Memang sedap betul dan nampak ‘seksi’ sungguh dada ayam goreng kunyit yang garing ni. Makan pula dengan ulam timun, kicap dan sambal lada, memang satu lauk pun dah cukup. Malah sesuai sangat buat untuk menu bekal untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.
Bukan apa, dada ayam ni selalu bahagian yang paling ‘tak laku’. Jika goreng begini, memang ramai yang suka. Nak buat pun mudah.
Bawak bekal nasi ayam goreng ni. Kawan mengecek pastu dia minta ajar cara buat. Saya bagi gambar jer pastu saya suruh dia teka sendiri.
Bahan-Bahan:
Dada Ayam
serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk cili
Pewarna Kuning Telur
1 sudu besar tepung beras
Daun kari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Potong kecil dada ayam.Gaul dengan garam dan kunyit.
2.Letak serbuk cili sikit. Supaya pedas.
3.Letak beberapa titis pewarna kuning telur supaya nampak lebih pedas.
Ads
4.Masukkan tepung beras sikit. Untuk efek ‘crunchy’.
5.Panaskan minyak baru.
6.Masukkan ayam dalam minyak. Minyak kena banyak dan betul-betul panas.
Ads
7.Masukkan daun kari. Siapa dakwa dakwi kenapa saya tak masuk kan serbuk jintan ke serbuk kari ke serbuk kayu ke saya anfren. Nikan ayam saya biar la saya nak letak apa pun.
8.Dah garing, boleh angkat. Nak dukung pun boleh juga.
Siap!
Ads
Masa makan ni terbayang sambal lada. Terkenang kicap jiran pinjam tak reti pulang.. Teringat ulam timun tertinggal kat meja penimbang lupa nak bawa ke kaunter.
Menu bekal ni dari saya -Kakakbaby yang kerja di hari cuti.
Mingguan Wanita: Memang nampak sedap sungguh dada ayam goreng kunyit yang ‘seksi’ ni. Makan dengan nasi panas, ulam timun, kicap dan sambal lada pun dah cukup.
Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.
BAHAN-BAHANNYA:
125 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
100gm mentega
250ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Sediakan kastard segera bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit. Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.
Tip Masakan: Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Tempoh penyediaan: 20 minit
Hidangan: 7 orang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cekodok diperbuat menggunakan roti? Pernah dengar tak? Roti adalah antara makanan yang selalu ada di setiap rumah. Sangat memudahkan. Tak sempat nak masak,makan roti pun dah kenyang.
Selain itu, macam-macam hidangan lain boleh dibuat menggunakan roti seperti puding roti, sardine roll dan macam-macam lagi. Pendek kata roti banyak kegunaannya. Sebab itu ia teramat berharga terutama ketika PKP ini. Ramai merungut sukar nak mendapatkannya.
Pernah cuba tak? Memang sangat mudah, bahan pun tak banyak guna. Gerenti yang sedia ada di dapur rumah kita. Mesti anak-anak suka.
Cekodok Roti, Bahan-bahannya!
8 keping roti putih – carik-carikkan
1 labu bawang besar – potong dadu
Sedikit ikan bilis – tumbuk kasar
Sedikit lobak merah – racik halus memanjang
2 biji telur
Sedikit daun sup – racik
Sedikit garam
½ kiub ayam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
Masukkan roti yang dicarik-carik ke dalam mangkuk. Masukkan pula bawang, sayuran yang telah dipotong/racik dan bilis tumbuk. Seterusnya pecahkan telur dan masukkan kiub ayam. Gaul semua sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Panaskan minyak dalam kuali, sudukan sedikit adunan tadi dan goreng. Setelah masak dan berwarna keemasan, angkat dan toskan.
Ulangi proses hingga selesai. Sedia dinikmati panas-panas bersama sos. Boleh tambah cili padi jika anda suka pedas.
Tapi seeloknya bahagikan adunan kepada dua bahagian; untuk anak-anak yang tidak mengandungi cili padi.
Sajian untuk petang ini KHANOM KHAI NOK GRATAA @ THAI FRIED SWEET POTATO yang enak kalau dimakan bersama kopi o panas. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Hafizah Fiza dari Perlis. Sedap, lemak manis dan ranggup diluar meleleh di dalam! Jom, cuba buat sendiri.
Bahan-bahan:
500grm ubi keledek oren
2 1/4 cawan tepung ubi (225gm)
1/3 cawan tepung gandum (30grm)
1 sudu besar baking powder
4 sudu besar gula putih
1/2 sudu tea garam
Cara Buat:
1. Ubi keledek dikupas dan dipotong kemudian dikukus selama 20 minit.
2. Toskan masukkan ke dalam bekas kemudian lenyet/tumbuk bagi halus.
3. Masukkan semua tepung ubi, gandum, gula, garam dan baking powder gaul bagi sebati.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat, jangan besar sangat sebab bila menggoreng nanti dia akan menggelembung.
5. Jika melekat ditangan pedapkan tepung sedikit di jari. Bulatkan sehingga habis kemudian panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana panas untuk mendapat warna keemasan.
6. Sambil menggoreng bulatkan bola kecil, bila dah kekuning keemasan angkat dan toskan.
7. Sruktur kulit luarnya akan menjadi bulat dan halus sebab kita dah masukkan tepung ubi lebih dari tepung gandum.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...