Sambal Sardin antara masakan yang cukup mudah dan sedap disediakan. Dimakan dengan telur dadar dan nasi panas memang boleh makan bertambah-tambah. Rupanya nak kurangkan hanyir ikan sardin dan jadikannya lebih sedap, kena goreng dulu ikannya.
Boleh ikut resipi dan tip buat Sambal Sardin Goreng yang dikongsikan oleh Puan Nor Zehan ini.
Ada peminat sardin? Hari ni masak ikut cara mak saya. Favourite saya, ikan sardin tu kena goreng dulu, kuranglah sikit bau hanyir. Tapi, siap sedialah dengan letupan-letupan minyak tu nanti.
Meh cuba resepi simple ni.
SAMBAL SARDIN GORENG GOPENGHAGEN.
1 tin ikan sardin. Saya pilih Ayam Brand. Bukan jenis Mackerel, jenis yang biasa je.
1 labu Bawang besar
Seulas Bawang putih
2 sudu cili kisar
Sebiji ubi kentang hiris ikut suka
Cabai merah sebagai hiasan
Sedikit asam jawa
Sedikit gula
Cara Membuat:
1.Asingkan ikan dan kuahnya.
2.Panaskan minyak.
3.Goreng ikan sehingga garing. Dah garing, angkat. Part ni kena kental. Percikan minyak-minyak dia memang tak boleh bawak bincang.
Ni ikan yang dah siap goreng. bukan rentung tau. Ni garing.
4.Tumis bawang besar, bawang putih, cabai merah menggunakan lebihan minyak tadi.
Ads
5.Masukkan cili kering.
6.Tumis sehingga naik minyak.
7.Kemudian masukkan kuah sardin dulu bersama ubi kentang.
8.Dah agak-agak ubi tu empuk sikit, boleh masukkan sedikit air asam jawa & sedikit gula.
9.Boleh jugak letak asam keping, tapi rasa dia tak sama. Terpulang pada selera masing-masing.
Ads
10.Akhir sekali, masukkan ikan yang digoreng tadi.
Dah siap!!!
Makan dengan nasi panas, surrrrr.
Abaikan kuali lejen tu yang dah bersama saya sejak tahun 2005 lagi. Banyak jasanya pada saya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Peria goreng yang dicelup tepung menjadi kesukaan ramai. Tambahan lagi jika peria tersebut digoreng rangup. Sebenarnya kalau hendak rangup bolehlah celup ke dalam 3 jenis bancuhan tepung sebelum digoreng.
Apa kata cuba resipi Peria Goreng Celup Tepung yang dikongsi oleh Marissa Mikail ini.
“Hai semua. Cik Mai share resipi peria celup tepung. Kalau kita sebut peria jek mesti terbayang rasa pahit kan. Cik Mai sebelum ni memang tak makan peria. Nak nak peria katak. Sebut peria jek terus rasa seram sebab takut pahit.
“Tapi time kerja kat KL dulu ada satu gerai kat foodcourt opis yang ada menu peria goreng. Time tu tertarik rasa nak try. Bila makan fulamak sedap rupanya peria goreng ni.
“Sejak hari tu peria ni jadi resepi kegemaran Cik Mai. Tapi yang Cik Mai share ni tak sama rasa macam yang kat foodcourt opis Cik Mai dulu.
“Tapi boleh la buat lepas rindu kalau teringat peria tu. Ok jom tengok resepi dia.”
Bahan-bahan
3 biji Peria katak saiz kecil – dihiris dan direndam dalam air garam
Lada hitam
Jintan Manis
Ketumbar
4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu serbuk besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam
Serbuk perasa – jika perlu
1-Mula-mula kita rendam peria dalam air garam. Petua orang dulu-dulu nak bagi kurangkan rasa pahit peria. Rendam la dalam setengah jam ke.
2-Selepas itu, basuh lada hitam, jintan manis, dan ketumbar sebagai bahan rempah.
3-Tumbuk rempah tadi sehingga hancur
4-Kita sediakan bancuhan tepung pulak. Untuk 3 biji peria katak yang bersaiz kecil Cik Mai gunakan 4 sudu besar tepung beras, 1 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung gandum. Sebelum ni try pakai tepung gandum jer tapi peria tu jadi tak rangup. Bila bancuh macam ni baru umpph. Masukkan sekali garam atau serbuk perasa jika perlu.
5-Kemudian campurkan 1 sudu besar serbuk kari dan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
6-Masukkan rempah yang ditumbuk tadi. Gaul sebati.
7-Dah siap kita masukkan peria. Gaul sehingga semua peria bersalut bancuhan tepung.
8-Kemudian goreng dengan api yang sederhana sehingga garing. Tadaaa dah siap. Mudah dan sedap.
Bagi orang Pantai Timur budu memang tak asing dalam menu harian.Sedapnya dicicah dengan ikan goreng boleh memang boleh makan bertambah nasi. Rupanya selain dimakan begitu sahaja dengan nasi putih, budu juga boleh dijadikan bahan perasa dalam nasi goreng. Ditambah pula dengan isi ikan dan lada hitam yang ditumbuk, memang aromanya sangat wangi dan sedap!
Nak tau macam mana buat Nasi Goreng Budu, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hajar Mohd ini.
Malam ni masak nasi goreng saja.Resipi ni selalunya mak kakak yang masak. Memandangkan banyak jalan tersekat tak boleh balik kampung. Kakak masaklah sendiri sebagai tanda lepaskan rindu.
” Mak, kakak rindu Nasi Goreng Budu mak…”
Yang benar,
Kakak yang manja tiba-tiba.
Bahan yang diperlukan:
Budu
Bawang putih dan bawang merah cincang
Udang
Ikan panggang tawar/ ikan rebus
Telur
Satu batang serai dihiris nipis
Ciliapi potong
Biji lada hitam yang ditumbuk
Semua bahan di atas boleh anggarkan sendiri mengikut saiz nasi yang mahu di goreng.
Boleh juga tambah ayam,sotong dan lain-lain.
Selepas tumbuk biji lada hitam. Boleh terus tumbuk hancur isi ikan panggang tadi. Jika suka isi ikan kasar kasar, tidak perlu tumbuk hancur.
Panaskan kuali dan minyak untuk menumis bawang cincang tadi. Kemudian masukkan udang galah.Ikuti langkah seterusnya pada gambar di bawah.
Apabila udang telah separuh masak, masukkan budu. Sukatan budu adalah mengikut tahap masin yang anda gemari.
Masukkan telur. Pada kali ini, kita gunakan 3 biji telur ayam.Saya tidak tahu ini telur ayam jantan atau telur ayam betina. Maka lebih baik jangan bertanya.
Setelah telur masak, masukkan hirisan timun. Jika tiada timun. Masukkan carrot pun tak mengapa.Ketika ini,terus masukkkan isi ikan dan lada hitam yang di tumbuk tadi. Garam dan perasa pun letak masa ni.
Aroma lada hitam dan isi ikan sangat wangi.
Terus masukkan bahan seperti didalam gambar.
Masukkan nasi dan kacau sehingga sekata. Pernah termakan nasi goreng sekejap tawar sekejap masin rupanya chef tu tak gaul rata.
Kaup letak dalam mangkuk.Masa study kat Jepun dulu, kami di rumah sewa tiada mangkuk, selamba kawan kakak letak dalam besen.
Sedapnya makan ramai ramai dalam besen sebab tiada pinggan.
Keropok tu jadi sudu. Sudu yang boleh di makan. Hebatnya.
Abaikan peha ayam garing tu. Bukan hangit ya. Bukan..
Sekian laporan task masakan dari Hajar Mohd yang menentukan kakak di terima balik kerja di Majalah Terasa atau tidak. Syarat terima adalah apabila dapat like sejuta baru dapat masuk ofis balik.
Jika selalu biskut lemak kita makan begitu sahaja atau dicicah dengan air kopi mahupun teh, rupanya boleh dijadikan salutan untuk ayam goreng juga. Memang lain daripada yang lain dan lebih ‘crispy’. Resipinya cukup mudah, mak-mak boleh cuba untuk hidangan keluarga nanti.
AYAM GORENG HUP SENG
Bahan (A)
Chicken thigh (buang tulang)
Biskut Hup Seng Cream Crackers (diblend hingga hancur)
Bahan (B) untuk perapan:
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Bahan (C)
Sos Tiram
Serbuk Chicken Stok
Garam
Telur
Tepung Ubi Kayu
Cara-Cara Membuat:
1. Blend bahan B dan kemudian dicampur dengan bahan C.
2. Ayam saiz sederhana dan buang tulang, lumur bahan-bahan blend tadi, Perapkan selama 2 jam.
3. Keluarkan ayam, gaulkan dengan telur dan lumurkan dengan biskut Hup Seng yang telah dihancurkan.Masak sehingga keperangan.
MW: Memang lain daripada yang lain resipi ayam goreng ni.Jika selalu kita makan biskut lemak, cicah dengan air teh, kopi atau dimakan begitu sahaja. Rupanya boleh digaul dengan ayam, dijadikan salutan ayam goreng rangup.
Sumber: Yee Yee Goh
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.