catat haid

Memang penting sebenarnya bagi wanita untuk mencatat hari pertama haid dan jadikan ia sebagai satu rutin bulanan. Setiap wanita akan menjalani waktu haid yang tersendiri setiap bulan. Kitaran haid (menstrual cycle) normal bagi seorang wanita adalah dalam tempoh 28-30 hari.  Setelah berkahwin adalah penting untuk mengetahui dan memahami kitaran haid  sendiri demi kebaikan diri. Ia sebagai panduan bagi mengetahui waktu subur anda yang sebenar serta membantu bagi pasangan yang merancang untuk hamil.

Fasa Kitaran Haid Wanita;

PENTING! Wanita Kena Catat Hari Pertama Haid & Jadikan Rutin Setiap Bulan

FASA PERTAMA: Hari pertama hingga ke 5

Fasa ini di kenali dengan fasa keluar darah (menstruation). Anda harus mencatat atau mengingati tarikh ini sebagai hari pertama datang haid. Hari pertama inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kitaran haid sehinggalah haid tamat dan kitaran haid bermula yang baru pada bulan seterusnya.

FASA KEDUA: Hari ke 6 hingga ke 10

Pada tempoh ini, hormon estrogen dalam tubuh wanita adalah berada pada tahap yang optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding Rahim. Fasa ini dikenali dengan nama follicular phase. Telur iaitu ovum yang berada di sekitar ovari berada pada tahap matang dan bersedia untuk disenyawakan.

FASA KETIGA: Hari ke 14 (Waktu Subur)

Hari ini juga merupakan waktu subur bagi seorang wanita. Pada peringkat ini, ovum akan dilepaskan dari ovari dan proses ini dipanggil ovulasi. Ovum akan dilepaskan dan menanti kehadiran sperma untuk disenyawakan. Sekiranya tiada proses persenyawaan berlaku, maka ovum akan bergerak ke tiub fallopio ke rahim seorang wanita.

FASA KEEMPAT: Hari 19 hingga 28

Pada fasa ini, hormone progestron akan dirembes keluar. Dengan kehadiran hormone ini, lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding akan terus menebal dan akan runtuh semula dan proses kitaran haid akan berulang kembali.

IKLAN

PENTING! Wanita Kena Catat Hari Pertama Haid & Jadikan Rutin Setiap Bulan

INFO EKSTRA!

Adalah sangat penting bagi setiap wanita mencatat tarikh kedatangan haid setiap bulan secara konsisten:

1.Mengenal pasti penyakit dalaman berkaitan rahim, ovari dan sebagainya.

IKLAN

2.Merancang kelahiran anak/ perancangan keluarga.

3.Mengetahui waktu subur.

4.Untuk mengira waktu tepat usia kehamilan anda.

IKLAN

5.Memudahkan membuat jangkaan tarikh bersalin.

PERLU TAHU!

Meskipun perjalanan haid normal ketika belum berkahwin, ketidakstabilan hormon seringkali berlaku pada wanita yang baru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan dan wanita selepas bersalin yang mengakibatkan kedatangan haid jadi tidak teratur.

Selain mencatat secara manual di kalendar mahupun buku nota peribadi, terdapat aplikasi khas sama ada di play store atau google play untuk mencatat kitaran haid ini. Antaranya My Calendar, Period Tracker, Period Dairy dan sebagainya. Hanya perlu muat naik aplikasi tersebut dan ia lebih mudah!

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI