Selain menggunakan anak pokok, rupanya pokok lemon juga boleh disemai dengan menggunakan biji benih. Namun pastikan pilih biji benih yang bersaiz besar, dipotong sedikit kulit dan bijinya sebelum direndam semalaman. Bukan apa, buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan.
Untuk faham lebih lanjut cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih boleh rujuk perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad ini.
Assalamualaikum.Hari ini di pagi Jumaat yang barokah, saya nak ajar ahli ahli group cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih.
Ikut semua step yang mudah di bawah.
1. Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yang bersaiz besar.
2. Rendam semalaman di dalam satu bekas selepas disunatkan. Air hanya perlu paras lemon sahaja. Tak perlu banyak.
3. Ini bentuk biji lemon selepas disunatkan dan direndam semalaman.Senang aje nak sunatkan. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lebih mudah.
5. Tebuk begini mangkuk polisterine supaya mudah disemai.
6. Begini jadinya.
7. Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bagi lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tengahari cukup.Saya letak atas batu disekat dengan pagar.
8. Setelah 3 minggu.Bagi cahaya penuh.
Ads
9. Setelah sebulan setengah.
10. Hampir dua bulan.
11. Selepas 11 bulan.
12. Banyak daun daun baru yang keluar selepas ditabur dengan Epsom salt bulan lepas.Kepentingan utama epsom salt adalah untuk merawat tanah, pokok dan daun serta elak dari makhluk perosak.
13.Cantik kan.
Ads
14. Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.
Info Ekstra!
Apabila semai dari biji untuk cepat tumbuh saya guna tiga benda aje.Air beras yang diperam, baja tinja kambing dan epsom salt untuk rawat tanah dan kesuburan setiap minggu.
Kalau guna biji benih ni ambik masa bertahun untuk berbuah.Saya punya ni baru 11 bulan.Mungkin dalam sebulan dua lagi saya akan kahwinkn pokok lemon ni dengan dahan hibrid yang sudah berbuah.
Dalam banyak-banyak resipi kuruskan badan, tentu ramai pernah dengar tentang khasiat air detoks atau air rendaman lemonkan? Ramai ke mak mak yang cuba?
Saya pun sebenarnya antara peminat buah lemon sebab yakin lemak-lemak degil akan terhakis bila minum air masam tu. Saya ingat, makin masam makin baguslah. Makin cepat kurus.
Sampailah saya menonton perkongsian Dr. Hanifah Bashirun dalam segmen kesihatan program Mingguan Wanita, minggu lepas. Persepsi saya terus berubah bila doktor kata tubuh badan kita ni sebenarnya akan auto-adjust semua air yang diminum ke pH 7.35 – 7.45. Maknanya kalau kita minum air alkali atau air detoks masam sekali pun, badan kita tetap akan serap air tu dan adjust ke pH normal bagi menjaga sel badan.
Sejauh mana keberkesanan air detoks dan air alkali yang didakwa baik untuk kesihatan tubuh badan? Ini penjelasan pakar perubatan, Dr. Hanafiah Bashirun berkaitan kemusykilan tersebut dalam program Mingguan Wanita, 19 Julai 2018.
Betul juga katanya. Kalau sel badan kita ni sewenang-wenangnya serap pH berasid atau beralkali, tentu semua sel akan kecut. Sebab itu Tuhan ciptakan sistem yang sangat kompleks untuk neutralkan apa saja pH air yang kita minum, supaya sel tak terjejas.
Tapi disebabkan saya memang suka air rendaman lemon, jadi saya tetap belajar cara-cara memaksimumkan khasiatnya untuk diminum setiap hari. Jom ikut petua mudah ni.
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Rendam Dengan Kulit
Walaupun agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malah kalau nak tahu, lebih baik kita rendam kulit lemon berbanding rendam isi buah lemon itu sendiri.
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Cara Simpan Lebihan Hirisan Lemon
Kalau masih ada sisa hirisan lemon, boleh ke ia disimpan semula dalam peti sejuk? Tiada masalah. Lemon sebenarnya adalah sejenis buah yang cukup awet. Walaupun nampak mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah. Mudahkan?
Jadi walaupun kita tahu macam-macam resipi kurus, belum tentu secara saintifiknya baik untuk kesihatan. Kadang-kadang mitos belaka untuk lariskan jualan! Mak mak jangan terus percaya ya.
Hari ni saya sempat dapatkan pesanan cikgu fitness Kevin Zahri untuk followers Mingguan Wanita. Jangan stres untuk kuruskan badan dan gembiralah selalu. Sehingga itu, salam sayang daripada saya, Editor Mingguan Wanita… Norzalina Mohd Alias.
Tidak dinafikan air rebusan bijirin Barli memang banyak khasiatnya terutamanya dalam membantu bagi mengatasi masalah kencing kotor dan tak lawas. Bahkan juga mampu menyejukkan panas badan.
Malah bijirin barli juga merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.
Boleh cuba buat sendiri air Barli home made seperti yang dikongsikan oleh Puan Azrina Ien ini.
Semalam ada yang share buat air barli. Hari ni saya try buat panas-panas, ni rasa segar je dapat air barli homemade.Air ni juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-Bahan:
Barli
Gula kundur
Kismis
Gula batu
Daun pandan
Cara Membuat:
1. Rendam barli 5 minit untuk buang kotoran.
2. Cuci bersih barli dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambah air dan daun pandan.
4. Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis, gula batu dan buah kundur.
Siap untuk dihidang, Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Tengok rumah orang, bukan main cantik langsir eyelet menutup pintu sliding rumah masing-masing. Elok je cantik tersusun. Rumah sendiri.. entah mana silapnya tak mahunya jadi cantik sekata. Sakit lak mata menengoknya.
Rupanya ada cara macam mana nak jadikan langsir jenis eyelet ni cantik tersusun dan tak menggelembung tak tentu arah. Ini tip DIY ‘curtain devider’ yang dikongsikan Lia Johari. Cuma guna cawan plastik saja.
Ini Cara Jimat DIY ‘Curtain Devider’ Langsir Eyelet
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Rujuk Stepnya Pada Gambar
Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
Guna plastik cup macam ni.
Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
Masukkan cup yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.
Done!
MW : Mudah sangat rupanya. Bolehlah mak-mak cuba ya.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.