Lapan tahun kumpul duit bersama suami beli kereta, sekelip mata air banjir hanyutkan. Kereta dibeli untuk kegunaan keluarga, namun takdir penentu segala.
Biarpun sedih kerana kereta masih baru, namun keluarga ini redha dan pasrah dengan Ketentuan Ilahi. Allahuakbar.
Ternyata ramai yang terkesan dengan banjir yang berlaku kali ini dan rata-rata merasakan ia bagaikan episod ngeri kerana apa yang berlaku sekelip mata tanpa menyelamatkan apa pun harta benda melainkan nyawa sendiri.
Lapan Tahun Kumpul Duit
Luluh hati seorang wanita apabila kereta yang baru dibeli tiga bulan lalu dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Lui Batu 19, Hulu Langat pada Sabtu lalu.
Menurut Nuarjan Sulaiman, 36, lapan tahun dia bersama suami mengumpul duit bagi membeli kereta Perodua Bezza untuk kegunaan mereka sekeluarga.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia hanya mampu melihat dari atas siling, kereta yang diletak di hadapan rumah dihanyutkan arus banjir pada malam Sabtu.
Bersama Suami Beli Kereta
“Kejadian memang tidak disangka. Tidak pernah kawasan ini banjir, tiba-tiba air sungai melimpah dan naik mendadak, satu barang pun tidak sempat diselamatkan.
“Nak selamatkan kereta dah tak boleh, nyawa yang lebih utama. Kami terpaksa naik hingga siling untuk menyelamatkan diri. Lima jam duduk atas siling sebelum diselamatkan,” katanya lagi.
Di samping itu, jelas Nuarjan, keretanya itu ditemui 100 meter dari lokasi asal bersama timbunan kereta lain yang turut dihanyutkan semasa kejadian itu.
Ads
Sekelip Mata Air Hanyutkan
“Kereta saya tersangkut pada pokok, kalau tidak mungkin hanyut lebih jauh. Keadaan kereta rosak teruk, tercabut di bahagian bonet belakang serta cermin sisi.
“Buat masa ini kereta masih belum dialihkan. Kos baik pulih mungkin cecah RM5,000, saya tidak pasti dapat tuntut insurans atau perlu keluar modal sendiri,” katanya.
Perlu Keluarkan Belanja Sendiri
Sementara itu, tambah seorang penduduk di Padang Jawa, Asrul Muhammad, 40, dia perlu bersiap sedia menyediakan hampir RM10,000 untuk baik pulih kerosakan dua kereta miliknya yang ditenggelami banjir.
“Kedua-dua kereta tidak ada insurans bencana. Mungkin nak dijadikan asbab, kereta yang sebelum ini ada perlindungan bencana tidak disambung kerana tiada bajet susulan NCD (no claim discount) tinggi lepas alami kemalangan beberapa bulan sebelumnya.
“Bagaimanapun, hati saya sedikit lega, motosikal yang turut tenggelam banjir tidak mengalami kerosakan teruk dan itulah satu-satunya kenderaan yang boleh digunakan sementara menunggu kereta rosak dibaiki,” katanya.
Katanya, banjir yang melanda Lembah Klang benar-benar menginsafkannya dan menerima dugaan itu dengan reda.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga semua mangsa banjir tabah berdepan ujian ini dan dikurniakan kekuatan meneruskan hidup di hari mendatang.
Menu petang yang paling syok buat adalah sajian yang mampu pikat hati anak-anak dan suami. Lagi cun kalau bahannya cuma guna 3 bahan utama, ok jom godek resepi istimewa yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Halim ini…
Siapa nak resipi?
Sesuai sangat untuk ibu-ibu hebat.
Anak-anak pun mudah tertarik lihat hasilnya. Bentuk ros yang comel dan cantik.
Resipi ini dapat hasilkan sekitar 6 biji bunga ros.
Cara-caranya boleh tengok di gambar ya!
Bahan-bahannya:
1 keping roti paratha- saya guna roti paratha Tishas
Sosej secukupnya
1 biji telur
Ya! 3 bahan sahaja. Mudahkan?
Cara Membuat:
1. Saya guna roti paratha Tishas. Roti paratha ini berasaskan pastri. Lembut sahaja kejadiannya. Hasilnya pasti memikat hati. Sedap sangat!
2. Hiris nipis sosej. Ikut keperluan. Jika nak buat banyak, hirislah banyak.
3. Hiris jalur roti paratha, anggaran kedalaman tray.
4. Susun hirisan sosej sepanjang jalur. Gulungkan dari satu hujung.
Rangup di luar, lembut di dalam. Tambah mayonis dan sos atau makan begitu sahaja pun boleh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sweet talker sangat, sebutan anak kecil bagaimana bunyi BUAYA tarik perhatian. Keletah anak-anak sedang membesar adalah momen paling indah dalam hidup ibu bapa. Ini kerana semua itu akan menjadi kenangan apabila anak-anak meningkat remaja kelak.
Tak hairanlah ramai ibu bapa merakam setiap momen bersama anak-anak kerana ia menjadi satu kenangan abadi kelak. Bahkan ia turut dikongsi di media sosial peribad masing-masing.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Husna di Tik Toknya @nuhnaufal_HF akan ragam anak sulungnya, Ahmad Nuh Naufal membuatkan ramai yang teruja. Dilihat bijak, comel dan setiap kaletahnya membuatkan ramai yang berasa senang hati. Bahkan wajahnya dikatakan seakan anak kepada pelakon Hanis Zalikha iaitu Yusof.
Dalam banyak-banyak video dikongsi oleh ibu muda, satu video bagaimana bunyi binatang menarik perhatian ramai.
Ini kerana dalam video berkenaan saat ditanya oleh ibunya bagaimana bunyi kucing, Naufal membuat bunyi mengeow. Tiba di kambing, dia membuat bunyi mengembek dan begitu juga lembu, moorgh. Namun bila ditanya oleh Uminya bagaimana bunyi BUAYA, selamba Naufal menjawab “HI SAYANG”, yang mana ia adalah signifikan orang lelaki yang sering dikaitkan dengan sifat buaya mereka.
Dan sekaligus membuatkan Uminya tergelak besar. Yalah, orang lelaki pantang nampak perempuan berdahi licin dan akan mengurat. Tak hairanlah ramai yang tergelak mendengar jawapan Naufal sambil bertanya siapa yang ajar nie. Paling penting bukan ayahnya.
Ada yang kata manisnya mulut Naufal, kecil-kecil lagi dah jadi sweet talker. Ramai mendoakan agar kecil ini membesar sihat di sebalik kecomelannya.
Beginilah kaletah anak-anak. Ada saja yang menjadi penghibur hati ibu ayah. Moga terus membesar jadi anak soleh. Apa yang menariknya, hubungan cinta ayah dan ibu Naufal bermula dari sekolah dan pasangan ini menjalin hubungan cinta ketika di tingkatan 3 lagi. Dan walau masing-masing sudah habis sekolah, bertemu orang lain tapi akhirnya jodoh sudah tertulis dan menyatukan pasangan ini hingga kini.
Bilik rahsia Ozlynn persis kedai runcit, hanya mak-mak mengerti keseronokan ini. Benar tu bila di dapur penuh pelbagai barangan memasak, cukup senang hati golongan ibu. Mana tidaknya ruang dapur merupakan ruangan yang sentiasa digunakan dan paling penting dalam sesebuah rumah.
Bila barangan keperluan harian untuk sekeluarga sentiasa tak perlulah asyik nak berulang alik ke kedai atau pasaraya.
Seperti mana yang dikongsi oleh Ozlynn tentang bilik rahsianya, sememangnya menarik perhatian peminatnya. Mana tidaknya di dalam rumah mereka mempunyai ruang ‘rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.
Bilik Rahsia Ozlynn Persis Kedai Runcit
“Siapa tahu bilik rahsia aku nih, memang dorang akan selongkar. Ni baru setempat, kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam. Makanlah jangan hanya di pandang.
“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam2 pon ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni, beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada. Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi?? Ada ruang khas dalam almari.
Senang Siapa Terdesak, Memang Mereka Tahu Nak Selongkar Di Mana
“Beritahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis, senang siapa tersedak atau terdesak kawan-kawan atau adik beradik. Memang diorang tahu nak selongkar mana.
“Ni la syurga aku, hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Nak syampu ke pencuci baju ke. Memang mudah kena rembat, yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ni memang aku paksa.
“Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku doakan semoga korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” luah Ozlynn.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...