Petua nak atasi kelemumur, campurkan garam dengan syampu.

La rupanya letak garam dalam syampu petua nak hilangkan kelemumur. Dah setahun Norafidah amalkan memang kulit kepala sihat jadinya. Kulit kepala tak berminyak dan rambut pun jadi sihat, bersinar je.

“Sebelum ni, saya memang ada masalah kelemumur, saya amalkan petua ini. Seminggu dua kali saya urut kepala dengan syampu yang dicampur garam. Alhamdulillah, memang menjadi petua ni.

“Dulu sebelum tahu petua ni, saya memang beli set penjagaan kulit kepala. Rabak jugalah poket sebab set tu mahal. Sekarang saya hanya amalkan petua ni je, hanya guna garam. Duit pun dapat jimat,”ujarnya.

Cara Atasi Kelemumur

Bahan

2-5 sudu garam bukit

Syampu

Shower cap

Caranya:

1-Tuang syampu dalam mangkuk, campurkan dengan garam. Gaul sebati.

2-Basahkan rambut, syampu rambut macam biasa sambil urut kulit kepala. Sapu ramuan ini pada bahagian kulit kepala yang berkelemumur atau berminyak. Gosok perlahan-lahan.

IKLAN

3-Bila dah selesai urut kulit kepala, pakai shower cap. Kalau tak de shower cap, ikat atau sanggul rambut. Biarkan ramuan ini meresap antara 5 ke 10 minit.

4-Akhir sekali, bilas rambut sampai bersih. Lap rambut separuh kering, sapu serum pada hujung rambut. Lap rambut jangan kasar ye, sebab nanti rambut jadi pecah dan bercabang.

5-Campuran garam dan syampu juga dapat atasi masalah kulit kepala gatal. Kulit kepala akan rasa segar  dan tidak berminyak.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/bawang-merah-mujarab-hilangkan-jeragat-patut-kulit-nenek-ni-cantik/

https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

IKLAN

Petua Lain Jaga Kulit Kepala

Campur Garam Dalam Syampu Petua Atasi Kelemumur, Kulit Kepala Pun Sihat
Kredit foto : rasa.my

Pertama : Urut Kulit Kepala Dengan Limau Purut

Selain petua di atas tu, boleh juga urut kulit kepala dengan limau purut yang dibelah dua. Petua ni dah lama diamalkan oleh nenek moyang kita. Bukan je kelemumur hilang, rambut pun bau harum dan segarkan kulit kepala.

Campur Garam Dalam Syampu Petua Atasi Kelemumur, Kulit Kepala Pun Sihat
Kredit foto : IDN Times

Kedua : Guna Daun Inai

Ini petua orang lama yang masih relevan hingga ke hari ini. Daun inai semulajadi ditumbuk lumat dan campur dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

Siap saja bancuhan, bolehlah lumurkan rata di seluruh kulit kepala dan rambut. Kemudian, tutuplah rambut dengan penutup kepala mandi selama tiga jam. Selepas tiga jam, bolehlah dibilas dengan air bersih dan gunakan perapi.

Sebaiknya ulang dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut jadi lebih aktif. Bagi anda yang jalani rutin harian yang sibuk, penggunaan daun inai serbuk untuk rambut yang dah siap sedia di pasaran lebih praktikal dan menjimatkan masa.

Campur Garam Dalam Syampu Petua Atasi Kelemumur, Kulit Kepala Pun Sihat

Inai Rambut Daun Asli Inaidamia

Inai Rambut Daun Asli Inaidamia ini tiada campuran bahan kimia terlarang seperti poly phenylenediamine (PPD) yang boleh merosakkan kulit dalam. Malah, tak memberi kesan pengelupasan kulit.

IKLAN

Inai rambut ini sesuai untuk rambut separas bahu. Dan mempunyai jangka hayat sehingga 6 bulan jika disimpan betul dalam peti sejuk. Yang penting, anda tak perlu bersusah menumbuk lumat. Jika Inai Rambut Daun Asli Inaidamia ini kelihatan kering, campurkan saja air limau untuk mengembalikan teksturnya.

Campur Garam Dalam Syampu Petua Atasi Kelemumur, Kulit Kepala Pun Sihat

Inai Rambut Daun Asli Inaidamia dibancuh dengan menggunakan air limau dan air teh, serta dicampur dengan minyak argan.

Malah, Inai Rambut Daun Asli Inaidamia ditambah dengan herba madder root untuk menghasilkan warna merah yang lebih terang pada rambut.

Inaidamia merupakan produk inai pertama berdaftar dengan KKM yang mana ianya selamat untuk semua peringkat umur tanpa kesan sampingan terhadap kulit.

Campur Garam Dalam Syampu Petua Atasi Kelemumur, Kulit Kepala Pun Sihat

Antara produk yang ada pada Inaidamia adalah,

1. Inai Celup Daun Asli, 50 gram – RM20-RM22
2. Inai Celup Daun Asli, 100 gram – RM37 – Rm39
3. Inai Celup Daun Asli, 250 gram – RM70-RM72
4. Inai Rambut Daun Asli, 250 gram – RM38-RM40
5. Inai Serbuk Daun Asli, 100 gram – RM20-RM22

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI