‘Cepat marah bila anak buat perangai.’ Mereka tak kecil selamanya, sabarlah sekejap! Tidak dinafikan, kadang-kadang ragam membuatkan mak-mak hilang sabar.
Tetapi percayalah bukan mak seorang saja yang alami situasi malah ramai lagi ibu di luar sana yang emosi berdepan dengan perangai anak-anak kecil.
Ikuti perkongsian Puan Aimi Nawi ini dan fahami apa yang dilalui mak-mak adalah perkara ‘biasa’.
Cepat Marah
Aimi ada tertengok klip video conversation seorang ibu ni dengan DJ radio. Ibu ni kata dia rasa sangat tertekan. Dia PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan husband. Diakui dia rindu zaman bujang dia. Dia rasa alangkah baiknya kalau dia tak ada anak.
Lepas itu Aimi terbaca pulak post seorang ibu ni.
Dia ada seorang anak dan dia admit dia susah nak kawal perasaan.
Malah dia cepat marah kalau anak dia meragam.
Dia tak suka anak nangis or buat perangai or tantrum. Malah dia akan naik angin dalam situasi macam tu.
Bila Anak Buat Perangai
Bila Aimi baca komen,
Ramai sangat ibu share benda yang sama.
Ada yang kata,
Ada masa naik benci tengok muka anak.
Padahal anak tak sampai setahun pun lagi.
Ya Allah,
Ampunkan kami hamba Mu yang lemah.
Aimi admit ada masa Aimi pun rasa serabut bila anak menangis.
Rasa geram bila anak buat perangai.
Rasa nak jerit bila anak-anak bergaduh berebut mainan.
Banyak kali juga Aimi rasa marah,
Sampai Aimi tenung muka anak lama-lama.
Mereka Tak Kecil Selamanya
Akal yang waras tengah berperang dengan nafsu marah. Suara dalam kepala ni kata pukul, rotan dan cubit dia. Biar dia belajar sikit.
Kadang sampai menggigil tangan ni Aimi genggam. Geram. Nak pulak kita tengah penat. Ada banyak kerja lain menunggu. Kenapa anak susah sangat nak faham ni?
Aimi tenung muka anak lama-lama. Tarik nafas. Hembus nafas. I keep on breathing. Breathe… Breathe…
Ads
Lama-lama rasa marah itu jadi kasihan. Tengok muka anak sememeh nangis. Tengok mata dia sayu pandang kita.
Allahuakbar. Anak aku ni. Dia budak kecik dan dia tak reti selesaikan masalah dia except dengan cara menangis dan tantrum.
Itu saja cara dia express emosi dia. Lembutkan suara. Panggil anak datang dekat. Peluk dia dan pujuk dia. Sekelip mata senyap.
Sabarlah Sekejap!
Suasana yang huru hara tadi, sekelip mata aman tenteram. I keep telling myself, anak-anak tak kan kecil selamanya. Sabar lah sekejap.
Sabarlah dengan kerenah mereka. Itulah ladang pahala kita ibu-ibu.
Orang yang kuat adalah, orang yang menahan sabarnya. Kita ibu adalah orang yang kuat.
Kalau kita tak kuat, tak mungkin kita mampu bawak anak dalam perut selama 9 bulan kan.
Kalau kita tak kuat, tak mungkin kita mampu tahan sakit contraction.
Kita ibu-ibu Allah jadikan sangat kuat yang lahirkan anak kita, walaupun dalam penuh kesakitan.
Kita kuat, mampu sabar. Kalau rasa terlalu marah, sampai susah nak kawal diri, what I did… I walk away sekejap.
Masuk bilik, baring sekejap. Masuk dapur, minum air sekejap. Tarik nafas, hembus nafas.
Ads
Keep on breathing, insyallah tenang balik. Bila dah tenang, baru kita boleh confront tantrum anak dengan state emosi yang positif.
Kawal Emosi Sebaiknya
Dan state of mind kita sangat mempengaruhi emosi anak juga. Aimi perasan kalau Aimi nak handle anak buat perangai dengan rasa emosi negatif, anak jadi lagi susah nak dipujuk.
But if I walk away sekejap, calm myself down dulu. Then anak lebih senang dipujuk.
Anak sense negativity kita. Dia jadi lagi negatif.
