“Dari awal dia perhatikan baby, hati mulai cuak.” rupanya uncle hanya hendak sedekah duit pada baby.
Begitulah manusia, bila orang tidak dikenali dengan imej yang kurang menyenangkan, kita mula berprasangka yang bukan-bukan. Kadang-kadang perasaan takut dan curiga membuatkan kita berfikiran negatif dengan orang lain.
Kongsi Sarah Saifuddin, kisahnya semalam kelaparan asbab dari tengahari perut belum terisi.
Dari Awal Dia Perhatikan Baby
Nampak hujan sedikit reda, mintak izin dengan nurse hendak turun bawah beli makanan dekat kedai sebelah hospital.
Sampai saja kedai, order nasi.
Pilih meja hujung sebab orang ramai.
Uncle meja sebelah terus menyapa,
“Kakak , kenapa baby tu?”
“Oh, dia tak sihat.”
Hati Mulai Cuak
Terus dia perhati saja baby sambil tunduk-tunduk mencari sesuatu.
Sesekali menegur baby Haziq.
Saya mula sedikit cuak.
Berdebar pulak bila ada yang memerhati.
Tiba-tiba dia tegur lagi,
“Kakak, saya mahu bagi baby ini (sambil tunjukkan sekeping duit) .
Kakak boleh ambil tak?
Saya nak bagi dia.”
Saya tengok di tangan dia.
Ada sekeping duit kertas RM10 yang dilipat kecil sangat.
Terselit dijari dia.
Rupanya Uncle Hanya Hendak Sedekah
” Allahu terima kasih cik.”
Speechless.
Awalnya saya sedikit gugup.
Takut untuk menegur dia.
Melihatkan fizikal dia, saya tahu dia bukan sesiapa.
Seluar di lutut nya koyak.
Bajunya agak lusuh tetapi seperti dijaga baik.
Dia pula senyum pada sesiapa saja yang melintas di depan dia.
Mulia Sungguh Hatinya
Perwatakannya biasa sekali.
Tetiba owner kedai tegur dia,
“Awak ni yg menyapu depan kedai saya ni kan pagi-pagi?
Awak kerja cleaner ye?”
Ads
“Ye, saya yang menyapu sampah tu.”
Sumpah, mata aku dah start berair!
” Anak berapa orang?.” Tanya owner kedai.
” Saya ada anak 6 orang. 3 orang di Kedah dan 3 orang di sini.”
Ye, perwatakan fizikalnya sangat biasa.
Tapi siapa sangka, hatinya mulia.
Patutlah dari tadi dia tak berhenti tegur baby Haziq walau dari jauh.
Betapa besarnya naluri kebapaan dalam dirinya.
Tiba-tiba hujan lebat, dia tunjuk pada saya.
Panggil owner kedai, nampak tanya payung sambil tunjuk pada saya dan baby.
Ya, hati kecil saya sangat tersentuh.
Dia bukan sesiapa, saya tak kenal dia.
Ads
Tapi asbab kebaikan dia, saya belajar mulianya bersedekah.
Walau dia hanya cleaner jalanan tapi itu bukan halangan dia memberi rezeki.
Ya, sekeping duit kertas RM10 bukan jumlah kecil bagi saya.
Sangat besar untuk orang sepertinya.
Pang! Pipi macam kena tampar.
Orang macam dia tak berkira pun.
Kita kadang-kadang duit RM 10 nak sedekah pun fikir 14 kali..
Uncle,
Harapnya ada rezeki saya untuk bertemu lagi dengan uncle hari ini…
Mingguan Wanita : Kadang-kadang tanpa kita jangka, orang yang tidak dikenali mudah menghulurkan bantuan tanpa kita minta. Sesungguhnya kisah ini membuatkan kita tersedar tidak semestinya memberi bila kita mempunyai wang yang lebih, yang penting hati yang ikhlas dan mulia.
Seronoknya bila tengok orang yang berkongsi kemewahan yang dimilikinya. Ada macam-macam cara yang ditunjukkan oleh mereka ini. Mungkin secara langsung atau tidak langsung.
Kita yang melihat mulalah membayangkan jika itu kita yang punya. Tentunya, kita pun ingin kongsi kegembiraan dengan apa yang kita ada.
Itu dari fikiran kita yang rasa beruntungnya mereka diberi kemewahan yang tidak pernah luak. Tapi, bagi yang kurang kemampuan, mungkin hanya dapat melihat, namun dalam hati tiada siapa yang tahu perasaan itu.
Apa yang boleh dikatakan, ada sebab orang yang menunjukkan kemewahan itu dan orang yang melihatnya. Bagi mereka yang menunjuk harta itu, niatnya mungkin untuk memberi semangat pada orang lain atas usaha yang dilakukan selama ini.
Tapi, ada juga orang luar melihat seperti ingin menunjuk dan tidak tahu apa yang difikirkan dalam hati mereka. Boleh jadi tumbul perasaan dengki dan mengata yang tidak baik.
Semua ini berbalik pada rezeki yang telah Allah berikan. Apa yang penting, kita kena bersyukur seadanya. Kita tidak tahu, alasan untuk tunjuk kemwahan sebagai pendorong dan semangat tapi orang melihatnya akan bersangka buruk pula.
Perkongsian daripada Umi Liza ini ada benarnya. Biasanya, orang yang baru kaya akan tunjuk kemewahan yang dia ada berlainan dengan orang yang sudah lama kaya, hanya diam sebab dia sudah lama merasai semua itu.
Kemewahan Bukan Untuk Selamanya
Kebanyakan orang yang selalu tunjuk menunjuk harta ini adalah adalah orang yang baru kaya dan orang yang baru merai kemewahan.
Sebab sebelum ini dia susah. Bila Allah angkat rezeki dia maka dia bermewah dan menunjuk-nunjuk pada jiran-jiran bahawa dia mewah. Dengan kereta besarnya, rumah besarnya, perhiasan dan sebagainya. Orang yang dah lama kaya, dia senyap saja sebab dia dah lama merasai kemewahan itu.
Ingatlah wahai sahabat, kemewahan yang kamu sedang menikmati itu ada Hak Allah. Bukan hak kamu dan bila-bila masa saja Allah boleh tarik. Tak payah ah nak tunjuk-menunjuk pada orang lain.
Orang lain pun boleh merasai jugak bila Allah angkat darjat dan rezeki dia. Bersyukurlah pada Allah kerana Allah beri rezeki lebih pada kamu. Dan bersyukurlah kerana Allah bagi kemewahan pada kamu sekarang berbanding dengan kamu yang susah dulu.
Ingat, selalulah bersyukur pada Allah, bila kita senang, jangan kita ‘riak’ untuk menunjuk pada orang lain.
MW: Kalau tengok di media sosial memang banyak. Cuma kita tak tahu niatnya, untuk menunjuk, suka-suka atau sekadar berkongsi kegembiraan. Hanya dia yang tahu.
Kalau seseorang itu terlalu putih, pasti akan nampak urat pada bahagian muka, tangan dan pipi. Maklumlah, kulit putih sangat terus nampak aliran darah, Mungkin nampak macam comel pun ada juga.
Tapi jangan salah faham, ada juga yang akan timbul urat hijau. Inilah yang kena perhatikan. Bukan comel tapi bahaya untuk seseorang. Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba-tiba ia muncul.
Inilah yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group tentang perkara ini.
Bila anak kecil, anak gadis atau isteri kalian tiba-tiba keluar urat hijau di tangan, kaki atau pipi dan perutnya seperti mengandung di tengah malam.
Jangan teruskan tidur. Bangun peluk mereka dan tiup 7x Al-fatihah di ubun kepalanya.
Sapu pati atau minyak angin Bidara di kedua ibu kaki, nadi tangan dan tangannya.
Anak kecil anda boleh mati serta merta,anak gadis atau isteri boleh meninggal semasa tidur.
Ini disebabkan:
1. Mereka dalam ketakutan melampau terlihat sesuatu yang menakutkan, mimpi yang menakutkan sehingga terjaga secara mengejut sehingga aliran jantung terlalu kencang megepam darah dan memecahkan pembuluh darah.
2. Mereka terlalu stress, kecewa, menangis tanpa air mata tanpa diketahui puncanya.
3. Anak kecil sangat ketakutan dan akan terus meninggal. Selalu didianogsis sebagai sawan.
Kajian saintifik mengatakan ia disebabkan oleh simptom darah tinggi dan kencing manis yang serius.
Antara sebabnya ialah sihir yang dihantar, saka yang kelaparan tidak diketahui pemiliknya dan kerja Jin Ummu Shibyan yang membawa kuman yang menyebabkan implikasi dalam aliran darah.
Baca ayat perlindungan 3 Kali , niatkan untuk anak anda.
Mingguan Wanita : Jangan nampak cantik tapi kita tak tahu ia boleh membahayakan orang yang kita sayang. Kena perhatikan.
Alhamdulillah.. sudah semakin ramai di kalangan wanita bertudung yang terbuka hati untuk berpurdah. Sayangnya berapa ramai yang faham apabila keputusan berpurdah mahupun berniqab itu telah diambil, ada perkara yang perlu mereka lepaskan.
Maka itulah, berpurdah ini pun perlu dihayati dan difahami cara pemakaiannya. Jangan semata berpurdah, tetapi wajah masih memantis kening, mata masih bercelak tebal.
Ada garis panduan yang perlu wanita fahami. Agar pemakaian purdah bukan sekadar ikut trend. Sebaliknya, berpurdah agar tidak mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri.
Ustaz Farid Rashidi berkongsi pesanan pada wanita di luar sana yang mengenakan purdah.
Wanita Berpurdah.. Fahamilah..
Kalau nak berpurdah, pakailah betul-betul. Jangan datangkan fitnah pada agama.
Minta maaf cakap, ini tak dah elok berniqab tapi sakan bertabarruj. Dengan eyeliner terangnya, bulu mata palsu, eyeshadow gaya smokey eyes, contact lens bewarna, jubah fit ikut cutting badan. Lepas itu kuku pula calit pewarna berwarna-warni.
Aduhai.
Tak Segan Siku Bergedik Menari Di Media Sosial
Itu belum cerita pasal bergedik menari di media sosial. Bergelak tawa bagai nak rak. Semua itu boleh mengundang fitnah dan mata lelaki yang memandang.
Astaghfirullahal Azim.
Bukan nak kecam, cuma nasihatkan. Jangan kerana segelintir yang begitu, habis niqabis lain terpalit sama. Sedangkan mereka ikhlas berniqab dan menjaga aurat. Apapun, semoga anda yang berniqab sedang membaca tulisan ni tak begitu ya.
#UFR
Mingguan Wanita : Hadamkan apa ustaz tegur itu. Jangan kerana setitik nila, habis rosak susu sebelanga.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...