Hidangan paling mudah, cepat dan anak-anak pun suka, tentulah masak nasi lemak. Inilah hidangan yang mungkin menjadi makanan wajib ada atas meja setiap pagi.
Namun, sekarang ini hidangan nasi lemak bukan untuk sarapan saja, tapi boleh dijadikan menu sepanjang hari. Memang tak jemu dimakan, nak-nak bila nasinya yang lemak berkrim dan sambalnya yang menjadi.
Kadang-kadang tak perlu lauk pelbagai pun untuk digandingkan dengan nasi lemak. Cukuplah dengan sambal, ikan bilis goreng, kacang, timun dan telur. Sudah lengkap.
Walau bagaimanapun, tak semua ‘lulus’ untuk masak nasi lemak. Terlebih air boleh jadi lembik dan terkurang akan mentah pula. Macam mana nak dapatkan sukatan yang betul supaya nasi lemak masak elok dan menjadi.
Ada sesetengah mak-mak lebih suka guna sukatan nisbah. Contohnya masak nasi lemak dengan jumlah pot dan sukatan air pun ikut pot yang bersesuaian. Tak kisahlah macam mana sekali pun, asalkan ia masak dan tidak mentah.
Bagi Azy Cullen pula, dia lebih ‘terror’ masak nasi lemak dengan sukat air menggunakan jari saja. Inilah yang paling senang dan mudah. Malah, diaturut kongsikan nasi lemak elok dan cantik berkilat ‘kejadian’nya.
“Inilah cara saya masak nasi lemak.
Insya Allah mudah dan senang. Pasti menjadi.
“Saya tak faham cara nak ikut nisbah. Cuma saya biasa ukur air guna jari. Nanti nasi masak elok dan tak mentah.
Ads
Cara-caranya:
1. Cuci beras sebersihnya.
2. Ini yang biasa saya buat. Mana bahan yang ada saja kat rumah. Saya pula jenis tak suka letak bawang.
3. Masukkan air dan santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah dan terlebih pula akan jadi lembik.
Ads
4. Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti.
5. Dah siap! Kalau tak nak santan berkumpul pada bahagian atas, sebelum nasi masak, gemburkan dulu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rupanya antara tip cuci tuala putih supaya berseri-seri, apabila menggunakan cecair/ serbuk Nila jangan letak sekali pelembut pakaian. Ia akan menjadikan kain cucian tidak sekata dan bertompok-tompok.
Bukan apa, tak dinafikan apabila basuh fabrik berwarna putih memang agak renyah.Perlu dicuci berasingan dengan baju berwarna, malah jika dipakai lama boleh menyebabkan warna kekuningan. Untuk kembalikan warna putih berseri-seri, sesekali memang perlu rendam dan cuci menggunkan Nila.
Baca perkongsian tip daripada Puan Zaza Zalina ini sebagai panduan;
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkn ke dalam tempat letak sabun. Dapat jugak lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian.Alhamdulillah dah takde kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu.Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya, sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Cara yang betul, bancuh sedikit nila dalam baldi dulu sebelum dimasukkn dalam mesin basuh. Curah pada air yang dah ada dalam mesin tu. Saya suka nila yang cair sedikit.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika nak cuci fabrik berwarna putih, ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan cuci baju menggunakkan nila, jangan letak sekali dengan pelembut pakaian. Sebaiknya sekali letak tuala kecil pada bekas sabun, bagi ‘menapis’ karat bagi mengelakkan kesan kotoran pada kain.
Baru-baru ini, pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti ada memuat naik gambar lauk kegemarannya iaitu Lawa Kuinin didalam instagram. Punyalah sedap lauk Lawa Kuinin ni, sampaikan ibu kepada Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 dan Dariya Inara, 2 bulan berkata dia boleh tambah nasi 8 kali!
Bagi yang mengikuti instagram Sari Yanti, pelakon ini membahasakan dirinya ‘kakak’ buat para pengikut kesayangannya.
Berikut antara perkongsian oleh isteri kepada Jep Sepahtu ini;
“Lauk (Lawa Kuinin) ni kakak boleh tambah nasi 8 kali.”
“Kisahnya hari tu waktu mantai ( sehari sebelum raya) dekat kampung mama buat lauk ni. Jadi waktu orang semua berbuka, kakak tak boleh lah berbuka sama kan.Sebab kena jaga baby, tambahan kakak memang tak puasa. Jadi memang biasanya kalau tak puasa kena makan kemudian.”
“Nak jadikan cerita ada lah mama buat lauk lawa kuinin ni.Kakak tengok lauk tu laju je jalan. Aduh debar-debar hati kakak takut lauk tu habis.Maklumlah kakak time tu baru habis pantang jadi teringat lah nak makan macam-macam. Kuinin pulak musim bukan sepanjang masa. Kalau sentiasa ada tak la kakak risau. kakak dok peteng (tenung/perati) je lauk tu dari tingkap. Sebab tengok cousin ipar kakak @enciksyafa yang baru belajar makan lauk tu memang suka betul. Dia letak lauk depan dia. Pastu dia makan je sampai habis.”
“Mama ternampak kakak macam risau terus cakap. Lawa kuinin tu ada lagi mama dah asingkan dalam almari lauk. Fuhhh .. lega.”
“Kakak harap post kakak yang ni @enciksyafa tak la tengok. Takut cousin kakak @farahidamazlan terpaksa pulak buat lawa kuinin memalam ni. Nak buat tu tak da masalah rasanya. Tapi kuinin tu mana tah nak cari.”
Menerusi perkongsian di ig story pula, Sari Yanti sudi berkongsi resipi Lawa Kuinin yang diminta oleh para pengikutnya.Mudah je rupanya nak buat lauk ni.
Bahan-Bahan:
Bawang Besar
Cili padi
Santan Segar/ Santan Kotak
Garam
Air panas
Cara Membuat:
1.Potong sedikit bawang besar.
2.Potong cili padi ikut tahap kepedasan masing-masing.
3.Masukkan garam dalam santan segar.Kalau tiada santan segar santan segar pun boleh.
4.Tambah sedikit air panas dalam santan.
5.Tambahkan kesemuanya didalam buah kuinin yang telah dipotong. Siap!
Menurut Sari Yanti, Lawa Kuinin ini tidak perlu dimasak, dihidangkan begitu saja dan cukup mudah disediakan. Boleh juga cuba Lawa Durian, Lawa Terung dan Lawa Jantung Pisang.
Tambahnya lagi, bagi Lawa Terung, terungnya perlu dibakar dahulu atas arang, diperah dengan sedikit limau dan letak sedikit ikan masin yang telah digoreng.Bagi Lawa Jantung pula, jantung pisang tersebut perlulah direbus terlebih dahulu. Namun bagi Sari Yanti, Lawa yang paling sedap adalah Lawa Bacang kerana ada rasa masam-masamnya.
Jadi buat mak-mak yang nak cuba lauk orang negeri sembilan ni, boleh lah cuba resipi lawa kuinin yang Sari Yanti kongsikan.
Masakan tradisi tak pernah mengecewakan. untuk dinikmati sekeluarga dan kongsikan dengan golongan muda agar masakan tradisi ini tidak lapuk dek zaman. Kalau makan, tak sah kalau tak bertambah ye.
MASAKAN GULAI MINANG NANGKA BERSAMA BABAT
BAHAN-BAHAN:
500 gram nangka muda – potong dadu dan rebus
300 gram babat/perut – cuci bersih, rebus dan hiris kecil
500 ml santan
3-4 helai daun limau purut
2 batang serai – titik
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji buah keras
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan babat, kacau seketika, masukkan santan.
4. Setelah mendidih, masukkan nangka, asam gelugur.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah cukup rasa, tutup api.
7. Gulai nangka sedia dihidangkan.
IKAN PARI ASAM TUMIS BEREMPAH BERSAMA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
500 gram ikan pari – cuci bersih dan tos
5-6 biji terung Siam (warna ungu kecil) – buang tangkai
3 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
1 sudu makan rempah biji
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
3 sudu makan minyak masak – untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah biji, serbuk jintan manis, pes cili kering, daun limau purut bersama bahan kisar.
2. Selepas naik bau, masukkan air asam jawa.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan ikan pari.
4. Tambahkan sedikit air, setelah mendidih, masukkan terung.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika baru tutup api.
7. Sedia dihidangkan.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...