Rindu bapa ini masih bersisa. Baru empat hari, permata hatinya, Muhammad Sher Harraz seusia empat bulan meninggalkan ayahnya, Hazmeer Hassan (pelawak Chot) dan ibunya, Siti Zafirul Azzah Moh Idris.
Dan kala kerinduan datang bertamu, doa mak ayahlah jadi peneman anak syurga ini. Bermain-main di taman syurga Ilahi.
Malah itulah yang diharapkan ibu yang ditinggalkan ini. Sebagaimana kongsi ibunya beberapa hari lalu di instagram.
“Baru lepas ziarah anak syurga. Mommy, daddy rindu Sher Harraz. Kalau nak tahu, Sher Harraz sebelah kubur dengan pakcik Mommy.”
“Bermain-mainlah sayang dengan adik mommy. Hanya doa kami kirimkan pada awak sayang.” luah ibu yang dalam kerinduan ini.
Ketika mengimbas memori lalu inilah pelawak Chot dari kumpulan XOXO ini berkongsi satu berita sedih. Memori yang memberinya petanda awal akan pemergian anak kesayangannya.
Tentang hadiah kemenangan berupa set kelengkapan jenazah yang diterimanya beberapa bulan lalu.
“Waktu ini saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKA FM’. Kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah.”
Ads
“Waktu ini isteri saya masih sarat lagi mengandung. Sekitar 3 ke 4 bulan lagi waktu ni.”
“Kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama di saat itu. Rupa-rupanya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI.”
Ads
Benarlah kehadiran setiap anak itu ada rezekinya. “Terima kasih anakku sebab bagi mommy dan daddy rezeki juara dan ada di tahap ini.”
“Sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.” Zahir Chot dalam instagram miliknya semalam.
Dan ketika ditemubual mstar, penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan yang set kelengkapan pengurusan jenazah itu tak sempat digunakan untuk menguruskan jenazah anaknya.
Namun, Chot percaya itulah hadiah yang Allah mahunya simpan sebagai kenangan untuknya mengingati cinta hatinya mereka.
Tidak dinafikan ramai yang membeli emas sebagai perhiasan diri serta pelaburan pada masa akan datang kerana ia boleh digadaikan mahupun dijual ketika waktu susah. Bahkan nilai emas yang semakin meningkat saban tahun, memang boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan kelak.
Susulan pengeluaran khas wang KWSP bermula 18 April baru-baru ini, menyebabkan pusat komersial dan beli belah di bandar raya ini menjadi sesak dan tumpuan orang ramai berbelanja.
Tinjauan di Pusat Komersial UDA, Tampoi mendapati kedai emas dan butik menjual pakaian raya antara premis yang menjadi tumpuan.Deretan kedai emas di pusat komersial di situ, dilihat dipenuhi orang ramai yang sanggup menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi tadi.
Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, berkata beliau bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula kelmarin.
Beliau sekeluarga lega apabila mendapat wang tambahan bagi menyediakan persiapan Aidilfitri.
“Sebelum ini memang agak mencabar kerana saya mempunyai tanggungan besar, suami pula baru kehilangan kerja.
“Dengan pengeluaran khas KWSP ini dapatlah bernafas sikit beli apa yang patut. Separuh wang ini akan disimpan dan digunakan ketika kecemasan sahaja dan separuh lagi buat persiapan Aidilfitri.
“Saya memang dah berniat nak belikan dua anak perempuan berusia 15 dan 12 tahun barang kemas, sama ada gelang atau cincin emas dengan duit pengeluaran ini. Alhamdulillah niat ini tercapai hari ini,” katanya.
Juruteknik, Mohd Ashraf A Safar, 27, pula berkata beliau juga sangat bersyukur dan lega kerana permohonan mengeluarkan wang KWSP diluluskan.
“Alhamdulillah, saya hanya mengeluarkan separuh daripada jumlah had dibenarkan tetapi memang sangat lega dan bersyukur.
“Ada juga wang lebih selepas bayar hutang, bil dan keperluan lain. Hari ini saya bawa isteri, Nurul Nur Syafiqah Zuraimi, 26, beli barang kemas emas kerana banyak membantu saya ketika susah senang.
“Ini juga sebagai pelaburan juga ketika waktu susah kerana emas yang dibeli sama ada boleh dijual semula atau digadaikan ketika kami memerlukan wang nanti,” katanya.
Pertambahan Pelanggan Mendadak
Dalam pada itu, pemilik kedai emas De Aurora, Dayana Haironi, mengakui pelanggan ke kedainya bertambah secara mendadak bermula semalam.
“Sebelum ini, pelanggan ramai juga tetapi tidak seramai semalam dan hari ini. Rasanya pengeluaran khas KWSP memang mempengaruhi pertambahan pelanggan yang agak luar biasa.
“Saya jangkakan pelanggan akan terus bertambah dan memuncak pada hujung minggu ini berikutan pengeluaran khas akan mula dibelanjakan orang ramai dan kami sudah bersedia menambah stok barang kemas baharu selain menggunakan kakitangan sepenuhnya iaitu 30 pekerja pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini,” katanya.
Mingguan Wanita: Selain persiapan Aidilfitri, ramai rupanya yang membelanjakan pengeluaran khas KWSP untuk pembelian emas bagi tujuan pelaburan pada waktu terdesak. Apapun berbelanjakan dengan berhemah, utamakan keperluan dan manfaatkan sebaiknya pengeluaran khas KWSP ini.
KFC tak pernah masuk dalam senarai, pengerusi BDS Malaysia perjelas salah faham masyarakat kempen boikot. KFC menjadi mangsa kempen boikot barangan Isra Hell.
Sejak dulu lagi KFC menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia kerana keenakan ayam gorengnya. Namun sejak kempen boikot barangan Isra Hell, KFC menerima tempias di mana restoran makanan segera ini kelihatan kosong hingga ada beberapa cawanganya ditutup kerana kekurangan pelanggan.
KFC Tak Pernah Masuk Dalam Senarai
Namun percaya atau tidak, selepas hampir ranap bisnes makanan segera ini, pengerusi BDS cawangan Malaysia, Prof Nazari Ismail dalam kenyataan di fb semalam memberikan kenyataan mengejutkan kerana menurutnya KFC tidak pernah masuk dalam senarai kempen boikot. Begitu juga dengan McD Malaysia.
Dalam satu hantaran di fbnya, ini jawapan Prof Nazari Ismail mengenai kempen boikot terhadap KFC.
Pengerusi BDS Perjelas Salah Faham Masyarakat Kempen Boikot
Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC:-
Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.
Kami TIDAK pernah kempen rakyat Malaysia utk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.
Tetapi saya dapati ada customer yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun. Ini satu laporan yg berkaitan:
Tak Lupa Asal Usul, Alif Satar Tak Segan Dedah Dia ‘Budak. Walau kini sudah menjadi selebriti popular namun pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar mendedahkan sewaktu kecil dia membesar di Flat.
Seperti mana dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Alif membawa bersama tiga cahaya matanya berkunjung kembali ke kawasan kediaman yang menyaksikan beliau membesar sehingga berusia 10 tahun.
Alif berkahwin dengan bekas pengurusnya, Shadila Halid pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga anak iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.
Tak Lupa Asal Usul, Alif Satar Tak Segan Dedah Dia ‘Budak Flat’
Alif turut mendedahkan dirinya pernah mendiami kediaman jenis apartmen atau flat di tengah ibu kota Kuala Lumpur.
“Baru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam studio sembang dengan Amelia yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’ ni ha.
“Blok E1, Seksyen 2, Wangsa Maju. We lived here from 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.
“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000. Barulah pindah ke Hartamas. Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu,” kongsinya.
Macam-Macam Memori Kumpul Ketika Membesar Di Flat
Alif juga mengimbau kembali memori sewaktu membesar di situ.
“Macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu.
“Rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini!! Kind loving people they all are and I wish them all the best,” kongsinya lagi.
Tak Lupa Jasa
Alif yang juga anak sulung daripada empat beradik turut berkongsi nasihat.
“Doesn’t matter how high you soar, never forget your roots. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.
“appreciate and remember the people who got you there along the way,” luah Alif.
Untuk rekod Alif mula menceburi bidang seni selepas mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama pada tahun 2006.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang pelajar SPM di Melaka mengaku bersalah atas tuduhan rogol bergilir pelajar Tingkatan 3, manakala seorang lagi minta dibicarakan. Kes mendapat perhatian masyarakat dan sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah.