Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh. Makan masa pula tu nak buatnya.
Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Cah Cicah, ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin. Cuti panjang hujung minggu atau kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba buat resipi laksa ekspress ni. Senang dan mudah!
Berikut perkongsian resipi ‘Laksa Ekspress’ yang dikongsikan;
“Kalau tetamu datang mengejut, ni lah yang saya jamu kat tetamu.Untuk 3 atau 4 orang makan ye.”
Bahan-Bahan:
1 Tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)
Asam keping
3 sudu Cili boh (ikutlah nak pedas mana)
Daun Kesum
Belacan(kalau suka)
Sos ikan sikit bagi naikkan rasa
Garam secukup rasa
Laksa basah
Bawang untuk hiris
Telur Rebus
Ads
Cara Membuat:
1.Lenyekkan ikan sardin tu dengan sos dia.( Guna blender pun boleh).
2.Tumis cili boh + asam keping. Minyak 1 sudu untuk tumis cili boh tu.Kalau nak rasa sardin kekal letak 3 sudu dah cukup dah.Kalau nak extra pedas nanti hiris lah cili padi banyak-banyak.
3.Masukkan ikan sardin yang dah lenyek + daun kesom.
4.Sukat air ikut tin dia tu.Saya letak 3 atau 4 tin sebab nak kuah pekat.
5.Masak 20-25 minit api slow, sebab nak bagi keluar rasa asam keping tu.. Kalau api sederhana/kuat 5 minit je siap.
Ads
Senang kan.Dah siap. Letak atas dia limau kasturi.
Rasa kuah ni macam “asam laksa” setelah diperah limau kasturi.
Dah boleh hidang..cara buat kuah ni macam buat kuah spegetti.. Mudah je.
MW: Semoga perkongsianini bermanfaat. Jadi mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur. Bila tekak teringin nak makan laksa atau ada tetamu yang datang rumah ‘mengejut’, bolehlah buat laksa ekspress ikut resipi yang dikongsikan ini.
Selamat mencuba!
Musim hujan ni memang sedap makan tempe goreng berempah yang rangup, cicah pula dengan sambal kicap. Fuhhh rasanya memang wow. Namun ada caranya untuk buat bancuhan tepung salutan tempe ini sebelum digoreng garing. Selain tempe, ubi kayu juga boleh menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Mas Intan Masman ini sebagai panduan;
Resipi Tempe goreng rangup.
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Tepung beras
Ketumbar
Jintan halus
Garam
Serbuk kunyit
Bawang putih
Air suam
Cara Membuat:
1. Tumbuk semua bahan-bahan kecuali tepung.
2. Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang ditumbuk.
3. Celupkan tempe yang telah dipotong ke dalam tepung dan terus goreng.
4. Agak-agak garing keemasan bolehlah angkat dan tos kan.
Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Step 6
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...