Cara simpan sayuran atau barangan basah di dalam peti sejuk sangat penting untuk menjamin kesegarannya dan supaya ia tahan lebih lama.
Mak-mak terutamanya yang bekerja, masa cuti hujung minggu digunakan untuk mengemas dapur dan peti sejuk. Waktu ini barulah terperasan banyak sayuran dan daun herba yang sudah layu dan busuk. Aduh, sayangnya.
Itu perkara normal lebih-lebih kalau sayuran itu dibiarkan begitu saja bercampur semuanya dalam peti sejuk. Wanita ini, puan Leeza https://www.facebook.com/leeza.zhazlitelah berkongsi bagaimana cara dia menyimpan sayuran herba itu supaya lebih tahan lama. Mudah saja, guna plastik aiskrim. Ha…ada tak yang guna cara yang sama? Yang belum guna, boleh ikut tip yang dikongsikan ini ye. Sangat bermanfaat.
Ads
Cara Simpan Kena Betul Elak Cepat rosak
Antara sayuran herba yang selalu dibeli seperti daun ketumbar, daun sup, daun pudina, daun bawang, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Herba ini biasa kita guna dalam kuantiti yang sedikit tiap kali masak.
Jadi, tentu ada lebihan yang perlu disimpan dengan teliti supaya boleh digunakan dalam tempoh lebih lama, Namun, kalau tak kena cara penyimpanannya, memang mudah busuk.
Dengan menyimpan di dalam plastik aiskrim, lagi memudahkan sebab kita boleh asingkan sayuran itu dalam jumlah kecil. Jadi, kita tak perlu keluarkan sekali gus semua sayuran kalau kita nak masak. Satu atau dua plastik aiskrim dah memadai untuk satu hidangan.
Ads
Simpan Sayur Dalam Plastik Aiskrim Untuk Tahan Lama
Caranya, cuci semua sayuran itu dengan air bersih sebanyak tiga kali. Setelah itu, sejat dan buang airnya.
Setelah itu, potong kecil (agak-agak saiz boleh masuk dalam plastik aiskrim), tuang air masak secukupnya. Ikat kemas. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan bila nak masak nanti. Anggaran penggunaan satu plastik aiskrim satu kali masak.
Ads
Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Biar ia jadi ais. Nanti nak masak, hanya masukkan dalam periuk. Mudah kan? insya-Allah sayuran kekal segar dan kita dapat elakkan pembaziran. Selamat mencuba ye!
15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsikan Ilmu Pilih LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna! Lemang boleh dikatakan juada wajib setiap kali tibanya musim raya. Namun nak beli lemang ada ilmunya, barulah lemang tersebut elok masak sempurna dan boleh tahan lama.
Bukan apa, sebatang lemang boleh tahan juga harganya.Jika tersalah beli dan tak menepati citarasa memang boleh ‘frust’ dan rasa tak berbaloi pula.
Ikut tip mudah yang dikongsikan oleh penjual lemang Encik Harris Rosli ini sebagai panduan.
Haihh lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak beli lemang. Untuk kawang-kawan dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.
Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersaling minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan.
1. Banyak Kayu Dibakar
Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Pilih Saiz Sederhana
Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?
3. Belah Bahagian Bawah Lemang
Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.
4. Beli Banyak Minta Diskaun
Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
5. Elak Lemang Bakar Guna Kayu Pallet
Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
TIP Lemang Tahan Lama
1. Pilih ‘Kepala’ Lemang Kering
Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari.
Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…
2. Terbalikkan Lemang, Biar Berdiri
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
3. Bau Dahulu ‘Kepala’ Lemang
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral.
Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.
Mingguan Wanita: Semoga tip daripada penjual lemang ini bermanfaat buat mak-mak yang nak beli lemang. Barulah berbaloi dan mudah tertipu, malah lemang pun tahan lama.
Bagi wanita atau mak-mak yang mempunyai masalah berat badan, mula merasakan bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kuruskan badan.
Sebab itu, ada sesetengah yang brepuasa, tidak kiralah walaupun bukan bulan Ramadan sekali pun. Bukan sahaja dapat pahala puasa sunat tapi turut membantu menurunan berat badan.
Walaupun merasakan bulan Ramadan adalahmsa terbaik untuk menurunkan berat badan, tapi janganlah setiap hari timbang. Tahulah tak makan dan minum sepanjang hari.
Perkongsian daripada Arif Sukri, pakar fitness tentang waktu yang sesuai untuk kita menimbang berat badan. Moga boleh dijadikan panduan untuk anda yang tengah berusaha untuk kurus dan dapatkan bentuk badan idea.
Bila waktu sesuai timbang berat badan masa berpuasa? Ini senarai ringkas waktu
terbaik untuk kalian ikut:
1. Timbang sebelum sahur – Masa ini berat badan boleh jadi yang paling teringan akan kalian dapat. Timbang rasa ringan baru best kan.
2. Sebelum tidur lepas buka puasa. Waktu ini pun boleh timbang.
3. Timbang sebelum berbuka. Ini pun best. Masa ini pun kalian boleh dapat keputusan yang paling ringan dan senyum saja.
Nasihat Terbaik
Ini antara waktu terbaik yang boleh saya cadangkan untuk kalian. Bagi semak berat masing-masing. Cuma nasihat saya yang lain,
1. Semasa puasa berat badan boleh berubah secara drastik. Akibat hilangnya air dalam badan.
2. Jangan timbang lepas berbuka. Tak adil betul judge penimbang lepas top up makanan dan minuman.
3. Buat timbangan secara berstruktur. Jangan timbang hari-hari.
Kawan-kawan. Berat hanyalah sebahagian kecil progres yang kalian boleh dapat dari manfaat berpuasa. Jangan tumpu banyak-banyak sangat dengan berat.
Hargailah bila turun, syukur bila statik dan tenang bila naik sikit. Banyak lagi manfaat lain semasa Ramadan yang kalian boleh dapat. Kesederhanaan, kesabaran dan fokus dengan ibadah.
Tenang dengan Ramadan anda. Insya-Allah ibadah dapat, manfaat sihat pun dapat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pokok Sawi antara sayuran berdaun hijau yang selalu kita gunakan dalam masakan. Baik untuk digoreng, dibuat sup dan dicampurkan dan mee. Seronok sungguh jika dapat tanam pokok sawi yang subur, berdaun lebar dan besar-besar di rumah. Jimat kos dan paling penting bebas racun dan di tanam secara semula jadi.
Jika mak-mak nak cuba tanam sendiri, pokok sawi gergasi ni, boleh cuba tanam ikut cara dan teknik yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini sebagai rujukan.
Sawi Gergasi : Cara tanam mudah dan betul.
Daun separa tegak, bujur dan lebar berwarna hijau berminyak. Batang daun lebar dan tersusun rapat. Kutipan hasil 33 hari selepas di semai.
1. Proses Penyediaan tanah
Penyediaan tanah adalah sangat penting sama ada di tanah ataupun di dalam pasu Penggunaan pasu tanaman adalah lebih mudah digunakan sekiranya laman rumah adalah terhad.
Jenis tanah yang digunakan pula perlulah mengikut skala 3:2:1 dimana 3 tanah: 2 kompos: 1 pasir. Sekiranya tiada kesempatan untuk menyediakan tanah mengikut skala ini, penggunakan tanah hitam yang dibeli di kedai juga boleh digunakan. Masukkan tanah ke dalam pasu tanaman sehingga ¾ paras pasu tanaman.
2. Semaian Biji Benih
Biji sawi adalah bersaiz sangat kecil dan sekiranya ditanam dengan ditabur begitu sahaja akan menyebabkan pertumbuhan yang sangat rapat. Jika sawi tumbuh begitu rapat, sawi tidak menerima nutrien yang cukup dan menyebabkan sawi bersaiz kecil.
Teknik yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan benih sawi dengan sedikit pasir, setelah itu ditabur pada tapak semaian. Penanaman yang teratur akan membuatkan tanaman tumbuh secara seragam.
Siram secara perlahan, adalah lebih baik disiram menggunakan spray halus . Siram 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan lewat petang.
3. Penjarakkan atau Pemindahan sawi
Setelah 3 atau 4 hari, sawi akan bercambah. Sekiranya sawi telah mencapai saiz 3 inci ataupun memiliki 4 daun, penjarakkan atau penjarangan sawi perlu dilakukan di mana setiap pokok sawi perlulah mempunyai sedikit jarak iaitu 10cm diantara satu sama lain (jika di tanam dalam bekas yang besar).
Jika berminat untuk memiliki sawi yang bersaiz gergasi. Pindahkan anak pokok 1 pokok untuk 1 pasu.
Penjarangan atau pemindahan pokok dijalankan bagi memberikan ruang dan nutrien yang cukup pada tanaman sawi.
4. Pembajaan
Seterusnya, proses pembajaan sawi adalah cukup jika digunakan baja organik sama ada yang dibeli ataupun dibuat sendiri dari sisa dapur. Sekiranya membeli baja, pemberian baja NPK 15:15:15 kepada tanaman sawi boleh dilakukan seawal minggu kedua, minggu keempat dan minggu kelima penanaman.
Pemberian baja tersebut pada kadar 5 gram /1sudu teh sepokok dengan cara menabur baja disekeliling pokok. Sebaiknya tidak terlalu rapat sehingga terkena batang pokok. Setelah membaja, pokok perlu disiram supaya baja lebih mudah diserap masuk ke dalam tanah dan diambil oleh akar pokok.
5. Kawalan Penyakit
Sayur sawi tidak dapat dielakkan dari gangguan penyakit dan juga perosak. Kawalan penyakit dan perosak juga adalah penting dalam tanaman sawi kerana perosak gemar dengan sayuran berdaun dan tanpa kawalan yang rapi, daun akan dimakan oleh perosak dengan cepat.
Adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah secara biologi ataupun kawalan secara organik. Racun organik di sembur seminggu sekali.
6. Penuaian
Sayur sawi boleh dituai dalam masa 33 hari atau 35 hari selepas pemindahan anak pokok. Sawi dipotong pada bahagian batang paling bawah dan akar boleh dibiarkan sehingga menjadi reput dalam tanah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok sawi sendiri di rumah, ikut tip dan cara yang dikongsikan ini. Segar, boleh terus petik dan masak di dapur.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...