Jumlah pengikut hilang di Facebook, lelaki ajar cara tukarkan mod tetapan dapatkan semula. Sehari dua ini pasti ramai yang berasa pelik dengan jumlah pengikut yang turun mendadak di facebook.
Bagi yang mempunyai jumlah pengikut tinggi, hanya 9000 orang dibenarkan mengikut. Pastinya ia satu kejutan terutama bagi yang mempunyai rangkaian bisnes atau orang perseorangan yang berjuang untuk masyarakat.
“Kehilangan” secara tiba-tiba jumlah pengikut ini mungkin mendatangkan tanda tanya seperti disuarakan oleh akitivis masyarkat terkenal, Puan Mona Din di fb.
Tulisnya :- Assalam semua. Patut ramai dok wasap / pm saya tanya kenapa dah few days posting saya tak melintas di wall dia orang..? Mungkin ini sebabnya. FB dah turunkan jumlah followers saya yang sebanyak 200k lebih hanya kepada 9k sahaja..!
Andai, hal yang sama terjadi kepada kita sama seperti dilalui oleh Puan Mona Din, ada penyelesaiannya.
Untuk makluman semua, Facebook sebenarnya sedang mengemas kini sistem mereka terutama melibatkan fake akaun dan duplicate akaun. Jangan tak tahu terlalu banyak fake akaun wujud di media sosial dan ianya kemudian dijual kepada mana-mana indvidu yang mahu menaikkan jumlah pengikut untuk menaikkan engagement produk mereka.
Tapi jangan risau kalau melihat hanya 9000 saja jumlah pengikut kerana facebook sebenarnya masih menyimpan semua pengikut-pengikut kita dan jika mahukannya kembali, kita hanya perlu menukar setting mode saja dan kita akan nampak masih ada lagi baki pengikut kita yang sama.
Dikongsikan di fb oleh Norizan Sharif yang merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jabatan Perdana Menteri dan kini menetap di Amerika Syarikat cara menukar setting mode kita.
Ini cara menukarnya:-
1. Bawa bertenang.
Ads
2. Anda tak hilang followers. Semua orang masih sayangkan anda!
3. Sekiranya anda mahu lihat Facebook followers anda yang “hilang” itu, tukar dari “profile” ke “professional mode.”
4. Anda akan dapat lihat jumlah followers anda di situ. Facebook tak buang pun. Mereka biarkan saja walaupun sebahagiannya fake followers dan duplicate account.
5. Professional mode ini sama seperti Facebook page, kecuali anda boleh set audien kepada “friends” dan “public” di professional mode. Di page, tak boleh.
Ads
6. Set audien “friend” apabila menulis mengenai hal-hal keluarga dan kawan-kawan. Set audien “public” apabila menulis mengenai bisnes.
7. Anda juga boleh “buat duit” di professional mode sekiranya anda penuhi syarat tertentu (seperti YouTube). Selain itu, ada boleh lihat insight, sama seperti page.
8. Sila google dan baca features professional mode Facebook yang baru ini. Baca baik dan buruk. Professional mode ini mungkin tak sesuai untuk semua orang.
9. Klik tiga titik di sebelah profile (profile setting) untuk tukar ke professional mode.
10. Sebelum ini, kalau set professional mode tak boleh tukar semula ke profile. Sekarang dah boleh.
11. Nah, sekarang kembali fokus kepada konten, bukan followers! Sumber : FB Norizan Sharif
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Rupanya dalam pada nak mendidik hati anak ikut cakap mak ayah, mak ayah itu sendiri kena pasakkan dalam diri cintakan Al Quran. Dari situlah ketenangan dalam mendidik terbenam dalam hati.
Inilah yang dikongsikan Dr Taufiq Razif. Betapa Al Quran itu boleh mengubah cara pandang mak ayah terhadap didikan anak-anaknya.
Hilang Bahagia Mak Ayah Jika Gagal Baca, Hayati Mesej Al Quran
1. Gelisah tiap hari
Kita sebenarnya dalam satu perjalanan dan hati kita faham betul tentang benda ni. Yes, we are all travellers! We are on a journey!
Itulah kenapa hati kita jadi gelisah sebab dia nak kita tunjuk pada dia ke mana dia akan pergi nanti. Dia akan rasa risau dan tak senang duduk kalau lost dan tak tahu nak tuju ke mana. Semua tu tak ada dalam buku teks. Benda ni cuma ada dalam Al Quran.
2. Mudah serabut
Kita akan jadi mudah serabut jika kita tak ada solution pada masalah kita. Cara nak dapat solution direct daripada Al Quran ni mudah je. Ni caranya :
Niatkan untuk cari solution pada masalah kita dan buka secara rawak halaman Al Quran yang ada di depan kita tu. Nescaya kita akan jumpa jawapan yang menakjubkan terhadap masalah yang kita alami. Cuba sekarang tau.
3. Habis idea nak bersembang dengan anak
Bila kita tak baca Al Quran, kita tak tahu sebenarnya dalam Al Quran tu ada beribu kisah Storytelling yang sebenarnya boleh kita jadikan modal untuk bersembang dengan anak.
Storytelling ni sangat powerful untuk ubah cara fikir dan karakter anak. Tu lah kenapa di Barat sana suka baca Bedtime Story pada anak mereka kerana mereka tahu betul tentang betapa powerfulnya sebuah storytelling untuk membentuk karakter anak anaknya
4. Tak ada Quranic Operating System ( OS )
Bila mak ayah tak ada Quranic OS dalam dada, maka agak agak sistem apa yang mak ayah guna untuk bentuk anak anaknya nanti? Jom kita menungkan sekejap tentang benda ni
5. Hilang rasa bahagia
Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub, Chairman Karangkraf dan TV Al Hijrah bagitahu saya yang dia dah buat bisnes dan jadi jutawan selama 40 tahun dah tapi dia cuma rasa bahagia pada 5 tahun terakhir sahaja.
Nak tahu apa yang buat dia rasa bahagia pada 5 tahun terakhir itu? Kerana masa tu la beliau baru belajar kembali baca Al Quran setelah 35 tahun beliau abaikan Al Quran. Sekarang ni bila beliau dah kembali pada Al Quran, saya boleh nampak sendiri pada wajahnya dan saya boleh katakan beliau adalah orang yang paling bahagia di Malaysia!
Tolong sebarkan mesej ini pada seluruh keluarga kita yang kita cinta. Ini mungkin akan mengubah hidup mereka selamanya.
Gema Bacaan Surah Al-Kahfi Sempena Malaysia #QuranHour
Program Malaysia #QuranHour kali kelima ini di bawah anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berlangsung dengan jayanya di Masjid Putrajaya semalam, 30 Ogos 2019.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-62 sekaligus menjayakan kempen ‘MengQurankan Bangsa dan Mengikhlaskan Ummah’ yang mengajak semua lapisan masyarakat dari dalam dan luar Malaysia berinteraksi dengan Al-Quran.
Berpandukan 10 ayat akhir surah Al-Kahfi dan kaitannya dengan 10 ayat awal.
terdapat sembilan pesan utama buat warha Malaysia yang merdeka agar berpegang teguh kepada nilai-nilai yang ada di dalam Al-Quran.
Fasha Sandha tak pernah terfikir gelaran Datuk. Pelakon cantik baru saja menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Malah Fasha juga menerangkan pingat tersebut sebagai satu penghargaan tertinggi yang pernah diterimanya sejak bergelar anak seni lebih dua dekad lalu.
Fasha Sandha Tak Pernah Terfikir Gelaran Datuk
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang terima. Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online Fasha akui dirinya sangat dihargai.
“Anugerah ini tidak buat saya rasa terbeban sebaliknya dihargai.
“Kalau nak cakap tentang kemungkinan akan diangkat menjadi ikon atau dapat gelaran datuk, saya rasa perjalananan itu masih terlalu jauh sebab ramai lagi orang yang lebih layak.
“Gelaran datuk? Terlalu berat dan tak pernah terfikir, tiada komen tentang itu,” katanya.
Enggan Tabik Dada
Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan akui dirinya banyak kekurangan dan tidak mahu menabik dada.
“Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka dan anggap hadiah untuk perkahwinan serta anak-anak.
“Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan tetapi apabila terpilih menerima pengiktirafan sebegitu, saya syukur.
“Pengiktirafan tersebut jarang diberikan oleh pihak istana Perlis, memang satu perkara yang tidak pernah dijangka, kurniaan yang paling tinggi saya pernah dapat,” ungkap Fasha.
Kongsi Fasha lagi dirinya juga tidak mahu dilihat keterlaluan dalam memberikan komen kerana tidak mahu dilabel sombong.
“Saya risau nak cakap sebab takut kedengaran seperti riak namun anggap itu satu hadiah yang diberikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,” sambung Fasha.
Pada masa yang sama Fasha sangat berbesa hati dengan penganugerahan itu dan menyuntik semangat untuk dirinya menjadi orang lebih baik.
“Mungkin saya dapat sebab sebelum ini banyak menulis tentang Perlis Indera Kayangan selain dibesarkan di negeri itu walaupun saya dilahirkan di Johor. Ini satu kenangan yang manis, Alhamdulillah,” sambung Fasha.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.