Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.
Boleh ikut tip untuk jaga periuk, kuali jenis Stainless Steel yang dikongsikan oleh Puan Angeline Tyy ini.
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.
Jangan Guna Cecair Kimia / Berasid
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Ads
Rendam Dengan Air Selepas Memasak
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
Guna Scotch Brite 3M Green Pad & Pes Detergen
Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yg basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri.
Ilmu yang ada pada mereka juga membuktikan wanita mampu menguruskan kewangan keluarga dan sendiri dengan baik. Jadi tidak hairanlah golongan ini mampu merancang dan membuat tabungan masa depan berhemah untuk ahli keluarga kesayangan mereka.
Wanita Kena Pandai Uruskan Kewangan Keluarga
Wanita yang bergelar isteri dan ibu juga dianggap sebagai pengurus kewangan keluarga kerana peranan mereka membantu dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Bukan sekadar memikirkan tentang kewangan keluarga malah wanita juga sering berfikiran ke hadapan terutamanya buat simpanan anak-anak tercinta. Bila punya kewangan yang baik, keyakinan wanita turut meningkat terutamanya dalam menghadapi apa saja cabaran yang mendatang. Jika perbelanjaan tidak dikawal dan melebihi bajet pasti akan memeningkan kepala. Jadi wanita perlu bijak dalam menguruskan kewangan keluarga dan sentiasa beringat untuk menyimpan.
Bukan sekadar terapkan pada diri sendiri malah mak-mak juga memainkan peranan penting dalam mengajar anak berbelanja dan menabung. Ajarkan juga kepada anak-anak menabung walau RM1 sehari.
Imbangi Keperluan & Kehendak
Bagi wanita yang masih bujang, jangan boros tau dalam berbelanja apatah lagi bila membeli barangan mewah janganlah mudah terikut-ikut ‘trend’ terkini dan terpengaruh dengan ‘influencer’. Berbelanja mengikut kemampuan bak kata pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’.
Belajarlah untuk mengimbangi keperluan dan kehendak. Setiap dari kita mempunyai keperluan dan kehendak berbeza serta bergantung kepada perspektif dan pengurusan kewangan. Jika keperluan tersebut sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau dikurangkan, cuba kurangkan kehendak anda.
Awas ya! Jika berbelanja lebih dari pendapatan, memandangkan kos hidup semakin tinggi tolonglah jauhkan diri daripada membuat sebarang pinjaman. Sebabnya, apabila terjerat dengan hutang, kehidupan akan menjadi kucar kacir bila hutang berlipat ganda. Elakkan stress dalam hidup dan rancang kewangan dengan bijak agar hidup tenang tanpa hutang jahat.
Wanita Bijak Menyimpan Sambil Melabur
Selain penting untuk ada simpanan kecemasan, penting juga ada tabung untuk keperluan lain.
Untuk permulaan rancanglah untuk tabungan kecemasan dahulu kemudian buatlah simpanan untuk tujuan lain seperti simpanan percutian keluarga, memiliki rumah atau kenderaan yang lebih selesa, menunaikan umrah dan haji, pendidikan anak-anak dan persaraan.
Nak memilih tempat simpanan juga perlu bijak. Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk anda menyimpan ialah selamat dan tidak rugi di masa hadapan. Sudah semestinya wanita yang bijak sentiasa nampak peluang baik yang datang, iaitu simpan sambil melabur.
Melabur Senang dengan ASNB
Melabur dalam unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) banyak manfaatnya terutama untuk simpanan masa hadapan seperti pendidikan anak anak atau simpanan jangka masa sederhana seperti percutian, haji atau umrah dan renovasi rumah.
ASB/ ASB 2 merupakan simpanan berbentuk pelaburan. Selain berharga unit amanah tetap RM1, melabur dalam ASB/ASB 2 juga berpeluang menikmati dividen dengan risiko rendah.
Malah kini lebih mudah dengan adanya platform online seperti myASNB app, Perbankan Internet atau e-Dompet yang disediakan oleh ejen-ejen ASNB untuk penambahan pelaburan, semak dividen, semak baki akaun untuk diri sendiri dan anak-anak.
Sertai Kempen Simpan Vaganza
Bagi yang melabur dari sekarang hingga 29 Februari 2024, anda berpeluang untuk menyertai Kempen Simpan Vaganza dan berpeluang menang hadiah utama Toyota Yaris atau Toyota Corolla Cross.
Hanya perlu membuat pelaburan di dalam ASB atau ASB 2 dengan jumlah terkumpul minimum RM1,000 dalam fasa kempen melalui pelbagai platform pelaburan ASNB seperti di kaunter cawangan dan ejen ASNB, aplikasi myASNB, perbankan internet ejen dan sebagainya.
Jadi jangan ketinggalan untuk sertai kempen ini! Sememangnya berbaloi, jika wanita yang bergelar ibu bijak dalam merancang perancangan kewangan keluarga. Apabila keluarga bahagia anak-anak juga akan membesar dalam persekitaran yang sihat. Bagi wanita bujang jika simpanan bertambah hati akan sentiasa girang, impian pun boleh dicapai!
Bau najis kucing, buat kita ‘hangin’ je, cari merata tempat tak pula jumpa. Itu kalau jenis kucing yang suka berak tempat tersembunyi. Satu hal pulak kan!
Ada juga bau najis kucing yang datang dari rumah jiran yang pelihara. Angin lalu yang membawa bau-bau itu jadikan kita rasa ‘loya’ dan menusuk hidung. Kadang, ingat itu dari kawasan rumah kita pula.
Kalau pemilik kucing yang guna pasir khas mungkin tidaklah berbau. Tapi bila kucing stray cat yang tiada pemiliknya. Mahunya buang merata-rata. Nak-nak kalau itulah tempat yang dah biasa dijadikan ‘port’ untuk berak.
Bagaimana nak hilangkan bau najis kucing ni? Mak-mak boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini. Mungkin boleh membantu.
Bau inilah yang boleh membuatkan tuan rumah, jiran dan tetamu datang rasa kurang selesa. Ada satu cara yang mudah untuk menyerap bau tersebut tanpa perlu nak berbelanja besar. Bahan yang digunakan hanyalah arang.
Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.
Anda hanya perlu meletakkan sebekas arang di sebelah litter box mereka. Kemudian, buat lubang pada bekas arang untuk ia menyerap bau kurang enak itu.
Mingguan Wanita : Cara paling senang dan jimat belanja. Guna arang saja.
Tip hilangkan simen melekat pada lantai dan jubin, boleh cuba cara tukang rumah ini kongsi. Kebiasaannya apabila rumah baru siap dibina, masalah kesan simen yang melekat pada lantai kerap berlaku.
Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat. Hendak pijak pun rasa ‘tak sanggup.’ Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...