Biasanya setiap kali ada majlis harijadi, anak-anak lah yang paling seronok dan teruja nak tiup lilin yang ada pada kek. Baru-baru ini, viral video menunjukkan dua beradik di Brazil yang bergaduh sampai tarik rambut ketika majlis hari jadi kerana berebut mahu meniup sebatang lilin yang ada pada kek tersebut. Momen tersebut sempat dirakam dan mendapat perhatian dunia.
Video berkenaan menunjukkan kakak, Maria Antonia, meniup lilin pada kek hari jadi adiknya, Angered, hingga mencetuskan perbalahan sesama mereka.
Selepas video mereka menjadi viral, mereka telah dijemput oleh sebuah program televisyen, dimana pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup dua beradik itu sepuas hati.
Ibu dan bapa kepada dua beradik itu bagaimanapun menyatakan bahawa ia adalah satu perkara normal untuk adik beradik bergaduh sesama sendiri, sambil dikongsikan foto mereka sedang berpelukkan.
MW: Adik beradik bergaduh lumrah semasa anak masih kecil. Menjadi tanggungjawab mak ayah, menyemai rasa sayang dalam diri mereka, agar hubungan menjadi rapat bila dah besar nanti.
Pasangan selebriti romantis, Aiman Hakim Ridza dan isteriya Zahirah MacWilson kini berada di Perth, Australia. Zahirah memilih untuk bersalin di sana kerana ibunya, Maslinda Yusof, kini menetap di Perth bersama adik-beradik Zahirah yang lain.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga Zahirah selamat melahirkan anak.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Petaling Jaya, Selangor.
Baru-baru ini anak kepada pelakon Zainol Johari Macwilson ini telah berkongsi entri di akaun Instagram tentang perkembangan dirinya.
Zahirah memaklumkan usia kandungannya kini sudah memasuki 32 minggu. Malah dia begitu teruja untuk menyambut kelahiran bayi sulung.
Zahirah memaklumkan berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik itu juga, Zahirah berkongsi fotonya bersama suami, Aiman Hakim Ridza sedang berada di tepi pantai.
“32 weeks of patience, “Additional 10kg of joy and an endless supply of love to our lil one,” kongsi Zahirah.
Entri tersebut mendapat maklum balas dan reaksi positif pengikutnya yang mendoakan agar proses melahirkan kelak berjalan lancar.
Sumber Foto: Instagram Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Inna lillahi Wa Inna Ilayhi Raji’un. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali. Ramai sedia maklum keakraban hubungan dan keharmonian hidup bermadu diantara Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Datin Bahazanariah Baharudin.
Dikhabarkan isteri pertama Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff yang juga madu Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid telah meninggal dunia pada 4.16 pagi ini. Perkara tersebut disampaikan oleh anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu di laman Instagram miliknya awal pagi ini dan temubual bersama Astro Awani.
“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.
“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”
Itu luahan rasa Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berhubung berita pemergian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin. Nurulhidayah terlalu sebak dan sedih bercerita mengenai pemergian seorang wanita yang kental.
Pemergian Bahazanariah atau lebih mesra disapa Kak Nana oleh Nurulhidayah merentap seluruh kekuatan yang ada dalam diri anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.
Nurulhidayah dalam tangisan yang sukar dikawal bercerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara.
“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.
Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara. Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu. Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.
Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.
“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar.
“Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.
Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.
Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya.Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.
Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.
“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa.
“Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hayat saya,” kata Nurulhidayah lagi.
Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.
MW: Salam takziah buat seisi keluarga. Semoga diberikan kekuatan dam menghadapi ujian ini dan semoga roh arwahyarham ditempatkan dikalangan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Berita baik buat golongan yang terkesan kehilangan sumber pendapatan sewaktu pandemik covid-19 ketika ini, permohonan pengeluaran akaun 1 KWSP akan dibuka mulai bulan depan (Disember).
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan dibenarkan untuk mengeluarkan wang dari akaun satu sehingga RM60,000.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, kemudahan menerusi program i-Sinar itu bakal memberi manfaat kepada dua juta ahli dengan anggaran sebanyak RM14 bilion kepada mereka yang layak.
“Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam akaun satu, tertakluk kepada baki minimum RM100.
“Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam akaun satu, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.
“Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
“Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam akaun satu, akan mempunyai akses 10 peratus.
“Bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020 dan amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
“Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.
Menurut Tunku Alizakri, ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.
“Caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam akaun satu sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.
“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi akaun satu dan 30 peratus bagi akaun dua,” jelasnya.
Tambah beliau, untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Terdahulu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.