Mudah rupanya nak buat Kuih Bakar Pandan ni, hanya perlu ‘blend’ semua bahan-bahan dan bakar dalam oven selama 40 minit sehingga keperangan. Sesuai sangat mak-mak buat untuk hidangan minum petang untuk keluarga. Senang nak buat, sedap dan boleh makan panas-panas. Semerbak bau aroma daun pandan dan rasa lemak manis dan lembut kuihnya.
“Sesuai untuk minum petang bersama famili tersayang. Cubalah.”
Bahan-Bahan:
8 helai daun pandan +
1 cawan air diblend & tapis
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 sudu besar majerin
3/4 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau ( optional )
bijan secukupnya
Cara Membuat:
1.Panaskan oven pada suhu 170 C.
2.Tapis air daun pandan.
3.Blend bersama bahan lain kecuali bijan.
4.Tapis adunan, tuang ke dalam acuan yang bersapu majerin.
5.Tabur bijan.
6.Bakar selama 40 minit or sehingga permukaan garing dan perang.
7.Saya guna api atas bawah.
8.Bila hampir masak tukar api atas sahaja.
MW: Cukup mudah rupanya nak buat kuih bakar pandan ni.Hanya perlu ‘blend’ semua bahan-bahan dan bakar dalam oven. Siap. Boleh hidangkan untuk minum petang dan makan panas-panas.
Banyak versi dan cara buat tauhu berlauk. Apa kata kali ini cuba buat tauhu berlauk ayam yang ditambah udang sebagai penyedap. Selepas digoreng makan masa panas boleh. Kalau nak frozen dahulu dan makan keesokan hari pun boleh.
Tauhu berlauk ayam tambah udang ini kalau nak lebih sedap bolehlah dicicah dengan sambal kicap. Berikut adalah resipi dan cara buat tauhu berlauk ayam tambah udang beserta sambal kicap.
“Buat harini untuk frozen kan. Esok pagi baru goreng. Penat mengukus pun belum hilang. Tak daya dah nak menggoreng. Tauhu berlauk udang. Resipi di setiap gambar ya.”
2 ketul dada ayam*
4 biji telur*
4 ketul tauhu lembut*
4 ketul tauhu telur*
Daun sup
Lobak merah
1 biji bawang Holland
Garam secukup rasa
Kiub Ayam
Serbuk lada hitam
Blend semua bahan (bertanda *) sampai halus. Saya blend 2 kali sebab tak muat. Lepas itu tuang dalam mangkuk besar.Masukkan hirisan daun sup, lobak yang dipotong halus, 1 biji Bawang holand yang dicincang halus, Garam, Kiub ayam dan Serbuk lada hitam. Gaul rata semuanya.
Taraaaa… kejadiannya lepas digaul. Masukkan dalam bekas kecik-kecik gini. Udang tu saja tambah. Sebab kami suka udang. Tak nak letak pun takpa.
Kukus dalam 7-8 minit. Taraaaa.. kejadian selepas pengukusan. Keluarkan dari bekas.. biarkan sejuk. Dah boleh frozenkan.
Kalau nak terus goreng, celup dulu dalam telur.. dan goreng. Enak dihidang bersama sambal kicap.
Kicap kipas udang
Cili padi
Bwang putih
Gula
Perah air limau
Blend dan siap dihidang bersama tauhu berlauk.
“Lanje la kalau dah baca habes. Penat kita taip. Ni saya punya style versi pemalas…letak dalam bekas besar, kukus. nanti tinggal potong-potong ja. Rupa beliau selepas berendam minyak panas.. Pastikan celup dalam telur dulu sebelum digoreng ya..”
Selamat mencuba..
MW: Bolehlah cuba buat tauhu berlauk tambah udang ini. Nak kukus guna bekas kecil atau nak kukus dalam bekas besar pun boleh. Ikut citarasa kita.
Ada pelbagai jenis muruku. Selain muruku bulat, ada juga muruku panjang dan leper. Apa kata kali ini kita cuba buat muruku leper pedas rangup.
Resipi dan cara buat muruku ini berbeza sedikit daripada resipi muruku biasa. Sebabnya kali ini kita perlu mencampurkan cili untuk menjadikan muruku itu pedas.
Cara buat muruku ini pula adalah dengan menggunakan acuan leper untuk menghasilkan muruku panjang dan leper.
Apa kata kita buat sendiri muruku leper pedas rangup ini. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Doktor Pushpalatha Rama Rao ini.
Dia telah menggunakan resipi warisan turun-temurun ibunya serta resipinya sendiri bagi menghasilkan muruku leper ini.
“Muruku pedas krispi khas untuk Deepavali! Resipi mak + resipi saya sendiri…memang jadi….mmm….krispi dan rangup!” “Selamat mencuba dan selamat makan!
1cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil ( ditumbuk)
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Air secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)
1-Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam doh chappati. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.
2-Campurkan kacang tanah dan daun kari yang di goreng dalam muruku tadi. Siap muruku leper pedas rangup.
MW: Muruku ini khas buat kalian yang suka snek atau kudapan pedas. Boleh cuba resipi ini kerana ia adalah resipi turun-temurun dan pastilah menjadi bila dibuat.
Sambal Belado cukup popular di Indonesia.Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, boleh cuba buat Sambal Ala Balado yang sedap ni. Makan dengan ikan dan ayam goreng memang padu sangat rasanya. Buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk boleh tahan 2 minggu.
Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.
Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil.
Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
1.Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye.
Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
2.Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
3.Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
4.Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
5.Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
6.Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
7.Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
8.Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
MW: Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, kena cuba resipi Sambal Ala Balado ini. Buat stok banyak-banyak, bila nak makan tinggal ambil je dalam peti sejuk. Jadikan pes untuk nasi goreng pun boleh sangat.