Dakwa Pertahankan Diri, Isteri Ketiga Cederakan Madu, Isteri Keempat Guna Parang! Bukan mudah untuk hidup harmoni apabila memilih kehidupan bermadu dalam perkahwinan.Persefahaman, tolak ansur dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan oleh semua pihak.
Wanita Cederakan Madu
Seorang penternak kambing yang juga isteri ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita yang juga madunya.
Tertuduh, Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Ruslan, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Menggunakan Parang
Berdasarkan pertuduhan, pada 15 Oktober lalu kira-kira pukul 4.30 petang, di hadapan sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol, tertuduh telah dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa yang merupakan isteri keempat, berusia 41 tahun dengan menggunakan parang.
Ads
Oleh itu tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan akta yang sama dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Muhammad Amirul dalam pendakwaannya memohon satu tarikh perbicaraan dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mempertahankan Diri
Menurutnya, tertuduh dan mangsa bermadu serta difahamkan tertuduh merupakan isteri ketiga dan mangsa, isteri keempat.
Ads
Che Ruslyzay Shawaratuaini dalam rayuan jaminannya memberitahu, dia hanya mempertahankan dirinya ketika kejadian.
Norma kemudiannya menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes denga wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mingguan Wanita: Semoga segala urusan dipermudahkan. Apabila memilih kehidupan ‘bermadu’, persefahaman, tolak ansur dan kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.
Ibu mengandung meninggal mengejut, sempat tulis catatan akhir “angin tak lepas” dalam badan. Begitu besarnya jihad ibu hamil, Allah janjikan imbalan bukan sedikit. Ini kerana semasa proses mengandung selama 9 bulan, ada pelbagai alahan dialami termasuk kurangnya selera makan, alahan dan sebagainya.
Dan tak hairanlah, jika meninggal saat melahirkan, ibu-ibu ini dikategorikan sebagai syahid akhirat dan diberikan ganjaran bukan sedikit iaitu syurga.
Perkongsian seorang ibu hamil Aizura Zulkifli yang mengandung anak di usia 40 tahun mengejutkan pengikutnya apabila diberitakan dirinya meninggal dunia dan meninggalkan dua anak perempuan yang masih bersekolah rendah. Difahamkan dirinya mengandung di awal kehamilan. Dirinya ada mengadu kepenatan di peringkat awal kehamilannya ini.
Walau belum dinyatakan sebab utama kematiannya namun sehari sebelum ajalnya menjemput, arwah ada berkongsi masalah angin tak lepas dalam badan. Mungkin ianya menjadi asbab, Allah saja Maha Mengetahui-Nya.
Ini catatan akhir arwah dikongsikan di fbnya.
Nikmat bernafas
Nikmat berak
Nikmat kentut
Antara nikmat yang jarang kita syukuri. Sebab hari2 kita dapat buat tanpa masalah. Bangun pagi je nahhhh dah boleh hirup udara segar. Masuk toilet boleh melabur seperti biasa.
Sejak aku buka buku pink hari tu aku dah terbatuk2 kecil. Nurse ada tanya masa tu, tapi aku cakap sebab aku muntah lepas gosok gigi, so tekak tak selesa. Rupanya batuk tu bukan sekejap je.
Batuk2 ni menyebabkan aku semakin mengah nak bernafas, sampai ofismate ingat aku pi jogging Bila batuk makin teruk, apa aku makan semua aku muntahkan balik. Semua. Aku jadi tak lalu nak makan lepas tu. Muntahkan makanan, tak makan, maka tak berak.
Few days lepas tu, hari selasa 18/10, aku batuk, mengah dan sakit dada belah kanan, kahak ada darah sikit. Aku pi klinik. Doktor bagi ubat batuk herba sahaja. Kalau sakit dada sangat boleh amik paracetamol. Ubat lain memang tak sesuai.
Hari khamis, aku rasa agak ok dan ada selera makan. So pagi makan bihun kat opis. Tengah hari tu aku makan limau sejuk. Lepas makan limau tu rasa tak selesa kat dada kanan. Bukan rasa ketat, tapi rasa sakit mencucuk. Aku agak ni angin.
Khamis malam dah start rasa tak larat, cakap kat husband tapi dia macam berbelah bahagi nak balik, ada urusan lagi. Aku macam dah tak kisah dah kalo dia tak balik aku call je la ambulans. Yam dengan Haajar pandai-pandai la survive. Aku takleh baring, sakit sangat. Tak ada posisi yang selesa. Aku just boleh tidur duduk je. Tarik nafas dan batuk rasa sakit sangat dada.
Sebelum subuh husband dah sampai dari Johor. Dalam pukul 4 macam tu aku sakit dada sangat-sangat. Nafas mencungap. Bila tarik nafas dalam-dalam rasa macam kena tikam. Aku decide amik paracetamol, kurang sikit sakit. Tak boleh tidur langsung, just pejam mata tahan sakit je.
Jumaat aku sekali lagi pi klinik. Oksigen turun sikit so doktor bagi neb. Dapat ubat sembelit juga. Ha iye. Seminggu tak berak ok.
Alhamdulillah now aku dah boleh nafas agak baik. Kalau baring masih tak selesa. Tarik nafas dalam2 still ada rasa mencucuk dada tu so aku just nafas pendek2 je. Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut macam batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam2, semua buat aku rasa sakit. Kahak pagi2 still ada darah pekat, agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tak penah kena benda ni. Gerd ke apa memang tak pernah. Aku memang dah stop kopi, kurangkan gluten sbb rasa bloated lepas makan. Makanan tinggi histamin aku memang ada issue so sepanjang peknen jarang sangat aku amik.
Bukan viral video, ini wajib kita buat kalau terserempak kemalangan kebakaran di lebuh raya, banyak nyawa boleh diselamatkan. Sejak dua hari viral video raungan seorang suami Muhamad Redzuan yang menyaksikan isteri kesayangannya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang meninggal akibat kenderaan dijilat api dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kulai.
Urusan pengkebumian arwah Nurul Nazihah sudah disempurnakan semalam dan alhamdulilah menurut ahli keluarganya jasadnya ditemui sempurna, seakan-akan sedang duduk di antara dua sujud selain tidak terkupas walau dijilat api marak.
Dalam pada kejadian menyayat hati ini, pasti ada sesuatu yang sama-sama boleh kita belajar iaitu bersedia dengan pemadam api di dalam kenderaan masing-masing. Walau tidak meminta kejadian sebegini berulang dan menimpa ahli keluarga kita tetapi sekurangnya kita boleh menolong orang lain kalau terserempak kemalangan begini, bukan meviralkan video kejadian.
Dikongsi dari FB Harima Abdul Rahman yang pernah disyer beberapa tahun lalu, wanita ini pernah kongsikan 3 tindakan pantas kalau terserempak kemalangan melibatkan kebakaran di lebuhraya. Moga ianya bermanfaat buat semua.
Baca perkongsiannya :-
Pada 25 Disember 2015, sebuah Land Rover hilang kawalan dan merempuh papan tanda jalan Jambatan Sungai Dohol sebelum melanggar sebiji Toyota Corolla di arah bertentangan. Selepas itu kedua dua kereta itu terbakar.
Orang Kota Tinggi Johor pasti ingat kejadian ini. Ini adalah antara kemalangan yang paling menyanyat hati. Pemandu wanita Toyota Corolla itu meninggal. Manakala yang lagi dasyat pasangan suami isteri dalam Land Rover bersama seorang anak perempuannya rentung.
Kemalangan ini sangat menyentuh hati kerana sebelum meninggal, ibu di dalam Land Rover itu sempat memecahkan cermin dengan kudrat yang ada untuk mencampakkan seorang lagi anaknya ke atas jalan raya. Anak lelakinya selamat dan dihantar ke hospital, walaupun selepas itu ibu bapa bersama kakaknya hangus dijilat api.
Ramai orang melihat detik detik itu secara live. Tetapi tak ada satu video pun yang sempat dirakam. Bukan sebab tak ada telefon atau kamera. Tapi difahamkan, semua yang berdiri di tempat kejadian tak sanggup untuk merakam video apabila melihat mangsa yang meraung raung dijilat api di dalam kereta. Betapa dasyatnya kejadian tersebut, tak ada seorang berani untuk jadi juara viral. Tapi sedihnya, walaupun ramai yang berhenti melihat kejadian tersebut, tak seorang pun yang mampu atau berani untuk menolong keluarga malang itu. Hanya air mata yang mampu dikeluarkan melihat betapa seksanya mangsa dijilat api.
Bukan orang kita tak ada hari perut, tapi kita tak tahu macam mana nak kendalikan jika kita melihat kecelakaan semacam itu berlaku. Sekarang musim perayaan datang lagi, kemalangan kereta sehingga terbakar tak mustahil akan berlaku lagi. Peristiwa anak yang akan kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata tak mustahil berulang kembali. Tapi adakah kita mengambil pengajaran?
Maafkan saya jika terlewat. Tapi saya baru sahaja semalam hadir ke satu kursus kebakaran. Atas kesedaran ini, saya ingin berkongsi sedikit macam mana kita patut lakukan jika kita melihat kebakaran yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Nauzubillah. Tapi saya berharap sangat kalau awak sudi baca semoga lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
PERTAMA:-
Tolong hubungi segera Bomba dan Penyelamat. Boleh dail 999 atau 112 terus jika awak melihat kemalangan macam ni. Tolong la jangan gaduh nak jadi raja viral. Tak payah la bila tengok eksiden tak sabar nak ambik video. Simpati la dekat orang lain. Telefon bomba dahulu sekurang kurangnya.
KEDUA :-
Bomba tak terus sampai ke tempat kejadian. Paling laju pun mungkin 10 minit hingga 15 minit. Terlalu lama bagi makhluk seperti api untuk menjilat mangsa. Jadi orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa dan padam kebakaran ialah orang di sekitar kejadian yang berlaku.
Macam mana nak tolong?
Padamkan api yang membakar dengan alat pemadam api. Alat pemadam api ialah cara paling berkesan untuk memadamkan api api yang tak berapa besar ni. Jika ada simpat alat pemadam api dalam kereta, ambik dan gunakan dahulu. Itulah kepentingan bila kita simpan alat pemadam api dalam kereta kita.
Jika tak simpan alat pemadam api?
Yang ni ramai yang tak tahu. Sebenarnya undang undang negara kita mewajibkan tiga jenis kenderaan ini menyimpan alat pemadam api.
Lori, Bas, Teksi.
Jika awak melihat ketiga tiga kenderaan ini, tolong tahan dan pinjam alat pemadam api mereka. Cukup lima pemadam api, insyaallah boleh padamkan kebakaran tersebut.
Tapi disebabkan tak tahu, kita boleh biarkan bas atau lori lalu je dari tempat kejadian. Entah entah, drebar bas atau lori sendiri pun tak ingat dia ada alat pemadam api. Kalau kereta polis atau ambulans, lagilah ada alat pemadam api.
Jika tak ada juga pemadam api?
Gunakan dulu air. Tapi kalau boleh jangan bagi air tu kena dekat mangsa. Sebab mangsa lagi seksa kalau air terkena badan dia. Pernah curahkan air ke atas ekzos motor yang panas? Berasap kan? Lebih kurang macam tu la mangsa akan rasa.
Alternatif lain, kalau tak jumpa jugak air. Jika ada air berkabonat macam air tin atau air botol boleh guna. Buka dulu penutup botol. Tutup dengan ibu jari, lepas tu goncang. Dah elok berbuih, lepas kan ibu jari dan halakan ke arah api. Insyaallah boleh. Kalau goncang sebelum buka penutup botol, air tu tak memancut macam air bomba tu.
KETIGA
Semasa sedang memadamkan api, orang lain boleh cuba untuk keluarkan mangsa dari kenderaan. Kalau macam bahaya sangat, padamkan la dulu api.
Kalau la cermin tu tak pecah lagi, boleh pecahkan cermin kereta itu guna alat pemadam api, kunci stering, tukul, atau apa apa sahaja benda keras. Untuk lebih mudah nak pecahkan cermin kereta, ketuk pada bucu bucu cermin. Kat situ lebih mudah untuk pecah berbanding ketuk dekat tengah.
Jika mangsa telah keluar dari kenderaan, dan badan masih terbakar, jangan biarkan dia berlari. Berlari boleh buatkan dia lagi terbakar. Suruh dia bergolek di atas tanah atau tar sehingga api padam.
Setakat ni, itu sahaja yang saya tahu. Kalau ada lagi cara yang lebih efektif boleh la kongsi.
Saya tak pernah mengharapkan orang share status saya. Tapi untuk kesedaran ini, saya mohon sangat kalau awak sudi kongsi status ini kepada orang lain. Nak copy paste tak bagi kredit pun saya tak kisah. Apa yang saya harapkan, lebih ramai nyawa diselamatkan. Sumber : FB Harima Abdul Karim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiada siapa sangka dapat rezeki terpijak. Kalau dah itu rezskinya, beli yang murah terus dpat pulangan yang lebih besar. Jangan main-main kalau itu yang Allah berkehendak.
Rezeki terpijak, inilah yang boleh dikatakan buat pemudah yang hanya ingin membeli tali jamnya di sebuat pasar karat. Biasanya pasar karat ini menjual barang-barang terpakai tapi masih elok kualitinya. Lagipun harga yang dijual pun murah saja.
Perkongsian daripada Mohammad Kitartech dalam facebook Emas Used Atau Terpakai Saja menunjukkan keterujaan tentang tali jam yang dibeli di pasar karat.
.
Siapa sangkat rezeki terpijak dengan hanya membeli tali jam dekat pasar kat berdekatan rumahnya adalah emas 999.
Mungkin melihat pada warnanya yang tidak luntur itu membuatkan dia ke kedai emas untuk mendapatkan lebih detai; tentang tali jam tersebut.
Katanya, pada awal-awal timbang tali jam itu adalah seberat 41.44 gram. Tapi selepas dibuang besi pendakap, beratnya berkurang kepada 28.6 gram.
.
.
Setelah di test asid pula dapat seberat 24.99991 gram. Jadi, hasil lebihan itu sebanyak 3.7 gram adalah emas. Kalau dikira dengan harga emas sekarang, dia mendapat RM750. Syukur.
.
.
.
Mingguan Wanita : Rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...