Kadang-kadang bila anak buat peel, buat mak ayah geram saja. Belum lagi yang anak berkepit 24 jam. Mak nak buat kerja pun tak senang hati.
Biasanya bila anak berkepit 24 jam, mulalah mak rasa hilang sabar. Habis semua kerja terbengkalai. Bayangkan kalau anak demam, lagi hura hara dibuatnya.
Tanpa kita sedar, masa inilah anak nak berkepit 24 jam. Suatu hari nanti, bila dia dah besar dan dewasa, kita sebagai mak ayah pula yang rasa seperti keanak-anakan, seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kita hidup ada tiga hari saja. SEMALAM, HARI INI & ESOK. Fokus yang terbaik pada hari ini. Tiada hari semalam dan esok yang kita kesali lagi.
Dalam perkongsian tiktok Mohd Fhais Salim turut memperkatakan hal ini. Suatu hari nanti anak tak lagi dok berkepit dengan mak ayah tapi mak ayah pula yang akan jadi keanak-anakan.
Memang penat jaga anak tapi suatu hari nanti anak dah tak lagi asyik memanggil-manggil nama kita.
Ingatlah , suatu hari nanti anak-anak dah tak lagi suka kita pimpin tangan dia. Anak-anak dah tak lagi mahu duduk di pangku kita.
Mak Ayah Pula Akan Lebih Manja
Suatu hari nanti, anak tak lagi mahu tunjuk kehebatan diri dia depan kita dan tak mahu didukung atau dimanja-manja.
Ads
Malah, suatu hari nanti kita pula akan jauh lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
Pasti ketika itu kita pula yang akan jadi lebih keanak-anakan sebab mahu perhatian dari anak-anak
“Kakak…nanti cuti balik kampung makan dengan ibu ye!
“Abang, ibu akan masak lauk kegemaran kamu ni, mai la datang makan.
Ads
Mingguan Wanita : Jadi, layanlah anak sebaiknya sebab apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang kemudian hari. Yang ada hanyalah kenangan.
Berita baik buat wanita yang sering diabaikan nafkah anak-anak oleh bekas suami kini boleh menarik nafas lega. Ini kerana tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas berlakunya perceraian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.
“Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah.
“Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguatkuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank, jadi kita perlukan penguatkuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya.
Ramai Lelaki Gagal Bayar Nafkah
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah baru-baru ini.
Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.
“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.
“Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.
MW: Setuju sangat dengan saranan dan penguatkuasaan ini. Semoga pelaksanaannya dapat dipercepatkan agar nasib para wanita dan anak-anak mendapat pembelaan sewajarnya.
Persoalan terdetik dalam hati ini kadangkala tanpa sengaja mak ayah akan terbuat juga. Tengok anak orang tantrum depan mata, kita pun berkata-kata sendiri dalam hati ‘kenapalah mak ayah dia tak pujuk’, ‘ini mesti salah asuhan mak ayah’ dan macam-macamlah.
Bak pesan Bonda Nor, Allah itu Maha Mendengar mak ayah. Biar pun kata-kata itu cuma dituturkan dalam hati, namun bila Allah nak uji, kita akan alami apa yang mak ayah anak tantrum itu alami.
Macam mana nak perbaiki kembali diri? Inilah cara yang Bonda Nor ajar.
Pernah Tak Rasa Terdetik Hati Rasa Tak Puas Hati..
Saya mengendalikan satu seminar parenting.
Pasangan muda itu mengadukan kisah si manja mereka yang tantrum. Asyik menangis, menangis, menjerit, mengamuk. Dah buat macam-macam cara. Tak menjadi, katanya.
“Pernah tak dulu rasa rimas tengok anak orang menangis? Pernah tak terdetik kat hati tentang rasa tak puas hati pada mak ayah budak tu?”
Mereka terkejut mendengar soalan saya. Akhirnya, pelan-pelan si suami mengangguk. Pernah. Lalu segera saya menitipkan pesan.
“Banyakkan istighfar. Kalau boleh solat sunat taubat. Kadang ketika hati kita terlanjur menghakimi apa yang jadi pada orang lain, Allah akan bagi kita rasa apa yang dia rasa.”
Saya tak bercakap kosong. Saya berbekalkan pengalaman sendiri.
Satu ketika, seorang anak kecil menangis tak henti-henti. Waktu tu saya letih dan nak tidur. Tangisannya benar-benar mengganggu saya.
Mula-mula saya sabar. Budak menangis? Biasalah. Tapi anak kecil itu terus menangis. Meraung. 15 minit. Setengah jam. Satu jam. Ya Allah. Saya dah mula mengeluh. Rimas!
‘Manalah mak budak ni? Takkan tak boleh nak kawal anak sendiri? Budak je kot!’
Kata-kata yang tak terluah. Cuma keluhan dalam hati.
Nah! Allah Beri Saya Rasa Apa Yang Mak Budak Tu Rasa
Selepas itu saya mengandungkan anak keempat. Nah, Allah beri saya rasa apa yang mak budak tu rasa! Kali ini saya dapat anak jenis tantrum. Kalau mengamuk, habis-habisan. Kalau menangis, satu jam pun dia boleh meraung dan mengongoi secara berterusan.
Ketika itulah baru saya tahu bahawa memang ada kes anak menangis yang sukar dikendalikan. Memang ada! Dan segarang-garang saya, sepandai-pandai saya cuba menggunakan segala mak nenek psikologi yang ada, tetap gagal. Tetap tak mampu nak kawal! Astaghfirullah.
Jangan main-main dengan persoalan lintasan hati. Mulut tak ucap pun. Tak ada hati sesiapa yang kita sakitkan pun. Tapi Allah Maha Mendengar. Dan Allah bersedia untuk ‘mengajar’ agar kita cepat tersedar. Pengajarannya besar. Jangan nak rasa diri lebih baik daripada orang! Jangan jadi macam syaitan yang rasa dirinya lebih baik daripada Adam!
Allah.. Allah..
Bila Rasa Terdetik Dalam Hati, Cepat-cepat Istighfar
Sungguh sejak peristiwa tu, bila sesekali terdetik rasa tak puas hati dengan orang itu ini, saya cepat-cepat bilas dengan istighfar. Takut nak kutuk orang. Takut Allah balikkan pada diri sendiri. Lintasan hati je pun! Tapi saya dah rasa kesannya. Ya Allah, takutnya! Seksa!
Baru-baru ni saya berbual dengan seorang ‘kakak’ yang saya hormati. Tersentak saya bila beliau menceritakan tentang anaknya yang ditangkap polis kerana kes dadah. Sungguh, saya sangat mengagumi kebaikan dan ketenangannya. Tampak keibuan. Tampak wibawa. Suaminya juga orang hebat. Orang yang dihormati dalam masyarakat.
Tapi anaknya terlibat dengan dadah. Dah beberapa kali ditangkap polis. Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?
“Dulu, ada anak kawan akak terlibat dengan dadah. Mak ustazah. Ayah ada PHD. Terdetik kat hati akak, agaknya mak budak ni sibuk sangat sambung belajar ambil master sampai anak-anak terbiar macam tu.
Masa tu, akak sendiri pun sedang teringin nak ambil master. Nak sangat. Tapi akak batalkan. Sebab akak takut anak akak jadi terbiar macam anak dia. Akak ingat bila akak tak ambil master, anak akak baik-baik je. Tapi tak!
Allah tunjukkan pada akak satu pengajaran. Takdir Allah ni jangan kita nak pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Jangan kita pandai-pandai nak judge orang itu orang ini. Akak tak ambil master sebab takut anak terlibat dengan dadah macam anak dia. Tapi anak akak sama juga, Menagih juga! Allah…”
Allah Ajar.. ‘Jangan Pandai Pandai Nak Judge Orang Itu Ini’
Berderau darah saya mendengar ceritanya. Menggeletar jiwa memikirkan betapa Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar walaupun pada sekecil-kecil perkara yang terlintas di fikiran kita.
Kalau hal yang terlintas di fikiran pun kita Allah balas, apatah lagi jika yang kita cakap dengan lepas. Kita tengok orang itu perangai begini dan begini, kita kutuk, kita caci. Hati-hati, terlalu besar potensi untuk keburukan itu berbalik pada diri sendiri!
Cuba kita tengok pasangan kita, anak-anak kita. Apa yang kita tak puas hati dengan dia? Apa masalah dia? Kita duduk diam-diam, kita muhasabah balik diri kita. Kita cuba cari punca. Adakah semua masalah yang berlaku itu ujian atau hukuman?
Takut-takut kesilapan yang dilakukan oleh mereka itu sebenarnya berpunca daripada kejahatan mulut kita sendiri atau pun mungkin pada sekecil-kecil perkara yang terlintas di dalam hati.
Insya-Allah, sama-sama kita cuci balik semua kesilapan kita dengan banyakkan beristighfar dan solat sunat taubat. Mudah-mudahan Allah terima dan perbetulkan kembali hidup kita.
Bila mak cakap, sekali tak mungkin anak nak dengar atau ikut. Kalau 3 -4 kali boleh keluar suara tarzan mak. Mahunya tak geram dan marah kalau anak buat tak tahu saja.
Itulah yang dihadapi oleh sesetengah daripada mak-mak. Bila mak cakap, anak buat tak tahu saja. Sebenarnya, bila keadaan ini berlaku, ia telah mendidik anak derhaka tanpa kita sedar.
Jangan biarkan keadaan ini berterusan. Bukan setakat didik anak derhaka tapi degil dan tidak dengar kata. Dengarkan nasihat oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam perkongsiannya di tiktok.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.