Budak lelaki 4 tahun meninggal dunia disyaki didera 5 rakan kakak, ibu bapa pula berada dipenjara sebab dadah. Allahu sungguh pilu nasib yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun ini.
Malang sungguh kanak-kanak lelaki tersebut yang dipercayai meninggal dunia selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat.
Budak Lelaki 4 tahun Meninggal Dunia Disyaki Didera 5 Rakan Kakak
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang Jumaat.
“Bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun antara jam 12 tengah hari hingga 9.45 malam Sabtu kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.
“Mangsa telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah. Kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan pihak polis merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa di sebuah rumah di Senggarang.
Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak Jumaat disahkan sudah meninggal dunia pada jam 6.40 petang Isnin.
Ads
“Pada awalnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya.
“Namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.
Kamarul Zaman memberitahu, semua suspek direman seminggu bermula Ahad sehingga 31 Disember ini.
Tak dinafikan sekarang ini ramai suri bukan semata duduk di rumah. Mereka pun terpaksa keluar bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Orang perempuan terutama yang dah jadi mak-mak ini, kalau diberi pilihan mereka memang nak saja duduk di rumah.
Tapi dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, apalah pilihan yang mereka ada. Bekerjalah supaya ekonomi rumah tangga jadi lebih stabil. jadi bila gaji suami dan isteri dicantum, dapatlah anak-anak menikmati sedikit kesenangan dan kemudahan.
Tapi bila dah bekerja lain pula halnya dengan wanita. Orang perempuan ini memang jenis komited. Baik urusan rumah tangga mahupun kerjayanya. Bila dah bekerja, mereka jadi sibuk. Kadang sampai ke rumah terbawa-bawa urusan kerja. Tanpa kita sedari yang suami rupanya masih perlukan belaian manja.
Perhati Gambaran Ini
Dalam perjalanan suri dah fikir balik nanti nak masak apa untuk makan malam keluarga. Singgah sekejap ke kedai beli barang basah. Ambil anak-anak di nurseri atau sekolah, balik rumah siap sedia memasak.
Minta anak-anak mandi dan selesai memasak, urus pula hidangan makan malam. Mengemas, membasuh kain baju mana yang ada untuk hari ini, temankan anak buat kerja sekolah, basuh pinggan mangkuk sampailah menyidai pakaian.
Bila dah penat, kita masih melayan suami, tapi tak seratus peratus. Jangan sampai layanan tak seratus peratus itu buatkan suami jauh hati.
Apa Kata
1. Minta bantuan suami uruskan anak-anak atau kain basuhan sementara anda memasak. Sekarangkan dah ada mesin basuh, ajar suami tekan-tekan mesin tu. “Kalau abang tak tolong, saya letih susah saya nak beri layanan terbaik nanti.” Cakap begini dengan suami. Mana yang faham mesti tak sampai hati.
2. Sehari dalam seminggu, tak perlu memasak. Bila hidangan siap dan cepat. Jadi masa yang ada itu boleh digunakan untuk melayan suami. Bila dah selesai mandi, hidangkanlah suami air hangat kegemarannya. Wajib tanya baik-baik dan jelas-jelas dia nak minum apa. Tip: Jangan sampai tersilap, nanti mood tenang suami ke laut jadinya.
3. Layankan saja suami dengan aktivitinya. Kalau dia tengah menonton, duduk di sebelahnya, picit-picit badannya. Sambil-sambil tu ceritalah tentang hal-hal luar kerja atau keluarga. Bangkitkan topik-topik menarik misalnya hobi, imbas kisah cinta lalu atau impiannya. Layan emosi suami dan emosi anda dalam suasana paling romantis. Bila emosi suami tenang, anda pun akan sama-sama merasai aura kebahagiaan itu.
4. Jangan lupa peluk & belai. Biarlah usia suami dah mencecah 40-an sekalipun, satu hal yang orang lelaki akan kenang sampai bawa ke tidur adalah dakapan mesra kasih seorang isteri. Yang penuh ikhlas dan mencintai dirinya. Suami ini makin dia berusia, manjanya macam anak-anak kecil. Mahu dibelai dan dimanja sentiasa.
5. Bermain-mainlah dengan rambut dan bahagian wajahnya. Belai-belai rambut suami biar sampai dia tertidur sendiri. Kalau rajin buatlah rawatan facial untuk suami. Daripada dia pergi buat rawatan ke spa, kan lebih baik anda buat sendiri. Kalau tak ada pun sangat alatan, guna saja sabun LUX dan span serta air hangat. Picit-picit noda hitam pada hidungnya. Bila isteri belai-belai manja macam tu, sampai hati ke nak cari lain.
Hasrat seorang warga emas tidak kesampaian apabila dirinya ditemui meninggal dunia di atas bumbung rumahnya selepas alami serangan jantung.
Telah tiba ajalnya, tidak akan terlambat walaupun sesaat. Team Mingguan Wanita mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Hasrat seorang warga emas membersihkan daun-daun dan sampah atas bumbung rumah tidak kesampaian apabila dia ditemukan maut atas bumbung berkenaan di Kampung Kubang Golok, Bachok, petang semalam.
Hasrat Warga Emas Tidak Kesampaian
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Ghazali Muda, 63, ditemukan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarga selepas tidak turun daripada bumbung rumah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud berkata, ahli keluarga mangsa kemudiannya menelefon bomba untuk memohon bantuan mengambil mangsa yang berada di ketinggian hampir tujuh meter.
Katanya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.57 petang dengan 11 anggota termasuk pegawai daripada Balai bomba dan Penyelamat Daerah Bachok Dan Pengkalan Chepa diketuai Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II (PBKII), Mohamad Shamsudin Ismail.
“Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk menurunkan mangsa dengan menggunakan tali dan pengusung.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa menaiki bumbung rumahnya menggunakan tangga untuk membersihkan daun kering di atas bumbung rumah.
Beliau berkata, bagaimanapun, mangsa tidak turun-turun sehingga sejam lamanya, membuatkan ahli keluarga memeriksa keadaan mangsa yang kemudiannya ditemukan sudah tidak sedarkan diri.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) Kota Bharu untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung. Kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
MW: Semoga keluarga ini tabah menghadapi kehilangan orang tersayang, apatah lagi di bulan syawal yang mulia ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Ada yang kata lelaki Melayu ini tak romantik. Tak pandai gurau senda dengan pasangan. Dah bertahun kahwin pun, nak pimpin tangan isteri masih malu-malu.
Apakah usaha yang perlu mereka lakukan? Pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, ustaz Mohd Fikri Che Hussain berkongsi pandangan dengan Mingguan Wanita.
Sentiasalah Gurau Senda Suami Isteri
Semua orang tahu hidup ini tak pernah sunyi dari masalah. Cubaan dan cabaran yang dilalui manusia dalam hidup sering membuatnya berasa terpinggir sehingga sukar untuk mengatasinya.
Oleh itu manusia sangat memerlukan sesuatu yang dapat memberi kehidupan dan semangat untuk bekerja agar hilang segala rasa bosan dan jemu dalam menghadapi kehidupan seharian.
Bagi tujuan itu, Islam membenarkan adanya gurau senda dalam rangka untuk melahirkan suasana yang penuh kegembiraan dan kasih mesra antara suami isteri. Gurau senda ini penting bagi melahirkan rasa harmoni dan menambahkan kasih sayang antara kedua pasangan.
Bahkan Rasulullah SAW sendiri dalam kehidupan Baginda sering sahaja bergurau senda dengan isterinya terutama ‘Aisyah yang dirakamkan menerusi hadis-hadis Baginda SAW seperti kisah berlumba lari, kisah mengangkat ‘Aisyah untuk menonton persembahan tarian tombak Habsyah dan sebagainya.
Maka semua gurau senda yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu boleh meneguhkan rumahtangga yang sentiasa bahagia.
Segala kelangsungan hubungan rumahtangga dengan gurau senda dan mencipta iklim yang menyenangkan penuh dengan senyum dan hilai tawa itu akan lebih menceriakan kehidupan sebenarnya.
Berlemah Lembut Ketika Menggauli Isteri
Suami sememangnya perlu bersikap lemah lembut kepada si isteri sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam satu sabdanya, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Diriwayatkan oleh Abu Dawud]
Tentunya akhlak yang terbaik adalah kepada orang yang sering didampinginya iaitu isterinya, bukan hanya kepada rakan sahaja atau kenalan yang rapat sahaja dia berakhlak tetapi dengan isteri bersikap sebaliknya.
Hanya sewaktu ingin menggauli isterinya sahaja bersikap baik dan menunjukkan tingkah laku lemah lembut dan sebagainya.
Sepatutnya, jadilah seperti Rasulullah SAW yang bersabda dalam sebuah hadis, “Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku adalah orang yang berbuat baik kepada isteriku.” [Diriwayatkan oleh Ibn Majah]
Jangan Malu Mandi Bersama
Pasangan suami isteri dibolehkan mandi bersama dalam satu tempat dan suami isteri juga dibolehkan saling melihat aurat masing-masing.
Ini berpandukan kepada riwayat dari ‘Aisyah yang mengatakan bahawa ‘Aisyah tidak pernah melihat aurat Rasulullah SAW adalah riwayat yang batil, kerana di dalam sanadnya ada seorang pendusta.
Malah Nabi SAW sering mandi bersama para isteri Baginda seperti ‘Aisyah dan juga Maimunah r.anhuma.
Berhiaslah Untuk Suami.. Jangan Takut Lakukannya
Dalam bab berhias diri si isteri kepada suaminya, maka ia sebenarnya tidak terbatas. Ini kerana kedua mereka tidak ada lagi batasan aurat dan mereka adalah halal sepenuhnya.
Pergaulan antara suami isteri dikira mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Taala dan tidak juga terhad hanya pada malam Jumaat sebagaimana tanggapan sesetengah masyarakat kita.
Setiap perkara yang halal itu akan diberi pahala yang besar sebagaimana perbuatan zina yang haram tanpa perkahwinan yang sah itu dikenakan dosa besar.
Ini disebabkan persoalan perkahwinan ini adalah satu anjuran yang amat digalakkan kepada kaum muslimin bagi meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!