Sememangnya handphone atau telefon bimbit dicipta untuk mendekatkan hubungan yang jauh. Tapi jangan pula jadi peunca keretakan rumah tangga bila yang dekat tak dihargai.
Tak dinafikan rata-rata ujian dalam rumah tangga masa kini adalah berpunca daripada handphone jika sedari awal pasangan mak, ayah tidak meletakkan had untuk menggunakan handphone yang semakin canggih fungsinya sekarang.
Whatapps, bersembang malam-malam… Sebab handphone lah, ada pasangan yang melebihkan masa dan perhatian pada handphone sehingga terabai keutamaan-keutamaan lain…
Handphone ini baik, kalau digunakan kena dengan caranya…
Bukan setiap masa perlu pegang phone, tengok update apa-apa… Kalau kita tinggal sejam pun, tak rugi dan outdated kita dengan info-info terkini dan semasa…
Jangan Biarkan Handphone Pemusnah Rumah Tangga
Jangan jadikan handphone sebagai pemusnah rumah tangga kita… Jangan juga jadikan sebagai punca keretakan rumahtangga kita…
Dan jangan jadikan handphone sebagai alat renggangnya hubungan suami isteri kita…
Gunakanlah dengan berhemah… Pastikan letak had dan masa untuk guna berapa lama…
Pasangan kita juga perlukan kita, anak-anak juga perlukan kita dan kita juga ada kerja lain yang perlu dibuat…
MW: Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan perlu hadnya. Jangan terlalu bergantung hingga anak-anak serta isteri terasa terabai. Hargailah yang berada di depan mata.
Mak ayah yang bersikap terlalu melindungi anak-anak (over protective) kadangkala boleh bawa kemudaratan yang tak disengajakan pada diri anak-anak tanpa disedari.
Mak ayah mana yang tak sayang anak kan? Sebaik saja lahir ke dunia, anak akan ditatang bagai minyak yang penuh. Kegusaran dan kebimbangan terhadap diri anak-anak juga tidak pernah surut.
Ya, itu naluri semula jadi mak ayah, terutamanya mak kan? Sentiasa fikirkan soal anak. Kat tempat kerja fikir anak. Teringat bagaimana keadaan anak di rumah pengasuh, di nurseri atau di sekolah. Apakah mereka makan dengan kenyang? Apakah tak ada yang membuli? Macam-macam lagi persoalan.
Tak salah bahkan normal bila mak sentiasa risau akan keselamatan diri anak-anak. Sebab itu, ada yang tak izinkan anak-anak keluar bermain tanpa kehadiran mereka sedangkan anak dah berumur 12 tahun!
Pada usia itu, anak tentunya dah boleh jaga diri. Sebaliknya lebih rela anak terperuk di rumah melayan handphone daripada bermain basikal atau bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Bukan jauh pun, masih di kawasan perumahan yang sama.
Tidakkah mak-mak sedar, bila ia berterusan, takut ia akan menjejaskan keupayaan bersosial anak-anak. Jangan salahkan anak kalau tak pandai bergaul dengan rakan sebaya. Sebabnya mereka sentiasa dikongkong. Bagi mak-mak yang ‘over protective’, dia lebih rela anak memerap di rumah asalkan ada di depan mata.
Tapi tidakkah terfikir, kalau asyik menghadap handphone juga banyak buruknya? Kalau bermain, boleh juga anak beriadah, minda pun aktif dan sihat.
Begitu juga, ada mak yang tak pernah suruh anak ke kedai membeli barang walau pun tak jauh dari tempat tinggal. Alasannya takut anak tak tahu jaga diri bila melintas jalan, takut anak tersilap beli barang, takut nanti anak ditipu dan sebagainya. Jika begitu, bayangkan nanti. Mungkin anak-anak tak tahu bagaimana nak membuat urusan jual beli.
Bahkan mungkin akan wujud sikap malu dan kurang keyakinan diri untuk berbual dengan orang lain. Dalam hal ini, kalau risdau, mak boleh pantau sambil mengajar anak. Mungkin pada permulaan, dengan menghantar anak ke kedai dan minta anak yang ambil dan bayar barang. Dengan itu anak akan mengalami proses permbelajaran.
Bila kita berikan sedikit kebebasan pada anak, tak bermakna kita tak sayang anak. Sebaliknya kita nak dia dipupuk dengan sikap berdikari. Kalau semua perkara tak boleh buat, apa akan jadi pada anak tersebut?
Anak-anak akan makin membesar. Takkan selamanya kita akan melarang mereka melakukan sesuatu yang pada pandangan kita berisiko? Kita kena letakkan kepercayaan pada diri anak-anak. Berbekalkan nasihat yang kita sentiasa tanamkan pada diri mereka, kita kena belajar untuk ‘melepaskan’ mereka sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, kita tetap kenakan syarat dan pantau mereka.
Ada mak yang memang tak izinkan langsung anak masuk dapur termasuk anak perempuan remaja. Sepatutnya pada usia 9 tahun ke atas misalnya, mungkin mak dah boleh ajak anak ke dapur. Bantu mana yang mudah. Misalnya mulakan dengan cuci pinggan sendiri. Ya, ada mak risau takut nanti anak cedera kalau pinggan pecah. Jangan begitu, ajar dan pantau anak untuk buat. Lama kelamaan dia pasti akan buat dengan baik.
Bila rasa percaya makin tinggi dan anak minat memasak, mungkin boleh ajar anak untuk masak masakan mudah. Sudah pastilah dengan pantauan kita ye. Mungkin mengajar mereka membuat pankek atau yang mudah-mudah.
Bila anak rasa diri diberikan kepercayaan, yakin diri mereka juga akan meningkat dan pasti mereka akan melakukanya dengan sebaik mungkin. Apatah lagi jika ia sesuatu yang mereka minati.
Mak kena fikir, sampai bila nak bersikap ‘over protective’? Anak-anak makin makin membesar dan mereka perlu mengalami proses pembelajaran untuk tampil yakin, berani dan mampu berdikari.
Kalau ada rezeki, mungkin anak akan sambung belajar hingga ke university. Bayangkan kalau anak kurang yakin diri? Bolehkah mereka menyesuaikan diri dengan baik? Bagaimana nak hidup sehari-hari di kolej kalau baju pun tak gosok?
Bayangkan pula bila anak-anak dah kahwin. Kalau dari kecil tak diddik dengan ilmu rumah tangga yang sepatutnya, apa akan jadi? Bagaimana kalau anak perempuan kita kupas bawang pun tak pandai? Bayangkan pula kalau anak lelaki kita tahu buat kerja rumah, memudahkan hidupnya juga nanti.
Mak kena ingat, boleh bersikap melindungi anak, tapi biar berpada. Tengok pada usianya juga. Semakin dia membesar, sedikit demi sedikit longgarkan sedikit ‘tali pelindung’ tersebut ye.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Boleh bayangkan perasaan isteri yang tiada pendapatan, yang seratus peratus jadi suri rumah sepenuh masa. Urus anak-anak, jaga makan pakai suami. Alangkah lapang hati isteri, bila suami prihatin bagi duit belanja bulanan. Tak banyak.. sedikit pun dah boleh buat isteri lapang dada.
Lelaki ini, BroOhsem Akhtar Syamir juga pernah melalui saat terdesak selalu tidak cukup duit untuk beri isteri duit belanja. Sampai satu masa, dia mula berubah. Sediakan juga bahagian duit belanja untuk isteri setiap bulan. Dan ini yang dia dapat.
Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli. Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.
Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir.
Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu. Cukup pulak. Magik sungguh.
Sebenarnya bukan magik pun. Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.
Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri.
Cuba fikir satu benda ni sahaja. Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?
Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami.
Kalau jadi apa-apa pada suami bagaimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.
Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri. Kalau kasih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu. Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya. In Shaa Allah.
Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas.
Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.
Juga mempunyai Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana followernya boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. Dan boleh berbual, bertanya pendapat dan berkongsi masalah atau apa-apa pun asalkan tidak berkenaan Poligami dan Politik. http://t.me/broohsemfans
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebenarnya, makin bertambah usia perkahwinan, makin suami isteri tahu tentang karenah dan perangai masing-masing. Isteri manja, mengada-ngada tu hanya di awal perkahwinan. Tetapi bila lama-lama, perangai itu tetap ada tapi dari sisi lain pula. Merajuk cara orang tua-tua.
Walau bagaimanapun, ada juga suami yang masih tidak tahu dan kenal isterinya walaupun berkahwin sudah masuk berbelas tahun atau berpuluh tahun. Bila masa isteri merajuk, ingin bemanja dan sebagainya. Sebaliknya, suami tengok semua itu sama sahaja. Akhirnya, isteri hanya perndam rasa.
Makin lama berkahwin, makin suami isteri banyak tahu tentang orang yang sentiasa ada bersama susah atau senang. Bukannya makin tidak tahu. Perkongian daripada Zul Fikarullah boleh membuka mata suami di luar sana cara nak bagi hati isteri gembira.
Sepanjang 10 tahun saya mendirikan rumah tangga bersama cinta hati, saya telah belajar banyak perkara tentang insan istimewa yang bernama wanita.
Terkadang suami berasa bingung dengan karenah isteri yang tak terjangka. Sebenarnya mudah sahaja jika kita tahu apa yang mereka inginkan. Contohnya seperti berikut;
***
#MekanikCinta
MW: Isteri ni lembut hatinya. Kalau buat apa yang dikongsi itu mahunya bertambah kali ganda sayangnya. Betul tak isteri?
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.