Bila diingat balik, emas dulu rasanya dah cukup murah. Daripada harga hanya berpuluh ringgit, sekarang sudah mencecah bratus ringgit untuk satu gram.
Mungkin orang cakap, zaman dulu memang emas murah, sesuai dengan keadaan ekomoni pada waktu itu. Sekarang ini, dunia semakin moden dan harga setiap barang pun meningkat naik.
Walau bagaimanapun, emas sebenarnya tidak pernah murah. Begitulah harganya ejak dulu sampai sekarang. Cuma, kita saja berkira-kira, nak beli untuk pakai dan masa sama menabung untuk masa depan terutamanya bila waktu terdesak.
Murah atau mahal, semuanya bergantung pada diri sendiri. Tak perlu tunggu harga emasa jatuh atau naik. Sebab kita tak mahu salah diri, biarlah kita menyesal beli daripada menyesal tak beli, kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Perkongsian daripada Mohd Nazim Badruddin ini, cukup ringkas tapi kita boleh tengok perbandingan harga emas dulu dan sekarang. Bolehlah untuk mak-mak menabung nanti.
Seorang kenalan FB saya beritahu, dulu-dulu beliau selalu beli barang kemas, waktu harga bawah RM100 segram. Apabila dah jadi 3 digit, sudah ratusan ringgit, beliau berhenti beli barang kemas, sebab bagi beliau emas dah mahal.
Tapi, akhirnya beberapa minggu lepas beliau beli kembali barang kemas walau harga lebih 2 kali ganda dari harga yang beliau kata mahal.
Emas ini tak pernah murah. Waktu harga RM30 segram pun waktu itu orang kata mahal.
Waktu harga RM100 segram pun orang kata mahal. Apatah lagi dengan harga sekarang, pasti ada yang cakap mahal.
Tak Wajib Simpan
Harga emas ini akan murah apabila ia jauh meninggalkan kita. RM30 segram murah apabila harga emas jadi RM100 segram. RM100 segram ini murah apabila harga emas dah jadi RM250 segram dan harga RM250 segram ini akan murah apabila harga emas dah jadi RM500 segram.
Ads
Dengan kadar inflasi yang semakin laju, kegawatan ekonomi melanda seluruh dunia, semakin pantas harga emas meningkat naik. Kalau tidak bermula sekarang, bila lagi?
Boleh simpan 1 gram sebulan atau sekadar RM100. Tak wajib simpan setiap bulan, tapi alangkah bagusnya kalau kita boleh menyimpan sedikit demi sedikit setiap bulan.
Emas; Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli.
#JomMenabung
*Gambar resit belian emas kenalan saya satu masa dulu. Kalaulah tahu harga emas makin naik..
MW: Ada mak-mak sampai sanggup tunggu harga emas turun baru nak beli. Boleh j, tiada masalah tapi kalau jual, rugi pulak sebab kena tunggu harga emas naik baru boleh jual, kan!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bukan calang-calang suami rela melepaskan isteri yang baru dikahwini, malah sanggup pula menyatukannya dengan kekasih yang dicintai. Sungguh ‘pengorbanan’ luar biasa. Kejadian terbaru yang berlaku di India, seorang suami yang menyedari wanita dikahwininya tiga bulan lalu sebenarnya mencintai lelaki lain bertindak mengaturkan satu majlis untuk menyatukan pasangan terbabit.
Times Of India melaporkan, kisah umpama filem Bollywood itu berlaku di kampung Sanigwan apabila lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Sujit mengaturkan satu majlis pada Rabu lalu untuk mengahwinkan isterinya, Shanti dengan kekasih wanita itu, Ravi.Sujit, tinggal di Sanigwan berkahwin dengan Shanti yang berasal dari Shyam Nagar pada 19 Februari lalu.
Sering Lihat Isteri Bersedih
Sejak berkahwin Sujit sering melihat isterinya bersedih. Pada satu hari Shanti menangis dan memberitahu suaminya bahawa dia sebenarnya mempunyai kekasih serta dipaksa berkahwin dengannya. Biarpun Sujit terkejut dengan pengakuan isterinya, dia berjanji dengan Shanti untuk mengahwinkannya dengan Ravi.
Beberapa hari kemudian, Sujit bertemu Ravi yang turut mengaku dia adalah kekasih Shanti. Selepas mendengar pengakuan pasangan berkenaan, Sujit bertemu keluarga kedua-dua pihak untuk meyakinkan mereka mengenai rancangannya dan meminta polis untuk membantu.
Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksikan perkahwinan Shanti dan Ravi.
“Pada mulanya banyak perkara buruk bermain di fikiran saya. Namun selepas berbincang dengan orang tua dalam keluarga kami dan di kampung saya akhirnya mencapai satu penyelesaian bahawa kami bertiga boleh hidup gembira,” kata Sujit.
Macam-macam hal. Murni sungguh hati lelaki ini dan sangat bersikap positif. Bagi sesetengah orang, jika perkara ini berlaku pada diri sendiri, sampai sanggup berbunuh-bunuhan tetapi tidak bagi lelaki ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hujung minggu waktu yang ditunggu-tunggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Bagi yang masih buntu dan tak tahu apa nak buat pada hujung minggu yang panjang sempena cuti Hari Malaysia ini bolehlah membawa keluarga atau teman-teman untuk menonton bersama.
Filem “Rise: Ini Kalilah” yang bertemakan perpaduan dan berinspirasikan pilhan raya umum 9 Mei lalu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Penerbit filem itu Fred Chong berkata, ‘Rise: Ini Kalilah’ merupakan sebuah filem berdurasi 100 minit yang mendapat inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia yang berganding bahu keluar mengundi untuk sebuah negara yang baharu.
“Penggambaran filem ini dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Berlatar belakang detik-detik waktu mendebarkan dalam catatan sejarah Malaysia, projek filem ini dilancarkan tepat pada masa tatkala Malaysia mengalami perubahan yang terpenting selepas 61 tahun mendapat kemerdekaan,” katanya
Filem itu menampilkan kolaborasi tiga pengarah termasyhur iaitu Saw Teog Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath dan dibintangi gandingan pelakon hebat iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah.
“Mereka bertiga berjaya menempuhi cabaran yang paling getir untuk menghabiskan produksi filem dalam masa yang singkat iaitu sekadar tiga bulan sahaja.
Papar kisah rakyat
Remy Ishak berkata Filem RISE Ini Kalilah merupakan naskhah yang memaparkan kisah rakyat Malaysia dan bukan semata-mata propaganda. Dia tidak melihat karya ini cenderung ke arah politik, sebaliknya cerita rakyat yang sudah jelak dengan sistem yang pernah ada.
Malah kata pemilik nama itu lagi, filem ini lebih kepada pemahaman dan pemikiran masyarakat dalam sesebuah negara.
“Walau bagaimanapun, lain orang lain pandangannya dan sebagai pelakon saya melihat dari sudut yang positif. saya tak mahu peminat terguris hati ataupun salah faham. Ini cerita tentang Malaysia bukan tentang pembangkang atau kerajaan sekarang.
“Keluhan yang tak selalu didengar kini dipersembahkan ke layar besar,” jelas Remy ketika ditemui di majlis tayangan perdana RISE Ini Kalilah di One Utama, Damansara Utama.
Selain Remy yang memegang watak utama sebagai Koperal Azman, antara barisan pelakon lain terdiri daripada Mira Filzah, Yana Samsudin, Sangeeta Krishnasamy, Mark O’dea, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.
Enam cerita berlainan
Filem yang mengisahkan disebalik kejayaan Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei lalu itu membuatkan segelintir netizen beranggapan ada unsur politik.
Menurut Mira Filzah yang juga merupakan bintang utama, filem yang mempunyai enam kisah berlainan itu merupakan cerita mengenai kehidupan rakyat Malaysia dan tidak ada kena mengena dengan parti politik.
“Cerita-cerita dalam filem ini mengisahkan perjalanan hidup rakyat Malaysia yang sebenar. Banyak pengajaran yang memang ada kaitan dengan kehidupan kita. Filem ini tidak ada berat sebelah dan ia melingkungi secara keseluruhan. Bergantung pada pendapat masing-masing untuk menilai.
“Bagi saya, tidak ada berat sebelah mana-mana parti politik. Malah, tiada langsung isu sensitif yang dipaparkan,” ujarnya lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rezeki anak ni sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi. Bagi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad kehamilan kali ini banyak memberi impak terhadap dirinya baik dari segi kehidupan mahupun kerjaya.
Baru-baru ini, Uyaina mengumumkan dirinya bakal menimang cahaya mata lelaki untuk kehamilan keduanya yang kini telah memasuki usia tujuh bulan.
Teruja dengan kehamilan kali ini, Uyaina melahirkan harapan agar bayi dalam kandungannya itu sihat dan berjalan lancar.
“Saya cuma berdoa agar anak saya sihat serta sempurna akal, fikiran, hati dan fizikal.
Uyaina ditemui pada majlis pengumuman jantina anak keduanya dan pelantikannya sebagai duta bagi suplemen kesihatan kanak-kanak, Baby Ayo Berries Gummy yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah dirinya kecewa belum dikurniakan zuriat perempuan, Uyaina mempunyai jawapannya yang tersendiri.
“Saya tidak kecewa kerana belum dikurniakan anak perempuan tapi saya sangat bersyukur. Jika diikutkan, dalam keluarga saya, dua adik-beradik di atas saya adalah lelaki. Kemudian, kakak dan barulah saya.
Duta Suplemen Kesihatan Kanak-Kanak
“Anak buah saya pula seorang sahaja lelaki dan yang selebihnya perempuan. Bila ada Raja Urhan (anak sulung) dan bayi kedua ini, bertambahlah bilangan lelaki,” katanya.
Sementara itu, suami kepada Uyaina Arshad, Raja Syahiran pula meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata lelaki sekali gus menjadi tunjang utama buat keluarganya satu hari nanti.
“Saya sangat bersyukur. Lelaki atau perempuan, saya terima saja. Seperti ibu bapa lain, mereka pasti gembira jika mempunyai anak sepasang.
“Bila dikurniakan dua anak lelaki pun saya bersyukur sangat. Mungkin dia boleh menjaga ibu, nenek dan adik-beradiknya yang lain nanti.
“Saya juga berharap agar dapat menjadi seorang bapa dan pemimpin yang baik buat anak-anak saya. Saya juga nak didik mereka menjadi manusia berguna buat masyarakat,” katanya.
Bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta Baby Ayo, Uyaina berkata, dia menganggap tawaran yang diterima sebagai rezeki buat anak-anaknya.
“Sebagai ibu saya mesti nak yang terbaik untuk anak-anak saya. Jadi apabila mereka melamar saya sebagai duta, saya terlebih dahulu meneliti kandungan yang ada di dalam suplemen ini.
“Tawaran ini memberi peluang kepada saya berkongsi rezeki dengan anak-anak. Segala hasil yang diterima adalah untuk mereka pada masa mendatang,” katanya.
Menurut Pengarah Urusan Baby Ayo, Saidatul Amin berkata, selepas mengkaji khasiat Elderberry dan Acai Berry yang mampu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi anak-anak ia sekali gus memberi inspirasi kepada AYOGI Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan Elderberry dan Acai Berry menerusi jenama Berries Gummy Kids Vitamin.
Menguatkan Sistem Imunisasi Anak-Anak
“Idea ini terhasil apabila salah seorang anak ahli keluarga kepada pengasas produk ini sering mengalami masalah demam dan selesema selepas mula masuk ke sekolah. Salah seorang rakan baiknya mengesyorkan satu produk berasaskan Elderberry dan Acai Berry dari Australia dalam bentuk cecair, anaknya sudah jarang demam dan selesema.
Sekali gus memberi idea untuk membuat satu formulasi baharu tetapi dalam bentuk gula-gula kunyahan (gummy) supaya lebih mudah dan lebih digemari oleh anak-anak kecil terutamanya.”
Terdahulu, Uyaina Arshad menerima kejutan sempena majlis perlantikan sebagai duta Baby Ayo dan majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta jenama Baby Ayo.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!