Peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 cukup membimbangkan. Hari ini sahaja mencatatkan kes baru harian tertinggi sebanyak 6,976 dengan 49 kematian dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kematian adalah sebanyak 2,248.
Hilang 3 Ahli Keluarga Akibat Covid-19
Siapa sangka gambar bersama keluarga menyambut Aidilfitri tahun ini merupakan kenangan terakhir, sekaligus menjadi detik memilukan buat anggota Polis wanita ini apabila diuji dengan kehilangan tiga ahli keluarga akibat COVID-19.
Dalam selang enam jam, Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Sentul di sini, hanya mampu mengalirkan air mata apabila menerima berita pemergian ibu dan bapanya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Jumaat lalu.
Ibunya, Hasminah Parmin, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi sebelum disusuli bapanya, Amran Sadon, 56, enam jam kemudian.
Dugaan Siti Nurul Hawana tidak terhenti di situ apabila adik bongsunya pula, Muhammad Luqman Idham, 20, disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, jam 6 pagi tadi.
Kehilangan Besar Dalam Hidup
Siti Nurul Hawana bagai berperang dengan perasaan dan sebak berkongsi kisah kehilangan besar dalam hidupnya, namun tetap tenang menerima takdir.
“Ibu dan ayah saya meninggal dunia pada Jumaat. Hari yang baik dan moga kematian mereka diterima sebagai syahid.
“Belum hilang kesedihan di hati, saya mendapat berita pagi tadi mengenai pemergian adik bongsu saya, juga kerana COVID-19.
“Susah nak digambarkan apa yang dirasa ketika ini. Kehilangan ini amat besar tetapi saya cuma boleh berdoa semoga roh mereka ditempatkan bersama mereka yang beriman.
“Saya perlu kuat meneruskan kehidupan. Allah sahaja yang tahu perasaan saya,” katanya.
Positif Covid-19 Pada 17 Mei
Menurutnya, arwah ibu dan bapanya disahkan positif Covid-19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.
“Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.
“Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan positif manakala saya negatif,” katanya.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin teruk ketika itu.
Ads
“Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritikal, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.
“Namun mereka gagal diselamatkan dan meninggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat meninggal apa-apa pesanan buat saya,” katanya.
Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.
“Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami.
Adik Ipar & Anak Saudara Juga Positif COVID-19
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, seorang adik ipar dan anak saudaranya yang masih bayi turut disahkan positif COVID-19 serta menjalani kuarantin di rumah.
Siti Nurul Hawana sudah melengkapi pengambilan dua dos vaksin pada 7 Mei lalu.
Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti Covid-19.
“Arwah orang tua saya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebumikan jam 1 tengah hari tadi,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang anggotanya kini menjalani kuarantin selepas ibu bapa dan adiknya meninggal dunia akibat Covid-19.
“Anggota polis terbabit sudah dipanggil Kementerian Kesihatan Malaysia Cheras untuk menjalani ujian calitan.
“Setakat ini, IPD beroperasi seperti biasa dan kawasan ini memang sentiasa disanitasi bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya.
MW: Allahu akbar, besar nya ujian apabila kehilangan 3 orang ahli keluarga tersayang akibat covid-19. Semoga anggota polis ini, diberi kesabaran yang tinggi dan terus cekal dengan ujian yang diberikan. Sama-sama kita doakan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Alfatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Tahniah buat Dayana Roza yang telah menamatkan zaman bujangnya. Dengan sekali lafaz pelakon ini, sah bergelar isteri kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin, 33, kira kira jam 8.57 pagi tadi.
Majlis yang berlangsung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) diadakan di Masjid Negara dihadiri sekitar 30 orang di kalangan ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
Pasangan ini dinikahkan bapa Dayana, Kamsum Baharin Kassim dan disaksikan Imam masjid berkenaan, Ustaz Muhammad Afif Jamal.
A’dale menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang, pada majlis itu. Mas kahwin pula diberi dalam bentuk gelang tangan bernilai RM2000. Manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua ahli keluarga.
“Alhamdulillah terpateri sudah ikatan yang sah antara kami. Sepatutnya kami nikah pada 12 Disember lalu. Kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik COVID 19 ini yang membataskan banyak perkara, kami dapat melangsungkan yang wajib dulu dan dilangsungkan pagi ini.
“Kami cuba mempercepatkan majlis nikah ini seperti yang dirancang kerana datuk A’dale sudah tua dan sakit. Cuma datuknya tak sihat dan tak dapat tengok majlis akad nikah.
“InsyaAllah kalau tiada aral melintang majlis resepsi akan dibuat 10 Januari depan juga di ibu kota. Cuma sejurus selepas majlis nikah ada sedikit keraian diadakan di sebuah premis acara di ibu kota,” kata Dayana.
Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, suaminya selama perkenalan mereka bersungguh-sungguh untuk memilikinya.
“A’dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya sekitar empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu. Tak sangka, hasratnya kini menjadi kenyataan. Dia sanggup menunggu lama. Jodoh kuat antara kami.
“Sebelum ini memang kami berkawan rapat dan sering lepak bersama. A’dale juga teman gaduh dan paling suka menyakat saya. Tak sangka, jodoh depan mata, tak pernah sedar selama ini.
“Saya sukakan A’dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan,” katanya yang terlebih dulu melangsungkan pertunangan pada 5 Ogos lalu.
Dayana Lasak Tapi ‘Sekepala’ – A’dale
Sementara itu, A’dale berkata, Dayana yang lasak dan boleh satu kepala dengannya yang suka laut, berlayar dan memancing.
“Arwah nenek pernah cakap nak cari calon isteri, pilih berkulit putih. Jadi, Dayana memang dalam kategori putih, cuma sekarang gelap sedikit.
Dayana yang lahir menerusi program realiti, Anak Wayang mengenali suaminya atas dasar kawan baik sejak enam tahun lalu. Namun, tanpa diduga hubungan bertukar menjadi cinta, tahun ini.
Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan anak dalam masa terdekat selain merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.
Sewaktu majlis pertunangan.
MW: Tahniah diucapkan buat Dayana Roza dan suami. Semoga perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat.
Mungkin mempunyai sebab yang tersendiri sepasang suami isteri di India menamakan anak mereka sebagai Corona dan Covid sempena kelahiran bayi kembar itu dalam suasana ‘lockdown’ sedang dikuatkuasakan di negara itu susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Lambang Kejayaan
Memetik laporan Daily Mail, bayi kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu dan nama Corona serta Covid itu dipilih oleh pasangan tersebut sebagai melambangkan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.
Verma berkata, dua anaknya itu (kembar lelaki dan perempuan) berjaya dilahirkan selepas berjaya mengharungi segala dugaan menyebabkan dia dan suami mengambil keputusan menamakan anak mereka dengan nama Corona dan Covid.
Tanda Kenangan
Ia sebagai tanda kenangan yang tidak akan mereka lupakan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.
“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.
“Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini. Staff hospital memanggil anak lelaki saya Corona dan anak perempuan, Covid,” kata wanita tersebut yang juga telah mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun.
Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara ‘caesar’ dengan beberapa komplikasi.Bagaimanapun pasangan suami isteri itu memberitahu, mereka berkemungkinan menukar kembali nama anak itu nanti.
Bagi menangani penularan Covid-19, India melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari. Data terkini lebih 2,300 kes telah dilaporkan positif Covid-19 di India dengan 56 kematian.
Kejadian yang Mingguan Wanita paparkan ini berlaku pada hari para pelajar darjah 6 menghadapi kertas peperiksaan Sains, UPSR. Yang mana, pelajar bernama Ameruddin ini tidak sedarkan diri sebaik saja selesai menjawab kertas peperiksaan tersebut.
Diana Azmar berkongsi kisah duka ini di laman facebooknya semalam. Anak murid jirannya itu disahkan alami sakit bengkak otak. Sungguh dalam kepayahan anak ini meneruskan jua ujian UPSR.
Kehidupan anak ini juga begitu menyayat hati apabila ibunya cuma seorang ibu tunggal membesarkan lima orang anak sendirian. Pembaca yang budiman, bacalah kisah Ameruddin dan bantulah keluarganya.
Di akhir perkongsian ini, disertakan nombor akaun untuk tujuan sumbangan ikhlas daripada pembaca Mingguan Wanita yang prihatin.
Catatan Semalam, Jumaat 28 September 2018
BISMILLAH…
“Saya nak share kisah semalam yang dikongsi oleh seorang guru yang tinggal di kejiranan saya.”
“Murid di dalam gambar ni adalah adik Mohd Ameruddin Bin Harli Azman, anak murid beliau, pelajar tahun 6 di SK Taman Bukit Subang.”
“Semalam, 27 September 2018 hari terakhir peperiksaan UPSR. Di saat anak-anak kita termasuk kita sendiri menarik nafas lega dan meraikan ‘kemerdekaan kecil’ anak-anak kita, adik Ameruddin sebaliknya sengsara menanggung sakit bengkak otak akibat jangkitan kuman yang dialaminya. Dia terus tak sedarkan diri sebaik tamat paper Sains semalam.”
Selepas kejadian adik Ameruddin pengsan, dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Sekarang adik Ameruddin berada di HUKM untuk rawatan. Dia hanya tinggal bersama ibu dan 5 adik-beradiknya sejak kedua ibubapa mereka berpisah.”
Screenshot wasap dari guru tersebut sangat menyentuh hati.
Bantulah Adik Ameruddin Dan Keluarganya
“Mohon sesiapa yang sudi nak bagi sumbangan kepada keluarga ni, saya sertakan nombor akaun ibu kepada adik Ameruddin. Sesiapa yang nak hubungi sendiri keluarga beliau boleh pm saya untuk saya berikan contact number.”
Diizinkan share dan war-warkan kepada yang lain. Harap usaha kecil kita dapat membantu meringankan beban mereka. Budi baik kalian diucapkan ribuan terima kasih.
BSN 10100-29-00061635-2 Rosliza Abd Kadir
Ibu kepada adik Ameruddin Harli Azman
ATAU
BANK RAKYAT 11-038-100229-2
(Persatuan Ibubapa Dan Guru SK Taman Bukit Subang)
*Sila remarks sumbangan kepada adik Ameruddin
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.