Bila berkahwin, tentunya setiap pasangan inginkan rumah hak milik sendiri. Rasanya mana-mana suami isteri mesti ada yang beli rumah atas nama bersama. Maklumlah harga rumah sekarang pun boleh tahan mahalnya.
Bimbang takut tak dapat memberi komitmen sebaiknya, jalan selamat tentulah beli rumah atas nama bersama. Nak-nak kalau itu adalah rumah pertama suami isteri. Namun, apa yang difikirkan, adalah hak milik siapa bila salah satu pasangan meninggal dunia.
Mestilah kita akan fikir akan jadi hak milik pasangan yang hodup dan anak-anak. Jangan salah faham. Bila rumah atas nama bersama, hanya jumlah bayaran rumah yang ditanggung oleh pasangan yang meninggal tak perlu bayar dan ia juga boleh jadi harta pusaka.
Fahami apa yang dikatakan oleh Wawa Shauqi ini tentang hak milik rumah atas nama bersama bila pasangan tiada.
Apa yang perli kita tahu bila beli rumah atas nama bersama.
1. Semasa kita hidup, rumah adalah 50% milik kita dan 50% milik pasangan.
Mrtt pun cover bahagian masing-masing.
Ads
2. Katakanlah suami meninggal dunia, 50% loan bahagian suami dah tak perlu dibiayai. Sebab Mrtt dah selesaikan. Isteri hanya selesaikan bahagian 50% lagi.
3. Tapi, tak bermaksud 50% bahagian suami tu dah selesai jadi milik isteri. Sebabnya, ia dah jadi bahagian pusaka. Bermakna, waris-waris yang ada hak boleh menuntut. Kalau tak:
Bercerita pasal poin nombor 3, saya teringat pada satu kisah kawan saya ni.
Satu hari, beliau dihubungi seorang wanita. Baru kehilangan suami, anak 3, tidak bekerja dan beli rumah guna nama bersama.
Menangis-nangis wanita ni cerita nak keluarkan duit suami kat bank pun tak lepas. Selama ni, segala bil, kereta dan rumah suami yang tanggung. Sekarang beban dah berpindah ke dia.
Separuh dari pembiayaan rumah pula, perlu dia bayar sendiri. Tak cukup dengan masalah ni, mentua pula datang menuntut hak.
Nak juga bahagian rumah yang wanita dan anak-anak ini diami.
Ads
Menangis-nangis balu ni tanya, betul ke mak mertua dia ada hak. Bila kawan saya jawab, ‘Ya, memang ada hak, lagi kuat nangisnya.’
Sebelum balu tu rasa tak adil, kawan saya jelaskan, ‘Kalau mentua nak, tanggungjawab terhadap Puan dan anak-anak pun sepatutnya dipikul sekali mertua.’
Akhirnya tangisan reda bila kawan saya jelaskan pampasan takaful yang bakal diterima. Walaupun tak cukup untuk tampung bil-bil, persekolahan anak dan bayar rumah, tapi atleast terlepas dah satu beban di bahu.
4. Kita perlu ingat yang membeli rumah ni adalah komitmen jangka masa panjang.
Rancanglah dengan memikirkan worse case senario bersama pasangan.
5. Buatlah Hibah. Sama ada hibah bersyarat atau hibah takaful.
Untuk hibah takaful misalnya, kita boleh asingkan RM100 sebulan untuk takaful bernilai 50,000.
Ads
Tak cukup 50k, ambil yang 1 juta.
Mudah-mudahan kita tak biarkan ahli keluarga dalam keadaan yang meminta-minta bila kita dah tak ada.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat suami isteri. Jangan ingat dengan nama bersama, ia akan jadi hak milik kita. Takut ada yang menuntut haknya!
Lebih baik berleter daripada senyap, sekali isteri diam! Suami minta maaf pun sia-sia. Itu tandanya isteri mulai tawar hati.
Jadi suami beringatlah bila isteri mulai diamkan diri, itu tandanya ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata pasti ada sesuatu yang terpendam di hati yang membuatkan dia sudah lali untuk bersuara lagi.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan ketahui isteri bersikap sedemikian rupa:
Lebih Baik Berleter Daripada Senyap
Isteri bercakap lebih baik daripada isteri senyap…
Bila dia bercakap, tak kisahlah dia hendak marah kita ke, dia nak berleter ke? Dia nak kata apa saja dekat kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dimarahkannya, apa yang dileterkannya dan apa yang dikatakannya…
Kalau dia senyap, tetiba dia tak bercakap, kita sendiri pun tak tahu apa yang silap, dekat mana yang silap…
Sekali Isteri Diam!
Orang perempuan ini, cara dia zahirkan fikiran dia, cara dia luahkan perasaan dia adalah melalui kata kata… Tapi bila dia sudah banyak berkata-kata dan kata-kata itu satu pun tak masuk kepala suami dia, maka dia akan bosan…
Dia tak terus senyap macam itu saja…
Dia akan senyap bila sudah banyak kali dia marah, sudah banyak kali dia berleter. Senyap itu tak bagus untuk dia walaupun pada kita, kita sangat suka isteri senyap…
Senyap isteri itu boleh makan diri dia, buat dia rasa tawar hati dan tak nak pedulikan suami…
Masa isteri sudah senyap, pujuk rayu ini adakalanya berguna, adakalanya tidak… Jadi, take note siap-siap untuk setiap isi kandungan ketika dia marah, ketika dia berleter…
Salah silap kita ada dalam itu sebenarnya…
Pastikan dia tak marah untuk benda yang berulang, dia tak berleter untuk benda yang sama… Kalau dia sudah senyap, minta maaf pun sia-sia…
Dia punya keras tu, makan hari la baru dia akan kembali bersuara…
Mingguan Wanita: Isteri ini cara dia luahkan perasaaan adalah dengan cara bercakap. Tetapi bila dia mula diamkan diri, itu tandanya hatinya sedang sakit.
Jika sebelum ini mak ayah pernah dengar tentang tabung masjid, tabung sedekah subuh.. ini pula namanya tabung Lailatul Qadar. Idea ini dikongsikan oleh Coach Smart Parenting Malaysia, Zaid Mohamad.
Katanya, cara untuk menghidupkan amalan bersedekah di dalam kalangan ahli keluarga khususnya anak-anak di akhir 10 Ramadan ini adalah dengan mewujudkan tabung Lailatul Qadar ini. Hadamkan bagaimana konsep yang diterangkan ini.
TABUNG LAILATUL QADAR
Hasil berforum semalam dengan Ustaz Azian (bekas imam Masjid USJ9), beliau cadangkan satu idea yang sangat menarik, praktikal dan menguntungkan.
Salah satu cara mudah untuk “mengena” amalan sedekah kita di malam Lailatul Qadar ialah dengan menyediakan Tabung Lailatul Qadar.
Kemudian minta semua ahli keluarga untuk menyumbang sejumlah wang ke dalam tu SETIAP malam especially di 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan putus, setiap hari masukkan walaupun seringgit.
Niatkan bahawa bila habis Ramadhan nanti, hasil kumpulan dalam tabung itu akan diserahkan kepada pihak yang layak (anak yatim, asnaf, masjid dan sebagainya) Tak perlu serah sekarang. Boleh tunggu kemudian.
Tapi deposit setiap malam. Jika terkena deposit kita pada Lailatul Qadar, pahalanya LEBIH BAIK dari seribu bulan. Bukan sama, tapi lebih baik!
Note: of course boleh aje bagi infaq direct setiap malam (eg secara online). Tabung ni lebih untuk mengajak ahli keluarga especially anak-anak kecil untuk turut sama bersedekah.
.
Ini Pengiraannya
Contoh pengiraan kasar ikut Maths moden jika terdeposit hanya RM1 : RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30K. Kalau nak nilai RM1 juta, boleh deposit RM33 sehari.
Saya dah sediakan tabung tersebut untuk keluarga saya. Jom semua pakat sediakan juga, dan KONGSI gambar tabung anda dan ayat penerangan di atas untuk menggalakkan rakan-rakan FB anda buat juga.
Saya izinkan copy/paste & share, termasuk gambar sekali. Semoga usaha kita mendapat bantuan Allah untuk menemui Lailatul Qadar tahun ini.
Mohon betulkan kalau salah. KONGSI-KONGSIKAN!
MW : Okay, mak ayah.. dah boleh mula sediakan tabung Lailatul Qadar untuk ahli keluarga masing-masing ya. Semoga dimakbulkan apa yang mak ayah hajatkan ya.
