Sesetengah daripada kita memandang ‘enteng’ dengan lauk basah yang dibekukan terutamanya ikan frozen. Katanya ia tidak sesegar ikan ‘fresh’. Tambahan pula harganya boleh dikatakan lebih murah berbanding ikan segar.
Jangan tak tahu, kalau diambil kira, ikan frozen lebih tinggi kesegarannya berbanding ikan segar dan jangan memperlekehnya. Nak tahu apa perbezaannya, ikuti ulasan ini.
1. Pembeli cenderung memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan beku kerana memikirkan ia lebih berkhasiat namun ini tidak semestinya benar. Walaupun mungkin sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit. Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dibekukan dalam masa beberapa jam selepas keluar dari air, yang membolehkan ikan tersebut mengekalkan seberapa banyak nutrien seperti ikan segar.
Ads
2. Proses pembekuan kilas bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak kesegarannya. Ini dicapai dengan segera membekukan ikan tersebut pada suhu rendah untuk mengelakkan pembentukan kristal ais supaya kualitinya dapat dikekalkan.
Ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang hebat. Meminimumkan masa antara penangkapan dan pembekuan, menghalang kemerosotan kualiti yang secara semula jadi bermula ketika makanan laut terdedah kepada udara. Sebaik sahaja anda telah membeli Tilapia beku, pastikan anda menyimpannya di tempat beku sehingga anda bersedia untuk menggunakannya. Kemudian, nyahbeku ikan tersebut dengan membilas di bawah air sejuk dan masak dengan segera.
3. Ikan yang “fresh” pula, mempunyai jangka masa yang lebih kecil untuk disimpan tanpa rosak berbanding dengan ikan beku. Ramai antara kita yang membeli ikan segar tetapi tidak memasaknya pada hari yang sama ketika dibeli, lalu menyimpankan dalam peti sejuk beku.
Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan “frozen” yang dibeku kilas; ini kerana tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah sendiri jauh lebih panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas. Ikan “frozen”, sejurus ditangkap, akan disiang, dibuang organ dalaman, dibersihkan, divakumkan dan terus dibekukan secara pantas pada suhu -18 darjah Celcius ke bawah.
Info: Fakta yang menyeronokkan: Teknologi pembekuan makanan pertama kali dicipta oleh Clarence Birdseye untuk membekukan ikan!
Rujukan: Wang, C., Li, X., Zhao, X., Bi, H., & Xie, J. (2022). The investigation of storage situation of fish muscle via the analysis of its exudate by MALDI-TOF MS. Food Chemistry, 373, 131450.
Ads
Mingguan Wanita : Rasanya pun tak jauh beza dengan ikan segar.
Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stokin sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
Boleh ikut tip pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu.
Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air.
Allah..
Gini..KD share sikit..
Tip Sebelum Mulakan Kerja Membersih
Sebelum mulakan kerja membersih, samada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun ok. Lepas tu pakai stokin, baru pakai boot.
Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.
Stokin pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.
Stokin dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.
Pengalaman ‘Training’ Dalam Hutan
Mana KD tau petua ni?
Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas. Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.
Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stokin. Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot.
Pakai minyak masak kelapa sawit aje.
Cara Buat Minyak Bawang Putih
Cara nak buat minyak bawang putih -grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak. Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layan kan aje.
Pastu masa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahu lah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering. Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stokin baru dan sarung semula boot. Jalan..
Jaga tau kulit kaki korang. Kulit kaki siap boleh lekang gitu aje kalau kulit dah kecut sangat. Kulat air toksah cerita lah. Keluar hutan siapla merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.
Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.
Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua dan tip ini bermanfaat, terutamanya yang sedang dalam proses membersihkan rumah akibat banjir. Cara ini boleh mengelakkan kulat air dan kaki kecut kerana terendam lama dalam air.
Bagi penggemar herba ‘Sweet Basil’ ada caranya untuk tanam sendiri pokok ini di halaman rumah. Mudah sangat hanya guna keratan batang daun sweet basil yang kita beli di pasaraya dan boleh terus tanam. Hasilnya pun puas hati, memang mudah dijaga dan elok merimbun daunnya.
Lagi-lagi bagi peminat masakan Itali seperti Pesto dan Bolognese pasta, memang wajib tanam, sebab boleh petik ‘fresh’ dekat rumah.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Hamizah Hanapi ini sebagai rujukan;
Ini Cara Tanam Sweet Basil Guna Keratan Batang
1. Beli sepeket sweet basil di Pasaraya.
2. Buang semua daun kecuali bahagian pucuk yang paling atas sekali, kemudian cucuk ke dalam tanah.
3. Siram, kemudian letak di tempat yang dapat cahaya tapi bukan ‘direct’ matahari selama 3 hari.
4.Selepas itu, baru letak pada bawah cahaya matahari.
5. Ini hasinya selepas 10 hari.
Info Ekstra
Jika ingin daun sweet basil subur merimbun, patahkan bahagian pucuk anak pokok tersebut belah atas sekali.
Boleh lihat hasilnya selepas 4-5 hari, ia akan bercabang dua pada pucuk yang telah dipatahkan sebelum ini.
Salah satu sebab ‘sweet basil’ ini senang dijaga kerana ia tidak disukai oleh serangga perosak. Jadi pokok sweet basil ini sangat mudah ditanam.
Bagi peminat masakan Itali seperti Pesto dan Bolognese Pasta memang wajib tanam, sebab boleh petik ‘fresh’ dekat rumah.
Daun Selasih adalah ‘Thai Basil’ bukan Sweet Basil, namun cara menanamnya juga sama seperti ini.
Cili kisar memang menjadi kemestian yang mesti ada kat rumah. Sesetengah masakan memang akan menggunakan bahan ini. Malah, kalau ingin membuat sambal, inilah bahan utama yang perlu ada.
Biasanya, yang ada di pasaran kadang-kadang tidak memenuhi selera mak-mak. Mungkin ada yang terlalu pedas, tidak merah seperti yang diinginkan, ada juga yang mahal dan tak berbaloi.
Cara nak senang dan mudah, mak-mak buat sendiri cili kisar. Baru puas hati, nak pedas atau tidak kenalah pandai pilih cili kering yang ingin digunakan.
Perkongsian daripada Nur Atiqah Othman ini cukup menarik dengan membuat sendiri cili ksar di rumah. Lepas ini, mak-mak bolehlah buat stok di rumah, tak perlu nak beli kat kedai lagi. Memang puas hati.
“Saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikkan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
“Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara.
Tip: Pilih cili kering
• Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua , letak air dan mesin.
Cara Membuatnya:
1. Kisar semua cili kering. Selepas itu tapis seperti ini. Tapis biji dari cili. Itu tapis mak, jadi rare sikit.
2. Ini yang cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
3. Selepas itu, keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa.Mudahkan.
MW: Banyak cara yang boleh mak-mak praktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Buat stok banyak-banyak, nak pakai Cuma senduk sahaja.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...