Sabtu lalu, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju berkongsi momen majlis resepsi difahamkan diadakan di rumah mentuanya dekat Nilai, Negeri Sembilan.
Sekitar 17 Julai lalu, difahamkan pelakon Zarina Anjoulie selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Eilyas Azhar atau Yas di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri kedua belah pihak.
Zarina kelihatan manis bertudung memakai gaun jambu rekaan Hansmin Official. Solekan cantik hari itu hasil kreativiti Aizat Abdul Razak.
Ads
Cuma 34 Jam Hasilkan Gaun Pengantin Merah Jambu
Gaun pengantin merah jambu anggun yang dihasilkan dalam tempoh 34 jam saja itu, dipakai sedondon dengan suaminya yang segak berbaju Melayu moden dan bertanjak.
Ramai follower instagram yang memuji keserian wajah pengantin di hari persandingannya. Malah, rata-rata mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya itu.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.
Ads
Terdahulu Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerao pada Disember 2016. Perkahwinan sebelumnya, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Fitrahnya biologi seorang wanita mempunyai rahim untuk proses mengandung dan melahirkan anak. Namun tak semua wanita bertuah. Ada yang diberikan ujian dilahirkan tanpa mempunyai rahim sendiri, sekaligus meleburkan impian untuk mempunyai zuriat sendiri.
Kisah sebaliknya bagi wanita ini. Walaupun dilahirkan tanpa rahim, wanita di Amerika Syarikat ini mampu memiliki anak kandung.
Itulah keajaiban bagi Jennifer Gobrecht, yang memiliki zuriat menerusi pemindahan rahim sebelum disahkan hamil dan melahirkan bayi itu Januari lalu.
Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH)
Jennifer, 34, dari Pennsylvania menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser, iaitu masalah kongenital yang berlaku dalam setiap daripada 14,500 wanita.
Katanya, dia tidak menyedari sebarang kelainan pada dirinya sehingga tidak datang bulan ketika usia mencecah 17 tahun sebelum didiagnos penyakit itu.
“Segalanya berubah apabila saya terbaca pencarian Hospital of the University of Pennsylvania pada 2017 untuk calon penerima sukarela membuat pemindahan rahim dalam projek penyelidikan klinikal mereka.
“Permohonan saya diterima selepas melepasi kriteria termasuk calon mesti berusia 21 hingga 40 tahun, memiliki buah pinggang normal, bukan perokok dan mandul,” katanya.
Pelbagai Rintangan & Risiko Dilalui
Wanita itu berkata, bukan mudah baginya dan suami mendapatkanzuriat. Menurutnya, pelbagai rintangan dan risiko perlu dilalui.
“Doktor mendedahkan risiko prosedur termasuk pendarahan dan jangkitan, tetapi saya mahu mencuba kerana mahu membantu wanita lain.
“Saya menjalani pemindahan rahim selama 10 jam pada 1 Mei 2018 dan mengambil masa enam bulan untuk sembuh sebelum embrio ‘dimasukkan’ ke dalam rahim.
“Kami tidak mampu menahan air mata selepas disahkan hamil, rasa macam tidak percaya sebelum melahirkan anak itu Januari lalu secara pembedahan,” katanya seperti dipetik Daily Mirror.
Wanita Senasib Masih Ada Harapan
Katanya, dia mahu berkongsi kisahnya untuk membuktikan ada harapan untuk wanita senasibnya.
“Saya berterima kasih kepada penderma asing itu yang menjadikan impian saya tertunai,” katanya.
Jennifer adalah wanita ketiga di dunia mampu melahirkan anak selepas melalui prosedur berkenaan.
MW: Rezeki wanita ini walaupun tidak mempunyai rahim sendiri, namun akhirnya mendapat cahayamata dan bergelar ibu, setelah menjalani pemindahan rahim. Yang penting jangan putus harapan.
Tersentuh hati dengan keadaan kulit menggelupas lagi berdarah yang dialami baby Afiya, bayi berusia 5 bulan, Datin Paduka Eina Azman langsung hulur bantuan.
Malah, menjawab pertanyaan peminat yang mengikuti perkembangan pasangan dua beradik ini, maklum Eina adik beradik itu sudah pulih dari sakit kulit mereka.
Bila mana Eina menerima DM daripada adik kak Yani, hatinya mula tersentuh. Lihat gambar bayi lima bulan yang menggelupas kulitnya dan berdarah. “Sure pedih tu..” Kata Eina, langsung mengubah episod perawatan untuk bayi ini dan ahli keluarganya.
Kulit Menggelupas, Berdarah.. Sure Pedih Tu – Eina Azman
Tulis Eina di instagramnya,
Salam semua… today Eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan.
Baby Afiya kena eczema since umur 2 bulan. So adik kepada kak Yani yang DM Eina bertanya mengenai budak-budak yang Eina pernah tolong sebelum ini. Dia tanya clinic atau hospital mana yang Eina bawa sebelum ni.
Dan dia ada hantar gambar baby Afiya. Terus Eina cakap nak tolong sebab tengok keadaan baby Afiya kulit dia yang dah menggelupas dan pedih-pedih berdarah. “Sure pedih tu.”
Eina Azman Bawa Baby Afiya Jumpa Pakar Kulit
So Alhamdulillah today all the way from Kluang Johor family kak Yani datang bawa baby Afiya untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit.
Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh. So for those yang nak membantu or menghulur kan apa-apa untuk baby Afiya boleh transfer ke account :
Arwah suami menyesal beli banyak rumah. Dalam kehidupan perlulah bijak mengatur kewangan. Jangan menyesal beli banyak rumah hingga terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Sememangnya hutang rumah akan jadi komitmen yang lama seumur hidup. Kebanyakkan kita hanya mampu membeli rumah sekali seumur hidup. Ramai juga yang menghabiskan usianya untuk membayar wang pinjamam perumahan.
Seperti mana yang diluahkan oleh Auntie Amirah Ferdi menerusi akaun Tik Toknya, wanita ini berkongsi kisah tentang arwah suaminya yang menyesal membeli banyak rumah dan terpaksa menanggung hutang.
Arwah Suami Menyesal Beli Banyak Rumah
Auntie Amirah Ferdi yang berusia 62 tahun tapi kekal kelihatan awet muda ini memberi nasihat mengikut pengalaman dirinya. Nasihat yang diberikan juga beguna buat mereka yang mengamalkan kehidupan sederhana dan ‘no pressure’ bila usia meningkat.
“Teringat masa kitorang muda-muda dulu, terpaksa bekerja keras nak gaji besar sebab nak beli rumah untuk kesenangan hidup.
“Tapi auntie ingat masa bercakap dengan arwah suami dulu, dia rasa menyesal berhutang pada bank sepanjang hayat.
Sanggup Menyewa Rumah Sepanjang Hayat
“Jika boleh ubah masa dia tak nak langsung ambil loan dan beli rumah dua tiga biji. Dia kata dia sanggup sewa sepanjang hayat.
“Duit yang dibayar bank dia sanggup simpan dan pergi holiday dan spent untuk holiday dengan anak-anak dia.
“Kalau mati dia akan tinggalkan semua. Anak-anak pun belum tentu akan duduk di rumah dia dan suka rumah yang dia beli.
“Malah dia juga berkata bila mati, anak dia akan jual dan tak hargai rumah tersebut.
Tak Payah Serabut Fikir Hutang Setiap Bulan
“Jika kita bukan orang senang dan kerja gaji tak berapa besar. Kita tak payahlah nak bersusah payah serabutkan fikiran macamana setiap bulan nak bayar komitmen. Kena fikir makan pun tak cukup sebab takut bank tarik rumah, tarik keretalah dan macam-macam.
“Pada Auntie lebih baik kita menyewa rumah atau sewa bilik.
“Duit yang ada simpan jangan belanja. Pakai masa tua nanti.
“Enjoy dengan duit simpanan kita masa tua nanti. Jangan berada dalam tekanan, hargailah kehidupan anda.
“Rasanya tak perlu menunjuk kita ada harta.
“Pastikan duit yang ada mampu nak bayar sewa dan perubatan.
“Orang selalu tanya Auntie kenapa umur 62 nampak muda, salah satu benda yang buat jiwa Autie macam orang muda sebab Auntie tak ada hutang.
“Tidur lena 7-8 jam satu sehari. Bila tak ada masalah badan akan automatik sihat,” kongsi Auntie Amirah.
Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Amirah Ferdi namun juga yang punyai pendapat sendiri dimana belilah rumah mengikut kemampuan.
Mingguan Wanita : Jika asyik fikir pasal hutang memang tak keruan hidup.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.