Isteri kepada pelawak terkenal Achey Bocey, Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Anne kini begitu aktif berbasikal.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu ini begitu bahagia. Malah Achey juga memberi galakan sepenuhnya buat isteri kesayangan melakukan aktiviti riadah ini.
Bukan sekadar satu hobi sebenarnya Achey menjelaskan Anne perlu mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan kesuburan, persenyawaan in-vitro (IVF).
Isteri Achey Giat Aktiviti Berbasikal Contohi Siti Nurhaliza
Achey sentiasa memberi galakan untuk isterinya aktif berbasikal.
Achey dan isterinya telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu. Namun, sehingga hari ini, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Namun pasangan ini telah mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Difahamkan juga isteri Achey kini sedang giat bersukan termasuklah aktiviti berbasikal seperti yang dipraktikkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum melakukan prosedur IVF.
Bagi melakukan IVF Anne perlu utamakan kesihatan diri dan dia juga perlu menurunkan berat badan.
Ads
“Untuk prosedur rawatan ini orang rumah saya kena utamakan kesihatan dirinya dulu. Dia kena turunkan berat badannya. Kena steady dulu.
“Benda yang dia ikut adalah macam Datuk Siti. Tengok macam mana Datuk Siti nak dapat Aafiyah, sukan tak berhenti. Itu yang dia berbasikal untuk kuruskan badan sedikit,” ungkapnya.
Keluarga bahagia.
Paling Penting Isteri Perlu Rehat & Jaga Emosi
Difahamkan juga walaupun rawatan membabitkan isteri namun Achey perlu pastikan emosi isteri sentiasa stabil. Jika terlalu sibuk dengan kerjaya, Achey juga bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada Anne.
“Isteri perlu mendapatkan rehat mencukupi, lihatlah bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza berehat cukup lama ketika mengandung anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Ads
“Makan minum perlu dijaga. Apa yang penting, rehat dan emosi. Tambahan pula, anak kami, Tiara, sedang lasak. Saya bimbang isteri tak mampu mengawalnya seorang diri. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisi isteri ketika proses rawatan,” kata Acheh.
Achey juga menjelaskan, kemungkinan prosedur rawatan tersebut akan dilakukan paling awal pada tahun depan.
Bagi pasangan ini juga, mereka akan tetap meneruskan rawatan tersebut biarpun sedia maklum dengan sebarang kemungkinan termasuklah keberangkalian untuk prosedur IVF itu gagal.
“Orang rumah saya pun dah bersedia. Saya tetap akan teruskan. Kami sudah hampir 10 tahun tak ada hasil. Jadi, sekurang-kurangnya kita mencuba.
“Kalau gugur sekalipun, sekurang-kurangnya ‘benda’ itu dah duduk dalam (rahim). Setidak-tidaknya merasa,” katanya yang sememangnya sebelum ini pernah berhasrat untuk menjalani rawatan IVF.
Sumber: Astro Gempak & Berita Harian
Sumber Foto: Instagram Achey & Instagram Anne Achey
Tragedi tembakan rambang terhadap jemaah solat Jumaat di Masjid Al Noor & Linwood cukup memberi kesan kepada masyarakat dunia. Kejam! Tak berperikemanusiaan.
Namun, masyarakat dunia mulai berkempen, bersolidariti, menyatakan rasa setia kawan kepada umat Islam yang lain. Terkesan sungguh dengan ucapan-ucapan non Muslim yang rela menemani, berjaga ketika Muslim bersolat di masjid, mengajak teman Muslim bersolat di rumahnya.
Itulah hikmah yang perlu dilihat di sebalik kejadian yang cukup menyayat hati ini.
Terkesan dengan impak yang sebegitu besar, tabung kecemasan #Sinar4NZ49Martyrs dilancarkan sejak semalam.
Bantuan Untuk Ringankan Beban Keluarga Mangsa
Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, “Kita ikut berdukacita dengan serangan kepada jemaah solat Jumaat di Masjid Al Noor & Linwood Masjid di Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019 bersamaan 8 Rejab 1440H, sehingga mengakibatkan 50 jemaah terbunuh dan 20 orang cedera serta 2 masjid terkena kesan tembakan.”
“Mari bersama kita hulurkan bantuan sebagai tanda kita bersama-sama dalam detik sedih ini, meringankan beban umat dan menyantuni dengan kasih sayang terutama kepada keluarga mangsa yang meninggal dan cedera serta masjid yang terjejas.”
Sumbangan segera boleh disalurkan melalui:
TABUNG Sinar4NZ49Martyrs MBB: 5642 7652 9068 SINAR KARANGKRAF SDN BHD
*** Slip/Tanda sumbangan, sila whatsapp ke handphone : 013-3124164
Kredit foto : sinarharian.com.my
Penderma Sedekah RM100 Walau Cuma Berbaki RM400 Dalam Bank
Mulianya hati penderma ini, Biarpun duit bakinya di bank cuma RM400, beliau tetap memberikan sumbangan sebanyak RM100 kepada keluarga mangsa tembakan rambang Christchurch.
Berita ini dikongsikan Ketua Perancang Strategik Sinar Harian, Naquiah Muhamad Noor.
Setakat pagi ini jam 11.35 pagi, jumlah sumbangan sebanyak RM16,405.10 berjaya dikumpul dengan 242 transaksi sejak semalam.
“Ada yang derma RM10, RM20, RM30, RM40, RM100 dan paling tinggi adalah RM1,00 iaitu 10 minit selepas perkongsian mengenai tabung ini tersiar di media sosial.”
Satu dunia menyatakan rasa solidariti kepada mangsa tembakan rambang jemaah solat Jumaat di Christchurch, New Zealand.
Moga dengan sumbangan ini menyampaikan rasa hati kita bahawa dunia peduli dan bersama-sama mereka. Semoga mereka segera bangkit dari tragedi ini.
Semoga peristiwa ini bakal menjadi momentum besar untuk solidariti umat di seluruh dunia untuk terus bangkit menyebarkan Rahmah.
Salam solidariti.
Sumber/Foto : Sinar Harian, nst (gambar)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baby boy “Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah” Stacy dan Akim pilih nama ringkas.
Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Stacy Anam dan Akim Ahmad yang menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi lelaki.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Eshaal, 5, dan seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 10.
Penyanyi Stacy selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan, Selangor, pada jam 10.19, 6 Ogos 2022.
Baby Boy “Assalamualaikum Isa”
Menerusi perkongsian terbaru menerusi akaun rasmi Instagram Stacy, penyanyi itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan anak lelaki yang baru dilahirkan bernama Isa.
“Assalamualaikum Isa. Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang wish, starring mami sudah tiba dan yang paling over excited dan risau of coz @beyshal.
“Tapi untung sudah besar-Besar anak ramailah dapat tolong2 mami especially diorang punya father juga lah thank you Dady @akimahmad. Mau minta tulung ambil pampers pun berlumba semua hahaha lambat sikit habis kena timbak sisis dia,” tulis Stacy.
Akim pula menerangkan mengenai nama anak dia memilih Isa.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella.” Katanya menerusi sebuah portal berita online.
“Terima Kasih Wahai Isteri”
Manakala menerusi perkongsian Akim juga turut memuat naik foto pertama cahaya mata keduanya itu. Malah Akim juga menerangkan dia berasa sangat gembira kerana berpeluang menyaksikan proses kelahiran anak lelakinya itu.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu,” kongsi Akim.
Bukan itu saja Akim juga meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran Isa.
“Segala pujian selayaknya untuk-MU ya ALLAH. Pada jam 10.19 pagi, 6 ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku tercinta Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.
50 Tahun Hidup Sendirian Selepas Bercerai, Nenek Teruja Kahwin Diri Sendiri. Seorang wanita berusia 77 tahun membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri selepas 40 tahun hidup menjanda, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Dorothy Fideli berkahwin di Rumah Persaraan O’Bannon Terrace dalam negeri Ohio pada Sabtu lalu, dengan ditemani keluarga dan rakan-rakan.
Pernah Kahwin Upacara Ringkas
Ibu tunggal kepada tiga anak itu pernah berkahwin pada 1965 dalam upacara ringkas. Namun, dia bercerai sembilan tahun kemudian.
Menurut Fideli, dia mendapat idea untuk berkahwin dengan diri sendiri ketika sedang duduk di sebuah gereja.
“Saya hidup bersendirian selama 40 tahun. Sesuatu berlaku kepada saya ketika sedang duduk di gereja pada suatu hari. Ia membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu melakukan sesuatu istimewa untuk diri sendiri.
“Saya melakukan semua perkara sendiri. Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan diri sendiri)? Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengahwini diri sendiri,” katanya.
Teruja Kahwin Diri Sendiri
Selepas mendapat kebenaran pengurus rumah jagaan tersebut, anak Fideli, Donna Pennington menyewa gaun pengantin, menempah katering serta menghias lokasi majlis untuk hari bersejarah ibunya.
“Ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Saya tidak pernah berkahwin seperti ini,” kata Fideli sambil menambah, dia berasa gementar dan teruja ketika itu.
“Saya tidak menyangka bahawa saya akan kelihatan cantik dalam pakaian pengantin seperti ini,” katanya.
Mesti Baca:Isteri Baru Kahwin Seminggu Menangis Kena Bangun Awal, Biasa Bukak Mata Jam 11 Mak Dah Hidang Semua
Baca Lagi Di Sini:Cinta Terhalang Ketika Remaja, Warga Emas Kahwin Selepas 60 Tahun Terpisah!
Artikel Menarik:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!
Mingguan Wanita:Tak kisahlah nak rasai pengalaman pakai gaun pengantin dan berkahwin dengan diri sendiri sahaja pun, janji bahagia.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...