Kebiasaannya apabila masuk sahaja tahun baru, pelbagai azam dan niat disemat didalam diri dengan harapan dapat dicapai sepanjang tahun nanti. Namun dalam kita bercita-cita dengan pelbagai azam, jangan lupa untuk pasang niat berazam memperbaiki diri dan ibadah sebagai salah satu usaha dalam mengundang redha Allah.Biarpun sikit amalan yang dilakukan, berusahalah untuk kekal istiqamah dalam melakukannya.
Antara amalan yang boleh dilakukan ialah;
1. Solat Sunat Qobliah (Subuh)
Jangan tinggal Solat Sunat Qobliah (Subuh) sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.
2. Istqamah Amalan Zikir
Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jangan ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3. Solat Subuh Berjemaah
Berusahalah sedaya upaya untuk Solat Subuh Berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah. Kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4. Berdoa Selepas Azan Sebelum Iqomah
Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.
5. Fahami Bacaan Dalam Setiap Solat
Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik-bisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat. Agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (Memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
Ads
6.Baca Alquran Setiap Hari
Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas Solat Subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari iaitu 10 awal & akhir surah Al Kahfi, Surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7. Amalkan Solat-Solat Sunat
Jangan ditinggalkan solat-solat Sunat Qobliyyah, Ba’diyyah, Witir, Dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8. Istiqamah Solat Di Awal Waktu
Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita, bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yang utama.
9. Biasakan Selalu Ada Wudhu’
Lazimi menjaga wudhu’ setiap masa kerana orang yang punyai wudhu’ akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10.Amalan Bersugi Selalu
Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yang sentiasa bersugi. Antaranya;
Ads
-Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali disukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi.
-Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yang tak bersugi dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi.
Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dalam sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yang Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi.
Saya pernah terbaca dalam artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yang sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.
12.Biasakan Berzikir, Selawat
Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat, kalimah-kalimah taubat, kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13. Amalkan Makan Kurma
Lazimi berpagi-pagi dengan kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan, kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.
Ads
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah serta perkara-perkara ma’ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah;
“Wahai jiwa-jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga”.
Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dalam berusaha untuk mengejarnya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Masuk tahun baru ini, sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri, meningkatkan amalan dan ibadah agar dapat mengundang ‘Redha’ Allah hendaknya. Amin.
Solat jenazah adalah sunat dan merupakan fardu kifayah. Inilah solat terakhir untuk meminta ampun dan doa buat si mati. Sudah tentulah solat ini turut dilakukan secara berjemaah.
Kadang-kadang kita lihat, beruntungnya si mati apabila ramai orang solat jenazah untuknya dan sudah tentulah ahli keluarga turut sama solat sebagai tanda penghormatan terakhir buat orang yang disayangi.
Bagi anak lelaki, belajarlah solat jenazah sebab kita tak tahu mungkin ada ahli keluarga yang meninggal untuk kita lakukan fardu kifayah ini.
Ada bezanya solat jenazah orang lelaki dan perempuan. Bagi anak lelaki yang tak tahu, bolehlah belajar. Inilah khidmat terakhir untuk orang tersayang.
Belajar lah wahai lelaki, apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal. Itu sahaja lah penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita.
Cara Ringkas Solat Jenazah :
1. Angkat Takbir “Allahuakbar” & Niat dalam hati :
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Jadi makmum? tambah “sebagai makmum kerana Allah Taala”
Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua “Allahuakbar”
Baca : Allahumma solli a’la Muhammad wa a’la ali Muhammad
Pendek pun tak pa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga “Allahuakabar”
Baca doa (pendek pun tak pa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat, ada doa lain .
4. Angkat Takbir Ke Empat “Allahuakbar”
“Assalamualaikum warahmatullah ” Beri Salam kanan n kiri
Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah
Ingat!!.. solat jenazah tak ada rukuk dan sujud mcm solat biasa tau!!
Baharu minggu pertama berlangsung, sudah ada penyingkiran dalam Akademi Qurra 2024. Tilmiz Arif menjadi peserta pertama tersingkir apabila mengambil Keputusan menarik diri atas faktor peribadi.
Tilmiz Arif menjadi peserta pertama tersingkir di Akademi Qurra 2024
Menurut Pemangku Pengurus Kanan Program Akademi Qurra’ 2024, Zulkarnaen Mokhtar, keputusan Tilmiz Arif menarik diri berlaku pada saat-saat akhir berikutan isterinya sedang sarat hamil dan atas beberapa faktor peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Penyingkiran peserta dari Kota Bharu Kelantan itu bagaimanapun digantikan apabila pihak produksi membawa masuk seorang peserta baharu iaitu Tilmizah Athiyyah.
Tilmizah Athiyyah dibawa masuk ke program Akademi Qurra 2024 menggantikan Tilmiz Arif
“Jika diikutkan minggu pertama tiada penyingkiran, namun atas permintaan peserta untuk menarik diri, kami terpaksa akur dan tempatnya digantikan dengan kemasukan Tilmizah Athiyyah di mana dia merupakan peserta ke-13 terbaik daripada senarai finalis,” katanya kepada media sejurus selepas usai episod pertama Akademi Qurra 2024 sabtu lalu.
Tilmiz Luqman dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.
Terdahulu, kedudukan tertinggi pada minggu pertama disandang oleh Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza yang masing-masing memperoleh markah 92 peratus. Manakala Tilmiz Dr Adlee menduduki tangga terbawah dengan markah 84 peratus.
Tilmiz Luqman pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.
Penjurian markah diadili daripada Taranum, Alunan Suara, Tajwid dan Fasohah yang masing-masing membawa 25 peratus.
Akademi Qurra’ 2024 diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman selaku juri tetap dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim. Seramai 12 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Akademi Qurra’ 2024 sekali gus membawa pulang hadiah utama. Akademi Qurra’ 2024 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah, setiap Sabtu, jam 9 malam.
“Kalau dulu terselak sana terselak sini, sekarang tutuplah, kita berhak merubah diri sendiri” begitulah pesanan yang diluahkan oleh Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Pelakon yang berbadan genit ini sememangnya begitu suka berkongsi pelbagai pesanan di akaun Instagramnya. Bertujuan bukan saja untuk memberi pesanan kepada mereka di luar sana namun juga untuk dirinya sendiri.
Malah Noorkhiriah juga akui dirinya juga sentiasa mohon agar diberikan istiqomah. Bersama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita semua.
“Kalau Dulu Terselak Sana Terselak Sini, Sekarang Tutuplah”
Noorkhiriah juga akui dia sangat bersyukur bila Allah berikan hidayah. Sebagai umatnya dan insan biasa janganlah kita membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri. Berikanlah peluang untuk diri berubah ke arah kebaikan.
“#BismillahiMasyaAllah
“Hidup ni proses, bagi peluang kat diri sendiri. Jangan tengok orang lain sebab taka da satu pun sama dengan sesiapa, yang menulis ni haru biru lagi tapi syukur bila Allah dah bagi.
“Tapi takyahlah jadi orang lain, maintain saja apa yang ada cuma hidupkan proses. Kalau dulu terselak sana sini. Sekarang tutuplah. Kita berhak merubah diri kita sendiri. Perlahan-lahan InsyaAllah Istiqomah.
Tak Mudah & Tak Susah Nak Berubah
“Tak mudah dan tak susah kalau betul-betul nak transform. Tapi jiwa kena kental sebab ada tika akak goyang gak.
“Share kebaikan bukan bermakna dah baik. Tapi jangan dipandang siapa yang menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan.
“Tiap manusia ada sisi gelap. Doakan akak. Bersama kita mendoakan yer. Tapi tolonglah jangan dipuji sebab akak pendosa. Allah tutup aib. Terima kasih Allah,” kongsi Noorkhiriah.
Tragedi jejambat lebuh raya Dash, pelajar kolej maut, terjatuh dari ketinggian 21 meter. Seorang pelajar kolej swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dia terjatuh dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5, pagi semalam.