Tahniah diucapkan buat penyanyi Nora Ariffin di mana beliau antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.
Penyanyi yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian ini juga sebelum ini telah memperoleh pelbagai pengiktirafan.
Sempena kurniaan Darjah Kebesaran ini, Nora menerusi entri di akaun Facebook miliknya berasa sangat bersyukur. Tanggal 1 Februari 2021 meninggalkan momen manis buat dirinya.
“Assalamualaikum warahmatullah,
بسم الله الرحمن الرحيم
“Alhamdulillaah, Segala puji hanya bagi Allah swt ,
“Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan kurniaan ini.
“Terima kasih juga kepada Kementerian Wilayah Persekutuan di atas pengiktirafan yg diberi.
“Sejujurnya saya amat bersyukur pada Allah swt, terharu, teruja dan gembira di atas penganugerahan ini.
“Ia adalah anugerah dan hadiah yang amat bermakna untuk saya dan juga arwah suami tercinta Johan Nawawi.
“Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih kepada anak-anak tercinta, keluarga, saudara mara, sahabat sahabat, peminat peminat, semua pihak media yg telah memberi ucapan, sokongan dan doa kepada saya. “Ini adalah satu amanah, tanggungjawab dan peniup semangat untuk saya terus aktif bergiat dalam bidang seni budaya. “Semoga kita semua diberkati Allah swt. “In Shaa Allah,” tulis Nora.
Selain Nora, dua karyawan lain iaitu Habsah Hasan dan Yusry Abdul Halim turut tersenarai antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan,
Mereka masing-masing menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Habsah merupakan penulis lirik dan telah menghasilkan 1,300 buah lirik lagu termasuk lagu bertemakan kenegaraan, nasyid dan korporat.
Tidak hanya berbakat dalam penghasilan lirik lagu, figura berusia 72 tahun itu juga berkebolehan menulis skrip, sajak dan kini aktif dalam dunia belakang tabir sebagai penerbit.
Yusry pula cukup dikenali bersama adik-beradiknya menerusi trio KRU dan turut aktif dalam dunia lakonan serta belakang tabir sebagai pengarah drama, filem dan juga muzik video.
Seperti mana dipetik menerusi Astro Awani, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Menurut Annuar lagi, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19.
Pelakon Betty Rahmad berasa bersyukur apabila pembantu baru yang menjaga anaknya merupakan seorang gadis yang sangat baik.
Malah pembantu yang dikenali sebagai Teha itu juga sebenarnya memiliki segulung Ijazah.
Dek kerana pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan terhadap kehidupan seluruh masyarakat dunia. Ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas. Bukan itu saja malah graduan lepasan universiti juga sukar untuk mendapat pekerjaan.
Malah bagi meneruskan kehidupan seharusnya kita tidak boleh memilih kerja. Begitu jugalah keadaan yang berlaku kepada gadis yang menjadi pembantu kepada Betty Rahmad. Bagi membantu keluarga dia tidak memilih pekerjaan dan hal itu seharusnya menjadi contoh kepada graduan yang lain.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Betty akui pembantu barunya memohon pekerjaan untuk menjaga anaknya, Wira.
“Lama nak post pasal ni but takde masa. So today i nak bagitau my followers yang terlalu gigih follow & dm Teha about this (for so many times)
“First of all, i tak faham tahap “concern” or jealousy u all tu. Kenapa perlu gigih tanya banyak kali tanya benda yang sama? Apa yang tak puas hati sangat Teha kerja dengan saya,” luahnya.
Malah Betty juga akui Teha memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
“Ya, Teha belajar tinggi ada Bachelor in Early Child Education. Dia apply kerja dengan saya untuk tolong jaga Wira memandangkan keadaan negara kita sekarang. Banyak taska tutup dan sebagainya. Teha ada ibu-bapa & ramai adik beradik di kampung.
“So adakah kalau u ada ijazah tinggi u perlu jaga standard & ego u untuk survive? To be honest, im so proud to see her. Baru 22tahun but sangat independant, pandai buat kerja rumah & work for her family at her young age.
“Takkan nak jadi anak yg ada ijazah tinggi tapi still minta duit dekat mak bapak untuk hidup. Lepastu salahkan keadaan. Berapa ramai orang akan suffer kalau nak fikir standard & level?
“So please stop being too concern tanpa memikir perasaan orang lain. Biarlah dia ringankan beban keluarga di kampung dengan rezeki yang halal. Saya percaya Allah pasti permudahkan & bagi balasan yang baik pada Teha atas segala kebaikan dia pada family saya selama ni. Kehadiran Teha dalam family saya pun rezeki buat family saya yang bukan semua orang dapat.
“Sekian bebelan harini. Doakan yang baik-baik untuk orang lain kalau nak hidup happy,” tulisnya.
Ozlyn menerusi akaun Instagramnya jozlynnhanania turut memberi komen positif kepada Betty.
“Ya Allah ku suka jawapan dia.. korg berdua saling memerlukan.. mu bantu teha, teha bantu mu.. Allah aturkan dh.. jujur ckp, anak sulung ku nak cari duit utk top up keperluan dia.. suami ku suruh buat keje kt ofis ku, cuci jamban, kemas ofis, vacuum, buang sampah, susun bil! anak ku buat mu, dpt rm 50 .. tandas x bersih mmg kena hamun jugak.. sbg tanggungjwp buat kerja kena abes, x boleh tangkap muat sb bapak ko bos!! Apa x kena staff ktorg akan amik report.. xde istilah ko anak bos! Kerja ttp kerja!! Baru berkah.. respect mu dgn Teha.. moga Allah pelihara hubungan mu dgn Teha.. aamiin”
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew begitu sebak melihat Umi dan Abah kepada arwah Adik Amir hanya mampu mengalirkan aiar mata sewaktu figura hebat ini berkunjung ke rumah mereka.
Ustaz Ebit sempat menziarah keluarga angkat arwah adik Amir yang terletak di Rawang.
Seperti mana luahan Ustaz Ebit di laman Facebook miliknya, ketika bertandang ke kediaman pasangan itu, dia begitu sebak melihat ibu dan ayah angkat arwah Adik Amir menangis. Malah mereka cukup terharu dengan kehadiran ustaz.
Meskipun anak angkat, sayangnya juga bagaikan anak kandung sendiri. Apatah lagi yang dijaga dan dipelihara sejak kecil. Pastinya luluh hati seorang ibu apabila menerima berita mengenai anak angkatnya berusia tujuh tahun yang dijaga sebelum ini, meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati dipercayai akibat didera.
Norlida Abu Hassan, 50, berkata, walaupun reda dengan pemergian anak lelaki jagaannya namun terkilan kerana kanak-kanak yang dijaga seperti darah daging sendiri dengan penuh kasih sayang itu diperlakukan sedemikian rupa.
Keluarga pasangan ini begitu sedih dengan pemergiaan arwah Adik Amir. Malah sewaktu berada di sana Ustaz sempat memberi sedikit semangat.
“Saya hadir untuk beri sedikit semangat, doa,dan sedikit hadiah.
“Sepanjang berbual dan berkongsi tadi terasa berat sangat ujian buat keluarga ini. Sempat dengar dan tengok video adik Amir solat, baca surah Al Mulk, minta maaf setiap kali buat salah. Allahuakbar. Dengar kisah dari kecilnya Amir sampai akhir hayatnya.
“Masa dengar tentang Amir, saya di Sabah. Berdoa dari jauh jer. Mendengar betapa sayangnya dan manjanya Amir dengan keluarganya dan abang serta kakak angkat. Betul-betul seperti keluarga.
“Sehinggalah mereka berpisah kerana ibu kandung dan ayah tirinya datang ambil.
“Saya sempat berdoa bersama keluarga. Menangis jer umi dan abah Amir. Berat ujian ini. Semoga satu hari bertemu kembali dalam syurga Firdaus,” tulis Ustaz Ebit Lew.
Baru-baru ini tular gambar seorang remaja perempuan di Thailand sedang mengutip dan menjual bahan kitar semula untuk menyara keluarganya yang berdepan masalah kewangan