Lepas berpisah, sebaiknya ‘tutup buku lama’ dan move on. Jangan dikenang segala kepahitan dan kesedihan yang dialami hingga menyebabkan perceraian menjadi titik noktah perkahwinan. Ya, memang tak mudah. Bahkan, hanya yang mengalaminya saja yang tahu betapa peritnya derita akibat perpisahan.
Lepas Berpisah, Jangan Lama Bermuram
Walau bagaimana pun, tiada gunanya lagi untuk terus berduka. Hidup tetap perlu diteruskan lebih-lebih lagi demi untuk anak-anak. Andai sedih, usah berlama-lama membiarkan diri larut dalam kesedihan itu. Kasihan anak-anak yang menjadi saksi. Sepatutnya kita kena buat demi anak-anak.
Ramai wanita yang tekad memilih perceraian kerana tidak sanggup lagi terus berada di dalam perkahwinan yang tidak lagi memberikan senyuman dan kebahagiaan pada mereka. Andai itu sebabnya, syabas kerana itu langkah bijak. Semua orang berhak bahagia. Kenapa hendak terus memendam derita? Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan.
Jarang perceraian dilakukan secara baik. Sering kali terjadi, pihak ini menyalahkan pihak yang di sana. Begitulah sebaiknya. Ya, antara punca perceraian bila tiada lagi persefahaman dapat dicapai. Oleh itu, apabila sepakat untuk berpisah, masing-masing kena berlapang dada demi anak-anak.
Jangan terus dicanang buruk dan aib pasangan kerana ia tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Bahkan hanya memburukan lagi keadaan. Bayangkan bila dikongsikan di media sosial. Apa perasaan anak-anak bila membacanya Atau anak-anak terdengar? Tentu tak elok.
Lepas Berpisah, Saling Memaafkan
Memang susah apatah lagi bila kita rasa perceraian itu terjadi bukan sebab salah kita. Tapi, renungkan dalam-dalam. Tak ke mana pun kalau masih menyimpan dendam dan amarah dalam hati. Masing-masing pun dah bawa haluan hidup sendiri. Belajarlah untuk memaafkan kerana percayalah, ia akan buat kita akan rasa lebih tenang. Tutup rapat-rapat kisah duka yang telah pun berlalu dan tekad serta semangat untuk teruskan hidup dengan lebih bahagia dan positif. Itu lebih baik kan?
Sentiasa Jaga Air Muka Bekas Pasangan Depan Anak-Anak
Walau seburuk mana pun pasangan kita dulu, ia tetap ayah kepada anak-anak kita. Itu tak dapat nak diubah. Jadi, demi anak-anak, cubalah jalin hubungan baik dengan bekas pasangan. Mungkin tak lah begitu baik, cukuplah jika tak menghalang hubungan antara anak-anak dan ayah mereka. Beri ruang untuk mereka tetap merasai kasih sayang seorang ayah walau pun mak ayah sudah bercerai.
Ada kalanya kita kena korbankan perasaan sendiri demi anak-anak. Demi nak lihat anak bahagia, kalau perlu berlakon dan berlagak semuanya okay, buatlah. Mungkin hati kita masih belum dapat sepenuhnya memaafkan tapi demi anak-anak, sentiasa tunjukkan bahawa kita dah ‘move on’.
Sentiasa katakan pada anak-anak, perpisahan itu antara mak dan ayah. Tapi mereka tetap akan disayangi oleh kedua pihak. Itulah yang terbaik untuk anak-anak.
Jangan sesekali bercerita soal keburukan ayah mereka pada anak-anak hingga menimbulkan kebencian di hati mereka kelak. Kalau ada orang lain yang bercakap keburukan pasangan kita pun, nasihatkan mereka supaya berhenti. Tak elok anak-anak dengar. Ia sesuatu yang tidak sihat untuk perkembangan anak-anak. Kenapa hendak diseret mereka di dalam konflik kita dengan pasangan?
Kenang Saat Manis Dulu
Mungkin sukar untuk berbaik, namun sekurangnya jangan jadikan dia musuh. Sekurang-kurangnya dia pernah hadir dalam hidup kita dan tentu ada secebis kenangan indah yang pernah diberikan pada kita dulu. Terima takdir bahawa jodoh kita bersamanya tak panjang.
Apa pun, kita telah memiliki zuriat bersamanya yang perlu dijaga dan dilindungi. Jangan kita menjadi penyebab anak-anak tidak bahagia ye.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...