Cinta memang mampu membutakan mata. Bila hati sudah sayang, apa pun sanggup dilakukan demi meraih cinta. Tidak kiralah nyawa sekalipun sanggup dipertaruhkan.
Demi cinta juga seorang ahli perniagaan sanggup berkorban harta, hantaran RM87,000 untuk dapatkan gadis idaman.
Demi Cinta Sanggup Berkorban Harta
Makassar: Demi mendapatkan wanita idaman hati, seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM870,000).
Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo, 45, ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza, 29, pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.
Saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso berkata, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.
“Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti,” katanya seperti dilaporkan Liputan6.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar.
Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.
MW: Jika berkemampuan apa salahnya membuktikan rasa cinta yang mendalam dengan menghadiahkan hantaran dengan jumlah yang besar. Paling penting ukur baju di badan sendiri, jangan keterlaluan hingga memakan diri. Renung-renungkan.
Salam takziah buat pelakon Daler Yusuf atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, yang kehilangan nenek tercinta.
Selepas beberapa hari dilaporkan kritikal akibat Covid-19, nenek kepada kacak ini iaitu Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan pada
Jumaat (semalam).
Pelakon yang popular menerusi drama Titian Kasih itu berkongsi kisah sedih menerusi laman Instagramnya.
Menurut Daler selepas kematian ibu, arwah neneknya itu telah dianggap lebih daripada seorang ibunya kepadanya.
Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, pelakon asal Uzbekistan itu berkata setiap kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah berkat doa neneknya.
Pada Rabu lalu, Daler telah berkongsi keadaan arwah neneknya yang kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Uzbekistan kerana mengalami jangkitam teruk pada paru-paru.
Salam Sayang Buat Kekasih Hati Daler
“Al-Fatihah to my grandmother.
“Writing this is not easy. Its heavy, but I want to tell my friends and my followers on how amazing my grandmother was. After all she deserved it. My mother passed away when I was at a very young age. So my grandmother has been my mother to me. She was my rock and forever will be. I may not know what mothers love feels like but Im sure what she has given me is more than what I could every repay. And I thank Allah swt for that. I truly do. And Allah swt is indeed fair and merciful.
“To my grandmother , you may have left me today , but your prayers stay. Untuk setiap kejayaan Daler, it may be because of your prayers to Allah swt. Untuk setiap kekuatan Daler merantau jauh dari rumah, ada kekuatan Ochajon yang Daler bawa bersama. Thank you for all the things you have done for me. Moga Allah tempatkan Ochajon , di syurgaNya. Moga Allah redha dengan setiap kebaikan Ochajon besarkan Daler. Moga kita berjumpa lagi dalam syurga. Salam sayang untuk kekasih hati Daler.”
Terdahulu pada Rabu, Daler berkongsi tentang keadaan neneknya yang kritikal; “Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan. Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please. ️”
Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata-Kata Semangat
Pada ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti yang merakamkan ucapan takziah buat Daler, selain memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus tabah berdepan kehilangan itu.
anuarzain70 “Innalillahi Wainna Ilaihi Roojii’uun… semoga dipelihara & dilindungi hingga ke Jannah buat Grandmother Daler.. stay strong Brother..”
azwankombos’s “Takziah bro”
ramonazamzam “Nooooo Stay strong, Daler! Sending you virtual hugs ”
Salam takziah juga MW ucapkan buat Daler sekeluarga.
Jika kita mahu berpuasa secara sihat dan bertenaga, bolehlah ikut tip-tip yang diberikan oleh Pakar Pemakanan atau Dietitian Hospital Pakar KPJ Damansara, Rushda Adiba.
“ Apa perubahan fisiologi yang berlaku semasa berpuasa? Pada permulaan fasa berpuasa, pemecahan glikogen melepaskan glukosa untuk tenaga. Selepas 2 hingga 3 hari, tahap rendah insulin akan merangsang lipolisis atau pemecahan lemak untuk tenaga. Selepas pengulangan kitaran ini semasa berpuasa pada bulan Ramadan, penyimpanan lemak tubuh akan dikurangkan.”
Apabila seseorang itu berpuasa, Rushda Adiba menjelaskan berikut adalahkebaikan yang boleh mereka peroleh.
1-Pengurangan berat badan.
2-Pengurangan berat lebih kurang 5 hingga 10 peratus bermanfaat bagi menambah baik kawalan gula dalam darah dan mengurangkan tahap kolesterol.
3-Memperbaik tahap tekanan darah.
4-Memperbaik status kesihatan secara keseluruhan.
Ini Tip berpuasa secara sihat dan bertenaga.
Tip 1: Minum lebih banyak air
Kekalkan hidrasi tubuh sepanjang berpuasa. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air kosong sehari.
Waktu pengambilan air yang dicadangkan:
-Sahur – 2 gelas
-Buka puasa – 2 gelas
-Selepas solat maghrib – 2 gelas
-Selepas Terawih – 2 gelas
Tip 2: Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sampai hancur.
Ini bagi mencegah ketakcernaan dan perut meragam. Ikutlah cara ini ketika berbuka puasa:
-Sebaik tiba waktu berbuka, mulakan buka puasa dengan makan karbohidrat ringkas seperti kismis atau buah-buahan. Minum air kosong.
-Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib.
-Sambung makan dengan menikmati hidangan berat.
Tip 3 : Banyakkan serat dalam pinggan.
-Sumber serat terdiri daripada sayuran berdaun hijau. Ambil lebih kurang setengah pinggan. Serat mampu mengelakkan anda mengalami sembelit dan meningkatkan rasa puas serta kenyang selepas makan. Sayuran berdaun hijau mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral seperti potassium yang amat baik untuk tubuh.
Tip 4: Buka puasa dengan karbohidrat ringkas.
Karbohidrat ringkas diperlukan semasa berbuka untuk meningkatkan tahap gula dalam darah. Makanan yang dicadangkan adalah kismis atau buah-buahan segar.
Jumlah saiz hidangan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Kismis – 1 hingga 2 sudu makan
Epal/ Oren/Kiwi – I biji buah bersaiz sederhana
Kurma – 2 biji
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiga beradik tinggal di rumah tanpa pengawasan ibu bapa setelah ibu mereka meninggal dan ayah pula sedang bertarung nyawa di hospital gara-gara dijangkiti Covid-19.
Tak dapat bayangkan bagaimana anak-anak ini melalui hari-hari tanpa ibu dan ayah. Bagaimanalah emosi mereka yang baru saja kehilangan ibu tercinta dan dalam masa yang sama tiada khabar berita tentang keadaan ayah mereka.
Tiga Beradik Tinggal Di Rumah Tanpa Pengawasan
Tiga beradik yang masih kecil tinggal di rumah tanpa pengawasan orang dewasa selepas ibu mereka meninggal dunia akibat Covid-19 manakala ayah pula kini bertarung nyawa di hospital angkara wabak durjana itu.
Nasib tiga beradik masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Sze Han berkata, selepas mendapat maklumat mengenai tiga kanak-kanak itu, beliau bergegas meninggalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat bagi meninjau keadaan pihak terlibat.
Ibu Meninggal, Ayah Pula Bertarung Nyawa Di Hospital
“Saya bergegas ke Pangsapuri Seri Cempaka untuk menziarahi tiga kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa penjaga.
“Ibu mereka telah meninggal dunia manakala bapa mereka pula masih sedang bertarung nyawa melawan Covid-19,” katanya menerusi kemas kini berkenaan.
Sze Han berkata, pihaknya tampil membawa barangan seperti makanan dan anak patung bagi menenangkan hati tiga beradik berkenaan.
Tambah Sze Han, pasukannya juga akan mengawasi tiga beradik itu bagi memastikan mereka selamat dan tidak kelaparan.
“Saya sangat kagum dengan ketabahan mereka.
“Abang sulung menjaga adik-adiknya. Saya sangat risau kerana mereka terlalu kecil untuk ditinggalkan tanpa penjaga,” katanya.
Tambah Sze Han, pihaknya berterima kasih kepada jiran setempat yang sudi menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak terbabit.
Mingguan Wanita : Semoga kanak-kanak ini sentiasa dilindungi dan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Bukan kecil ujian yang mereka bertiga hadapi. Semoga mereka terus kuat.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...