Kasih ibu bawa ke syurga , kasih ayah sepanjang masa. Bila cakap tentang ibu bapa, hati tiba-tiba rasa sebak, sebab kita tahu betapa banyaknya pengorbanan ibu dan ayah yang telah dilakukan pada kita sebagai anak-anaknya.

Bercerita tentang ayah ini, mesti ada yang beritahu, ayahnya seorang yang garang, ayahnya seorang yang baik dan tidak mustahil ada yang cakap, ayah tidak jalankan tanggungjawab yang betul dan abaikan keluarga. Sungguh perit dan pedih.

Dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi, topik yang cukup hangat ‘Kasih Ayah Hingga Ke Syurga’, betapa pentingnya tanggungjawab seorang ayah dalam membentuk keluarga yang bahagia.
Kalau Ayah Tak Garang, Belum Tentu Kita Jadi ‘Orang’
.

Antara kata-kata ustaz Hj Mohd Riza Hj Kamaruddin, pendakwah bebas:

“Ibu akan pesan lebih daripada 20 kali, contohnya, basuh pinggan, jangan lupa solat, lipat baju, kemas katil dan sebagainya. Tetapi, ayah hanya cakap sekali sahaja; jangan lupa apa yang mak pesan…”

IKLAN

Jadi, boleh dikatakan ayah hanya cakap sekali anak-anak sudah mendengar dan apa yang dipesan oleh ibu tidak bermakna anak tidak ambil kisah.

Tetapi sebenarnya, pesanan ayah itu akan membuatkan kita ingat, bila ayah hanya batuk pun anak-anak mula kelam-kabut.

IKLAN

Ingat, kalau ayah tidak garang belum tentu kita akan jadi ‘orang’, seorang yang pandai dan bertanggungjawab.
Kalau Ayah Tak Garang, Belum Tentu Kita Jadi ‘Orang’
.

Along Cham, bapa tunggal yang menjaga sendiri anak lelaki:

IKLAN

“Saat sebelum saya melafazkan cerai, saya terasa ada tangan menarik saya supaya tidak melafakan dan ketika itulah saya dapat rasakan bagaimana kehidupan anak ini selepas ini. Mujur mak saya pinjamkan kasih sayangnya kepada anak saya…”

“Satu kebanggaan dan penghormatan pada saya apabila anak sudah dapat menghafal 20 juzuk pada usia 8 tahun dan saya tahu dialah yang bakal mendoakan saya bila saya tiada nanti…”

Bagi mengetahui kisah lanjut tentang ‘Kasih Ayah Hinga Ke Syurga’, ada lagi tetamu jemputan yang berkongsi cerita tentang tanggungjawabnya pada anak selepas kematian isteri (Khairul Masnizam Abdullah) dan tanggungjawab anak seleas kematian kedua ibu bapanya (Khairina Alis).

Perkongsian lebih lanjut, disiarkan  dalam Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam baru-baru ini bersama Siti Elizad dan hos jemputan Datuk Dr Che Muhaya binti Haji Mohamad.
Kalau Ayah Tak Garang, Belum Tentu Kita Jadi ‘Orang’
.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI