Panas sungguh hati bila suami yang betul-betul kita cinta, sayang separuh mati mengkhianati cinta luhur isteri. Betapa parah sekali pun, ingat ya.. buruk suami atau isteri, jangan sesekali ‘up’ di media sosial.
Itu kepantangan besar dalam mewujudkan sebuah keluarga yang damai lagi harmoni. Mungkin ada yang menyangkal saranan ini.
Alasannya, perbuatan jahat suami atau isteri perlu didedahkan. Biar semua tahu siapa sebenarnya ‘malaikat’ yang kau sanjung-sanjungkan itu. Hakikatnya, itu hanyalah bisikan-bisikan nakal yang akhirnya akan buatkan hati kita makin parah.
Alasan Kenapa Tak Boleh Up Buruk Suami Isteri Di Media Sosial
Terlalu Ramai Yang Jadi ‘Batu Api’ Nanti
Niatnya mahu mencari sokongan. Sayangnya apabila kisah sudah menjadi terlalu diketahui umum, anda hanya akan membaca saranan yang tak masuk akal lagi menyakitkan.
Bukan semua orang ikhlas nak bantu kita pun. Sebaik-baiknya, carilah orang tua, dapatkan nasihat perundangan yang betul dan tepat.
Itu lebih membuatkan anda terlihat sebagai isteri atau suami yang tegas dan jangan sesekali kau berani nak buat main-main.
Ads
‘Batu api’ yang hadir melalui komen-komen aib ini nanti hanya akan membuatkan rumah tangga yang boleh diselamatkan, langsung hanyut dilanda badai. Parah!
Jahat Macam Mana Pun, Maruah Suami Atau Isteri Kena Dijaga
Marah memang marah, tapi jangan mudah sangat terpengaruh dengan emosi marah, kecewa atau sakit hati. Kerana selagi dia masih suami atau isteri, rasa hormat itu kena ada.
Bawa berbincang secara matang. Sungguh, bila hati masing-masing tengah panas. Memang nak tengok muka pun menyampah.
Ads
Tapi berilah masa 3 hari untuk bertenang. Selepas hari ketiga kalau tak boleh juga selesai. Jangan berdiam diri, minta bantuan ahli keluarga.
Sebaiknya biarlah cuma keluarga dan anda yang mengetahuinya. Janganlah dikisahkan kepada orang lain. Kerana bila sampai ke pengetahuan orang lain, tempiasnya akan balik juga pada diri sendiri.
Nanti lagi sukar untuk kita berdepan dengan bermacam-macam persepsi dan pandangan. Sudahnya, dia yang bersalah tak ada apa-apa, kita yang teraniaya pula digossip yang bukan-bukan oleh mereka yang tak kan faham.
Ads
Jika Sudah Terdedah, Bila Berbaik Semula Kita Juga Yang Malu
Bukan semua orang ikhlas nak tengok kita bahagia. Ada tu cuma berpura-pura simpati. Di belakang, guntingnya lebih tajam menikam.
Bayangkan konflik selesai, kita berdamai dengan suami atau isteri.
Biarpun kita terlihat bahagia, orang tetap mengata. Kita juga nanti yang sakit hati. Mulalah cakap, kau orang tak faham cuma boleh mengata.
Walhal punca itu datang daripada kita.
Berfikirlah matang, dan bertindaklah dengan tenang. Moga kita dapat menghidupkan rahmah dalam hubungan suami isteri yang Allah anugerahkan untuk kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perkahwinan yang bahagia perlu ada sikap bertolak ansur dan berusaha ‘memenangi’ hati pasangan. Bila sering tak ambil kisah dengan perasaan pasangan membuatkan diri makin jauh, rumahtangga semakin hambar serta goyah. Malah banyak kes yang berlaku, isteri kemurungan berpunca daripada sikap suami sendiri yang kurang prihatin.
Tak susah pun sebenarnya seorang suami nak bahagiakan hati seorang isteri. Apa yang penting suami tidak jemu ‘belajar’ berusaha menggembirakan hati isteri demi keharmonian rumahtangga. Begitu juga bagi pihak isteri.
Boleh jadikan perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini sebagai panduan buat suami;
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Sekian.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Semoga para suami dapat jadikan pesanan ini sebagai panduan dalam membahagiakan hati seorang isteri. Jangan jemu untuk terus belajar memahami hati seorang isteri serta memudahkan segala urusannya.
Ada sesetengah lelaki, langsung tak pernah ambil peduli bab nak buat isteri gembira. Bukan sebab tak pernah bagi hadiah, tetapi berkira sungguh nak tolong isteri dalam urusan rumahtangga.
Apa yang dia tahu kritik dan mengarah, sedangkan hal rumahtangga sepatutnya diuruskan dua belah pihak. Kalau kurang dari segi kewangan pun isteri sanggup korek tabung simpanan, sudahnya kenapa suami langsung tak menjaga hati isteri?
Adakah payah untuk bertindak seperti yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini?
“Wanita diciptakan dengan penuh kelembutan tapi itu bukan jaminan yg dia akan terus ‘berlembut’ sampai bila-bila.”
Kadang-kadang ada perkara yang akan membuatkan kelembutan itu hilang daripada dirinya. Bila dia tidak lagi boleh berlembut, maka dia akan hilang kawalan dan dia mampu untuk melakukan sesuatu yang kita tak jangkakan.
Dia boleh melawan cakap, dia boleh memarahi dan mencaci, dan dia juga boleh lari keluar dari rumah.
Dalam hal ini, saya bukan nak menyalahkan mana-mana pihak, tapi percayalah bahawa sikap bertanggungjawab, tolak ansur dan persefahaman perlu ada dalam diri setiap pasangan.
Sebagai suami, dari perspektif pandangan seorang suami, jika kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan jika kita tidak mengabaikan segala tanggungjawab kita, maka seharusnya tidak akan ada masalah yang timbul dalam hubungan kita.
Sebagaimana kita nak isteri menghormati kita sebagai seorang suami, sebegitu jua lah kita perlu menghormati dia sebagai seorang isteri.
Tunaikan hak-hak dia…
Jangan biar isteri hilang sabar, pendam dan merana keseorangan tanpa kita sedar sebab bila kita sedar, masa tu mgkin sudah terlambat dan sudah tidak boleh diperbetulkan lagi.
Nasi dah menjadi bubur…
Setiap manusia ada hadnya baik lelaki mahupun perempuan. Jadi, jangan buat sesuatu yang melebihi had-had yang mampu diterima oleh seorang isteri.
Jaga perbuatan, jaga percakapan dan ingat tanggungjawab yang kita galas. Jadi suami ni mudah andai kita tidak menyakiti dan melukakan hati isteri.I
Isteri itu jantung kepada rumahtangga kita, jika dia gembira, maka bahagialah rumahtangga kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penurunan kadar kelahiran bayi yang semakin membimbangkan boleh mempengaruhi masa depan sesebuah negara. Pelbagai insentif menarik ditawarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penambahan populasi dalam negara.Selain China dan Singapura berdepan dengan krisis ini, negara Hungary juga tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama.
Terbaru, kerajaan Hungary telah mengumumkan berita baik buat wanita Hungary yang mempunyai empat orang anak atau lebih akan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan seumur hidup, umum Perdana Menteri Viktor Orban. Ia sehubungan rancangan kerajaan untuk menggalakkan kelahiran di negara itu.
Menurut Orban, ia merupakan langkah mempertahankan masa depan Hungary tanpa bergantung kepada golongan imigran/warga asing.
Populasi Hungary dikatakan menurun 32,000 orang setiap tahun dan wanita di negara itu mempunyai jumlah anak yang sedikit berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain.
Selain langkah pengecualian cukai, pasangan muda juga akan ditawarkan pinjaman tanpa faedah yang akan dibatalkan apabila mereka memiliki tiga orang anak.
Dalam ucapan rasmi kepada rakyat, Orban turut mengumumkan beberapa langkah menggalakkan penambahan populasi termasuk membina 21,000 nurseri kanak-kanak dalam tempoh tiga tahun, tambahan dana untuk sistem kesihatan negara, bantuan kerajaan negeri bagi pembelian kenderaan 7 tempat duduk dan juga subsidi perumahan.
MW: Setiap kelahiran anak pasti ada rezekinya yang tersendiri.Tak rugi beranak ramai banyak kelebihannya. Namun pastikan, kita besarkan anak-anak sebaiknya, cukupkan keperluan dan kasih sayang buat mereka.