Suatu hari nanti, pasti gadis ini dikurniakan jodoh yang sepadan.

Seorang gadis nekad batalkan pernikahannya tiga bulan sebelum majlis kerana tidak mahu bermadu dan jadi perampas suami orang.

Dirinya tidak mahu membina bahagia atas kehancuran rumah tangga orang lain.

Tindakan nekadnya harus dipuji pabila dia tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan impak daripada perkahwinan yang bakal dibina.

Nekad Batalkan Pernikahan

Seorang gadis jelita di Indonesia meraih simpati pengguna media sosial apabila berkongsi kisah dirinya yang hampir berkahwin dengan seorang ustaz di kota suci Mekah tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut portal berita Suara.com, rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @milkiyahamira mendedahkan gadis tersebut membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya sudah beristeri.

Baca Juga Di Sini :

IKLAN

Siapa Sebenarnya Perampas? Boleh Didakwa Di Mahkamah!

“Mohon Jangan Rampas Suami Saya.” Seorang Isteri Sanggup Merayu Pada Kekasih Suami

Jatuh Cinta Pada Suami Orang, Puas Elak Tapi Inilah Takdir

“Ini Rumah Saya, Dibeli Hasil Simpanan Jual Makanan.” Tergamak Isteri Muda Halau Madu

IKLAN

Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu Jadi Perampas Suami Orang

“Saya pernah dilamar oleh seorang ulama tersohor dari Batam dan kami sepatutnya bernikah. Namun, tiga bulan sebelum majlis pernikahan, saya nekad membatalkan perkahwinan kami.

“Dia merayu-rayu agar saya mengubah fikiran sehingga sanggup mencium kaki saya tetapi saya tidak boleh menerima kenyataan ditipu untuk menjadi isteri kedua,” tulis keterangan video itu.

Tambah gadis itu, dia tidak sanggup bermadu dan bukanlah seseorang yang mahu membina rumah tangga dengan merampas suami orang.

Tindakan Terpuji

Keputusan tegas gadis itu mendapat pujian netizen yang percaya jodohnya pasti lebih baik daripada suami orang.

IKLAN

“Anda sangat luar biasa kerana memilih untuk tidak saling menyakiti kaum hawa. Pasti ada jodoh lebih baik menanti,” komen seorang pengguna TikTok.

“Anda cantik dan memiliki keperibadian yang bagus. Jodohnya juga harus orang yang baik-baik tanpa perlu berebut,” tulis seorang lagi. – Agensi

Mingguan Wanita : Poligami itu tidak salah, namun sedari awal lelaki ini tidak berlaku jujur kerana menipu status yang sebenar. Wajarlah jika niatnya untuk bernikah lagi tidak kesampaian. Nak cantik seperti gadis ini, BELI DI SINI

Sumber : Kosmo Online

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI