Isu poligami adalah isu yang sentiasa panas dan menarik perhatian. Ramai lelaki akan suka dan kebanyakan wanita akan masam muka. Suka atau masam muka, amanah besar untuk suami yang berpoligami adalah berlaku adil.
Adil dalam poligami adalah KETETAPAN dan KEWAJIPAN, Bukan PILIHAN ATAU PERCUBAAN. Kemampuan untuk berlaku adil perlu diyakini oleh si lelaki sebelum berkahwin lagi dengan bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat.
Si wanita yang bakal masuk ke dalam rumah tangga seorang lelaki yang telah beristeri juga perlu yakin dengan kemampuan bakal suaminya. Kemampuan berlaku adil inilah yang terkandung dalam syarat kelayakan berpoligami yang ada dalam peruntukan undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.
Isu Besar Bila Tak Lalui Penapisan Kelayakan
Isu besar hari ini ialah banyak kes poligami yang tidak melalui penapisan kelayakan yang ditetapkan oleh undang-undang ini lantaran perkahwinan berlaku tanpa kebenaran undang-undang sama ada berkahwin di sempadan atau nikah sindiket.
Ads
Biar pun tidak ditapis, kewajipan berlaku adil adalah perlu dan jika ketidakadilan berlaku, para isteri yang terlibat mempunyai hak untuk mengadu ke Mahkamah Syariah dan si suami boleh dikenakan denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jangan Ada Antara Isteri Rasa Terpinggir
Adil yang dikehendaki dalam perkahwinan poligami bukan bermaksud sama rata atau sama banyak sebaliknya adalah sesuai dan munasabah kepada situasi berdasarkan syariat, bukan emosi, bukan jua pendapat masyarakat.
Adil yang dituntut agar dilaksanakan oleh para suami yang berpoligami adalah memadai tidak ada seorang pun daripada isteri-isterinya yang berasa dipinggirkan.
Menepati maksud ayat 129 surah an-Nisa’: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkapai-kapai. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Ads
Isu Nafkah Dan Giliran
Rasa dipinggirkan pula bukan berasaskan emosi wanita sahaja sebaliknya pelaksanaan tanggungjawab khususnya NAFKAH dan GILIRAN. Pembiayaan nafkah adalah tertakluk kepada keperluan dan kemampuan suami. Buat wanita dengan status isteri kedua atau ketiga atau keempat yang telah maklum dengan situasi kewangan suami sejak sebelum berkahwin lagi, anda tidak wajar mempersoalkan ketidakmampuan suami membiayai segala keperluan anda.
Kenapa tidak wajar? Kerana anda telah membuat pilihan untuk tetap menerima lelaki yang tidak mampu dalam kewangan sebagai suami anda. Namun, anda tetap BERHAK MENUNTUT bahagian yang sesuai dengan kemampuan suami. PASTIKAN TUNTUT biar sekadar seringgit! Agar suami sedar beban tanggungjawab yang sedang dipikul hasil keputusannya menikahi anda.
Suami Kena Usaha Lebih Keras Nafkahi Isteri
Buat si suami, anda tetap perlu berusaha memberikan perbelanjaan yang sesuai dengan kemampuan anda biarpun sikit kerana tatkala anda berani menerima qabul daripada akad untuk mengahwini seorang wanita, bererti anda juga perlu berani untuk berusaha menjaga kebajikan wanita tersebut termasuk membiayai keperluannya.
Pastikan anda terus berusaha dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan rezeki dan pembiayaan – tanpa menganiayai diri sendiri seperti tidak cukup rehat hingga menjejaskan kesihatan – dengan niat untuk ikhtiar melaksanakan tanggungjawab anda terutama apabila perkahwinan dikurniakan cahayamata. Anak atau anak-anak ini adalah tanggungjawab anda sepenuhnya sebagai seorang bapa!
Ads
Luang Masa, Bukan Sekadar Balik
Berkaitan giliran – bukan bermaksud perlu selang sehari atau ditetapkan setiap dua hari atau ditentukan perlu genap 24 jam tanpa kurang seminit atau sesaat. Giliran perlulah sesuai dan munasabah termasuk mengambil kira rutin harian suami dan perkahwinan yang sedia ada.
Giliran bukan sahaja hak isteri-isteri tetapi hak anak-anak. Paling penting GILIRAN BUKAN SEKADAR BALIK KE RUMAH tetapi tidak dipedulilan. Giliran mestilah BERLAKU LUANG MASA DAN WUJUD KOMUNIKASI POSITIF ANTARA SUAMI, ISTERI dan ANAK/ANAK-ANAK, jika ada.
Tanya Khabar
Sebagai contoh, suami dan isteri pertama menetap di Kuala Lumpur dan isteri kedua pula menetap di Alor Setar – tidak adil jika suami perlu ulang alik saban hari atau setiap hujung minggu. Luang masa waktu rehat hujung minggu tetap perlu mengambil kira hak isteri dan anak-anak yang sedia ada.
Dalam kes dinyatakan, giliran yang adil ialah si suami MASIH BERKOMUNIKASI dengan isteri kedua PADA HARI-HARI BIASA – BERTANYA KHABAR, MENGAMBIL BERAT DAN MEMBERIKAN PERHATIAN SEWAJARNYA tanpa mengabaikan isteri sedia ada dan balik ke rumah isteri kedua selang hujung minggu.
Giliran juga berkait dengan cuti raya, cuti sekolah atau percutian keluarga. Jika isu nafkah dan giliran ini ditangani sebaiknya, keadilan akan wujud dalam poligami!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah yang sedang membesarkan anak-anak kecil lahir rapat-rapat, tak nafikan memang akan ada perasaan penat dalam diri itu.
Macam-macam nanti kerenah anak-anak yang nak mak ayah penuhi. Kadangkala sampai tak cukup tangan, sebab tak tau nak buat mana satu dulu.
Percayalah mak ayah, keletihan dan kepenatan melayan anak kecil inilah momen yang amat berharga sekali. Sebab bila mereka dah besar, momen itulah paling mak ayah rindu. Inilah yang dikongsikan ayah kepada 6 orang cahayamata ini, Shahrul Zaman Lukman.
Macam Jaga Anak Lahir Rapat-rapat
Ada orang tanya, macam mana jaga anak kembar?
Saya jawab macam jaga anak lahir rapat-rapat juga.
Saya ada 3 anak bersekolah, 3 anak yang masih tidur bawah ketiak saya.
Memang… Yang 3 cenonit ni memang suka berkepit dengan saya. Mungkin sebab saya banyak masa dengan mereka semenjak saya berhenti kerja dan duduk rumah. Kerja dari rumah.
Sifir saya mudah saja tuan-puan.
1. Bila mereka bangun, terus senyum dan tegur mereka.
Tanda ‘caring’ . Prihatin dan nak bagi mood best kepada mereka.
Nampak mereka senyum awal pagi, kita pun senang nak buat tugasan hakiki di rumah.
2. Jaga emosi mereka. Ya, kekadang mereka menangis pagi-pagi. Tak apa, biarkan mereka dengan emosi seketika.
Tantrum? Biasa juga terjadi.
Kita? Senyum dulu sambil buat-buat sembang dan pujuk. Untuk alih perhatian mereka kepada perkara lain.
Mereka nak tarik perhatian kita sebenarnya.
Musim demam selesema dan batuk berkahak ni, elok sangatlah anda cuba keajaiban jus nanas yang dikisar sendiri. Minuman ini mampu mengurangkan batuk anak kecil lingkungan umur 1 tahun ke atas. Lagi bagus, minuman ini juga boleh hilangkan kahak dan batuk tanpa minum ubat batuk.
Cara Buat Jus Nanas
Apa yang anda perlukan ialah:
Kisar 1/2 biji nenas
1/2 in halia
Sedikit madu (jika suka)
1. Gunakan nanas yang manis, jangan nanas muda.
2. Jika mahu lagi sedap anda boleh tambahkan dengan 2 sudu makan madu lebah. Kisar ketiga-tiga bahan dengan 1 cawan air masak.
3. Setelah kisar, tapis hampas buah untuk ambil jus nanas. Kemudian masukkan dalam botol dan simpan dalam peti untuk dinikmati.
Saranan minum:
Minum pagi dan malam sebelum tidur untuk hilangkan batuk.
Untuk permulaan anda disarankan guna 1/4 biji nanas dan sedikit halia (anggaran setengah inci dibahagi 2).
Rahsia ini bukan kanak-kanak je, orang tua pun boleh amalkan untuk sembuh dari batuk. Selamat mencuba!
Nota:
Jangan sayang dan simpan lama ya. Kalau anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh. Tidak disyorkan bagi pada bayi ya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang lumrah wanita bila dah mendirikan rumah tangga dan punyai anak, secara tak langsung, sikap suka berleter automatik akan muncul. Bukan saja-saja tapi inilah kenyataannya. Tak tahulah kalau ada isteri yang memang tak pernah berleter. Ini dah di kira baik nie.
Kadang-kadang, suara ‘singa’ akan keluar, bila anak-anak bergaduh. Suami? Dia hanya tengok saja. Inilah yang buat mak-mak naik angin. Lepas tu, mak-mak membebel kat anak-anak tu sebanarnya kadang-kadang ingin tuju pada suaminya. Jenis suami yang faham, okaylah. Kalau jenis yang tak faham, makin anginlah.
Sebenarnya, isteri berleter ini bukan suka-suka tetap dia penat, kalau suami tidak sama-sama menolong dalam rumah tangga. Isteri pun insan biasa, perlu perhatian daripada suami dan bukan hanya uruskan anak dan rumah tangga semata-mata.
Inilah yang dikongsi oleh Muhammad Hassan dalam facebooknya. Hayati bersama ye suami-suami di luar sana.
saya kata jarang sangatlah. Dalam tahun ini boleh kira berapa patah dia bebel.
Lalu kawan saya ini minta nasihat bagaimana untuk kurangkan wife dia membebel dan merungut.
Saya bagi 2 tip:
Bagi dia tidur kau jaga anak-anak. Bila dia tidur, mulut dia akan tertutup.
Ajak dia pergi makan kau jaga anak. Apabila dia sedang mengunyah dia takkan membebel.
Ada tambahan lagi tak? kawan saya tanya.
Ada…Jawab saya.
Ini kau kena buat betul betul. (Muka saya serius)
Kau jangan buat kepala otak dia berserabut. Biasanya wife bebel ini sebab rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh singki, kau suka melepak sehingga larut malam, kau tak kemas tempat tidur dan kau biarkan isteri kau buat rutin yang sama setiap hari.
Dan paling teruk, jika kau ada di rumah, isteri dan anak anak tidak merasa keberadaan kau.
Saya berhenti sekejap hirup kopi panas. Dan sambung semula.
Dua tip di atas nampak agak kelakar, tapi cukup besar bagi mereka yang perlu masa untuk rehat, perlu masa untuk makan dan minum dengan tenang.
Jadi keluarkan sekejap isteri kau dari toksik keserabutan itu. Tunaikan nafkah semampu mungkin, jadi imam solat fardhu dan solat sunat. Bawa pergi cuti walaupun ke rumah mentua, bagi dia layan me time silang panggung.
Buat kerja rumah bersama, kemas tempat tidur kau, kemas apa yang patut kat rumah, sebelum tidur sental tandas, susun pinggan di rak.
Nanti kau akan tengok hasilnya nanti sebagaimana aku dapat kira berapa patah perkataan dalam setahun jika wife membebel atau merungut.
Dan bukan mulutnya membebel lagi, bahkan ucap terima kasih yang dah lama kau tak dengar.
MW: Cuba suami buat saranan yang diberikan. Rasanya, bila suami ringan tulang, isteri bertambah-tambah rajin dan nak dengan ayat berleter pun susah, kan!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.