
Isi Kandungan
ToggleKalau nak cerita pasal resepi cekodok pisang tu, macam ramai yang dah tahu apa bahan dan macam mana nak buat.
Tetapi anda berjaya tak hasilkan bentuk cekodok pisang tu bulat-bulat comel macam ini?
Haaa… inilah rahsianya, Puan Norlela Abdul Lahak sudi kongsikan dengan pembaca lain untuk anda cuba buat sendiri di rumah.
Nah, jemput godek!

Bahan-bahan Buat Cekodok Pisang:
1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum*
3 cawan gula*(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam*
Air secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.
- Blend bahan yang bertanda bintang.
- Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung, gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.
- Jangan terlalu cair. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali.
Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Gerenti Tambah Nasi Berkali-kali

Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Gerenti Tambah Nasi Berkali-kali
Resipi gulai tempoyak memang menjadi menu pembuka selera seisi keluarga. Kita buat sedikit kelainan dengan mencuba resipi gulai tempoyak telur goyang. Biasanya gulai tempoyak kita guna telur itik tapi resipi ini boleh juga menggunakan telur ayam.
Nampak sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak, bolehlah cuba menu ini ya!
RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
Cili padi
Cili merah besar – buang biji
Bawang putih (guna banyak)
Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
Air secukupnya
Serai – diketuk
Sedikit santan
Serbuk kunyit secukupnya
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2. Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah digoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.

10. Gulai tempoyak telur goyang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fastabiqul Khoirot
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Tepung Sedap Lagi Berkhasiat, Lembut & Mengenyangkan, Nak Buat Pun Senang!

Isi Kandungan
ToggleSup Tepung ni dikatakan hidangan popular bagi orang disebelah Pantai Timur. Ia cukup sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik untuk sarapan pagi, minum petang mahupun makan malam. Tekstur tepungnya yang lembut, rasanya yang sedap,berkhasiat malah cukup mengenyangkan! Nak buat pun senang sangat hanya guna 5 bahan!
Berikut perkongsian resipi Sup Tepung oleh Puan Joriah Jue sebagi rujukan;
Dulu masa kecil-kecil, saya selalu bermain di rumah jiran Cina, India di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini SUP TEPUNG.
Alhamdulillah jadi favorite family. Hari ni buat sarapan, boleh juga buat makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan sesuai untuk orang sakit, orang tua dan kanak-kanak.Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker.
Cubalah sendiri!
Resipi Sup Tepung
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
3 sudu ikan bilis
seikat sawi (rm3- sawi kampung lagi best)
minyak untuk menumis
garam secukupnya
Cara Membuat:
1. Uli tepung + sedikit garam + air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.
2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.
3. Masukkan air 1 liter. Biarkan rendidih.
4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis.
5.Masukkankan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.
6. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.

7. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Joriah Jue
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Siapkan Pek Makanan Berpantang Mudah, Bantu Rakan Alami Keguguran

Isi Kandungan
ToggleKata lelaki ini, Ariff Ismail, walaupun alami keguguran, ibu perlu juga berpantang. Sekurang-kurangnya dua minggu. Sebab itulah, dia bantu rakannya ini siapkan menu pek makanan berpantang yang mudah.
Hari ini berkesempatan menyediakan makanan untuk ibu berpantang. Baru baru ini salah seorang life planner bawah kelolaan saya mengalami keguguran. Oleh itu, saya luangkan sedikit masa untuk sediakan pek makanan berpantang untuk beliau.
Ramai yang tak sedar, berpantang dan makanan pantang bukan untuk ibu yang baru lepas bersalin sahaja, ibu ibu yang mengalami keguguran juga perlu berpantang. Paling kurang perlu ambil masa sehingga 2 minggu.
Pemilihan bahan mentah amat penting untuk ibu dalam pantang, perlu segar dan berkhasiat. Pastikan ikan yang dipilih tidak mengakibatkan kegatalan atau elergik kepada ibu yang berpantang.
Untuk kali ini, saya sediakan bekalan selama seminggu untuk beliau. Bahan mentah yang saya pilih kali ini adalah, ayam kampung, daging batang pinang, ikan selar dan ikan salmon.
Saya pelbagai menu supaya ibu yang berpantang tak rasa jemu untuk makan lauk pantang. Bila kita sediakan lauk pantang, perbanyakan penggunaan halia dan lada hitam. Ini dapat memanaskan dan melancarkan badan ibu yang sedang berpantang.
Penyediaan Pek Makanan Berpantang Untuk Ibu Keguguran
Saya kongsikan sedikit resepi masakan berpantang:

1. Ikan Selar Bakar
Bahan bahan perapan:
– Bawang putih
– Bawang merah
– Halia
– Kunyit
– Lada hitam
– Garam
Cara penyediaan:
- Tumbuk bahan bahan perapan, bersihkan ikan, kelar sedikit ikan untuk pastikan bahan bahan menyerap dalam isi ikan.
- Setelah siap perapan, boleh grill atas kuali atau bakar dalam ketuhar.
2. Ikan Selar Pindang
Bahan bahan:
– Bawang merah
– Halia
– Bawang Putih
-Garam
– Asam Keping
Cara Penyedian:
- Hiris bawang merah, bawang putih dan halia, masukan air dalam periuk, bersihkan ikan dan masukan dalam periuk beserta bahan hiris yang telah disediakan.
- Masukan garam dan asam keping.
3. Daging Lada Hitam
Bahan bahan:
– Daging
– Lada Hitam
– Halia
– Bawang Merah
– Garam
Cara penyediaan:

- Tumbuk halia dan bawang merah, bersih kan daging dan perap dgn bahan yang telah ditumbuk.
- Selepas itu perapkan bersama lada hitam dan sedikit garam.
- Grill atas kuali bersama sedikit minyak zaitun.
4. Ayam Kampung Panggang
Bahan bahan:
– Ayam Kampung
– Halia
– Kicap
– Lada Hitam
– Bawang merah
– Bawang Putih
Cara Penyediaan:
- Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih.
- Perap kan bersama ayam, letak sedikit kicap dan lada hitam.
- Boleh grill atas kuali atau bakar dalam ketuhar.
5. Salmon Grill
Bahan bahan:
– Ikan Salmon
– Garam
– Lada Hitam
– Minyak Zaiton
– Lemon
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ikan salmon dan letak sedikit garam dan lada hitam. Panaskan minyak zaitun dan grill atas kuali. Perahkan sedikit lemon untuk menambah kesedapan salmon.
- Ini antara resepi yang saya sediakan untuk ibu berpantang. Untuk para suami diluar sana boleh siap kan dalam bentuk pek pek untuk memudahkan kerja kita.
- Bila nak masak keluarkan dan terus masak. Hidangkan bersama nasi panas. InshaAllah isteri akan tersenyum sambil berpantang.
MW : Mudah kan semua resepi pek makanan berpantang ini. Silakan mencuba.
Sumber/Foto : Ariff Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI