
Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang ibu penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang sempurna, Siti Aafiyah, 3.
Aafiyah Anak Yang Aktif
Berkongsi perkembangan anak sulungnya yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran ketiga, Siti berkata, Aafiyah seorang yang aktif dan mudah dididik.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik.
“Afiyah kalau sukakan sesuatu, dia menunjukkan rasa suka dan keterujaan itu.
“Misalnya ketika latihan sebelum majlis pelancaran Beaukids berlangsung, dia menunjukkan keterujaan apabila menyaksikan dewan dipenuhi gambar dan poster memaparkan wajahnya, apatah lagi bila namanya disebut.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik,” luah Siti.
Populariti Aafiyah & Menjadi Perhatian Umum
Mengulas tentang populariti dan pengaruh dimiliki Aafiyah, kata Siti, apa yang dilalui anaknya itu sama sahaja seperti anak selebriti lain yang turut mendapat perhatian serupa.
“Kalau bercakap soal pengaruh, bukan Aafiyah sahaja, tetapi mana-mana anak selebriti lain juga menjadi perhatian umum.

“Aafiyah mendapat perhatian kerana orang mengikuti perkembangannya dalam Instagram saya.
Pastikan Aafiyah Membesar Seperti Kanak-Kanak Lain
“Bagaimanapun, saya sentiasa memastikan dia membesar seperti kanak-kanak lain dan berkawan dengan semua orang macam saya lalui dulu.
“Cuma satu perkara saya tidak boleh ubah ialah kenyataan dia anak seorang selebriti dan akan sentiasa jadi perhatian,“ katanya yang belum berhasrat membuka akaun Instagram rasmi buat anaknya.
Sumber Foto: Instagram CTDK
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

Isi Kandungan
ToggleBertuah sungguh anak-anak penyanyi terkenal Tomok, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman kerana mendapat jemputan ke Istana Negara daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berita gembira ini disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi twitter baginda, @cheminahsayang.
Ceritanya, isteri Tomok, Rahayu Abbas memuat naik video nyanyian ’Happy Birthday’ anak-anaknya untuk Yang di-Pertuan Agong di instagramnya.
Video pendek itu ditweet semula oleh pemilik akaun twitter, Saiful Hazimie. Dan tweet itu mendapat perhatian, Tunku Azizah yang tertarik dengan gelagat comel anak-anak Tomok ini.
Anak-anak Tomok Hairan Kenapa Esok Cuti
Ini cerita di sebalik perkongsian video Arrian dan Andra dalam akaun instagram Ayu Abas.
“Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG….. Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah..
DAULAT TUANKU…
Cerita dia macam ni… semalam lepas balik jalan-jalan dibu suruh Arrian siapkan homework sekolah… then Andra tanya esok makan apa kat school (ni je attention dia pegi sekolah..)…so dibu cakapla esok no school.. CUTI.. and of course la dua-dua excited and tanya kenapa.
Borak-borak and cerita about Agong’s birthday… ingatkan adik tak tahu Agong tu apa… sekali terus nyanyi lagu Raja yang gembira….so okla they know a little bit about our Malaysia….keep up a good work Arrian & Andra…..belajar pandai-pandai…capai cita-cita… jangan asik main je okay…. dibu & ayah always doakan and sayangggggg both of u.”
View this post on InstagramA post shared by @ ayu_abas on
Nyanyian Birthday Anak-anak Tomok Dapat Perhatian Tunku Azizah
Video yang ditweet semula oleh Saiful ini kemudiannya ditag kepada akaun twitter @cheminahsayang. Yang mana itu, adalah akaun twitter Raja Permaisuri Agong. Baginda mencemar duli dengan menulis balasan tweeter itu, “Tuanku nak jemput ke istana.”
Tomok Tak Percaya Anak-anak Dapat Jemputan Ke Istana
Dan apabila tweet Saiful Hazimie sampai ke pengetahuan Tunku Azizah, Tomok seakan tidak percaya dengan jemputan yang diterimanya itu.

Sehingga Tomok memuat naik status bertanyakan kesahihan hal tersebut kepada followernya.
Kata Tomok,
“Ini betul-betul ke cobaan? jemputan dari TUANKU AGONG untuk anak-anak saya ke istana negara”
Rata-rata follower Tomok mengucapkan tahniah kepada dua permata hati yang comel lagi bijak ini.
MW : Bertuah sungguh Arrian dan Andra ini. Bagus mak ayahnya didik anak-anak mereka. Arrian sendiri cukup dikenali kerana bijak dalam matapelajaran, malah fasih berbahasa Mandarin. Semoga membesar jadi anak yang membanggakan mak ayah ya sayang!
Sumber/Foto : Tomok, Ayu Abas, Saiful Hazimie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hafiz Kecil, Ahmad Ziyyad Cerita Cara Didik Dari Mengandung, Berpantang Sampailah Usia 2 Tahun Hafal 42 Surah

Isi Kandungan
ToggleApabila anak kecil seusia 2 tahun 9 bulan ini memperdengarkan bacaan surah dari Al Quran, Allah.. sejuknya rasa hati yang mendengar. Kita yang orang luar pun dah rasa seronok, mak dan ayahnya lagilah bahagia.
Akui ibunya, Nurul Shahida Lukman, 27 anak tunggalnya itu, Ahmad Ziyyad Bin Mohd Zahir sudah memahami, kenal ABC dan nombor sejak berusia 8 bulan.
Ibunya ada berkongsi tip mak ayah boleh mendidik anak hafaz Al-Quran seawal usia 2 tahun sebagaimana yang pernah Mingguan Wanita siarkan sebelum ini.
Agar lebih dekat dengan jiwa mak-mak, MW menghubungi ibu hafiz cilik ini bertanyakan apakah amalan-amalan yang menjadi sandarannya sejak mengandungkan Ahmad Ziyyad, melalui fasa berpantang sampailah sekarang.
7 Panduan Tanpa Memaksa Anak Usia 2 Tahun Dekati-Hafaz Al Quran
Pertama : Masa Mengandung Saya Pun Baca Al Quran
Sepanjang mengandung saya amalkan membaca Al Quran dan beri Ahmad Ziyyad mendengar audio. Baby dalam kandungan dah boleh dengar dunia luar rahim.
Ini Surah Wajib Dibaca Ketika Saya Hamil
Semasa hamil, ibu ini mewajibkan dirinya membaca surah-surah ini setiap hari. Iaitu surah Al Mulk, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam dan surah Al Kahfi.
Kedua : Ini Makanan Yang Takkan Saya Ambil Waktu Hamil
Makanan semasa mengandung pun Nurul Shahida menjaga dengan penuh teliti. “Saya tak ambil minuman atau makanan yang ada kandungan kafien, makanan jajan pun saya tak makan.”
Ketiga : Hari Pertama Ziyyad Lahir Ini Amalannya
Dalam tempoh berpantang, tak adalah amalan-amalan yang lain. Saya berpantang macam biasa. Cuma sejak hari pertama dia lahir, saya dah beri dia dengan Al Quran.
Keempat : Pasang Juz Amma Dalam Kereta
Saya selalu pasang audio ngaji. Malah Saya selalu pasang juzz amma dalam kereta. Qari kanak-kanak pilihan saya untuk Ziyyad. Tak pernah pasang lagu-lagu dengan hiburan-hiburan dalam kereta.
Saya tak nak bagi hati dia gelap. Susah nak terima ilmu. Qari favourite Ziyyad, Muzammil Hasballah dan Mishary Rashid. Yang ini saya selalu pasang di rumah sambil-sambil dia main.
Saya gantikan hiburan lagu kanak-kanak dia dengan Al Quran.
Kelima : Ziyyad Sentiasa Dengan Saya
Kerjaya Nurul Shahida sebagai pemilik butik pengantin memerlukan wanita ini bergerak sentiasa. Ziyyad tak pernah ditinggalkan. “Kalau saya pergi setting pelamin pun saya bawa dia sekali.
“Tak pernah tinggal, 24 jam ada dengan saya.”
Keenam : Saya Baca Al Quran Untuk Ziyyad Ikut
Selalu saya baca Al Quran bagi rangsang minat dia untuk ikut baca Al Quran sekali. Lepas maghrib, dia dah tau dah. Selesai saja solat dia akan ambil Al Quran, buka mana-mana surah yang dia nak.
“Saya tolong bacakan sepatah demi sepatah ayat untuk dia ikut. Lama-lama dia jadi lancar dan cam ayat Al Quran itu kat mana mula dan berhenti baca kat mana.”
Ketujuh : Saya Bukan Penghafaz Al Quran, Ziyyad Buat Saya Usaha Jadi Contoh Terbaik
Sejujurnya saya bukan jenis penghafaz Al Quran. Tapi sejak ada anak, saya berusaha untuk menghafaz sekali dengan Ziyyad supaya dia boleh ikut contoh yang terbaik daripada saya dan suami.
Banyak surah-surah yang saya hafal dulu untuk tunjuk ajar dia hafal. Bila Ziyyad biasa dengan Al Quran, ilmu-ilmu lain pun dia senang nak terima. Alhamdulillah sekarang dia dah mula pandai membaca. Alhamdulillah..
Ziyyad Belajar Melalui Persekitaran Sekeliling
12 keping gambar ini antara contoh lain yang mak ayah boleh ikut. Ini cara nak bagi anak lebih peka dengan persekitaran, merangsang kebijaksanaan mereka melalui 6 deria yang ada di sekeliling mereka.
“Dari zaman yadd bambam lagi setiap apa yang yadd tengok dan pegang, umi perincikan benda tu. Ciri seperti warna, bentuk, tekstur, rasa dan bilangan. Tengok kat setiap gambar-gambar umi terangkn satu-satu.”
Banyak lagi perkongsian ilmu keibu bapaan yang dekat dengan jiwa mak-mak yang boleh dicontohi dalam facebook Nurul Shahida.
Semoga mak-mak di luar sana akan dapat mengikut jejak langkah Nurul Shahida yang melatih anaknya dengan memulakan latihan pada dirinya sendiri. Agar diri mak itu sendiri dapat menjadi teladan untuk anak ikuti.












Sumber/Foto : Shahida Lukman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Emas Untuk Palestin..

Isi Kandungan
ToggleKisah ‘Emas untuk Palestin’ ini dikongsikan oleh Mohd Lutfi Abdul Khalid (Mohd Luttfi), Gabungan Peguam-Peguam Ikatan Muslimin Malaysia (i-Peguam). Betapa seorang wanita Muslim yang cintakan pembebasan Masjid Al-Aqsa ini sanggup memberikan barangan kemas mereka berupa emas, asalkan bumi palestin tidak lagi dijajah tentera zinonis yang kejam.
Pembebasan Palestin ini bukan isu umat Islam semata, ia isu sejagat. Malah, dalam Al Quran pun ada menyebut tentang tanggungjawab khalifah terhadap mempertahankan bumi Palestin ini. Dan kisah kesedaran yang dititipkan satu persatu ini diharapkan dapat membuka mata hati mak ayah untuk sama-sama faham akan maksudnya.
Tangan-tangan Yang Akan Membebaskan Bumi Palestin Yang Dijajah
Kisah 1 – Ku Serah Semua Barang Kemasku Demi Palestin
Seorang wanita pernah bertemu Syeikh Raed Solah (seorang pemimpin dan pejuang Islam hebat di bumi Palestin)) dan memberikan semua barang kemasnya kepada syeikh.
Kemudian beliau berkata kepada syeikh, “Aku tidak sanggup lagi memakai barang kemas ini sedangkan rakyat Palestin terseksa. Aku serahkan semuanya barang kemas aku ini untuk perjuangan rakyat Palestin.”
Kisah 2 – Gelang Pertama Ku Beli Ku Serah Untuk Palestin
Surat dari seorang Muslimah yang melampirkan seutas rantai tangan untuk Palestin:
Mohon sampaikan pemberian saya yang tak seberapa ini pada saudara-saudara di palestin. Moga kenyang perut mereka. Moga musnah musuh-musuh Allah.
Beberapa hari lalu … saya cuba transfer duit ke Aman Palestin, tetapi beberapa kali gagal dan saya hairan…
Sehingga Allah mengilhamkan teguran untuk saya …
“Kamu sekali-kai tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.”
Ini adalah gelang yang pertama saya beli sendiri menggunakan duit bonus saya dan menjadi kesayangan saya.
Moga Allah terima dan redha…
Tolong beritahu saudara di Palestin. Saya sayang mereka. Moga saya dapat bersama mereka di Akhirat … Amiin …

Kisah 3 – Jual Rumah Untuk Palestin
Pasangan suami isteri Indonesia menafkahkan rumah mereka untuk dijual oleh Aman Palestin Indonesia bagi tujuan membebaskan Masjid Al Aqsa dan membantu rakyat Palestin.
Klik Sini : Untuk lihat video suami isteri yang memberikan rumah mereka kepada Aman Palestin
Pengorbanan Umat Islam Demi Pembebasan Masjid Al-Aqsa
Di atas merupakan beberapa contoh bagaimana umat Islam berkorban untuk meneruskan perjuangan membebaskan tanah suci umat Islam.
Kalau segelintir rakyat Malaysia boleh melancarkan Tabung Harapan untuk “membina semula negara”, sudah tentu umat Islam lebih layak untuk melancarkan Tabung Pembebasan Masjid Al Aqsa” iaitu sumbangan yang akan mendatangkan keuntungan pelaburannya di Akhirat.
Marilah bersama Aman Palestin memulakan langkah membebaskan Masjid Al Aqsa!
Klik Sini : Jika anda mahu menghulurkan sumbangan untuk rakyat Palestin.
Sumber/Foto : Mohd Luttfi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI