Seronoknya bila sudah berkahwin, segala kerja-kerja rumah dilakukan oleh isteri. Tak perlu lagi pening nak gosok baju, nak makan pula isteri siapkan. Kiranya semuanya isteri uruskan. Rumah tak lagi berselerak dan dijaga rapi. Untungnya bila dah berkahwin kan.
Bagi isteri, semua ini adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk suami tersayang. Tapi, jangan pula suami mengambil kesempatan. Mentang-mentanglah ada isteri yang boleh uruskan rumah tangga, suami bak ‘raja’ di rumah. Langsng tidak membantu.
Awal-awal perkahwinan, mungkin kurang bebannya sebab hanya berdua sahaja. Tetapi, bila sudah ada anak, suami kenalah membantu, jangan mengharapkan pada isteri seorang sahaja yang membuat kerja rumah.
Tolong mana yang mampu atau yang mudah pun dah cukup buat isteri suka. Paling penting jangan, angap semua kerja rumah terletak di bahu isteri sahaja.
Betullah apa yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah. Jangan sampai isteri burnt out sebab terlalu banya kerja rumah yang harus dilakukan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Jatuh Maruah Suami Buat Kerja Rumah, Suami Pun Nak Pahala Bahagiakan Isteri
Jangan Bebankan Tugas Didik Anak Pada Isteri Saja, Suami Kena Bertanggungjawab
Info Lebih Menarik DI SINI
Pengurus Rumah Tangga
Aku ni dah 2 minggu tak kemas rumah.
Jadi pengurus rumah tangga ni adalah sejenis kerja berat yang drained your energy, physically dan mentally.
Rumah aku dah berselerak yakmat. Lantai melekit, sofa berconteng dan segala jenis sisa dok ada, baju penuh berlonggok dalam bakul, bilik tidur bersepah kemain, bilik air pun aku cuci sinki dan toilet jer.
Penat.
Penat sampai aku tutup aku punya deria dan sensori untuk rasa tak selesa, kotor dan macam-macam. Asalkan lipas dan tikus besar tak datang, aku ok jer.
Keletihan Melampau
Burnt out weh. Burnt out.
Apa benda burnt out tu?
Ia adalah sejenis keletihan melampau akibat tugas yang banyak dan kerja yang berlebihan.
Siapa kata kerja duduk rumah, memvakum, mengemop, sapu sawang, menyiang ikan, memotong bawang, memasak, mengemas katil, mengemas lego, mendobi, melipat kain baju, menggosok baju, menyiram pokok, menukar lampin, memandikan anak, hantar anak sekolah, ambik anak sekolah, buat susu, cuci botol, suap makan, mengajar, menempik, melaung, menjerit, menangis itu semua adalah kerja mudah dan tidak penat?
Korang cuba rasa sendiri maka tahulah yang it was never easy.
Mujurlah aku ni seorang diri. Takde isteri nak komplen.
Kalau pengurus rumah tangga yang lain?
Mesti suami bising kan? Apalah lantai melekit ni, kenapalah ada biskut kat sofa ni. Kenapa penuh serbuk dan sisa kat karpet ni. Kenapa sakit sangat terijak lego ni, dan macam-macam lagi.
Bantulah Isteri
Gais, kalau balik rumah dan perasan rumah berselerak maka ketahuilah olehmu yang isterimu itu tu tengah burnt out.
Jadi, bantulah. Kalau tak just diam sahaja, jangan komplen.
Paling bagus, kutiplah toys tu, angkatlah kain di jemuran tu, cucilah toilet dan bilik air tu. Anak-anak tu kejar semua ke bilik air dan mandikan dan siapkan.
Dan ajaklah isteri keluar makan di luar.
Atau, memandangkan Covid yang masih berleluasa ni maka order jelah online. Namun kalau sedang berjimat cermat maka suruhlah isteri masak kalau diri sendiri tak pandai. Tapi syaratnya yang lain kena bantulah.
Janganlah tengok dia yang nak senyum tu pun tak berapa terdaya dan kita pergi tambah lagi beban dia.
Dah suruh dia masak sedap-sedap, jangan lupa taruh belacan lah itulah inilah. Lepas tu di layan kita macam raja, siapkan air basuh tangan, siap sendukkan nasi tambah, siap tuangkan air minuman dan tunggu kita makan sampai kenyang sambil dia uruskan dan suapkan makan anak-anak.
Kita pulak lepas makan sedap-sedap tinggal jer pinggan tu atas meja.
Hmmm. Hati perut simpan kat mana entah?
Take Over Tugas
Kalau pun selama ini memang kita jenis dapat layanan begitu, dah memang gitu cara kita suami isteri melayan dan dilayan, tapi bila nampak isteri tengah burnt out, maka kita take over lah pulak.
Seksa weh, jadi suri rumah dengan anak-anak kecik ni. Aku dah 2 tahun buat semua ni sorang diri. Aku tahu lah betapa sukarnya. Sampai pandai bersilatlah semua mak-mak ni, semua jurus dia tahu.
Selalunya isteri ni memang redha bila jadi suri rumah dan buat segala macam kerja sebab ada yang rasa itu memang tugas dia. Sebab dia tak bekerja di luar, jadi kerjanya di rumah. Itulah perkahwinan, bantu membantu. Suami di kerja cari duit, dia di rumah uruskan semuanya.
Namun jangan ambil kesempatan.
Jangan sesekali kita perlekehkan isteri bila dia mengadu penat. Jangan sesekali kita keluarkan ayat:
“Eleh, kerja duduk rumah pun penat sangat ke?”
Kalau kita keluar ayat begitu maka kita telah hina isteri dan pekerjaan dia.
Aku yakin hampir semua isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa ni sanggup jer bertukar kerja dengan suami dia. Biar dia keluar pagi balik malam kerja di pejabat, dan kita terhegeh-hegeh nak tukar lampin anak yang beraknya dah busuk sampai bau ke rumah jiran sebelah.
Waktu tu baru kita tahu langit tinggi rendah.
Kalau kita nak jadi raja, maka layanlah isteri macam permaisuri.
Haaa gituuuu.
#superdaddy
MW: Hidup berumahtangga kenalah saling bertangungjawab dan membantu. Bukannya bila dah kahwin, anggap semua kerja rumah atas bahu isteri. Salah tu!.
Sumber: Khairul Abdullah
∞
Kumpul harta sampai anak, isteri hilang kasih sayang! lebih baik jangan jadi kaya. Lebih baik hidup susah dan sederhana tetapi penuh dengan limpahan kasih sayang.
Memang benar duit bukan segalanya tetapi hidup memerlukan duit. Namun bersederhanalah dalam mengumpul harta, jangan sampai ada hati yang terluka dan menjauh.
Lebih Baik Jangan Jadi Kaya
Kongsi Izzah Rohaizad, baru-baru ini, datang jumpa owner rumah hendak jual property dia dan wife dia. Memang banyak gila.
Rumah berpuluh biji, tanah sampai tak ingat dekat mana ada… Geran pun banyak…
Satu saja pesanan dia… Jangan jadi macam saya.
Jangan jadi kaya kalau tidak pandai bahagiakan orang lain.
Kumpul Harta
Kalau rasa diri asyik kumpul harta sampai anak bini hilang kasih sayang better jangan jadi kaya…
Sebaik dia cerita masa dia muda jarang sekali bawa family, mak ayah bercuti atau berjalan bersama-sama…
Makan together pun boleh kira setahun sekali dua saja dan itu pun time hari raya.
Encik Zain bukan nama sebenar asyik kerja cari duit saja… Anak-anaknya lima orang dibesarkan wife dan memang jarang anak-anak dapat spend masa dengan dia sebab terlampau busy.
Sampai Anak, Isteri Hilang Kasih Sayang!
Bila sudah besar, anak-anak pula ikut haluan masing-masing semua hendak duduk jauh, tinggal berasingan. Dia still tidak rasa apa-apa perbezaan kerana bagi dia semua keperluan sudah cukup. Rumah besar dan kereta seorang satu…
But actually kebahagiaan sebenar dia tidak ada… Tak ada moment with family… Isterinya tak pernah ke luar negara makan angin sampailah wife dia sakit baru-baru ini…
Baru dia rasa hendak bawa wife pergi umrah… Tapi sudah terlambat semua itu. Sejak wife meninggal, anak-anak semua tak balik jenguk dia langsung… Semua buat hal masing masing..
Artikel Berkaitan:
Masuk Umur 40-an Mak Ayah Masih Terleka Kumpul Harta, Berjaga-jagalah Sebelum Menyesal
Saharul Aktif Berniaga “Mana Mungkin Tinggalkan Dunia Seni, Kumpul Harta, Berkahwin Hasil Duit Seni”
Perempuan Kena Cari Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri, Jangan Salah Tafsir!
Seperti Emas Buruk
Tapi dalam FB (Facebook) semua happy dengan pasangan masing-masing dan kadang kadang En Zain ini rasa cemburu tengok mak mertua anak mereka jalan-jalan pergi pantai, pergi Thailand , makan dekat Cameron.
Dan dia hanya emas buruk yang orang sudah tak pandang… Duit yang ada untuk apa…
So dia pesan, waktu ada kesempatan… Tolonglah luangkan masa bersama yang tersayang… Jangan asyik fikir duit, glamour dan darjat. Tak ke mana…
Bila Terlambat Harta Tak Berguna
Ini harta-harta yang saya ada ini nak buat apa? Anak-anak pun tak ambil tahu, yang ambil tahu ni pembantu saya… Pakcik Ahmad.. driver dia..
Saya sakit pun anak tak nak balik. Maybe ini balasan saya, tak pupuk kasih sayang dari kecil. Sebak dia cerita, merah mata tahan nangis.
Sebab tu I love my family…
Sentiasa bawa mereka makan, jalan jalan , melancong dan beli baju baru …
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan menjadi seorang ayah membuatkan seseorang lelaki menginginkan yang terbaik buat anak dan isterinya. Tetapi janganlah abaikan perasaan mereka bila kita terlalu mengejar harta. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua.
Sumber : Izzah Rohaizad
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
∞
Masih ramai mak ayah yang tak teragak-agak bawa bayi dan anak kecil ke hospital sebab nak melawat orang sakit tanpa mengambil kira kesan yang boleh berlaku pada tubuh badan si comel.
Ini seperti yang dinasihatkan oleh Doktor Muhammad Hassan di laman media sosial miliknya baru-baru ini, jemput hadam.
Elakkan Bawa Bayi Atau Anak Kecil Ke Hospital
Seeloknya jangan bawa bayi atau anak-anak kecil melawat pesakit di hospital. Ada jenis bakteria seperti LEGIONELLA PNEUMOPHILA yang sukar dirawat walaupun menggunakan antbiotik.
Ada yang bawa bayi sihat 9 bulan. 2 Hari selepas itu terpaksa datang klinik dan dikejarkan ke hospital kerana demam teruk dan radang paru-paru.
Saya paling kesian tengok jika bayi batuk-batuk tanpa henti. Mak ayah tak boleh tidur sebab waktu malam kebiasaannya radang makin teruk.
Kita perlu ingat, Hospital adalah tempat paling banyak bakteria, virus walaupun nampak bersih, sangat tidak sesuai tempat ini untuk bayi dan kanak-kanak yang sihat.
Jadi lepas ini kalau pun nak melawat orang tersayang, tinggal anak kepada orang yang boleh dipercayai. Tak perlu bawa sekali, fikir dulu kesan pada anak-anak kalau tetiba terkena penyakit yang tak diundang.
∞
Sebagai seorang isteri, kita hanya nampak kita saaja yang stres dengan menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Kita nampak suami hanya diam, tak tunjuk apa-apa tindak balas, umpama tak ada langsung rasa stres. Kadang-kadang, isteri mula naik geram, bila suami buat tak tahu.
Lebih-lebih lagi, bila suami banyak diam, tidak banyak bercakap. Firasat isteri, suami penat di tempat kerja. Sedangkan isteri lagi penat dengan tugas-tugas di tempat kerja dan balik ke rumah dengan uruskan rumah tangga lagi.
Walau bagaimanapun, isteri kenalah sama-sama memahami dan jangan fikirkan stresnya sahaja. Bahaya menanti buat suami jika dia pun alami stres ini. Malah lebih terus boleh membahayakan kesihatan.
Ikuti perkongsian daripada Imam Muda Hassan tentang perkara ini.
Jangan Tambahkan Stres Suami
Saya tahu, ramai isteri yang mungkin tidak setuju dengan apa yang saya katakan ini. Sebab kalau nak diikutkan isteri lebih stres, tekanan tempat kerja, balik nak jaga anak, nak hadap suami yang macam-macam karenah. Tak masuk lagi suami main kayu tiga.
Baik suami baik isteri masing-masing ada ujian. Cuma mungkin berbeza cara suami dan isteri hadapi tekanan hidup. Tidak seperti isteri, suami jarang memperlihatkan perasaan mereka di khalayak ramai.
Suami lebih gemar menyembunyikan perasaan mereka, termasuk stres, disebabkan oleh faktor ego atau tidak mahu membesarkan perkara yang dianggap remeh.
Mungkin disebabkan oleh tanggapan yang remeh ini juga, suami tidak begitu mempedulikan tanda stres yang berlaku pada diri mereka. Sedangkan perkara ini agak merbahaya, ia boleh mengundang kemurungan.
Baca Artikel menarik Lain Di Sini: Jangan PERLI Atau KRITIK Suami Buat Kerja Rumah. Dia Berusaha Jadi Suami Terbaik
Mak-Mak Suka Marah Dan Membebel Sebab Dia Tak Self-Love Dirinya Dulu
Info Lebih Menarik DI SINI
Masalah Kesihatan
Suami yang kemurungan boleh bertindak di luar kawalan, sehingga boleh mengambil tindakan membunuh isteri dengan cara yang tidak disangka.
Sebelum suami kemurungan, isteri perlu bantu suami, teman faham isteri juga stres. Tapi stres seorang suami susah nak nampak, ia makan dalam dan akan memendekkan umur suami. Stressseorang suami akan menurunkan sistem imun tubuh dan mudah diserang penyakit kronik. Kasihanilah suami kalian.
Simptom Fizikal Stres Suami
1. Sakit pada bahagian dada.
2. Jantung yang berdegup laju.
3. Tekanan darah tinggi.
4. Tercungap-cungap.
5. Keletihan.
6. Dorongan seks yang semakin menurun.
7. Sakit pada bahagian otot seperti sakit belakang dan sakit leher.
8. Sakit kepala.
9. Pening.
10. Rasa kering pada bahagian tekak.
11. Sembelit atau cirit-birit.
12. Peluh meningkat.
Macam mana nak melegakan stress suami? Suam isteri kenalah sama-sama terbuka dan berbincang ye.
Hassan Adli
Suami yang tak nak stress
#jiwatenang
MW: Memang isteri ingat dia stres tapi suami pun alami yang sama, kita saja yang tak tahu ke atau buat-buat tak tahu. Kenalah sama-sama faham ye!
Sumber: Imam Muda Hassan
∞