Kita datang dengan emosi positif, kita boleh neutralkan semula emosi negatif anak.
Pandanglah muka anak-anak kita. Mereka adalah pinjaman dari Allah untuk kita.
Dalam ramai-ramai manusia lain,
Allah hantarkan mereka pada kita.
Malah Allah hadirkan roh mereka dalam rahim kita.
Juga Allah takdirkan mereka untuk kita,
As much as kita ditakdirkan untuk mereka.
p/s: Now I’m facing cabaran baru. Cabaran anak perempuan yang makin menghampiri keremajaan. Bangun tidur pagi tadi tiba-tiba boleh nangis sebab tak nak jaga kantin. I was like so random and so out of the blue
Mingguan Wanita : Bila diikutkan hati memang mak-mak tak mampu kawal emosi, namun sedarlah anak hanyalah sekadar pinjaman.
Memang jika diberi pilihan, wanita tak mahu berkongsi suami, apatah lagi ambil suami orang. Tetapi kalau dah takdir, apakan daya. Azalinya, telah menjadi fitrah seseorang wanita, inginkan dirinya disayangi secara istimewa dan tidak berkongsi. Berkongsi ertinya tidak istimewa. Namun sekiranya berlaku, ia perlu ditangani secara bijak dengan hikmah dan hemah, supaya saling menguntungkan antara satu sama lain. Dah nama pun isteri kedua, mental kenalah kuat sebab dari awal dah tahu, kau ambil hak orang kan.
Andainya belum bermadu, kita boleh mencipta diri kita yang mampu memenuhi kebahagiaan suami kita dan ini mampu mengelakkan ruang hasrat suami untuk menambah isteri baru. Tetapi, andainya telah berlaku dan kita bermadu, jangan habiskan banyak masa untuk bergaduh dan memburuk-burukkan madu kita agar suami kita membencinya dan menyayangi kita. Memburukkan orang lain tidak akan menjadikan kita baik, tetapi kita perlu berubah melakukan kebaikan kepada orang lain.
Menurut, Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, sebaiknya didik hati menerima fitrah ciptaan Allah bahawa setiap kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada kelebihan pada diri madu kita yang boleh membahagiakan suami kita, malah juga ada kelebihan yang boleh dipergunakan untuk kegembiraan kita. Saling bahagiakan, insyaallah bahagia yang dirasai mudah dikongsi untuk kita juga merasa bahagia. Sesekali terasa hati, itu adalah perkara biasa tetapi cepat-cepat merawat hati dengan kefahaman kita tadi.
Jalinkan Hubungan Yang Baik
Tambahnya lagi, sememangnya sesuatu yang agak sukar untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang mengguris hati atau setidak-tidaknya salah faham dan menyebabkan kecil hati antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan memujuk hati kita supaya memahami realiti sebenar tentang diri kita yang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tidak dinafikan agak berat untuk menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan madu, kerana ia membabitkan hubungan perasaan yang sangat kuat. Pun begitu, dengan memahami dan memujuk agar kita menghadapi realiti secara bijak dan memenangkan hubungan kita, serta istiqamah membiasakan tindakan positif, diyakini ia adalah sesuatu yang mampu diubah.
Selain itu, jelas Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, antara tindakan positif yang boleh dilakukan, sedari kelebihan madu kita yang menjadi kekurangan kita. Dalam bahasa langsung, pergunakan kelebihannya contohnya dia suka memasak, sinergikan supaya dia memasak dan kita ambil peranan yang kita gembira lakukan tetapi mungkin kekurangan dia. Menerusi cara ini, dia turut merasa gembira.
Memberi dan menerima serta saling bertukar sesuatu yang membahagiakan. Sekiranya madu kita tidak bekerja, cuba ambil jalan tengah dan bersepakat supaya dia uruskan rumah. Manakala kita berkongsi sebahagian gaji kita dengannya.
Barangkali nampak agak mudah diungkap, tetapi susah juga mahu dikota. Namun, dengan memujuk kefahaman kita dan istiqamah memulakan tindakan-tindakan begini, lama-kelamaan akan menjadi tabiat dan budaya hidup kita yang menggembirakan.
Agar sama-sama berasa menang. Kata orang didik hati agar redha. Kita hargai apa yang kita peroleh daripadanya dan kita hormati apa yang diharapkan olehnya daripada kita. Perkara ini sedikit-sebanyak memudahkan kita untuk menjadi redha.
Sebaiknya, tidak perlu bersaing untuk menunjuk-nunjuk kebaikan antara sesama madu, tetapi baik juga kalau bersaing menunjukkan kebaikan kepada suami. Namun lakukanlah secara sihat dan berhemah. Jika kedua-dua kita tunjukkan rasa memberontak dan menyedihkan suami, tidak mustahil suami akan mencari tambahan yang baru dan mungkin bertambah lagi rasa sakit di hati kita.
Peranan Suami
Pertamanya, betulkan di hati bahawa tanggungjawabnya berganda berbanding suami beristeri satu.
Perkara paling penting, pastikan berlaku adil terutamanya pada keperluan berbentuk fizikal dan material.
Masa lebih terhad berbanding beristeri satu. Uruskan masa sebaiknya untuk keluarga berganda dan makin kurang untuk bersama kawan-kawan mahu pun bersendirian.
Sedia berkorban dan kurangkan kepentingan diri kerana banyak hati yang perlu dijaga dan mudah terasa.
Elakkan sama sekali daripada membanding-bandingkan kelebihan mana-mana isteri atau pun menyebut kelemahan isteri tertentu. Hargai kelebihan masing-masing.
Perlulah semakin dekat dengan Allah untuk sokongan kekuatan menjaga dan mendidik dua isteri dan lebih ramai anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seorang isteri sanggup merayu pada kekasih suaminya demi menyelamatkannya rumah tangga, “Saya mohon jangan rampas suami saya.
Ternyata hebat wanita ini tidak terus melenting atau marah-marah, sebaliknya menggunakan cara baik untuk mendapatkan suaminya kembali. Tidak semua wanita kuat sepertinya.
Seorang Isteri Sanggup Merayu Pada Kekasih Suami
Sebuah video di Jakarta, Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang isteri merayu kepada seorang wanita yang didakwa merupakan kekasih suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kejadian yang dikatakan berlaku di wilayah Sumatera Selatan itu memperlihatkan wanita berkenaan menundukkan kepalanya kepada wanita perampas tersebut sambil menangis dan merayu.
“Saya minta maaf dengan kamu jika saya ada berbuat salah. Tolong selamatkan rumah tangga saya,” rayu wanita tersebut.
Video Tular
Teman wanita suaminya itu kemudiannya dilihat turut terduduk dan menangis sambil mengelap air matanya.
Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menjadi tular dengan rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka melihatkan situasi itu.
“Jangan jatuhkan maruah sebagai seorang isteri,” komen seorang pengguna.
“Bagus cara yang digunakan wanita ini dengan tidak menggunakan kekerasan,” kata seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Harapnya suami wanita ini berfikir dua kali untuk curang. Tindakannya yang matang membuktikan dia bukan wanita biasa-biasa hingga sanggup merendahkan ego semata-mata untuk menyelamatkan rumah tangga dan mendapatkan kembali suami tercinta.
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.
Berita tersebut telah disampaikan oleh anak perempuan Allahyarham, Naffizz atau nama penuhnya Nurwafiez Syahiddah menerusi akaun Stories Instagramnya.
Untuk rekod, pelakon senior Liza Abdullah pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli, namun berpisah pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, Nurwafiez, Syahiddah, Zulsyahmi Naqib dan Zulsyahmi Afif.
Bekas Suami Liza Abdullah Meninggal Dunia
Menerusi perkongsian, Naffizz memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada Rabu malam.
“Abah saya, Zolkefli Abdul Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi (Rabu).
“Dimaklumkan, jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengah hari Khamis selepas dimandi dan disolatkan di sebuah masjid di Sentul.
“Jenazah kemudiannya dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30 pagi (Khamis),” titipnya.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih. Insya-Allah disemadikan jam 12 tengah hari.
Pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini Liza Abdullah mendedahkan beliau dan bekas suami menyambut Aidilfitri bersama.
Tampil sedondon dengan anak-anak, Liza masih menjalin ukhuwah bersama bapa anak-anaknya dan berkumpul di rumah bekas adik ipar di Alam Impian, Shah Alam.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.