
Rupanya ada cara mudah untuk mengait buah pada pokok-pokok yang tinggi supaya buah tetap elok dan tak jatuh ke tanah. Biasanya pokok-pokok tinggi seperti betik dan mangga sangat sesuai dengan cara ini berbanding guna galah semata-mata, yang boleh menyebabkan buah jatuh pecah mahupun lebam.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Abdul Rahman Man sebagai panduan.
Alhamdulilah..pokok betik dah tinggi hampir nak sama tinggi dengan tiang api. Terpikir macam mana cara-cara nak amik tapi buah tak rosak.
Cara ni berkesan dan buah pun tak rosak. Sebelum ni nak amik buah betik guna galah dan jatuh rosak macam tu ja.
Bahan Diperlukan:
Botol minuman saiz 1.5liter
Cable Tie (Pengikat Cable)
Gunting/Pisau
Batang Kayu/ mop/besi
Cara Membuat:
1.Potong bahagian bawah botol minuman dengan gunting atau pisau.
2. Buatkan dua lubang seperti di dalam gambar dan masukkan cable tie.
3. Ikat cable tie tersebut pada batang kayu/mop dengan ketat.
Siap! Boleh digunakan. Selamat mencuba.
Mesti Baca:“Campak Biji Dalam Pasu”, TOMATO CERI Berbuah Lebat Di Balkoni Kondo Tingkat 13!
Baca Lagi Di Sini:Sembur ‘Baja Yakult’ Pokok LIMAU KASTURI Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
Artikel Menarik:“Setangkai Pokok LEMON Ada 10 Biji Buah”, Lelaki Ini Kongsi Petua Baja!
Mingguan Wanita: Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Barulah kait buah elok tak rosak atau pecah. Sesuai untuk pokok yang tinggi.
Sumber: Abdul Rahman Man
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Buat Baja Ikan, Suburkan Pokok Bunga, Sayuran Dan Tanaman Berbuah

Mak-mak, jika menyiang ikan di dapur janganlah dibuang sisa ikan itu. Boleh dijadikan baja ikan yang berkesan untuk menyuburkan tanaman. Sebab ikan itu sendiri kaya dengan amino asid yang sangat baik untuk tanaman.
Sama ada tanaman jenis pokok bungan, sayuran mahupun tanaman berbuah. Baja sisa perut ikan organik ini sesuai untuk digunakan.
Norahim Ibrahim kongsikan cara pembuatan baja ikan yang mudah. Dengan sukatan yang betul, membantu pokok sayuran anda subur dan gemuk-gemuk daunnya.
Lebihan Sisa Perut Ikan Jangan Dibuang
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula Melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan).
Fungsi gula merah : Untuk merangsang pembiakan bakteria untuk menyuburkan tanah.
Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman.
Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
- Masukkan perut ikan ke dalam tong peraman. Gaulkan dengan gula merah. Lagi lama peram lagi power baja ni nanti.
Cara Buat Baja Ikan
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini.
- Nisbah perut ikan dan gula merah = 1:1.
- Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
- Peramkan 3~4 minggu.
- Tutup. Simpan di tempat gelap.
- Lepas tu tapis patinya.
Kadar Bancuhan
- 10ml pati + 1L air.
- Siram
Senang, kan?
Baca sini : Baja perut ikan, hasilnya pokok kari merimbun, boleh guna pada pokok lain jug
Hasil Tanaman Guna Baja Ikan
Mingguan Wanita : Selain itu, mak-mak boleh juga cuba baja roti dan baja ajinamoto untuk suburkan tanaman.
Sumber/Foto : Norahim Ibrahim
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
- Rahsia mereka?
- Apa yang mereka lakukan?
- Ilmu-ilmu yang diamalkan?
- Siapa yang susah senang bersama mereka?
- Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY “Terarrium” Kaktus, Guna Pokok Hidup & Tiruan, Jimat Kos Sebab TIDAK Membesar

Selain snake plant ditanam begitu sahaja, mak-mak juga boleh mencuba idea ini untuk menggabungkan pokok viral ini dengan kaktus hidup dan tiruan untuk dijadikan hiasan dalam rumah.
Gubahan DIY Terarrium Kaktus ini turut menggunakan kaktus tiruan kerana dapat menjimatkan kos, kerana pokok kaktus tiruan senang dijaga dan ia tidak akan membesar.
JOM DIY GUBAHAN TERARRIUM KAKTUS INDOOR DECO
Bagi penggemar indoor deco selalunya sanggup mengeluarkan modal beratus ringgit untuk menghias ruang rumah mereka. Bukan semua yang mampu membuat sendiri gubahan pokok-pokok kaktus atau scculents yang dibeli.
Kebanyakan hanya beli, bawa balik rumah dan tukar pasu plastik kepada pasu seramik dan letak di sudut yang sesuai di rumah.
Cikgu Ida yang biasa dikenali dengan tagging Jemariseni Cikgu Ida ingin berkongsi bagaimana menjadikan gubahan terarrium kombinasi kaktus dan bungaan lain agar bernilai komersial dan menjana pemikiran yang kreatif dalam seni menanam sesuai dengan indoor deco moden.
Cikgu Ida menggunakan kombinasi kaktus hidup dan kaktus tiruan untuk menjimatkan kos selain dari gubahan lebih bertahan lama kerana pokok tiruan tidak membesar.
Jika dibeli di nurseri gubahan terarrium seperti ini berharga lebih dua kali ganda dari hasil buatan kita sendiri. Sebenarnya komposisi tanah yang betul untuk bantu pertumbuhan kaktus serta kombinasi pokok-pokok dan aksesori seperti tunggul kayu, batu kecil, lumut, kaktus tiruan serta memberi impak keindahan dalam gubahan.
Penjagaan gubahan ini amat mudah kerana tidak perlu disiram hari-hari, cukup sekadar seminggu sekali dan bawa keluar seminggu sekali juga untuk dapatkan cahaya matahari untuk pertumbuhan pokok yang lebih baik. Jika ada 2 pasu penggiliran sebagai hiasan deco dalaman lebih baik.
ANGGARAN KOS
- Tanah yang sesuai untuk kaktus (campuran tanah hitam, merah dan sabut) RM2.50 satu beg
- Pasu seramik yang unik rekabentuk dapat menarik perhatian RM15 – RM50 ikut saiz dan pilihan
- Tunggul kayu/kayu hanyut RM6 – RM8
- Pelbagai jenis kaktus RM 2.50 sepasu dan ke atas
- Bunga lain ikut kesesuaian seperti setawar (Bryophyllum Pinnatum), Lidah Mentua atau Snake Plant (Sansevieria), Fittonia, nenas hiasan serta lain-lain
- Kaktus tiruan RM2.10 keatas ikut jenis
- Pasir dan batu RM5.00 keatas ikut saiz
- Batu lumut sebagai hiasan RM 6.00
Peralatan menanam dan tunggul kayu, kaktus serta pokok lain yang diperlukan.
JOM KITA LIHAT PROSES PENYEDIAAN GUBAHAN
- Masukkan tanah campuran (tanah hitam, tanah merah dan sabut) penuh dalam pasu serta tunggul kayu diletak pada sudut yang sesuai dalam pasu tersebut. Ikut kreativiti masing-masing ya.
Ratakan tanah dan pastikan tunggul kayu teguh dengan tekan tanah kuat di pangkalnya.
- Pilih kaktus atau pokok untuk digubah, biasanya yang tinggi akan ditanam dibelakang bermakna ianya tanam dahulu. Pokok Lidah Mentua ini tinggi bermakna kita tanam di bahagian belakang bersebelahan tunggul kayu. Jambul nenas menjadi salah satu penyeri serta penjimatan kos dalam gubahan ini. Pokok Fittonia pula menjadi pilihan kombinasi terrarium kaktus kerana warna daun yang dapat menjadi titik tumpu atau fokus mata kerana perbezaan rupa dan warna berbanding kaktus yang lain.

5. Setelah siap, gubahan ini sudah mampu meajadi terapi minda kita apabila ia menjadi penghias sudut rumah terutama di ruang tamu sebagai indoor deco. Kelebihan gubahan terarrium ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang menarik.

INFO MENARIK
- Pilihan pokok yang daun berwaarna warni dapat menembah seri gubahan kita seperti fittonia, Snake Plant dan lain-lain.
- Pembajaan yang digalakkan ialah baja yang dicampur air dan spray pada tanah. Sebulan sekali sahaja.
- Kreativiti menenam dan penjagaan menjadikan gubahan ini bertahan lama. Usah dibaja selalu atau siraman yang minima agar pertumbuhan dapat dibantutkan seperti penjagaan bonsai.
- Terapi minda dan mengisi masa terluang buat tuan dan puan yang telah memasuki alam persaraan disamping penghias ruang yang mempunyai nilai keindahan serta luar dari kebiasaan menanam pokok bunga untuk indoor deco moden. Semoga bermanfaat buat penggemar indoor deco. Bagi mak-mak yang ingin menambah koleksi barangan di rumah, boleh klik di sini. Selamat DIY.
MW: Rupanya lebih mudah jika mak-mak menggabungkan tumbuhan hiasan yang hidup dan juga plastik, hiasan dalaman ini jadi lebih mudah dijaga serta menjimatkan kos.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Nak Minum Air Kosong Ini. Tak Sedap, Rasa Manis…”

Ini kisah air kosong, tetapi minum di luar bukan di rumah. Nak dijadikan cerita minggu lepas saya pergi ke Padang Besar, Perlis. Sebenarnya saya tidak merancang untuk ke sana. Kebetulan selepas balik dari menghadiri majlis pertunangan adik bongsu di Jitra, Kedah, kami terus ke sana kerana sepupu ingin ke Padang Besar.
Apa yang saya hendak cerita ini sebenarnya bukan bertujuan untuk mengaibkan tetapi sekadar untuk mengingatkan.
Siapa yang pernah pergi ke Padang Besar sudah pasti akan tahu suasana di kawasan arked membeli-belah di sana. Ini kali pertama saya ke sana. Apa yang saya lihat adalah seperti apa yang saya jangkakan.
Banyak pilihan kedai boleh dituju untuk membeli-belah. Banyak juga kedai-kedai makan. Apa yang saya hendak ceritakan di sini adalah mengenai pengalaman saya makan di salah sebuah kedai makan di situ.
Kami tiba pada waktu petang. Disebabkan kami ramai, sudah pastilah susah mencari meja makan yang boleh menempatkan kami yang ramai. Saya cuba mencari meja-meja kosong dari satu kedai makan ke satu kedai makan.
Akhirnya setelah berlegar-legar di hadapan deretan kedai makan, saya dapat lihat ada meja kosong. Pada waktu itu dalam hati tidak terfikir soal apa kedai itu jual. Asalkan dapat duduk dan berlindung dari panas matahari, sudah cukup.
Berkaitan soal makan, saya bukannya jenis memilih. Apa sahaja yang halal dan boleh masuk ke dalam tekak, saya boleh terima.
Cuma apa yang saya hendak cerita adalah mengenai kebersihan. Saya tidak kisah makan di gerai asalkan bersih. Berbalik kepada kedai makan yang saya pilih, dari segi luaran kedai itu tidaklah kotor dan tidaklah bersih. Sederhana sahaja.
Jika ikutkan hati memang tidak mahu masuk. Tetapi sebab tidak ada pilihan dan dalam rombongan kami ini ada bayi dan kanak-kanak kecil, terpaksalah mencari tempat untuk mereka berlindung sambil minum.
Selepas pesan makanan, kami menunggu makanan disiapkan. Ketika menunggu makanan itu disiapkan saya terlihat pelayan yang mengambil pesanan makanan kami itu menghisap rokok. Sambil hisap rokok dia mengambil pesanan makanan.Terdengar bisik ayah dan emak di sebelah mengenai pelayan yang menghisap rokok itu.
Jika ikut hati hendak sahaja keluar. Tetapi kami bersangka baik. Mungkin pelayan itu sahaja yang menghisap rokok. Tukang masaknya tidak.
Selepas itu, air tiba. Kami pun mula minum air. Sedang saya minum air, tiba-tiba emak yang berada di sebelah menunjuk kepada saya. Saya lihat apa yang ditunjuk oleh emak. Rupa-rupanya emak melihat cara wanita yang menjual air di hadapan kedai makan itu sedang membasuh cawan.
Saya tanya pada emak, apa yang hendak dilihat. Emak kata wanita itu basuh semula cawan recycled yang sepatutnya dibuang. Bagi pembeli yang membeli, cawan itu boleh dibawa pulang. Saya tidak sangka cawan yang sama yang telah digunakan oleh pembeli yang makan di kedai makan itu akan diguna sama dan diberi pada orang lain.
Cara wanita itu basuh cawan pula saya anggap kurang bersih kerana dia hanya celup-celup sahaja ke dalam air. Sewaktu emak saya basuh tangan di sinki sama wanita itu membasuh cawan itu, emak lihat hanya ada sedikit sahaja sabun. Rupa-rupanya sabun itu digunakan untuk basuh cawan dan juga basuh tangan.
Selain cawan recycled yang diguna semula, rupa-rupanya straw minuman juga telah diguna semula. Rasa loya tekak apabila mendengar kata adik ipar yang kebetulan duduk berdekatan dengan tempat wanita itu membasuh cawan dan straw.Kata adik ipar lagi, straw yang telah dibasuh itu dihantar semula ke bahagian dapur kedai.
Saya tidak mahu menuduh tetapi jika tidak digunakan semula, buat apa straw itu dicelup dalam air dan diletak dalam bekas dan dihantar semula ke dalam dapur kedai? Daripada pengalaman saya, biasanya straw tidak akan dibasuh jika tuan kedai tidak mahu menggunakannya semula.
Nasib baik saya dengar cerita daripada adik ipar saya hanya selepas kami sampai di rumah. Kalaulah saya tahu ketika saya minum sudah pasti akan keluar balik apa yang sedang diminum.
Mendengarkan cerita adik ipar itu juga membuatkan saya teringat apa yang keluar daripada mulut anak buah. Anak buah saya ini memang tidak minum air bergula. Tekak dia hanya boleh terima air kosong.
Patutlah semasa berada di kedai makan itu dia tidak mahu minum air kosong. Dia kata air kosong itu rasa manis. Tidak sedap.
Pada pandangan anda semua kenapa dia kata air kosong itu manis dan tidak sedap. Dalam fikiran saya hanya ada dua tekaan.
Tekaan pertama, gelas yang digunakan untuk mengisi air kosong itu tidak dibasuh sebersih-bersihnya sehingga boleh rasa air gula minuman sebelum ini.
Tekaan kedua, mungkin straw yang digunakan itu masih ada sisa-sisa air gula di dalamnya.
Mungkin ada yang loya tekak apabila membaca ini kan? Pada saya rasa loya itu sudah hilang. Yang ada hanya rasa kecewa.
Saya rasa kisah kami ini bukan hanya pernah dialami oleh kami sekeluarga. Mungkin ada pembaca di luar sana yang turut mengalami yang sama.
Kesimpulannya, selepas ini jika saya mahu masuk ke kedai makan di kawasan sibuk seperti di Padang Besar ini, saya akan lihat dengan lebih teliti terlebih dahulu.
Mungkin hanya kedai yang saya pergi itu sahaja yang melakukan perkara ini. Mungkin kedai makan lain tidak buat perkara sama. Tetapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati.
Pesan saya kepada pemilik kedai makan di kawasan tumpuan pelancong sebegini janganlah ambil mudah soal kebersihan. Anda mungkin tidak sedar ada mata yang memandang tanpa sengaja.
Sekali terkena sudah pasti tidak akan mahu terkena buat kali kedua. Fikir-fikirkanlah kesannya pada perniagaan anda dan kesihatan orang ramai.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI