Tugas isteri bukan sekadar memasak, menyapu sampah dan mengemas rumah. Sedangkan tugas yang dapat dilihat dengan mata kasar inilah sentiasa dipandang oleh pasangan atau bergelar suami. Padahal, kerja-kerja yang melibatkan emosi langsung tidak difikir. Lebih teruk kurang dapat penghargaan daripada keluarga.
Apakah yang dikatakan ‘invisible labor’. Ia bukanlah kerja-kerja rumah yang melibatkan fizikal tetapi kerja mental yang tidak terfikir oleh para suami. Kalau bab memasak, membersih rumah dan sebagainyadiangap kerja rutin isteri. Sebaliknya, bila isteri banyak memikirkan tentang keperluan rumah, susun jadual keluarga dan barangan keperluan anak beranak. Ini sudah cukup memenatkan isteri. Kiranya, dalam kelapa isteri, macam-macam yang difikirkan sematya-mata untuk kebahagiaan keluarga.
Benar juga yang dikatakan oleh Dr Redza Zainol dalam perkongsiannya. Katanya, tugas isteri bukan hanya kerja fizikal tetapi melibatkan kerja-kerja halimunan.
Semua Untuk Keluarga
“Saya nak buat kek hari ni. Abang nak?”
Apa lagi, terus melompat la saya.
“Mestilah nak!” penuh semangat saya jawab.
Terus dia kata jom keluar cari barang. Ahh macam tu je saya termakan umpan isteri. Baru ingat nak duduk rumah hari ni.
Sampai di pasaraya, isteri masuk ke lorong minyak masak, sos cili dan kicap. Satu-satu dia ambil dan masukkan dalam troli.
“Nanti mak abang nak datang kan. Saya beli ni ya.”
“Anak punya ubat gigi pun dah habis.”
Pusing punya pusing, sekejap dah penuh troli tu. Sambil beratur di kaunter pembayaran, saya tanya isteri mana barang untuk buat kek.
Ads
Rupa-rupanya, nak beli barang kek kena pergi kedai yang lain. Saya pun gelak aja, dah faham permainan isteri saya.
Akhirnya, kami singgah ke 4 buah kedai. Macam-macam urusan kami selesaikan. Yang paling saya perasan, muka isteri saya jadi berseri-seri. Tersenyum dan nampak dia lega sangat.
Antara kerja yang yang memenatkan isteri bukanlah kerja fizikal tapi kerja yang melibatkan mental.
Isteri saya yang banyak fikirkan barangan di rumah, barang untuk anak. Dialah yang banyak susun jadual kami sekeluarga.
Kerja begini dipanggil sebagai Invisible Labor. Kerja ni wujud pada semua keluarga tapi tak nampak dengan mata kasar.
Ads
Yang sedihnya, kerja halimunan ni yang paling kurang dapat penghargaan dari keluarga. Kita hanya nampak kerja yang berbentuk fizikal seperti masak, menyapu dan basuh baju.
Bila kita bantu isteri untuk selesaikan beban halimunan ni, lapanglah kepala isteri. Barulah dia boleh fikir benda-benda gembira pula.
Suami pula dapat tunjuk teladan pada anak lelaki yang teman isteri beli barang, angkat barang dan menyantuni kehendak isteri, itulah contoh baik seorang ketua keluarga.
Pahala dapat, kek pun dapat!
MW: Jangan fikir, isteri hanya buat kerja rumah yang asas sahaja. Bukan itu sahaja memeantkan tetapi dalam kepala isteri kerja-kerja ‘halimunan’ inilah yang menambahkan lagi kepenatan isteri. Kena ingat ya para suami.
Suami curang, isteri kerja luar negara, tanggung nafkah keluarga, “Saya macam kahwin dengan biawak hidup.”Suami memainkan peranan penting sebagai ketua keluarga yang bukan sahaja bertanggungjawab dari segi kepimpinan tetapi juga dalam memenuhi keperluan dan kesejahteraan isteri dan anak-anak.
Suami Curang, Isteri Kerja Luar Negara, Tanggung Nafkah Keluarga
Tanggungjawab suami dalam rumah tangga bukan sahaja meliputi aspek material tetapi juga aspek emosi, spiritual, dan sosial. Salah satu tanggungjawab utama suami adalah menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Ini termasuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, dan pendidikan.
Walaupun terdapat isteri yang turut bekerja untuk menyokong keluarga, tanggungjawab utama memberi nafkah masih berada di bahu suami. Nafkah yang mencukupi akan membantu menjamin kehidupan yang stabil dan selesa bagi ahli keluarga.
Kisah sebenar dari Mahkamah Syariah Kuala Muda, isteri yang tanggung nafkah rumahtangga.
Ayu (bukan nama sebenar) seorang ibu berkerjaya tinggi. Seorang jururawat di negara Timur Tengah. Anak-anak semuanya sudah besar. Ya, perkahwinan jarak jauh. Suaminya izinkan untuk pergi ke sana kerana pendapatan lumayan. Boleh bantu keluarga dan stabilkan kewangan. Setiap bulan, Ayu akan kirim ke Malaysia sekurang-kurangnya RM7000 sebulan kepada suaminya. Sehinggalah….
Ayu mendapat tahu bahawa suaminya telah berkahwin seorang lagi di Sempadan Siam. Apa lagi, luluh la hati Ayu. Sudahlah duit dikirim setiap bulan setelah penat membanting tulang di negara luar, suaminya juga tak kerja.
Lebih geram dan tambah sakit hati, duit yang diberi Ayu itulah yang digunakan untuk digunakan sebagai mas kahwin. Kalau nak ikut kemampuan, suami Ayu tidak ada kerja tetap, hanya mengambil upah kerja-kerja kampong sahaja macam potong rumput, kutip getah sekerap dan lain-lain.
Nak saya tambah lagi, duit yang sepatutnya digunakan untuk belanja anak yang masih bersekolah pun tak cukup. Kantoi ni bila anak yang mengadu kepada Ayu, kenapa duit bagi tak cukup. Sebab nak bayar yuran tuition lagi. Balik ke Malaysia, Ayu terus soal suaminya, kenapa anak cakap tak cukup, mana buku simpanan yang dia minta suami pegang sebagai amanah. Bila ditekan, baru lah ‘pecah lobang’ apabila suaminya mengaku telah berkahwin dengan seorang perempuan lain. Janda kampung sebelah sahaja.
Macam biasa, bila dalam Mahkamah, suami tak mahu lepas, sebab katanya dia sedia nafkah secukupnya dan dia kata isterinya yang pergi kerja tanpa izin. Saya jenis tak boleh bincang, saya jenis suka lawan saja sebab fakta kes Ayu kuat dari segi nafkah. Jadi, saya atur strategi macam mana nak bukti suami gagal beri nafkah.
5 Faktor Yang Perlu Dibuktikan Bila Suami Gagal Beri Nafkah
1) Rumah perkahwinan
Semasa perbicaraan, Mahkamah paling nak tahu dahulu, dimana rumah perkahwinan. Sewa ke, beli ke atau tumpang rumah ibu bapa. Ada sesetengah keadaan, pihak-pihak berpindah randah. Maklumlah, kalau orang kerajaan, asyik berpindah je la tempat bila dah naik pangkat.
Perlu untuk mahkamah ketahui dimana rumah terakhir pihak-pihak. Dan yang paling penting, siapa yang membayar sewa atau loan setiap bulan. Kalau rumah yang diduki tersebut rumah sendiri yang sudah tiada hutang, perlu diceritakan rumah itu milik siapa dan siapa yang membayar segala bil-bil utiliti untuk buktikan tentang rumah perkahwinan.
2) Pekerjaan Suami Sebelum & Selepas Kahwin
Dalam kes nafkah, perlu untuk kita tahu dahulu, apakah pekerjaan suami sebelum berkahwin. Ini kerana nak bukti kepada Mahkamah, semasa awal tempoh perkahwinan, sama ada suami mempunyai sumber pendapatan sebagai pencari nafkah atau tidak.
Kebanyakan kes, rumah tangga semasa awal perkahwinan, suami mempunyai pekerjaan dan menanggung segala keperluan dengan baik. Namun, bila keadaan semakin tertekan dari segi ekonomi, suami telah membenarkan isteri untuk berkerja dan isteri menanggung makan minumnya sendiri melalui pekerjaan. Dalam syarak, walaupun, isteri bekerja atau pendapatan tinggi sekalipun, suami tetap wajib menyara makan minum isteri.
3) Bagaimana Saraan Nafkah Isteri Sebelum Kes Cerai Difailkan
Nafkah pada asasnya adalah Makan, Minum, Pakaian dan Tempat Tinggal sahaja. Kebanyakan yang berlaku sepanjang pengamatan dan pengalaman, saya dapati, nafkah pada awal perkahwinan, ada diberi oleh suami dalam bentuk wang ringgit dan kemudian setelah mempunyai anak, suami hanya membeli keperluan rumah sahaja. Itu tidak menjadi masalah selagi mana suami menyediakan nafkah asas tersebut.
Yang pastinya, jika pada asalnya, suami memberi nafkah dalam bentuk wang ringgit, maka lebih mudah untuk dinilai sama ada suami gagal atau tidak menyediakan nafkah. Adalah lebih baik jika sekiranya, nafkah tersebut dimasukkan melalui akaun bank supaya mudah untuk dibuktikan oleh mana-mana pihak kepada Mahkamah.
4) Tempoh ketiadaan Nafkah Diri
Penentuan tempoh kegagalan nafkah, mesti dinyatakan di dalam Penyata Tuntutan. Mahkamah paling tak boleh terima, kalau tidak ada tempoh yang jelas dan mungkin kes dibuang macam tu sahaja. Ataupun yang tak berapa logiknya ada sesetengah alasan, dari awal kahwin tak dapat nafkah. Mungkin pada fahaman awam, nafkah ini adalah wang ringgit, tapi hakikatnya tidak.
Sebab itu, tempoh gagal ini penting kerana ia akan MEMUDAHKAN Hakim untuk mendengar perbicaraan dan MEMUDAHKAN juga untuk kita buktikan di dalam Mahkamah. Untuk cerai taklik atau fasakh, kedua-duanya alasan gagal nafkah suami dalam tempoh 3 bulan. Cuma taklik perkahwinan lebih jelas menyebut ‘3 bulan Qamariah berturut-turut’. Pastikan jelas tempoh gagal nafkah dan dinyatakan di dalam penyata tuntutan.
5) Bagaimana Menampung Keperluan Nafkah
Yang terakhir, Mahkamah mesti nak tahu, bagaimana isteri boleh hidup atau survive kalau tak dapat nafkah dari suami. Jadi, disinilah beban pembuktian sebenar kepada isteri untuk memberi keterangan kepada Hakim, dari mana dia dapat sumber pendapatan untuk tampung keperluan hidup dan adakah ada mana-mana pihak yang bantu kalau tak cukup.
Perlu juga mahkamah tahu, sama ada, wakil pihak suami ada dating untuk beri nafkah kepada isteri atau tidak.
Kes Ayu ini pada asasnya mudah untuk saya buktikan iaitu ada resit transfer duit yang disimpan oleh Ayu dan juga ada buku akaun kemasukan duit di Malaysia. Cuma, yang menjadi masalah adalah, Adakah benar, Ayu dapat keizinan daripada suami ke Saudi untuk kerja?
Di sinilah ‘idea dari langit’ turun iaitu:
1) Orang yang berkerja di luar negara, jika sekiranya dia telah berkahwin, khususnya wanita, dia perlu dapatkan keizinan daripada suami dengan menandatangani satu borang kebenaran. Jadi, surat itu saya lampirkan sebagai dokumen utama bahawa ada keizinan.
2) Bukti tak langsung/Qarinah bahawa duit setiap bulan suami terima untuk tanggung segala keperluan dan kehendak selama lebih daripada 2 tahun, takkan la tak izin lagi. Dah habis ‘Licin Talar’ suami kerjakan sampai dapat madu, takkan tak izin lagi.
Akhirnya, mahkamah terima hujah dan keterangan saya. Berlinang air mata Ayu. Mukanya merah dan penuh sebak. Diluar Mahkamah, saya hanya dengar “Terima Kasih Tuan. Saya sangat tak sangka, saya Macam Kahwin Dengan Biawak Hidup. Saya yang dok bela dia dan anak-anak. Rumah saya beli, kereta saya beli, superbike saya beli, akhirnya saya yang makan hati.”
Kesimpulan daripada kisah Ayu,
1) Pastikan nafkah yang diberi tu dalam bentuk wang ringgit (ikut kemampuan) dan bank in jer supaya mudah nak bukti apa-apa pun di Mahkamah.
2) Kalau rasa isteri ini nusyuz, dapatkan nasihat peguam untuk membuat tuntutan sabitan Nusyuz.
3) Isteri tak wajib beri duit kepada suami, kalau niat nak membantu, berpada-pada. Jangan sampai suami naik lemak. Ramai yang naik lemak sekarang sebab isteri dah kerja. Baik tak payah ada suami kalau isteri yang tanggung semuanya.
Sumber: Tuan Fahmi Ramli (Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.)
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamduillah menerusi perkongsian terbaru yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera dilaman Instagramnya, teraju bintang utama Filem Berbisik Pada Langit ini, sedang hamil 4 bulan dan bakal bergelar ibu. Berita gembira ini diumumkan oleh Ummi Nazeera atau nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainal Abidin, 28, dengan ucapan pendek berserta gambar bersama suami tersayang Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani,31, petang tadi.
“Alhamdulillah.. Disini ada sesuatu perkara istimewa yang ingin saya kongsikan dengan kesayangan saya semua, bahawa saya sedang mengandung 4 bulan 1 minggu. Tolong doakan yang baik-baik iya”
Perkongsian terbaru di instagram Dr Izzar pula mengucapkan;
“Alhamdulillah.Saya berdoa agar Ummi Nazeera dan kandungan bayinya sihat walafiat, dipermudahkan proses bersalin, dan bayi dilahirkan dengan sempurna sifatnya serta comel lotey.Semoga keluarga @umminazeera dan suaminya bertambah bahagia dan aman sejahtera.Aminn. Terima kasih atas doa anda semua.Secara sengaja atau tak sengaja.
Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, jika bukan kerana kaki cedera pelakon ini tidak tahu dirinya hamil.
“Saya disahkan hamil ketika sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2. Kebetulan, kaki saya cedera ketika berlatih bermain futsal.
“Saya dibawa ke klinik yang diuruskan seorang doktor yang juga kenalan suami. Ketika itu, saya tak tahu diri ini hamil. Selepas menjalani ujian sinar X, sahlah saya berbadan dua,” katanya.
Ummi berkata, suaminya paling gembira dengan berita itu.
“Pastinya kehadiran anak dalam perut ini akan memberi sinar dalam rumah tangga kami,” katanya.
Meskipun kandungan baru memasuki Trimester kedua,’baby bump’ aktres ini sudah mulai kelihatan dan wajah ummi tampak cukup berseri-seri. Pasangan bahagia ini telah mendirikan rumahtangga pada 23 Julai 2017, setelah mengikat tali pertunangan selama hampir 7 bulan.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Ummi Nazeera dan suami, semoga kandungan sihat dan sempurna serta dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti.
Bila anak kuat mengamuk terus rasa naik angin mak ayah. Mula-mula pujuk cara baik tapi kalu dah dua tiga kali masih tak dengar, mahunya dapat habuan. Itu kalau mak ayah yang dah habis tahap kesabarannya.
Bila dapat ‘habuan’ anak kuat mengamuk ini, mulalah rasa kasihan. Sedangkan anak ini masih tidak tahu apa-apa. Buat sakit badan sajalah anak ini.
Satu lagi, mak ayah kena elakkan kata-kata yang tidak baik sebab itu adalah doa. Marah sekalipun doalah yang baik, Doa seorang ibu tiada hijabnya.
Mungkin masa kecil, anak cari pasal sebab nak perhatian. Sabar. Dia mengamuk dan buat hal tidak selamanya atau sampai dewasa. Ada rahmat di sebaliknya.
Setiap kali dilanda kepenatan yang amat menguruskan anak-anak, selalu saya muhasabah dan kenangkan ibu saudara saya yang sangat penyabar. Disebabkan ia berlaku dalam kehidupan, jadi sangat mudah untuk saya kutip ibrahnya.
Ibu saudara sangat sabar, melayan anakandanya yang boleh menangis berjam-jam hanya sebabkan tali kasut. Boleh berguling menangis walau sudah sekolah hanya sebab-sebab yang dianggap kecil oleh orang lain.
Ibu saudara pernah ceritakan, beliau siapkan homework anaknya hanya nak elakkan anak menangis. Asalkan homework siap. Sebab sepupu saya memang boleh menangis berjam-jam, berhenti bersembang dan sambung menangis semula.
Seingat saya, beliau berubah menjadi sangat baik dan tantrumnya mula pudar selepas kematian bapanya. Beliau masih sekolah rendah. Setiap kali berjumpa pasti bapa kami akan usap kepalanya.
Asbab doa tak pernah jemu dan sabar yang tak tertanggal seorang ibu, anak yang pernah disergah oleh orang surau dengan sapaan.
“Korang ni nak jadi apa?”
Hari ini, dia duduk di meja penceramah dan mengajar hadith kepada orang yang menyergahnya.
Ramai yang taqdim untuk jadikan pasangan, bahkan pernah ditaqdim sendiri oleh pensyarah yang suka sangat peribadi beliau nak jadikan menantu.
Saya masih ingat semasa beliau sekolah menengah. Diajukan soalan pada housemate, halatuju kehidupannya.
“Saya nak pergi Mesir la.”
Tapi, housemate sebagai Azhari beri cadangan
“Cubalah ke Jordan.”
Takdir Allah, pergilah beliau ke Jordan. Graduasi dengan cemerlang. Belum berusia 30 tahun dah selesai PhD.
Bertahan, Ada Hikmahnya
Budak kuat mengamuk dan menangis.
Jadi, setiap kali anak-anak buat kerenah, saya cuba bertahan mengenangkan sabarnya ibu saudara saya. Walaupun sabar saya seciput cuma dibandingkan dengan ibu saudara.
Anak-anak kuat mengamuk masa kecil, bukan selamanya akan mengamuk sampai dewasa.
Boleh jadi dengan doa dan sabar seorang ibu, dia jadi anak yang soleh dan musleh.
Kita nampak anak orang perangai tak semenggah janganlah duk sergah hang nak jadi apa?
Kita mungkin lupa kita pernah sergah mereka tapi mereka akan ingat wajah dan nama kita yang sergah mereka.
Memang penat ‘menjadi’ seorang ibu.
Pekerjaan yang tidak ada cuti.
Semoga lelah menjadi LILLAH.
Ummu Amir
Mingguan Wanita : Mak ayah jangan pilih kasih. Kadang-kadang kita rasa anak yang banyak buat hal itu tidak boleh diharap. Tapi kita tak tahu sebenarnya dialah banyak membantu.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...