Fazli Zainal bersyukur, 29 hari di hospital akibat Covid-19 akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Penyanyi yang berusia 44 tahun ini hampir sebulan di rawat di Hospital Ampang setelah dijangkiti Covid-19.
Fazli Zainal Bersyukur
Seperti mana yang dikongsi menerusi sebuah video di akaun Instagramnya, Fazli memanjatkan rasa kesyukuran dibenarkan keluar dari hospital.
a
“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan keluar hari ini (Sabtu) selepas 29 hari berada di hospital.
“Alhamdulillah Allah bagi saya peluang, nyawa kedua untuk teruskan hidup, untuk berbakti, sebarkan kebaikan,” ujarnya yang yang sebelum ini dikejarkan ke Hospital Ampang selepas kadar oksigen dalam badannya menurun setelah seminggu dijangkiti Covid-19.
Perlukan Semangat
Penyanyi bersuara emas dan popular dengan lagu Harapan juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi semangat kepada dirinya.
“Terima kasih banyak semua yang membantu dari segi mental dan fizikal sama ada secara terus atau tidak. Hanya Allah yang boleh membalas budi baik kalian.
“Selesai fasa kritikal, sekarang saya perlu lalui fasa penyembuhan yang lebih kurang mencabar juga. Saya perlukan semangat dari kalian, terus doakan saya,” sambungnya.
Menerusi perkongsian di Harian Metro, Fazli juga menerangkan sepanjang dijangkiti Covid-19 berat badannya turun sebanyak 10kg dan paru-paru rosak 75 peratus.
“Selama dirawat di hospital, berat badan turun 10 kilogram (kg) dari 78 kg kini 68 kg. Walaupun paru-paru saya rosak 75 peratus dan perlu masa untuk baik semula, tapi Allah masih pinjamkan suara dan tak serak langsung sekarang. Namun, saya kena menjaga pemakanan dan kekal positif selalu,” katanya.
Boleh Bernafas Sendiri
Fazli juga menerangkan dia juga turut dibekalkan oksigen lima liter untuk dibawa pulang.
“Bekalan oksigen itu akan digunakan apabila kecemasan sekiranya saya mengalami masalah pernafasan di rumah. Namun, setakat ini saya dah boleh bernafas sendiri dengan baik,” terang Fazli.
Semoga pulih seperti sediakala.
Dihujani Doa Dari Rakan Artis
Ads
Sumber: Harian Metro
Sumber / Sumber Foto: Instagram Fazli Zainal
Mingguan Wanita : Semoga Allah pelihara kesihatan yang baik buat Fazli Zainal.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Besarnya pengorbanan seorang ibu. Rider ibu tunggal ini terpaksa membawa anak OKU nya ke mana-mana sepanjang bertugas menghnatar pesanan pelanggan.
Ibu yang dikenali sebagai Azimah Abd Rahim, 37 ini rupanya pernah trauma dengan pengasuh. Ini kerana, anak kecilnya seusia 5 tahun seorang yang hyperaktif. Jadi, susah lah nak berenggang dengan ibu.
Pengalaman sebelumnya dengan pengasuh. Bila saya diambil anak kecilnya bernama Nur Ainul Zahirah Rashidi dari pengasuh, badannya ada kesan bengkak. Sebagai ibu, tentulah hatinya jadi tak keruan.
Bukan dia tak usaha mencari. Sayangnya, mahu mencari pengasuh yang sanggup menjaga anak kecilnya juga bukannya mudah. Selain hyperaktif, kedua-dua belah mata Zahirah juga buta kekal.
Terpaksalah ibu ini membonceng Zahirah sambil menghantar makanan. Sejak lahir, anaknya memang tak berenggang dengannya.
Sejak berpisah dengan bekas suami pada Oktober 2021, Azimah mula membesarkan Zahirah sendirian.
Pernah juga dia dimarahi pelanggan sebab membawa anak meredah hujan panas atas motosikal. Biar pun anak kecilnya itu tak pernah meragam. Namun, apalah daya ibu ini. Demi sesuap nasi, dia teruskan juga.
Apabila kisah perjuangan Azimah tular di media sosial, pendakwah terkenal Ebit Lew menghulurkan rasa simpati. Sejak tular juga, rezeki ibu ini tak pernah putus.
Baru-baru ini, Ebit Lew memberikan sebuah rumah untuknya. Dan kos rumah berkenaan ditanggung sepenuhnya. Termasuklah pembelian baju raya dan barang keperluan rumah.
“Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang oku cacat penglihatan. Katanya dah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan. Kakak ni mohon rumah ppr belum rezeki katanya. Motor pun masih berhutang.
Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan. Belikan baju raya dan belikan barang keperluan rumah peti ais mesin basuh dan rice cooker. Begitu juga dapat hadiahkan almari dan tilam. Menangis syukur Allah beri rezeki begini padanya.
Anaknya aktif dan manja dengan maknya. Rapat berdua. Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja kesana sini. Semoga Allah bantu kakak ini.”
Mingguan Wanita : Alhamdulillah.. semoga urusan ibu ini dipermudahkan. Dan pengorbanan ibu ini menjadi manis di penghujungnya.
Bermula dengan hanya memasang impian dan cita-cita pada sesuatu perkara, namun siapa sangka berkat doa mustajab daripada seorang ibu, Allah SWT perkenankan ia menjadi kenyataan.
Pernah berangan-angan untuk berkongsi air tangan hasil masakan sendiri kepada pembesar negara seperti Raja dan Sultan, Tukang Masak di salah sebuah restoran di London, Michelle Henry berkongsi saat manis apabila pasangan diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkesempatan merasai hidangan yang di sediakan.
Untuk makluman, Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah ketika ini berada di London bagi lawatan khas ke United Kingdom (UK) selama 10 hari.
Menu Istimewa
Berkongsi perasaan dan pengalaman tersebut dalam catatan ringkas di Facebook, Michelle berkesempatan menyediakan menu istimewa Mee Bandung Muar, Asam Laksa dan Kari untuk Seri Paduka berdua bersantap. Malah dalam perancangan untuk menyediakan menu tradisi ‘Nasi Ambeng’ yang cukup popular di negeri Johor untuk Seri Paduka berdua datang bersantap lagi nanti pada minggu hadapan.
Dulu saya pernah cakap dekat arwah mak. Mak-mak teringin nak masak bagi Sultan atau Raja makan mak. Sambil-sambil berangan masakkan lauk untuk emak makan.
Mak doakan satu hari nanti pasti ada rezeki ko nak. Janji ko masak untuk emak sedap-sedap.
Hari ni tengah masak dekat dapur PERMAISURI AGUNG datang masuk dapur tengok apa yang saya tengah masak. Dia tanya apa yang special masakan saya.Sambil menangis saya cakap Mee Bandung Muar dan Asam Laksa. Untuk AGONG saya buatkan kari.
Alhamdulillah Allah s.w.t perkenankan doa arwah mak. Macam mimpi pusing-pusing tengok PERMAISURI dekat blakang. Next week In sha Allah dia datang nak makan Nasi Ambeng. Terima kasih Ya RABB.
Mingguan Wanita: Berkat mustajab doa seorang ibu, tiada yang mustahil sesuatu yang mungkin hanya impian boleh menjadi kenyataan. Tahniah buat Tukang Masak ini dapat menyediakan hidangan istimewa buat Seri Paduka berdua.
“Kami masing-masing faham isi hati” 15 tahun jadi ibu tunggal akhirnya Mas Idayu bertemu jodoh. Tahniah diucapkan buat penyanyi senior popular Mas Idayu yang bakal mengakhiri zaman sebagai ibu tunggal dengan penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa, pada September depan.
Dirinya juga bagaikan tidak sangka bakal berkahwin sekali lagi, namun takdir ALLAH mengubah segalanya.
“Kami Masing-Masing Faham Isi Hati”
Pemilik nama sebenar Mas Idayu Mesnun, 50, seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro menerangkan hubungan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lalu walaupun sudah saling mengenali ketika bekerjasama menerusi program Mentor 3 pada 2008.
“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini (pernikahan) sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.
“Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik dan boleh menerima saya serta anak seadanya.
“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Daripada sekadar hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita tahun lepas, terus membawa kepada hubungan yang serius,” kongsi Mas Idayu.
Gembira Dipertemukan Dengan Lelaki Yang Boleh Menjaga Dirinya & Anak
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai sembilan tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Mas Idayu juga menyatakan dia berasa gembira bukan kerana hendak berkahwin namun dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga dirinya dan anak.
“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.
“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tetapi lebih kepada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya dan anak nanti.
“Kalau bercakap soal persiapan, sekarang ini baru 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja,” sambungnya.
“Alhamdulillah Akhirnya Bersatu”
Menerusi ruangan komen ramai rakan artis memberi reaksi positif dan mengucapkan tahniah buat Mas Idayu.
Artikel ini mengisahkan kejadian tembakan di Golok yang meragut nyawa Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Isterinya yang sarat mengandung masih trauma menyaksikan tragedi menyayat hati itu di depan mata sendiri.