Memang mudah dan menarik bila buat satu adunan tapi boleh dapat 3 jenis kuih yang berbeza iaitu donut, cakoi dan pau. Memang jimat masa mak-mak nak menguli dekat dapur.
Cara membuatnya memang mudah, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nitaharryini sebagai rujukan;
Satu resipi/adunan dapat 3 jenis kueh. Suka ke suka. DONUT/CAKOI/PAU
Ads
Bahan-Bahan:
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecik garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
2 sudu kecik yis mauripan
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 biji telur
Cara Membuat:
1. Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.
2. Untuk uli tangan macam biasa air+gula+yis+susu pekat. Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
Mingguan Wanita: Wah menarik resipi ni, memang mudah satu adunan boleh buat 3 jenis kuih sekaligus. Sangat jimat mak-mak nak buat kuih, tak perlu nak menguli banyak kali.
Santan memang banyak digunakan dalam masakan harian seperti kari, masak lemak, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Masakan menggunakan santan segar yang diperah boleh menyedapkan lagi rasanya berbanding jika gunakan santan segera yang didalam kotak.
Namun perkara yang sering menjadi masalah bagi santan segar ialah ia tak tahan lama dan mudah basi. Malah, jika di simpan di tempat beku didalam peti sejuk ia jadi berketul-ketul,cair dan mengakibatkan kuah pun jadi tak cantik.
Melalui perkongsian dari Radhiah Izzati, ada petua dan cara simpan santan yang tersendiri agar ia tahan lebih lama, tetap pekat dan kekal segar.
Menurut beliau, petua ini perolehi daripada seorang peniaga nasi lemak. Mak-mak bolehlah mencuba petua ini iya, jadi tak lah membazir kalau santan basi.
Caranya:
1.Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
2.Bungkuskan santan dengan helaian surat khabar tersebut.
3. Simpan di tempat beku dalam peti sejuk.
Hasilnya, kertas surat khabar dan santan tersebut membeku,tetapi santan kekal segar dan pekat selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah simpanan biasa yang terpisah kandungan santan di bawah, air di atas.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Lyini, cara membuatnya pun mudah saja.
“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Telur mengandungi protien yang tinggi dan cukup mudah disediakan. Boleh dikatakan telur merupakan bahan wajib yang mesti ada di dapur. Macam-macam menu boleh disediakan dengan telur ni.Rupanya walauun mak-mak sekadar nak menyediakan telur goreng mahupun telur rebus, ada caranya yang tersendiri barulah hasilnya telur jadi sempurna.
11 kesilapan ini mak-mak perlu elakkan ketika masak telur.
1. Tak Guna Non-Stick Pan
Non-Stick Pan atau kuali tak lekat ini merupakan peralatan yang mak-mak perlu guna untuk masak telur. Ia memudahkan kerja menggoreng telur, sama ada nak buat telur goreng atau telur dadar, terutama ketika mahu menterbalikkan atau mengangkatnya. Malah tidak perlu menggunakan minyak atau sedikit sahaja minyak yang diperlukan. Belilah non-stick pan yang berkualiti dan jaga dengan baik. Jangan pakai senduk atau sudip besi tau! Tercalar pula nanti.
2.Pecahkan Telur Terus Dalam Kuali
Untuk membuat telur dadar atau telur hancur yang terbaik, telur putih dan kuning perlu dihancurkan dan dikacau sebati.Jangan pecahkan telur terus ke dalam kuali dan lepas tu baru kacau. Salah tu! Jadi pecahkan dulu dalam mangkuk, kacau sebati dan barulah dimasukkan ke dalam kuali.
3.Tak Guna Mentega
Kalau nak dapatkan telur hancur atau telur dadar yang sedap, cantik dan berkrim, mak-mak perlu gunakan mentega. Ini kerana rasanya lagi sedap dari menggunakan minyak biasa. Tapi janganlah pakai sebuku pula. Berpada-padalah.
4. Kuali Terlalu Panas
Nak hasilkan telur yang sempurna kena tahu gunakan kepanasan yang sesuai. Jangan gunakan api yang besar dan menyebabkan kuali jadi terlalu panas sehingga berasap-asap. Untuk memasak telur hancur atau telur dadar yang sempurna memadai gunakan api yang perlahan. Jangan tergesa-gesa menggunakan api yang besar. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama, tapi hasilnya gerenti jadi lebih baik.
5. Tak Kacau Telur Dalam Kuali
Untuk hasilkan telur hancur yang cantik dan sempurna, telur perlulah selalu dikacau sambil goyang kuali tersebut. Barulah telur tidak hangit dan berkerak.
6. Masak Terlalu Lama
Ini juga antara kesilapan yang ramai selalu buat. Telur hancur yang paling sedap dan dimakan jika ia masih lembut dan lembik. Jika terlalu masak ia jadi kering dan keras.Jadi bila telur hancur macam dah hampir masak, tutup api. Nanti haba yang tertinggal akan memasak telur tersebut dengan sendirinya.
7.Pecahkan Telur Terus Dalam Air
Untuk buat telur carak (poached egg) pula, caranya pastikan telur dipecahkan didalam mangkuk dahulu baru lah dimasukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Ia bukan apa bagi memastikan telur masih dalam keadaan baik dan kuning telurnya tidak pecah. Barulah dapat poached egg yang sempurna!
8. Kuali Tidak Cukup Panas
Ini jugak satu kesilapan ketika menggoreng telur. Bila kuali tidak cukup panas, ia akan menyebabkan telur tersebut menyerap minyak dengan lebih banyak. Sekaligus membuatkan telur jadi berminyak-minyak dan tak sedap dimakan.
9. Guna Telur Segar Untuk Telur Rebus
Mungkin ramai yang fikir, lagi segar telur itu, lagi elok. Sebenarnya ia bergantung kepada teknik masakannya. Untuk memasak telur carak (poached egg) , memang perlukan telur yang sesegar mungkin tapi untuk telur rebus pula, telur yang lama lebih senang untuk dikupas.
10.Tak Letakkan Telur Rebus Dalam Air Sejuk Sebaik Siap Direbus
Bagi memudahkan telur senang dikupas kulitnya, jangan biarkan telur yang telah dimasak terendam dalam air panas sebaliknya buang air didihan tersebut dan rendamkan dalam air sejuk. Setelah itu kupas telur dengan segera, hasilnya telur lebih mudah dikupas dan permukaannya juga licin dan cantik.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...