Jodoh berdua sehingga akhir hayat. Ditakdirkan suami menghembuskan nafaz terakhir kerana uzur. Selang lima jam, isterinya pula menyusul, meninggal dunia dipercayai demam panas.
Bukti cinta sejati, Fatimah Sukim, 57, dan suaminya, Erpah Yusof, 60, meninggal dunia pada hari yang sama. Setelah berkongsi hidup bersama, akhirnya mereka pergi menghadap Pencipta bersama. Semoga ahli keluarganya redha dengan pemergian dua insan tersayang dalam masa serentak.
Selang Lima Jam..
Kata adik Fatimah, Kalshsom Sukim,54 “Seminggu sebelum meninggal dunia, arwah kakak ada hubungi saya memaklumkan dia teringin saya jahitkan baju kurung moden sama seperti yang pernah dipakai arwah mak, namun tak sangka itu permintaan terakhirnya sebelum dia menemui Ilahi.”
Allahyarham Fatimah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 7 petang semalam.
Lima jam sebelum itu, suami Fatimah, menghembuskan nafas terakhir di rumah adik iparnya di Kota Damansara jam 2 petang.
Kalshsom berkata, Fatimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menghubunginya menyatakan hasrat ingin menghantar kain untuk dijahit baju kurung moden seperti yang sering dipakai ibu mereka, Kasinah Kasiman yang meninggal dunia 15 tahun lalu.
Ads
“Sehingga kini, masih terngiang-ngiang suara arwah yang ingin menggayakan baju kurung, namun saya terkilan tidak sempat menyiapkan baju dimintanya kerana dia terlebih dahulu menemui Pencipta.”
Kredit: Sinar Harian
Rapat Dengan Arwah
Menurut Kalshsom, Allahyarham kakaknya disifatkan seorang yang baik hati, bertanggungjawab, peramah dan dikenali jiran tetangga.
“Saya memang rapat dengan arwah dan kami sering berhubung menerusi panggilan telefon,” katanya.
Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai kematian kakaknya selepas dihubungi salah seorang anak Fatimah.
Ads
“Sukar hendak terima, namun ini semua adalah ketentuan ALLAH kerana lebih menyayanginya dan kita perlu reda dengan takdir yang sudah ditentukan ini.”
Kalshsom berkata, jenazah pasangan suami isteri itu dibawa ke rumah mereka di Bukit Belimbing di sini selepas bedah siasat di Hospital Sungai Buloh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang, Kuala Selangor hari ini.
Hentikan Spekulasi, Biar Arwah Pergi Dengan Tenang
Sementara itu, adik ipar Fatimah, Khuzaimah Che Hussin, 40, meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian suami isteri berkenaan.
Ads
“Saya banyak dapat mesej di WhatsApp yang bertanya punca kematian mereka, tapi saya tak sempat nak balas satu persatu.
“Bagaimanapun saya ingin maklumkan kakak ipar mengalami demam panas sahaja dan dirujuk ke Hospital Tanjong Karang sebelum sakit teruk hingga terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Begitu juga dengan arwah suami Fatimah, saya nampak kesihatannya semakin uzur sejak kebelakangan ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Pihak MW mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Fatimah dan Erpah. Semoga kedua rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman dan Allah melimpahkan rahmat keampunan kepada mereka. Al-fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lelaki ini, Azmeer Yusof merupakan bekas pemain skuad Lang Merah. Miliki sekeping hati yang pemurah. Tak berkira, malah rela hati memberikan rumahnya untuk digunakan oleh bakal pengantin secara PERCUMA untuk majlis perkahwinan mereka.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Azmeer di laman facebooknya hari ini. Kongsinya,
Bakal Pengantin, Gunakan Rumah Saya Secara PERCUMA..
“Rumah saya tak sebesar BANGLO yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ. Tak secantik BANGLO yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan dari tuan rumah.
Tapi saya ingin TAWARKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG NAK BERKAHWIN, GUNAKAN RUMAH SAYA SECARA PERCUMA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. TAPAK RUMAH SAYA MEMUATKAN 4 biji KHEMAH.
Rumah saya mempunyai 4 bilik, 1 bilik air, 1 tandas, 6 aircond. BERALAMAT di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.
Kepada BAKAL PENGANTIN & MAK AYAH PENGANTIN, TOLONG JIMATKAN DUIT ANDA dari SEWA DEWAN atau HOTEL atau apa-apa sahaja.
I have my an experience, KEHIDUPAN selepas BERKAHWIN lebih PENTING dari SEBELUM BERKAHWIN.
Ambil dan gunakan apa yang saya tawarkan ini. PERCUMA SAHAJA. Jika nak hulurkan juga saguhati, just beri sahaja kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof ( PPAY ). Saya tidak akan ambil 1 sen pun.
KATA GURU SAYA, ALLAH AKAN TANYA SETIAP HARTA YANG KITA ADA DI DALAM DUNIA INI. APA KITA BUAT DENGAN HARTA TERSEBUT? KE MANA DUIT YANG KITA BELANJAKAN? DAN SEBAGAINYA MILIK KITA, ALLAH AKAN TANYA.
Ketika ini, Azmeer sudah bergelar usahawan muda yang memiliki beberapa perniagaan. Antaranya rangkaian kedai gunting rambut AY Barbershop di sekitar utara selain buku mengenai kisah hidupnya. Beliau juga giat membangunkan pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran.
MW : Semoga usaha Azmeer memberi kesenangan kepada keluarga dan bakal pengantin dan semakin dilimpahi rezekiNya di atas kemurahan hatinya itu.
‘Berkenalan ketika belajar di luar negara.’ Wanita ini dilamar dengan mas kahwin RM450K. Wow bertuahnya badan!
Kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Hubungan yang bermula sekadar senior dan junior di pusat pengajian. Kemudiannya beralih kepada adik dan abang angkat. Kini siapa sangka bakal bergelar suami dan isteri.
Malah lamaran lelaki Arab ini menjadi viral dan mencuri tumpuan netizen apabila dia dengan besar hatinya memberi mas kahwin sebanyak RM450K kepada gadis yang berasal Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara ini.
Nilai mas kahwin luar biasa ini menunjukkan bahawa betapa ikhlasnya lelaki ini untuk menyunting wanita yang dicintainya.
Pasangan ini sudah berkenalan selama 4 tahun ketika menyambung pengajian dan menerusi laporan dari Tribun News, pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada Disember akan datang selepas keluarga lelaki datang ke Indonesia untuk melamar gadis tersebut.
Dengan Mas Kahwin RM450K
Dalam pada itu, bapa kepada wanita yang dikenali sebagai Dr. Dilla Faradhilla, anaknya telah berkenalan dengan jejaka berasal dari Jeddah ini ketika menuntut di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Medical di Beijing, China.
“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.
“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.
“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya,” katanya.
Kesungguhan Untuk Berkahwin
Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.
Dr. Ahmed juga akan menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta dan keluarganya turut perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.
Mingguan Wanita : Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tiada jalan mudah nak cantik dan kekal sihat. Hakikatnya semuannya perlukan usaha daripada diri sendiri baik daripada segi pemakanan yang betul dan gaya hidup yang aktif.
Baru-baru ini Dr Nur Amalina Che Bakri,31 ada memuat naik status dilaman sosial twitter mengenai cara dirinya mengekalkan kesihatan dan kekal aktif.Menurut Dr Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, sebenarnya tidak perlu pun mengamalkan air detoks, alkali dan sebagainya, memadai mengamalkan meminum air masak, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan rutin senaman setiap minggu.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Tidak payahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini. Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK pun, kami minum air paip je. Saya makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.
Beliau turut menambah, hasil dari amalan tersebut, beliau mampu mengekalkan tenaga dan dapat melakukan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif, bertenaga dan sihat. Tolong jangan obses dengan mengambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Jadi buat wanita yang nak kekal aktif dan sihat boleh tiru 3 amalan kecantikan yang dikongsikan oleh Dr Amalina ini. Mudah je dan ia sebenarnya adalah amalan kecantikan asas dalam kehidupan kita.
Info Ekstra!
Dr Nur Amalina Che Bakri,31 merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.
Merupakan pelajar cemerlang keputusan peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 serta melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom, England. Mengejar cita-cita menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik suatu hari nanti.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!