Terkini, YB Senator Datuk Dr Zulkifli al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan dirinya disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai positif Covid-19.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 september hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Kongsinya,

Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.

Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

IKLAN

Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.

Baca sini : Doktor ini jelaskan kesan Covid-19 pada ibu hamil dan bayi yang dikandung.

Bantuan Kepada Mahasiswa Terkandas Tetap Diteruskan

Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.

IKLAN

Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.

Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.

Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.

IKLAN

Doa Dr Zulkifli Untuk Rakyat Malaysia

Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.

MW : Semoga Dr Zulkifli segera sembuh. Jika anda pernah hadiri majlis yang melibatkan Menteri Agama ini, jangan berlengah-lengah ya buat pemeriksaan saringan Covid-19 sesegera mungkin. Semoga kita semua dilindungi daripada wabak Covid-19 ini.

Sumber/Foto : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI