Sebagai mak ayah, tentulah mengharapkan agar setiap anak bijak, pandai dan mendapat kerja yang hebat-hebat dengan gaji yang lumayan supaya dapat membantu mak ayah kelak. Namu, ditakdirkan anak tak pandai, jangan terus menghukum, ada sebabnya.
Selalu orang cakap, dalam setandan pisang mesti ada satu yang tak elok. Begitu juga dengan kita. Rasanya, dalam keluarga mesti ada seorang yang Allah kurniakan ‘kurang’ sedikit daripada adik beradik lain.
Boleh jadi ada anak tak pandai, seorang lagi kaya raya pandai dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negeri, pekerjaan yang hebat dan sebagainya. Tapi jangan dihina atau sedih dengan anak seorang yang kurang daripada adik beradik lain.
Allah dah atur sebaiknya. Mungkin inilah yang akan menjaga kita sebagai mak ayah bila dah tua nanti. Rezeki anak berbeza dan telah tertulis. Bersyukurlah dan bersangka baik.
“Saya ada 4 orang anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM.
Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A.
Ads
Dapatlah kerja kilang.
Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia.
‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’
Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.
Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik.
Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.
Ads
Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini.
Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.
Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Bagi mak ayah yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.
Ads
Kredit: KISAH BENAR
Mingguan Wanita : Bersangka baik. Semuanya telah ditetapkan rezeki masing-masing. Mak ayah doakan yang baik-baik untuk anak.
Setelah sekian lama anak-anak kita belajar secara PdPR, akhirnya bermula minggu depan mereka akan kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka. Ada mak ayah yang berusaha menyempurnakan kelengkapan dan persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Antaranya termasuklah kena tampal lencana di baju mahupun tudung sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Namun kalau anak ramai, terasa juga walau caj menjahit satu lencana cuma RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Sudahnya kena bayar RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Untuk kurangkan pening kepala mak-mak, anda boleh ikut perkongsian daripada Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat.
Haaa… lepas ini tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Nota:
Lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seronok nak raya korban pun, bab makan tetap kena jaga. Tambah pula kalau anda ada penyakit gout! Sebelum sakit melarat, semaklah perkongsian tip daripada doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini. Moga anda boleh bersedia dan mengelak apa yang patut, jom baca!
Sedikit nasihat berkenaan sakit GOUT yang sinonim dengan hari raya korban. Sebagaimana yg kita tahu, raya korban ialah hari di mana kita akan makan lebih banyak dari biasa,lauk berasaskan daging seperti daging lembu, atau kambing.
Daging merah (kambing & lembu ) memang diketahui tinggi kandungan purine — yang akan menaikkan kadar uric acid dalam badan. Maka hati hati kalau ada gout, kurangkan makan daging korban, dan buat yg gemarkan bahagian eksotik lembu seperti hati, otak, lidah, mata, buahpinggang lembu… kalau anda ada gout, tolong jangan makan part yg exotic ini, sebab kat sini lah terkumpul banyak nya uric acid, dan juga kolestrol.
Ramai juga yg terlepas pandang bab dehydration.
Kekurangan air memang boleh trigger attack gout.
Banyak kan minum air kosong, elakkan terlalu banyak minum air manis.
Injury / stress pada sendi pun boleh trigger attack gout.
So kepada yg driving jauh balik Kelate Terengganu tu, take a rest lepas 1-2 jam driving. Minum air kosong dan regangkan kaki. Lenguh pada buku lali dan tapak kaki boleh trigger attack gout bagi yg pernah kena gout pada buku lali / sendi ibu jari kaki.
Selain makan ubat tahan sakit KALAU kena attack gout di kampung, bila dah start sakit tu, cepat cepat tinggikan kaki, jangan banyak gerakan pada sendi yg terlibat, boleh cuba tuam dengan ice pack, dan tengok aja lah ye sedara mara hirup sup daging dengan sabar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dahsyat sangatkah jadi orang perempuan ini? Asyik mengadu penat. Orang lelaki yang baik dia takkan mengeluh apatah lagi mengherdik isteri yang meluah rasa penat. Suami yang baik akan peluk dan usahakan cara sampai isteri penat rasa bahagia.
Bila mana Shaza Baharuddin berkongsi 6 cara yang suami boleh buat untuk bahagiakan isteri. Jangan sampai tunggu isteri rasa penat pun sebenarnya. Waktu isteri tak stress pun, suami dah boleh jalankan peranan.
Rupanya 6 Cara Ini Boleh Redakan Tekanan Isteri
Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.
Shaza juga tak terkecuali. Segala rasa yang dialami itu dicoretkan dalam bukunya yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.
Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :
1. Bawalah Isteri Berjalan-jalan
Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.
2. Ke Taman Dengan Anak-anak, Benarkan Isteri Layan Hobinya
Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, ‘me time’. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.
3. Bawa Berbincang Dengan Suami Apabila Ada Isu
Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.
4. Tolong Kerja-kerja Isteri
Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.
5. Mohon Pada Suami Jangan Bawa Masalah Kerja Ke Rumah
Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.
6. Berilah Isteri Rehat Seminggu Sekali
Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...