Hamil 8 bulan, Anzalna mohon doa dipermudahkan bersalin. Tahniah diucapkan buat pelakon cantik Anzalna Nasir yang kini sedang sarat mengandung anak kedua.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh ibu kepada Eidrees itu menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Hamil 8 Bulan, Anzalna Mohon Doa Dipermudahkan Bersalin
Paling membahagiakan Anzalna memaklumkan dirinya dijangka bersalin menjelang sambutan Aidilfitri.
Bukan itu saja, anak sulung dirinya dan suami, Muhamad Hanif Muhamad Zaki iaitu Eidrees juga lahir pada 1 Syawal pada tiga tahun lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016.
Anzalna juga memohon doa agar dipermudahkan proses bersalinnya nanti.
“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya.
Ads
“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another “Eid” baby. InsyaAllah,” tulis Anzalna.
Mohon Doa Semua
“Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin,” sambung Anzalna.
Kongsi Nornafishah Zamry, tak semua orang yang ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan RM 10 K, ada yang cuma dapat keluarkan RM300 saja sebab cuma itu yang tersisa.
Itu pun keluarkan untuk beli baju raya anak-anak.
Jadinya tak perlu fikir semua orang yang ada KWSP tu raya nanti mesti banyak duit. Elakkan lah bergurau bab duit sebab ada orang yang sensitif sebab dia tak ada pun sampai 10K tu.
“Haaa pegi salam mintak duit raya dekat maksu tu , dia banyak duit tu dapat 10K ”
Jangan ya ajar anak meminta-minta duit raya dekat orang. Tak elok.
Mingguan Wanita : Tak perlulah sindir orang yang keluarkan duit KWSP tanpa usul periksa. Lagi satu, itu duit dia biarlah dia nak keluarkan atau tidak dan terserahlah pada dia bagaiamana nak uruskan duit itu ke mana… Betul tak?
Kakak berniaga aiskrim potong jaga makcik OKU dapat hadiah kereta. Warganet terkesima dengan sumbangan yang disalurkan penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Simpati dengan nasib seorang wanita yang berniaga aiskrim potong dan terpaksa membawa makciknya seorang OKU yang dijaga dengan menggunakan motor roda tiga, Ustaz Ebit tampil menghulurkan sumbangan sebuah kereta Perodua Bezza bagi memudahkan pergerakan wanita tersebut.
Perkara itu dikongsikan Ebit melalui laman sosial Facebooknya dan mendapat sokongan daripada netizen yang memuji langkah yang diambil.
Malah Ustaz Ebit juga berasa sebak apatah lagi hadiah tersebut diberikan sempena 1 Ramadan. Malah penerima bantuan, makcik OKU juga berasa sangat gembira dengan hadiah diterima.
“Sebak syukur rasa.
“1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang viral kebaikannya menjaga makciknya sakit oku dengan bawa berniaga kemana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu.
“Syukur pada Allah sangat-sangat.
“Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.
“Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ni untuk hadiah pada kakak ni.
“Akak ni kuat kerja jual aiskrim potong.
“Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda tiga ke mana-mana.
“Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.
“Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan sponsor ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.
“Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit.
“Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru.
“Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya,” tulis Ustaz Ebit.
Ayu Raudhah jual baju raya, sedar pelajaran tak tinggi. Setiap kerajinan dan kesungguhan apabila seseorang berusaha pasti akan membuahkan kejayaan.
Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan yang sebelum ini pernah rancak di pentas lakonan dan kini memperlahankan aktiviti seninya selepas mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha punya misi dan visi dalam bidang perniagaan pula.
Selepas 11 tahun usia perkahwinan mereka dan dikuarniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan), Ayu kini mahu lebih serius dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan.
Sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami telah membuka kafe makanan di Seremban. Bukan itu saja malah Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
Ayu yang gemar memberi tumpuan pada keluarga terutama anak-anak, bukan saja bertindak sebagai duta pakaian wanita malah dirinya juga merupakan individu memasarkan jenama byLR.
Adik kepada Rozita Che Wan ini juga sentiasa merendah diri dan berharap dirinya mampu menjadi usahwan walaupun hanya lulusan SPM.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.
“Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” ungkap Ayu seperti mana yang ditemubual baru-baru ini.
Tidak mahu bebankan golongan wanita yang mahu bergaya di Aidilfitri nanti, Ayu turut menyatakan wanita boleh cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.
“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. InsyaAllah.
Ayu juga ditebak, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai.
“Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak,” kongai Ayu yang mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Menyentuh tentang Zaquan adakah dia bersetuju kelak jika dirinya sibuk uruskan perniagaan, segala keputusan yang dibuat dipersetujui suami.
“Selain perniagaan pakaian, Ayu dan suami juga sebenarnya sejak lebih sebulan lalu, telah membuka kafe makanan di Seremban. Masa Ramadan ni memang kami juga akan sibuk di kafe.
“Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” ungkap Ayu jujur.
Mingguan Wanita : Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Ayu begitu gigih menjaga anak-anak. Masing-masing gigih tambah pendapatan untuk masa depan anak-anak.
Sumber Foto : Ihsan byLR
Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.
Amalkan diet yang betul sepanjang Ramadan.
Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.
Naluri pasangan tidak pernah salah. Inilah yang berlaku apabila isteri tak sedap hati kerana tiba-tiba alat GPS milik bekas pemain sepak takraw negara.