menantu, malah, anggap mentua sebagai mak ayah juga. Walaupun ia bukan melahirkan kita tapi merekalah besarkan pasangan kita.
Tidak terkecuali, bila berkahwin, anggap mentua sebagai mak ayah, tempat untuk berkongsi cerita dan masalah. Mungkin ada yang rasa malu sebab ia tak sama dengan mak ayah kandung sendiri.
Sesetengah menantu ada yang ‘tidak sebulu’ dan sukar untuk terima mentua. Lebih teruk, isteri boleh pula samakan suami dengan perangai mentua. Kita tak tahu, itulah cara mentua kita besarkan pasangan kita.
Ingat, kalau dah tak boleh anggap mentua sebagai mak ayah, kita sebagai menantu kenalah hormat sebab kita berkahwin bukan dengan pasangan saja tapi turut melibatkan ahli keluarga pasangan kita.
Kalau nak mentua kau terima kau macam anak sendiri, kau kena lah terima macam mana anak-anak dia dapat.
Mentua ada hak nak marah kau. Merajuk ngan kau. Tegur kau.
Itu baru “macam anak sendiri”
Ads
Bukan harapkan mentua dok senyum, tahan perangai kau, puji-puji kau 24 jam.
Kalau betul mentua tu kau anggap macam mak bapak kau. Kau kena redha dan bersabar macam mana anak-anak dialah. Bkn terus merajuk pastu masam-masam muka.
Dua-dua mentua saya baik sangat Alhamdulillah. Mak Bastiah kalau tak suka memang tegur direct. Belah hubby sekarang, ayah memang dari kami kerja sama-sama dulu rajin tegur saya jika ada salah saya. Bila dah jadi ayah mentua, dah biasa la kena tegur dia.
Bergaduh?
Dengan mak mentua dulu pernahlah gaduh. Tapi boleh dikira la dengan jari. Kecik hati pun pernah. Tapi bila masing-masing dah tak tahan, kami duduk depan dan luahkan rasa masing-masing.
Ads
Selalu ayat MakBastiah “Mak minta maaf banyak-banyak, tapi mak nak tegur Aishah ni….” and dia pun cakap la apa dia tak puas hati.
Saya pula selalu tanya direct “Mak… Mak kecik ati dengan Aishah ke?” Atau “Mak… tak best la kita macam ni…..”
Sebagai menantu, kalau tak mampu anggap mentua sebagai mak bapak, hormat sahaja pun mencukupi. Bersyukur dengan segala jasa dia yang membesarkan suami yang kita dok
Peluk dan berkasih sayang tu.
Dan bila mentua terlalu menolak kita jauh, pergi sahaja. Tetapi sentiasa doakan mereka bahagia, sihat dan sejahtera.
Kerana doa-doa itu bukan untuk mereka. Ia untuk kita untuk hidup lebih tenang.
Ads
Kena ingat. Mak belah suami itu adalah pintu syurga kita. Doa mereka mujarab dan tinggi makamnya. Tak mampu berbaik. Bersabar sahaja. Allah tahu usaha kita.
Mingguan Wanita : Betul sangat apa yang dikatakan ini. Mentua adalah ibu bapa kita juga.
Aplikasi 4D Quiver ini boleh didownload secara percuma oleh mak ayah yang menggunakan smartphone. Nak pembelajaran lebih seronok, kenalah muat turun dulu aplikasinya sama ada di play store untuk pengguna android dan Apple store.
Aplikasi AR Quiver yang dibangunkan ini memang menyeronokkan bukan saja anak-anak malah mak ayah pun akan jadi teruja sama.
Sebabnya setiap kali selesai mewarna pada bahan bercetak yang diperoleh dari laman web Quiver, anda boleh halakan gajet padanya dan masa itulah magik akan bermula.
Ia akan menjadikan gambar yang diwarnakan dengan apa saja warna baik pensil warna, crayon, marker pen mahupun watercolor akan menjadi hidup dan membuat aksi yang comel. Ia juga disertakan dengan bunyi-bunyian yang akan menarik minat anda.
Mak-mak Pun Teruja Sama!
“Yang ni best, mummy pun jadi jakun sekejap. Anak-anak seronok sebab lukisan diaorang color boleh hidup. Jom share n tag kat parents yang ada anak-anak kecil , mungkin bermanfaat untuk penuhi aktiviti anak-anak di hujung minggu.” – Puan Zara Razali.
Konsep yang dibawakan oleh aplikasi ini samalah seakan yang boleh dilihat dalam game Pokemon Go. Bezanya ia cuma bergerak di atas kertas yang telah mak ayah cetak saja. Pembelajaran tentunya menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan.
Pastikan jumlah bateri mencukupi dan capaian Internet anda baik (ia diperlukan untuk sesetengah aplikasi AR)
Kita berkahwin bukan dengan hanya pasangan tetapi turut melibatkan keluarga termasuklah ipar duai. Tak dinafikan awal kahwin, semuanya nampak baik. Lama-kelamaan, nampaklah warna sebenar, baik kita yang memang sudah tahu perangainya begitu dan juga ipar duai.
Ada pula yang baik depan, belakang lain. Lagi teruk bila ipar-duai langsung tak tegur sapa. Macam mana nak rapatkan kembali hubungan dengan ipar yang tak sebulu, seperti mula-mula berkenalan dengan mereka. Jom kita semak…
1. Letak Diri Anda Ditempat Dia
Anda sebagai orang baru jangan fikir mereka kena faham tentang anda. Sebaliknya, anda kenalah faham mereka dulu.
2. Curi Masa Kenal Hati Budi
Tak salah, luang masa dengan mereka pada hujung minggu atau pun datang ziarah bertanya khabar. Jarak jauh bukan halangan untuk rapatkan hubungan keluarga.
3. Sedekah Atau Banyakkan Menghulur
Tak salah pun beri hadiah pada mereka. Lebih-lebih lagi pada anak saudara. Hadiah kecil pun jadilah, untuk eratkan hubungan yang ada.
4. Kongsi Pendapat
Kalau ada masalah, tak salah tanya pendapat mereka. Ini boleh sahaja membantu hubungan anda lebih rapat.
5. Elak Buka Aib Di Media Sosial
Hidup zaman internet ni, anda kena jaga banyak sudut. Ini paling penting sebab dek kerana sikap sendiri yang suka post status ‘mengarut’ itulah boleh keruhkan hubungan.
6. Bantu Selagi Boleh
Bila saudara ipar hadapi masalah, jangan ragu untuk bantu. Dan tolonglah jangan berkira.
7. Jadi Pendengar Yang Baik
Golongan perempuan ni suka meluah jadi apa salahnya anda jadi pendengar yang baik tapi jangan pula nak tambah-tambah api kemarahan sampai timbul pergaduhan.
8. Join Majlis
Apabila ada majlis berkumpul bersama sanak saudara, pergilah turut sama. Masa inilah anda nak kenal saudara ipar-duai.
9. Berbual Benda Baik
Masa berkumpul, tolonglah elak berbual tentang perkara yang tak baik tentang keluarga lain. Ini jalan mudah tak nak keruhkan hubungan.
10. Elak Buka Aib Sendiri
Jangan nak bercerita tentang masalah rumah tangga anda dengan saudara ipar walaupun anda baik dengannya.
11. Jangan Sombong, Kena Pandai Bertegur
Kalau ada group whatsapp keluarga ipar, janganlah buat perangai sombong, sekali sekala menyampuk mana yang perlu. Sekurang-kurangnya dia tahu kehadiran anda dalam kumpulan itu dan istilah ‘tak reti bertegur sapa’ mesti tak wujud!
12. Jaga Cara Bercakap
Belajar jangan cakap lepas. Siapa tahu ada ipar duai kita yang jenis cepat sentap!
13. Sesekali Kena Mengalah
Mengalah tak bererti kalah. Kadang kala, anda perlu mengalah, tapi jangan asyik mengalah sebab ada masanya anda pun perlu pertahankan pendapat anda.
14. Jangan Libatkan Pasangan
Kalau sesekali anda terasa hati, jangan hasut pasangan sendiri untuk masuk belah anda. Meluah OK, tapi jangan sesekali mengarah suruh pasangan bertindak ‘macam-macam’.
15. Jangan Jadi Batu Api
Tolak ketepi sikap nak keruhkan keadaan, paling teruk sikap BATU API. Semua orang pernah buat silap, dan kalau boleh anda sendiri kena belajar memaafkan. Sekali pun tak suka, elak mencanang! Ini mengeruhkan hubungan kekeluargaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Konon belikan anak main mekap sendiri sebab tak nak anak kacau barang mekap mak punya tetapi sebenarnya ini boleh mengundang bahaya kepada anak kecil.
Nah, nak apa sebabnya jemput baca perkongsian daripada saudara Najmi Nawawi ini, mesti mak ayah boleh hentikan sikap ‘biarkan anak dengan duniannya’ sekejap dan bertindak apa yang patut!
Bagi Anak Main Mekap
Anak kecil bermain makeup mungkin dilihat comel oleh ibu bapa. Habis muka sendiri diconteng, bahkan ada juga seluruh badan.
Bahkan ada ibu bapa sampai beli makeup versi kanak-kanak punya kerana percaya kepada label yang terdapat pada produk yang sentiasa menyatakan ianya produk yang selamat.
Benarkah ianya ‘safe for kids’? Kerana ketahuilah mana ada syarikat mahu mengaku bahawa produk mereka tidak selamat. Sebab itu sudah banyak kes alahan melampau berlaku, bibir anak bengkak, susah untuk bernafas, kemerahan dan banyak lagi dilaporkan media.
7 bahan yang kita perlu tahu bahayanya jika terdapat dalam makeup.
1. Lead
Kebiasaanya terdapat dalam face paints dan juga lipsticks. Lebih banyak lead, lebih bahaya kesannya kepada anak-anak. Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Centres for Disease Control and Prevention (CDC), keracunan bahan lead terhadap anak-anak boleh membawa kepada kesan bahaya kepada otak dan saraf anak. Juga, mengundang masalah perkembangan perlahan dan pembelajaran anak.
2. Arsenic
Ini pun banyak terdapat dalam face paints, dan kada bahaya mengikut kadar dari 1.1 sehingga 1.9 ppm. Ianya sangat dikenali sebagai bahan penyebab cancer dan juga boleh menyumbang kepada muntah, cirit-birit, pening kepala dan dehidrasi.
3. Cadmium
Kebiasaanya terdapat pada face paints yang berwarna gelap atau lebih dikenali sebagai ‘Holloween face paints’. Terdapat beberapa jenis lipstick turut mengandungi bahan ini. Berdasarkan kajian CDC juga, kesan terhadap anak kecil sama seperti terhadap ibu bapa, iaitu rosak buah pinggang dan paru-paru. Juga terhadap tumbuhbesaran dan seterusnya mempengaruhi sikap anak.
4. Parabens
Aku fikir ini ialah bahan yang paling popular. Sepatutnya ibu bapa semua menang wajib tahu bahaya parabens. Ia mampu menyebabkan ketidakstabilan hormon, dan imuniti badan anak.
5. Talc
Satu bahan mineral yang sangat biasa dan mudah dijumpai dalam alat kosmestik. Ianya akan jadi lebih bahaya jika turut tercemar dengan bahan lain yang dikenali sebagai asbestos (bahan penyebab cancer). Bahkan jika mineral ini masuk malalui sistem pernafasan pun sudah cukup untuk menyumbang kepada masalah pernafasan yang bahaya dan inflamasi melampau.
6. Fragrance
Hampir separuh daripada produk kecantikan di dunia terkandung bahan ini. Lebih-lebih lagi jika ianya pewangi tiruan yang kebiasaanya mengandungi bahan-bahan penyebab cancer seperti acetaldehyde, benzophenone, styrene, dichloromethane, dan juga titanium dioxide. Bahan-bahan inilah yang akan menyebabkan iritasi pada kulit anak dan lebih teruk lagi boleh membawa kepada kerosakan organ dalaman.
7. Silica
Ini pula ialah antara bahan yang sangat senang dijumpai di dalam produk kecantikan. Kerana ianya penyerap kelembapan yang baik, dan mampu membuatkan produk nampak lebih tebal dan mahal. Namun sepertimana bahan-bahan di atas, silica juga amat bahaya kepada paru-paru, hati dan juga sistem pernafasan.
Nota:
Jadi ibu bapa, lepas ini jika mahu beli make up untuk diri sendiri atau anak, tolong semak 7 bahan di atas. Kalau ada, tolong jangan ambil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...